525 - *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994
This Act regulates mineral exploration and mining, including approvals, mine safety, reporting, inspections, and enforcement powers.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act regulates mineral exploration and mining, including approvals, mine safety, reporting, inspections, and enforcement powers. Pegawai galian may enter and search without a warrant in urgent suspicious cases; seized items can be temporarily returned, forfeited, sold, or released, and several obstruction, false-information, and interference offences carry fines or imprisonment.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 525 - *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
525 - *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
525 - *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act regulates mineral exploration and mining, including approvals, mine safety, reporting, inspections, and enforcement powers.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 525 AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 Sebagaimana pada 1 Januari 2013 2 AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … … 29 Ogos 1994 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … ... … 8 September 1994 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1327 yang mula berkuat kuasa pada … … … … … … … … 25 Januari 2008 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 525 AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 2. Pemakaian bagi pemfosikan, pendulangan, dsb. 3. Tafsiran BAHAGIAN II PENTADBIRAN 4. Pelantikan Ketua Pengarah Galian, Timbalan Ketua Pengarah, dsb. 5. Fungsi dan kewajipan Ketua Pengarah 6. Perwakilan fungsi atau kewajipan oleh Ketua Pengarah 7. Fungsi dan kewajipan Pengarah 8. Fungsi dan kewajipan Penolong Pengarah BAHAGIAN III PENGAWALSELIAAN PENJELAJAHAN DAN PERLOMBONGAN 9. Pemegang tenemen mineral untuk mengemukakan salinan tenemen mineral dan pertukaran alamat kepada Pengarah, dsb. 10. Pengemukaan skim pengendalian melombong 11. Notis cadangan untuk menjelajah atau menjalankan kerja pembangunan 12. Pematuhan skim pengendalian melombong 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 Seksyen 13. Amalan baik dan selamat dan standard alam sekeliling 14. Pengurus lombong 15. Arahan oleh pengurus lombong 16. Pelan hendaklah diberikan 17. Buku rekod mengenai pengendalian 18. Air efluen 19. Hakisan 20. Peninggalan lombong BAHAGIAN IV KEMALANGAN DAN SIASATAN 21. Prosiding apabila berlaku kemalangan dan kejadian berbahaya 22. Prosedur bagi siasatan BAHAGIAN V PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI Bab 1—Penguatkuasaan dan Penyiasatan 23. Penguatkuasaan oleh pegawai galian 24. Kuasa untuk menyiasat 25. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes 26. Kuasa untuk memeriksa orang yang mengetahui kes 27. Kuasa menangkap, menyita dan menyiasat 28. Menggeledah dengan waran 29. Menggeledah tanpa waran 30. Pemulangan sementara benda yang disita 31. Pelucuthakan benda yang disita 32. Kos memegang benda yang disita 33. Tiada kos atau ganti rugi boleh didapati berbangkit daripada penyitaan 34. Kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah alat pengangkutan Pembangunan Mineral 5 Bab 2 — Keterangan Seksyen 35. Perakuan tentang nilai mineral atau keluaran mineral, dsb. 36. Sampel 37. Perakuan analisis 38. Perlindungan pemberi maklumat Bab 3 — Kesalahan dan Penalti 39. Pelbagai kesalahan 40. Penalti kerana tidak mengemukakan atau mematuhi skim pengendalian melombong 41. Kesalahan berhubungan dengan perlindungan lubang lombong tertinggal, dsb. 42. Mengganggu, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda yang disita 43. Penalti kerana tidak mematuhi perintah yang sah 44. Kesalahan berkenaan dengan maklumat 45. Kehilangan atau kebinasaan apa-apa benda yang disita 46. Perbuatan cuai 47. Menggalang pegawai galian 48. Penggunaan maklumat sulit 49. Penyalahgunaan kuasa 50. Percubaan dan persubahatan 51. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan 52. Kesalahan yang dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmat 53. Penalti bagi kesalahan yang berterusan 54. Penalti am 55. Pengkompaunan kesalahan Bab 4 — Am 56. Pemulaan prosiding dan penjalanan pendakwaan 57. Mendapatkan kembali wang yang kena dibayar kepada Kerajaan 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 BAHAGIAN VI PELBAGAI Seksyen 58. Larangan terhadap pendedahan maklumat 59. Larangan penyalahgunaan maklumat yang didapati atas sifat rasmi 60. Kad kuasa 61. Perlindungan pegawai 62. Penyampaian notis BAHAGIAN VII PERATURAN-PERATURAN 63. Peraturan-peraturan BAHAGIAN VIII PERUNTUKAN PERALIHAN DAN KECUALIAN, DSB. 64. Peruntukan peralihan dan kecualian 65. Percanggahan undang-undang 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 525 AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemeriksaan dan pengawalseliaan penjelajahan dan perlombongan mineral dan bijih mineral dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Ogos 1998, P.U. (B) 297/1998] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pembangunan Mineral 1994 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia; bagaimanapun Menteri boleh melalui perintah menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri. Pemakaian bagi pemfosikan, pendulangan, dsb. 2. Akta ini hendaklah terpakai bagi pemfosikan, pendulangan, pencarigalian, penjelajahan, perlombongan dan pemprosesan mineral dan bijih mineral dan bagi lombong, mineral dan bijih mineral amnya. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 Tafsiran 3. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain – “alat pengangkutan” termasuklah kapal, kereta api, kenderaan, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa; “analisis” ertinya penentuan komposisi sesuatu spesimen atau sampel dengan kaedah fizik atau kimia atau suatu gabungan kedua-dua kaedah; “bijih mineral” ertinya apa-apa mineral yang mempunyai faedah ekonomi yang daripadanya satu atau lebih juzuk yang bernilai boleh diperoleh secara menguntungkan melalui pengolahan; “buangan” termasuk apa-apa benda beban atas yang dibuang, hampas, apa-apa keluaran perantaraan daripada perlombongan atau pemprosesan mineral yang disimpan stok untuk pengendalian selanjutnya, air yang diolah atau disimpan dalam perlombongan atau pemprosesan mineral, dan apa-apa bahan kimia yang dikeluarkan daripada pengendalian itu untuk sementara atau tetap; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan; “fosik” ertinya mencari dan mengeluarkan mineral dengan menggunakan alat yang mudah dan memindahkan mineral itu sebagai sampel, spesimen atau kerja lapidari tanpa apa-apa niat untuk menjual mineral itu; “kawasan pembendungan buangan” ertinya mana-mana kawasan yang ditentukan bagi pembendungan buangan dan termasuk mana-mana kawasan di mana kerja dijalankan bagi pembersihan air yang terkandung dalam buangan itu; “kerja pembangunan” ertinya apa-apa kerja yang dijalankan berhubungan dengan pembinaan fizikal sesuatu lombong; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Galian yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah mana-mana Timbalan Ketua Pengarah Galian; Pembangunan Mineral 9 “Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi” ertinya Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi yang dilantik di bawah Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974 [Akta 129]; “lesen melombong individu” ertinya suatu lesen melombong individu yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perlombongan; “lesen melombong tuan punya” ertinya suatu lesen melombong tuan punya yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana- mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perlombongan; “lesen memfosik” ertinya suatu lesen memfosik yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pemfosikan; “lesen mencari gali” ertinya suatu lesen mencari gali yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pencarigalian; “lesen mendulang” ertinya suatu lesen mendulang yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendulangan; “lesen penjelajahan” ertinya suatu lesen penjelajahan yang sedang berkuat kuasa yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan penjelajahan; “lombong”, apabila digunakan sebagai kata nama, ertinya mana-mana tempat, korekan atau pengerjaan yang di dalamnya, di atasnya atau dengannya apa-apa pengendalian berkaitan dengan perlombongan sedang dijalankan bersama-sama dengan semua bangunan, premis, binaan, reservoir air, kolam hampas, buangan, lambakan lain dan perkakas yang dipunyai atau bersangkutan dengannya di atas atau di bawah tanah atau di dalam atau di bawah laut bagi maksud mendapatkan, memperoleh atau mengeluarkan apa-apa mineral dengan apa-apa cara atau kaedah atau bagi maksud meriau, mengolah atau menyediakan bijih mineral; “melombong” ertinya dengan sengaja mendapatkan mineral dan termasuklah apa-apa pengendalian secara langsung atau tidak langsung dan yang perlu baginya atau yang bersampingan dengannya, dan “perlombongan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya; 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 “mendulang” ertinya mencuci atau mengayak dengan kuali, dulang atau sadak bagi maksud memperoleh mineral; “menjelajah” ertinya mencari mendapan mineral dan termasuk mencari gali; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlombongan dan mineral; “mineral” ertinya apa-apa bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau bergas yang terjadi─ (a) dengan cara semula jadi; (b) hasil daripada perlombongan di dalam atau di atas tanah; atau (c) hasil daripada perlombongan di dalam atau di bawah laut atau dasar laut, terbentuk oleh atau tertakluk kepada suatu proses geologi, tetapi tidaklah termasuk air, “bahan batu-batan” sebagaimana ditafsirkan dalam Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] dan “petroleum” sebagaimana ditafsirkan dalam Akta Melombong Petroleum 1966 [Akta 95]; “notis” termasuk apa-apa pemberitahuan, taksiran, surat cara atau dokumen lain yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Akta ini supaya disampaikan kepada mana-mana orang atau badan; “olah” ertinya menjadi tertakluk kepada apa-apa proses yang mana perubahan kimia atau fizikal berlaku dalam bahan yang ditaklukkan kepada proses itu; “pajakan melombong” ertinya suatu pajakan melombong yang sedang berkuat kuasa yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia perlombongan; “pegawai galian” ertinya Ketua Pengarah Galian, mana-mana Pengarah Galian, Penolong Pengarah Galian, Pembantu Kanan Galian, Pembantu Galian atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa sewajarnya secara bertulis oleh Ketua Pengarah; Pembangunan Mineral 11 “pegawai polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Polis 1967 [Akta 344]; “pemprosesan mineral” ertinya apa-apa aktiviti yang dengannya mineral atau bijih mineral diolah bagi penceriaannya tetapi tidaklah termasuk peleburan dan pembersihan; “Pengarah” ertinya seorang Pengarah Galian yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuk mana-mana Timbalan Pengarah Galian; “pengurus” ertinya orang yang dilantik sebagai pengurus di bawah seksyen 14; “Penolong Pengarah” ertinya seorang Penolong Pengarah Galian yang dilantik di bawah seksyen 4; “sampel” ertinya sesuatu pecahan benda yang terjadi dengan cara semula jadi yang disifatkan sebagai menunjukkan jisim yang daripadanya ia menjadi sebahagian; “skim pengendalian melombong” ertinya suatu skim pengendalian melombong yang diluluskan di bawah seksyen 10; “spesimen” ertinya sesuatu pecahan benda yang terjadi dengan cara semula jadi yang tidak semestinya merupakan jisim yang daripadanya ia menjadi sebahagian; “tanah lombong” ertinya mana-mana tanah yang baginya suatu lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong yang dikeluarkan atau diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perlombongan sedang berkuat kuasa; “tenemen mineral” ertinya suatu lesen memfosik, lesen mendulang, lesen melombong individu, lesen mencari gali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya, pajakan melombong, atau mana-mana daripadanya bagi maksud penjelajahan atau perlombongan mineral atau bijih mineral, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri yang mengawal selia tenemen mineral. (2) Tertakluk kepada subseksyen (1) dan melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, segala perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang ditafsirkan dalam 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 Kanun Tanah Negara hendaklah disifatkan sebagai mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Kanun itu. BAHAGIAN II PENTADBIRAN Pelantikan Ketua Pengarah Galian, Timbalan Ketua Pengarah, dsb. 4. (1) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam untuk menjadi Ketua Pengarah Galian bagi maksud melaksanakan fungsi dan kewajipan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini. (2) Menteri hendaklah juga melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah Galian, Pengarah Galian, Timbalan Pengarah Galian, Penolong Pengarah Galian, Pembantu Kanan Galian, Pembantu Galian dan mana-mana pegawai lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini. (3) Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2) adalah tertakluk kepada kawalan, arahan dan pengawasan Ketua Pengarah. (4) Semua pegawai yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Fungsi dan kewajipan Ketua Pengarah 5. Ketua Pengarah hendaklah— (a) bertanggungjawab bagi pentadbiran dan penguatkuasaan Akta ini; (b) menjalankan pengawasan dan kawalan ke atas aspek keselamatan berhubungan dengan lombong dan bagi pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, pemilikan, pergerakan, penyimpanan dan pemprosesan mineral dan bijih mineral mengikut Akta ini; (c) mendapatkan maklumat tentang dan menyimpan rekod pengendalian mengenai pemfosikan, pendulangan, Pembangunan Mineral 13 penjelajahan, perlombongan, pemilikan, pergerakan, penyimpanan, pemprosesan, pembelian dan penjualan mineral dan bijih mineral; (d) melaksanakan apa-apa fungsi berhubungan dengan Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan (e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ternyata kepada Ketua Pengarah dikehendaki, berfaedah atau sesuai bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini. Perwakilan fungsi atau kewajipan oleh Ketua Pengarah 6. Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan kepada mana- mana pegawai di bawah kawalan, arahan dan pengawasannya penjalanan atau pelaksanaan, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang diperuntukkan dalam surat cara perwakilan itu, apa-apa fungsi atau kewajipannya yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini: Dengan syarat bahawa mana-mana perwakilan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa fungsi atau kewajipan tidaklah menghalang Ketua Pengarah daripada menjalankan atau melaksanakan fungsi atau kewajipan itu sendiri jika ternyata bermanfaat baginya berbuat demikian. Fungsi dan kewajipan Pengarah 7. (1) Seseorang Pengarah hendaklah menjalankan fungsi dan kewajipan yang diberikan kepada Ketua Pengarah dalam lokaliti geografi di bawah bidang kuasanya. (2) Seseorang Pengarah hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah apa-apa perkara yang berkenaan dengannya apa-apa tindakan daripada pihak Ketua Pengarah diperlukan. (3) Seseorang Pengarah hendaklah terletak hak padanya fungsi dan kewajipan seseorang Penolong Pengarah. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 Fungsi dan kewajipan Penolong Pengarah 8. (1) Seseorang Penolong Pengarah hendaklah─ (a) memeriksa dan mengawal selia penyimpanan, pengangkutan dan penggunaan bahan toksik, mudah terbakar atau bahan lain yang berpotensi berbahaya berkenaan dengan atau berhubungan dengan apa-apa aktiviti pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan atau pemprosesan mineral; (b) menghendaki pemegang sesuatu tenemen mineral untuk menyediakan dan menyenggara dalam kawasan tenemen mineral dan pemprosesan mineral itu mana-mana jalan akses dan jalan lain yang perlu dan mencukupi bagi maksud akses, keluar, pelepasan atau pemindahan selamat mana-mana orang yang tercedera; (c) memberi apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk memberhentikan apa-apa pengendalian, penggunaan kelengkapan atau amalan dalam atau dekat dengan mana- mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral yang— (i) menjejaskan keselamatan atau kesihatan mana- mana orang; (ii) menyebabkan kerosakan kepada harta; atau (iii) menyebabkan kacau ganggu kepada atau mencacatkan kemudahan mana-mana kawasan atau tempat; dan (d) memerintahkan pemberhentian serta-merta kerja dalam, dan peninggalan serta-merta semua orang dari, mana- mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral atau mana-mana bahagian kawasan atau loji itu yang disifatkan sebagai tidak selamat, atau membenarkan kerja diteruskan selepas langkah berjaga- jaga diambil atau apa-apa perkara dilakukan sebagaimana yang difikirkannya perlu. Pembangunan Mineral 15 (2) Seseorang Penolong Pengarah boleh — (a) melalui notis bertulis menghendaki seseorang pengurus mengemukakan pelan pengerjaan lombong dan penyata yang mengandungi maklumat mengenai apa-apa pengendalian melombong: Dengan syarat bahawa maklumat itu hendaklah disifatkan, jika diminta secara bertulis oleh pengurus itu, maklumat sulit bagi maksud Akta ini; dan (b) membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu dalam hal pertikaian antara penduduk tanah lombong berkenaan dengan pendudukan mereka atau penggunaan tanah itu. BAHAGIAN III PENGAWALSELIAAN PENJELAJAHAN DAN PERLOMBONGAN Pemegang tenemen mineral untuk mengemukakan salinan tenemen mineral dan pertukaran alamat kepada Pengarah, dsb. 9. (1) Mana-mana pemegang lesen mencari gali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas tenemen mineral itu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, menghantar suatu salinan tenemen mineralnya kepada Pengarah dan kepada Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi. (2) Mana-mana pemegang tenemen mineral yang disebutkan dalam subseksyen (1) yang telah bertukar alamatnya hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh pertukaran alamat itu, memberitahu Pengarah dan Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi secara bertulis mengenai alamat barunya. Pengemukaan skim pengendalian melombong 10. (1) Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong adalah dikehendaki mengemukakan bagi kelulusan 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 Pengarah suatu skim pengendalian melombong bagi kerja pembangunan dan perlombongan di atas tanah yang menjadi subjek tenemen mineral itu sebelum bermulanya apa-apa kerja pembangunan atau perlombongan dalam kawasan tenemen mineral itu. (2) Skim pengendalian melombong hendaklah termasuk — (a) tarikh permulaan pengeluaran yang dijangkakan; (b) suatu jadual pengeluaran tahunan bijih mentah yang dianggarkan bagi tempoh tenemen mineral itu; (c) pelan pengerjaan lombong itu; dan (d) apa-apa maklumat yang ditetapkan atau dikehendaki secara bertulis oleh Pengarah. (3) Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh mengemukakan suatu pengubahsuaian kepada skim pengendalian melombong yang diluluskan bagi kelulusan Pengarah dan tidak boleh memulakan apa-apa kerja pembangunan atau perlombongan yang tidak mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan itu sehinggalah skim pengendalian melombong yang diubahsuaikan itu telah diluluskan oleh Pengarah. (4) Pengarah hendaklah — (a) meluluskan skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya jika pelaksanaan skim itu — (i) boleh menyediakan suatu tempat kerja yang semunasabahnya selamat; dan (ii) tidak membahayakan komuniti yang bersebelahan; dan (b) memberitahu pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu secara bertulis tentang keputusannya. (5) Jika Pengarah menolak skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya, dia hendaklah memberitahu pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu secara bertulis tentang keputusannya. Pembangunan Mineral 17 (6) Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh mengemukakan sekian bilangan skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya sebagaimana yang perlu bagi mendapatkan kelulusan Pengarah. (7) Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong yang terkilan dengan keputusan Pengarah di bawah seksyen ini boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan itu, merayu secara bertulis kepada Ketua Pengarah yang keputusannya adalah muktamad. Notis cadangan untuk menjelajah atau menjalankan kerja pembangunan 11. (1) Pemegang lesen mencari gali atau lesen penjelajahan hendaklah menghantar suatu notis bertulis sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum memulakan penjelajahan kepada Pengarah dan Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi memaklumkan mereka tentang cadangan itu. (2) Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong hendaklah menghantar kepada Pengarah dan Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi suatu notis yang sama sebelum memulakan apa-apa kerja pembangunan. Pematuhan skim pengendalian melombong 12. (1) Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong hendaklah mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan di bawah seksyen 10 dan menjalankan kerja pembangunan dan perlombongan mengikut skim pengendalian melombong yang diluluskan itu. (2) Apabila pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong tidak mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan itu, Pengarah hendaklah menyiasat perkara itu dan boleh memerintahkan pemegang lesen atau pajakan itu supaya — (a) mengusahakan segala langkah yang perlu bagi memastikan skim pengendalian melombong yang 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 diluluskan itu dipatuhi; atau (b) menggantungkan kerja pembangunan atau perlombongan sehingga langkah-langkah yang perlu diambil untuk mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan itu. (3) Apa-apa langkah yang diambil untuk mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) tidak berkuat kuasa untuk melepaskan mana-mana pemegang lesen atau pajakan itu daripada apa-apa liabiliti yang berbangkit di bawah subseksyen (1). Amalan baik dan selamat dan standard alam sekeliling 13. Pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan dan pemprosesan mineral hendaklah dijalankan mengikut amalan baik dan selamat dan apa-apa standard alam sekeliling sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan alam sekeliling. Pengurus lombong 14. (1) Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong hendaklah, jika — (a) terdapat sepuluh orang atau lebih diambil kerja di lombong itu; atau (b) Penolong Pengarah telah memberitahu pemegang lesen atau pajakan itu bahawa seorang pengurus adalah dikehendaki, melantik seorang pengurus lombong. (2) Pelantikan seseorang pengurus di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan kelulusan Penolong Pengarah. (3) Jika pengurus yang dilantik di bawah subseksyen (1) terhenti daripada menjadi pengurus lombong itu, pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong hendaklah dalam Pembangunan Mineral 19 masa tiga hari dari tarikh pemberhentian itu melantik pengurus lain dengan kelulusan Penolong Pengarah. (4) Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh melantik sekian bilangan penolong pengurus yang perlu bagi membantu pengurus, apa-apa pelantikan itu hendaklah dengan kelulusan Penolong Pengarah. (5) Jika pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong adalah orang sebenar, dia boleh, tertakluk kepada kelulusan Penolong Pengarah dan peruntukan Akta ini, melantik dirinya sendiri sebagai pengurus lombong itu. (6) Tiada seorang pun yang telah dilantik pengurus mana-mana lombong boleh, semasa dia memegang pelantikan itu, bertindak sebagai pengurus mana-mana lombong lain tanpa kelulusan bertulis Penolong Pengarah. (7) Seseorang pengurus yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah — (a) bertanggungjawab bagi kawalan dan pengawasan harian lombong yang dia telah dilantik pengurus; dan (b) tinggal berdekatan dengan lombong itu melainkan jika dikecualikan secara bertulis oleh Penolong Pengarah. (8) Jika seseorang pengurus dikehendaki di bawah Akta ini, tiada kerja boleh dijalankan di lombong itu melainkan jika — (a) kehendak seksyen ini telah dipatuhi; dan (b) pengurus itu mengawasi pengerjaan lombong itu. (9) Jika pengerjaan dalam mana-mana lombong melampaui atau dipisahkan oleh apa-apa jarak yang kawalan dan pengawasan harian oleh seorang pengurus adalah, pada pendapat Penolong Pengarah, tidak mencukupi, dia boleh menghendaki supaya seorang pengurus dilantik untuk mengawal dan mengawasi mana-mana pengerjaan itu sebagaimana yang ditentukan olehnya, dan sesudah itu seorang pengurus hendaklah dilantik mengikut Akta ini bagi pengerjaan yang ditentukan sedemikian. 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 (10) Jika seorang pengurus yang dilantik di bawah seksyen ini menjadi tidak upaya daripada melaksanakan kewajipannya atau akan tidak hadir di lombong itu lebih dari dua hari dia, atau pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong, hendaklah, jika tiada penolong pengurus yang telah dilantik, melantik, dengan kelulusan Penolong Pengarah, mana-mana orang lain untuk bertindak sebagai pengurus selama ketidakupayaan atau ketidakhadiran itu. (11) Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong dan tiap-tiap pengurus, penolong pengurus dan orang yang dilantik di bawah subseksyen (10) hendaklah memastikan keselamatan segala pengendalian di lombong itu dan pematuhan peruntukan Akta ini. Arahan oleh pengurus lombong 15. (1) Pengurus mana-mana lombong boleh, dan jika dikehendaki sedemikian oleh Penolong Pengarah hendaklah, mengeluarkan arahan bertulis untuk dipatuhi oleh mana-mana orang yang diambil kerja dalam atau dekat dengan lombong itu sebagaimana yang perlu dalam hal keadaan tertentu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mereka. (2) Suatu salinan arahan bertulis itu hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah dan jika Penolong Pengarah tidak dalam masa tiga puluh hari dari penerimaannya membantah mengenainya secara bertulis kepada pengurus arahan bertulis itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (8), mula berkuat kuasa. (3) Jika Penolong Pengarah tidak meluluskan apa-apa arahan bertulis yang dicadangkan dia hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas menerima arahan bertulis itu memaklumkan pengurus tentang apa-apa perubahan, penambahan atau penggantian pada arahan itu yang difikirkannya patut. (4) Jika pengurus itu membantah mana-mana perubahan, penambahan atau penggantian itu dia boleh merujukkan perkara itu kepada Pengarah yang keputusannya adalah muktamad. (5) Apa-apa arahan bertulis yang mula berkuat kuasa di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga Penolong Pengarah memerintahkan pembatalannya. Pembangunan Mineral 21 (6) Suatu salinan arahan bertulis itu hendaklah ditampalkan di satu atau lebih tempat yang mudah dilihat di lombong itu. (7) Suatu salinan arahan bertulis yang berkuat kuasa yang diperakui betul oleh pengurus hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang. (8) Jika apa-apa arahan bertulis di bawah seksyen ini tidak selaras dengan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi setakat ketidakselarasan itu. Pelan hendaklah diberikan 16. (1) Pengurus mana-mana lombong hendaklah menyimpan di pejabat lombong itu pelan pengerjaan lombong yang tepat yang dibuat daripada pengukuran sebenar mengikut cara yang ditetapkan dan, pada lat tempoh tidak melebihi enam bulan, apa-apa pengerjaan tambahan atau perluasan yang dibuat sejak pengukuran dahulu dilakukan hendaklah diukur dan ditandakan di atas pelan itu, dan tiada apa-apa pengerjaan itu boleh ditimbus atau dibiarkan tidak diperbaiki sebelum ia telah diukur dan ditandakan sedemikian. (2) Jika sesuatu pelan lombong dikemaskinikan, pengurus hendaklah memberi kepada Penolong Pengarah salinan pelan itu yang diperakui yang menunjukkan di atasnya pengerjaan yang dijalankan sejak pelan terakhir dikemukakan. (3) Suatu salinan pelan itu yang diperakui hendaklah disimpan oleh Penolong Pengarah di pejabatnya dan tiada salinan atau surihannya boleh diberikan, atau maklumat berhubungan dengannya diberikan, atau pelan itu dibuka untuk pemeriksaan melainkan jika kebenaran Penolong Pengarah telah diperoleh. (4) Jika, apabila menerima mana-mana pelan itu Penolong Pengarah tidak berpuas hati dengan ketepatan atau kesempurnaan pelan itu dia boleh, mengikut budi bicaranya, memerintahkan supaya suatu pengukuran dibuat di bawah arahannya tentang pengerjaan lombong itu oleh seorang juruukur yang dilesenkan di bawah mana- mana undang-undang bertulis atas perbelanjaan pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu. 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 (5) Pengurus hendaklah menyediakan pelan itu di lombong apabila diminta oleh mana-mana pegawai galian dan pengurus hendaklah, jika diminta sedemikian, menandakan di atas pelan itu kemajuan pengerjaan lombong itu pada masa pengemukaan, dan hendaklah membenarkan pegawai galian itu memeriksa dan mengambil suatu salinannya. Buku rekod mengenai pengendalian 17. (1) Pengurus sesuatu lombong hendaklah menyimpan buku rekod, mengikut bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang ditetapkan, berkenaan dengan pengendalian lombong itu. (2) Buku rekod itu hendaklah — (a) disimpan semata-mata bagi maksud memasukkan laporan dan rekod yang dikehendaki di bawah Akta ini; (b) tersedia pada bila-bila masa yang munasabah bagi pemeriksaan mana-mana pegawai galian; dan (c) disimpan kemas kini dan dalam aturan dan keadaan yang baik. (3) Apabila seseorang pegawai galian telah memeriksa sesuatu lombong atau apa-apa kerja berkaitan dengannya, dia hendaklah memasukkan ke dalam suatu buku rekod suatu ringkasan pemeriksaannya dan apa-apa kehendak yang diperlukan. (4) Walau apa pun yang terkandung dalam atau tertinggal daripada laporan pegawai galian itu, laporan itu tidak boleh digunakan bagi mengehadkan tanggungjawab pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus di bawah Akta ini. (5) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengenakan obligasi ke atas pengurus untuk menyimpan buku rekod atau salinannya lebih dari dua belas bulan selepas buku rekod itu telah terhenti digunakan bagi membuat apa-apa catatan di dalamnya melainkan jika Penolong Pengarah telah secara bertulis menghendaki mana-mana buku rekod disimpan bagi suatu tempoh yang lebih panjang. Pembangunan Mineral 23 Air efluen 18. (1) Mana-mana pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus yang menggunakan air berkaitan dengan perlombongan hendaklah mengambil apa-apa langkah bagi memastikan bahawa air yang digunakan sedemikian hendaklah, sebelum ia meninggalkan lombong atau kawasan pembendungan buangan itu yang di dalamnya ia telah digunakan, mematuhi apa-apa standard kualiti air yang ditetapkan dan jika apa-apa standard telah tidak ditetapkan air itu hendaklah semunasabahnya bebas daripada bahan pepejal dan daripada kimia dan bahan lain yang berbahaya kepada kehidupan manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. (2) Penolong Pengarah hendaklah, apabila menerima suatu aduan yang dibuat secara bertulis memerihalkan kegagalan mana-mana orang untuk mematuhi peruntukan subseksyen (1), menyiasat mengenai aduan itu, dan boleh pada bila-bila masa memerintahkan orang yang diadukan itu untuk — (a) mengusahakan langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa standard kualiti air dipatuhi; atau (b) menggantungkan perlombongan sehingga apa-apa langkah diambil untuk mematuhi standard kualiti air. (3) Apa-apa langkah yang diambil untuk mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) tidak berkuat kuasa untuk melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang berbangkit di bawah subseksyen (1). Hakisan 19. (1) Tiap-tiap orang yang mengusahakan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau perlombongan hendaklah mengambil apa-apa langkah yang munasabah untuk mencegah atau mengurangkan hakisan tanah yang menjadi subjek tenemen mineral dan kesannya. (2) Apabila diarahkan oleh Penolong Pengarah, tiap-tiap pemegang sesuatu tenemen mineral dan pengurusnya hendaklah menyediakan dan menyenggara apa-apa kerja pembendungan atau tempat lain sebagaimana yang diperlukan dan mencukupi untuk mencegah 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 keluaran hakisan daripada dibuangkan ke dalam mana-mana sungai atau sistem saliran. Peninggalan lombong 20. (1) Sebelum mana-mana pengendalian melombong ditinggalkan atau diberhentikan, suatu notis bertulis hendaklah diberikan tiga bulan sebelum peninggalan atau pemberhentian yang dicadangkan itu oleh pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus kepada Penolong Pengarah dan kepada Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi. (2) Jika mana-mana lombong hendak ditinggalkan, pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus itu hendaklah menyebabkan dibuat suatu pelan yang tepat, sehingga Pengarah berpuas hati, menunjukkan pengerjaan lombong itu sehingga waktu peninggalan dan salinan pelan itu hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dan Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi dalam masa satu bulan selepas peninggalan itu. (3) Jika sesuatu atau sebahagian daripada sesuatu lombong hendak ditinggalkan, pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus itu hendaklah memagar atau menutup dengan selamatnya tiap-tiap lubang lombong atau kolong dan pemegang lesen atau pajakan dan pengurus itu hendaklah terus bertanggungjawab sendiri bagi pematuhan sewajarnya peruntukan ini sehingga Pengarah telah mengesahkan secara bertulis bahawa kerja itu telah dilaksanakan dengan sepatutnya, walaupun lombong itu atau sebahagian daripada lombong itu telah ditinggalkan. (4) Lombong dan kawasan pembendungan buangan yang ditinggalkan hendaklah dijadikan selamat mengikut cara yang ditetapkan. BAHAGIAN IV KEMALANGAN DAN SIASATAN Prosiding apabila berlaku kemalangan dan kejadian berbahaya 21. (1) Jika — Pembangunan Mineral 25 (a) apa-apa kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan badan yang teruk kepada mana- mana orang; atau (b) apa-apa kemalangan yang mengakibatkan kerosakan kepada mana-mana harta, telah berlaku berkaitan dengan mana-mana kerja bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu tenemen mineral, pengurus, mana-mana orang lain yang menjaga lombong atau pemegang tenemen mineral itu hendaklah dengan serta-merta melaporkan secara bertulis kepada Penolong Pengarah fakta perkara itu setakat ia diketahui. (2) Penolong Pengarah hendaklah — (a) terus melawat tempat di mana kemalangan itu telah berlaku; (b) memerintahkan semua pengerjaan terhenti daripada dikendalikan dengan seberapa segera yang mungkin; (c) membuat suatu siasatan hal keadaan itu dan merekodkan dapatan siasatan itu; dan (d) menghantar dengan serta-merta suatu laporan siasatan itu kepada Pengarah. (3) Tempat di mana kemalangan itu te1ah berlaku hendaklah dibiarkan sebagaimana keadaannya selepas sahaja kemalangan itu sehingga penyiasatan telah diselesaikan: Dengan syarat bahawa kerja menyelamat atau apa-apa kerja yang perlu bagi keselamatan am orang yang diambil kerja di dalamnya atau bagi mendapatkan kembali mayat hendaklah tidak dilengahkan. (4) Tiada kerja boleh disambung semula sehingga kebenaran secara bertulis telah diperoleh daripada Penolong Pengarah. (5) Apabila menerima laporan yang diberikan oleh Penolong Pengarah, jika ternyata kepada Pengarah bahawa terdapat sebab untuk mempercayai bahawa kemalangan itu telah disebabkan oleh apa-apa kegagalan mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan di bawah seksyen 15 atau apa-apa perintah yang diberikan oleh mana-mana pegawai galian di bawah Akta ini dan 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 Pengarah berpendapat bahawa kemalangan itu mungkin boleh dicegah jika langkah berjaga-jaga yang wajar telah diambil dan dipatuhi, dia hendaklah mengemukakan laporan Penolong Pengarah itu berserta dengan syornya tentang mengadakan suatu siasatan kepada Ketua Pengarah. (6) Ketua Pengarah hendaklah mempertimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (5) dan memutuskan sama ada hendak mengadakan suatu siasatan. Prosedur bagi siasatan 22. (1) Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk mengadakan suatu siasatan, dia hendaklah melantik seorang pegawai galian dan jika perlu mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan undang- undang atau pengetahuan khas untuk membantunya dalam siasatan itu. (2) Pegawai galian itu boleh membuka siasatan itu atau mana-mana bahagian siasatan itu kepada orang awam dan hendaklah menjalankannya mengikut cara yang difikirkannya paling berkesan untuk menentukan sebab kemalangan itu dan dia hendaklah kemudiannya mengemukakan suatu laporan siasatan itu melalui Ketua Pengarah kepada Menteri. (3) Dalam menjalankan siasatan, pegawai galian itu hendaklah mempunyai kuasa berikut: (a) untuk memperoleh dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa mana-mana orang sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu atau wajar oleh pegawai galian itu untuk diperoleh atau diperiksa; (b) untuk menghendaki keterangan, bertulis atau lisan, mana- mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (apa-apa sumpah atau ikrar itu hendaklah yang boleh dikehendaki daripada saksi itu jika dia memberi keterangan di Mahkamah Tinggi) atau melalui pengakuan berkanun; dan (c) untuk memanggil mana-mana orang untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau Pembangunan Mineral 27 benda lain dalam milikannya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda dalam milikannya. (4) Jika pegawai galian itu berpuas hati bahawa seseorang yang, di bawah subseksyen (3) — (a) setelah dipanggil menghadiri mana-mana siasatan itu, tidak berbuat demikian; (b) setelah dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain, tidak berbuat demikian; atau (c) setelah dikehendaki untuk menjawab apa-apa soalan, enggan berbuat demikian, dia boleh memperakui secara bertulis ketidakhadiran atau untuk ketidakpengemukaan dokumen atau keengganan untuk menjawab soalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan memaklumkan Majistret dengan sewajarnya. (5) Seseorang yang memberi keterangan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak keterangan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab apa-apa soalan. (6) Jika suatu perakuan diberikan di bawah subseksyen (4), Majistret hendaklah menyiasat kes itu dan, jika dia berpuas hati bahawa orang yang baginya perakuan itu berhubungan telah, tanpa alasan yang munasabah, tidak menghadiri atau tidak atau enggan mematuhi kehendak yang disebutkan dalam perakuan itu dia hendaklah memerintahkan orang itu supaya hadir atau supaya mematuhi kehendak itu di suatu perbicaraan di hadapan pegawai galian yang mengadakan siasatan itu pada suatu masa dan tempat yang dinyatakan dalam perintah itu. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 BAHAGIAN V PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI Bab 1—Penguatkuasaan dan Penyiasatan Penguatkuasaan oleh pegawai galian 23. Seseorang pegawai galian boleh bagi maksud menguatkuasakan Akta ini — (a) meminta dan memeriksa apa-apa buku, dokumen, surat cara atau rekod dan membuat salinannya atau mengambil cabutan daripada buku, dokumen, surat cara atau rekod itu yang ada dalam jagaan atau kawalan mana-mana orang mengenai apa-apa perkara di bawah Akta ini; (b) melawat, memasuki, menyiasat dan memeriksa dengan atau tanpa notis terlebih dahulu mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral pada bila-bila masa tetapi tidaklah boleh dengan tidak perlu menggalang atau menghalang apa-apa kerja di dalamnya; (c) menyiasat berkenaan dengan mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral mengenai — (i) kedudukan dan keadaan mana-mana kawasan atau loji itu; (ii) apa-apa kemalangan atau kejadian berbahaya; (iii) apa-apa perkara atau benda berkaitan dengan atau berhubungan dengan keselamatan atau kesihatan mana-mana orang atau yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerosakan kepada harta, atau suatu kacau ganggu; Pembangunan Mineral 29 (iv) kesan mana-mana pengendalian atau amalan ke atas kemudahan mana-mana kawasan atau tempat; atau (v) pematuhan mana-mana peruntukan Akta ini; (d) mengambil langkah-langkah untuk memastikan penggunaan langkah berjaga-jaga yang sewajarnya dalam segala aktiviti pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, penyimpanan atau pemprosesan mineral bagi mencegah kerosakan atau bahaya kepada nyawa atau harta; (e) menghendaki mana-mana orang yang dijumpainya dalam sesuatu kawasan di mana pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, penyimpanan atau pemprosesan mineral dijalankan untuk menyatakan identiti dan maksudnya, dan memberi apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Akta ini dan dalam kuasa orang itu untuk memberi; dan (f) mengambil sampel apa-apa bahan sama ada pepejal, cecair atau gas dalam atau sedang dilepaskan ke dalam atau dari mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral. Kuasa untuk menyiasat 24. (1) Seseorang pegawai galian hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. (2) Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawai galian untuk memberi maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau artikel lain berhubungan dengan pelakuan apa-apa kesalahan yang dalam kuasa orang itu untuk memberi adalah terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat atau mengemukakan dokumen atau artikel lain itu. 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes 25. (1) Seseorang pegawai galian yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang pada pendapat pegawai galian itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian. (2) Jika mana-mana orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai galian itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada Majistret yang boleh sesudah itu mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu. (3) Seseorang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) adalah berhak dibayar perbelanjaan perjalanan dan sara hidup yang munasabah yang dilakukan olehnya dan adalah sah bagi Ketua Pengarah membayar perbelanjaan itu. Kuasa untuk memeriksa orang yang mengetahui kes 26. (1) Seseorang pegawai galian yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana- mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa itu. (2) Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai galian itu: Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana- mana soalan yang jawapannya akan cenderung ke arah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan. Pembangunan Mineral 31 (4) Pegawai galian yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu, dan jika orang yang diperiksa itu enggan menandatangani atau mengecapkan cap ibu jarinya atas pernyataan itu, pegawai galian itu hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu. Kuasa menangkap, menyita dan menyiasat 27. (1) Seseorang pegawai galian boleh tanpa waran — (a) menangkap mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; dan (b) menyita apa-apa benda yang difikirkannya perlu disita berhubungan dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan itu. (2) Seseorang pegawai galian yang membuat penangkapan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang terdekat atau, jika tidak ada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang terdekat, dan selepas itu orang yang ditangkap seperti disebut terdahulu hendaklah diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan prosedur jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis. 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 Menggeledah dengan waran 28. (1) Jika ternyata kepada Majistret, atas maklumat secara bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada disembunyikan atau didepositkan apa-apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai galian yang kepadanya waran itu diarahkan, pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan, memasuki bangunan, tempat atau tanah itu dan di situ menggeledah dan menyita apa-apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah atau disyaki telah dilakukan dan apa-apa jentera, buku, dokumen atau benda-benda lain yang semunasabahnya dipercayai memberi bukti pelakuan kesalahan itu. (2) Mana-mana pegawai galian yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh jika perlu berbuat demikian — (a) memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam bangunan atau mana-mana premis lain dan memasukinya; (b) dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya; (c) dengan menggunakan kekerasan memindahkan apa-apa galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (1); dan (d) memecahkan apa-apa bekas untuk memeriksa kandungannya. (3) Pegawai galian yang menyita mana-mana mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda di bawah subseksyen (1) hendaklah — (a) dengan serta-merta meletakkan pada mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda itu suatu tanda yang menunjukkan bahawa ia telah disita; Pembangunan Mineral 33 (b) menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta, atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan satu salinan yang ditandatangani olehnya kepada pemunya atau orang yang daripadanya benda itu disita yang berada di bangunan atau premis itu dan jika bangunan atau premis itu tidak dihuni, pegawai galian itu hendaklah, di mana-mana mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita itu di bangunan atau di premis itu; (c) dengan serta-merta melaporkan penyitaan itu kepada Pengarah; dan (d) jika dapat dilaksanakan, memindahkan benda yang disita itu, dengan seberapa segera yang mungkin, bagi penjagaannya. Menggeledah tanpa waran 29.
Part document.segment-2
525 - *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
525 - *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 — segment 2
AI-assisted research summary: Pegawai galian may enter and search without a warrant in urgent suspicious cases; seized items can be temporarily returned, forfeited, sold, or released, and several obstruction, false-information, and interference offences carry fines or imprisonment.
Jika ternyata kepada seseorang pegawai galian bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada disembunyikan atau didepositkan apa-apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dan jika dia mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan mendapatkan suatu waran menggeledah di bawah seksyen 28 mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda itu mungkin akan dipindahkan atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan dalam, atas dan berkenaan dengan bangunan, tempat atau tanah itu semua kuasa yang disebutkan dalam seksyen 28 dengan cara yang penuh dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh waran di bawah seksyen itu. Pemulangan sementara benda yang disita 30. Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini, Pengarah boleh, mengikut budi bicaranya, memulangkan untuk sementara benda itu kepada pemunya atau orang yang daripadanya benda itu disita tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pengarah, dan tertakluk dalam apa-apa hal kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga memuaskan hatinya 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya apabila diminta atau dibawa di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten. Pelucuthakan benda yang disita 31. (1) Apa-apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan. (2) Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengan benda itu telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu. (3) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis kepada orang yang daripadanya benda itu disita yang menunjukkan bahawa tidak ada pendakwaan dibuat berkenaan dengan benda itu, melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan terhadapnya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6). (4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya benda yang disebutkan dalam subseksyen (3) dan bahawa benda itu bukanlah benda yang boleh dilucuthakkan boleh memberikan notis bertulis secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis kepada pegawai galian yang dalam milikannya benda itu disimpan bahawa dia menuntut benda itu. (5) Apabila menerima notis yang disebutkan dalam subseksyen (4), pegawai galian itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pengarah yang — (a) boleh memerintahkan supaya benda itu dilepaskan; atau Pembangunan Mineral 35 (b) boleh mengarahkan pegawai galian itu merujukkan perkara itu kepada seorang Majistret bagi keputusan. (6) Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah perenggan (5)(b) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya benda itu dan orang yang daripadanya benda itu disita supaya hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau jika mereka ingkar hadir, setelah dibuktikan penyampaian wajar saman itu, Majistret itu hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucuthakkan dan jika tidak terbukti sedemikian hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilepaskan. (7) Apa-apa benda yang terlucut hak atau yang disifatkan telah terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Pengarah dan hendaklah dilupuskan oleh Pengarah — (a) mengikut arahan Majistret; atau (b) mengikut cara yang difikirkannya patut. (8) Jika apa-apa benda yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau adalah tertakluk kepada reput yang cepat dan semula jadi atau jika penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan penggalangan atau bahaya kepada awam, Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini. Kos memegang benda yang disita 32. Jika apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini disimpan dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu selesainya apa-apa prosiding berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, kos memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati melakukan sesuatu kesalahan, menjadi suatu hutang 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan bolehlah didapatkan kembali dengan sewajarnya. Tiada kos atau ganti rugi boleh didapati berbangkit daripada penyitaan 33. Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana- mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa benda yang disita pada menjalankan atau berupa menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau mendapat apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah. Kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah alat pengangkutan 34. (1) Jika mana-mana pegawai galian mempunyai syak yang munasabah bahawa mana-mana alat pengangkutan sedang membawa apa-apa benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa alat pengangkutan itu. (2) Orang yang mengawal atau menjaga alat pengangkutan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai galian itu — (a) memberhentikan alat pengangkutan itu dan membenarkan pegawai galian itu memeriksanya; dan (b) membuka semua bahagian alat pengangkutan itu, termasuk bekas di dalamnya atau di atasnya, untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan sebagaimana pegawai galian itu dapati perlu dibuat. (3) Mana-mana orang yang tidak atau enggan bekerjasama dengan pegawai galian itu untuk memberhentikan alat pengangkutan atau menjalankan suatu penggeledahan ke atas alat pengangkutan itu adalah melakukan suatu kesalahan. Pembangunan Mineral 37 Bab 2—Keterangan Perakuan tentang nilai mineral atau keluaran mineral, dsb. 35. Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pengarah menyatakan — (a) nilai apa-apa mineral atau keluaran mineral; (b) amaun fi, royalti, premium dan caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa mineral atau keluaran mineral; atau (c) kos memperbaiki apa-apa kerosakan yang dilakukan oleh seseorang pesalah, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai nilai, fi, royalti, premium, caj atau kos itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Pengarah bagi perakuan itu. Sampel 36. Mana-mana pegawai galian boleh, tanpa bayaran, mengambil suatu sampel apa-apa mineral yang perlu dan munasabah untuk diperiksa dan diuji dan sampel yang diambil sedemikian hendaklah diterima dalam mana-mana mahkamah, dalam ketiadaan apa-apa keterangan lain, sebagai mewakili sumber bahan yang daripadanya sampel itu telah diambil. Perakuan analisis 37. (1) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta ini, suatu perakuan analisis yang dikatakan di bawah tandatangan seorang penganalisis hendaklah, apabila dikemukakan perakuan itu oleh pegawai pendakwa, menjadi keterangan yang mencukupi tentang fakta yang dinyatakan di dalamnya melainkan jika penganalisis itu adalah dikehendaki hadir sebagai seorang saksi — (a) oleh mahkamah; atau 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 (b) oleh tertuduh, dalam hal mana tertuduh hendaklah memberikan notis kepada pegawai pendakwa tidak kurang dari tiga hari genap sebelum bermulanya perbicaraan itu: Dengan syarat bahawa dalam mana-mana hal yang pegawai pendakwa bercadang untuk memberi sebagai keterangan mana-mana laporan itu dia hendaklah menghantar suatu salinannya kepada tertuduh tidak kurang dari sepuluh hari genap sebelum bermulanya perbicaraan itu. (2) Dalam seksyen ini, “penganalisis” ertinya — (a) seseorang yang pada masa ini diambil kerja sepenuhnya atau sebahagiannya dalam kerja analitis kimia atau fizik berhubungan dengan mineral di Jabatan Penyiasatan Kaji Bumi Malaysia atau oleh Kerajaan; atau (b) seseorang yang menjalankan kerja analitis kimia atau fizik berhubungan dengan mineral dan diambil kerja oleh sebuah makmal yang diiktiraf oleh Jabatan Penyiasatan Kaji Bumi Malaysia. (3) Jika mana-mana penganalisis dipanggil oleh tertuduh sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), dia hendaklah dipanggil atas perbelanjaan tertuduh melainkan jika mahkamah mengarahkan selainnya. Perlindungan pemberi maklumat 38. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan mendedah nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau untuk menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa dirinya diketahui. (2) Jika apa-apa buku, dokumen atau surat yang di bawah keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang menamakan atau memperihalkan pemberi maklumat atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan segala petikan tersebut disembunyikan daripada Pembangunan Mineral 39 pandangan atau dipadamkan setakat perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui. (3) Jika dalam perbicaraan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh ke atas kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dijalankan sepenuhnya antara pihak- pihak terhadap prosiding itu tanpa identiti pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal jika bertulis dikemukakan, dan membenarkan siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya, mengenai pemberi maklumat itu. Bab 3—Kesalahan dan Penalti Pelbagai kesalahan 39. Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan seksyen 9, 11, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19 atau 20 Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan. Penalti kerana tidak mengemukakan atau mematuhi skim pengendalian melombong 40. Mana-mana pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong yang tidak mengemukakan suatu skim pengendalian melombong atau mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Kesalahan berhubungan dengan perlindungan lubang lombong tertinggal, dsb. 41. (1) Mana-mana orang dengan sengaja merosakkan mana-mana lubang lombong, aras, kekolong atau korekan yang telah ditinggalkan 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 atau menjadikannya tidak berguna oleh pemindahan apa-apa kayu, pagar, selongsong, lapisan, tangga, pelantar atau perkakas lain yang disediakan dalam atau dekat dengannya atau memindahkan mana-mana bahagian timbunan atau lambakan di mulut mana-mana lubang lombong sehingga mengurangkan atau memusnahkan kegunaannya bagi melindungi orang atau haiwan daripada terjatuh ke dalam lubang lombong itu adalah melakukan suatu kesalahan. (2) Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini untuk memperbaiki atau menggantikan atas perbelanjaannya sendiri mana- mana kayu, pagar, selongsong, lapisan, tangga, pelantar, perkakas, timbunan atau lambakan yang telah dirosakkan atau dipindahkan itu. Mengganggu, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa- apa benda yang disita 42. Mana-mana orang yang mengganggu, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan. Penalti kerana tidak mematuhi perintah yang sah 43. Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah bertulis yang dikeluarkan oleh sesorang pegawai galian adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kesalahan berkenaan dengan maklumat 44. (1) Mana-mana orang yang — (a) mengemukakan maklumat palsu dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain di bawah Akta ini; (b) memberikan atau menyebabkan supaya diberikan kepada mana-mana pegawai galian apa-apa butir, maklumat atau pernyataan palsu berkenaan dengan apa-apa perkara yang pegawai itu menghendaki diberikan di bawah Akta ini; Pembangunan Mineral 41 (c) enggan menjawab atau memberi suatu jawapan palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana- mana pegawai galian bagi maksud mendapatkan apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki diberikan di bawah Akta ini; (d) melancung, memalsukan atau menggunakan apabila dilancungkan atau dipalsukan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini atau apa-apa surat cara yang digunakan dalam menjalankan apa-apa urusan atau perkara di bawah Akta ini; (e) mengubah apa-apa dokumen atau surat cara atau melancung meterai, tandatangan, tandatangan ringkas atau tanda lain bagi atau yang digunakan oleh mana-mana pegawai galian bagi penentusahan mana-mana dokumen atau surat cara itu atau bagi apa-apa maksud lain dalam menjalankan apa-apa urusan atau perkara di bawah Akta ini; (f) memperdaya mana-mana pegawai galian, secara fraud atau selainnya, dengan mengeluarkan apa-apa dokumen atau membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa catatan dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara yang disimpan bagi maksud Akta ini untuk membolehkan mana-mana orang menggerakkan, mengangkut, menghantar atau mengeksport bijih mineral mengikut apa-apa cara selain cara yang ditetapkan; (g) membuat atau cuba untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa catatan tidak betul dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara yang disimpan bagi maksud Akta ini; (h) menggunakan atau cuba untuk menggunakan apa-apa kesilapan dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara, atau apa-apa catatan tidak betul dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara yang disimpan bagi maksud Akta ini; atau (i) gagal atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh mana-mana pegawai galian, 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (2) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau surat cara adalah palsu, tidak betul, mengelirukan atau dilancungkan keseluruhannya atau sebahagiannya tentang apa-apa butir material, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau surat cara itu adalah palsu, tidak betul, mengelirukan atau dilancungkan tentang sesuatu butir material, mengikut kehendak keadaan, kepada pengetahuan orang yang membekalnya: Dengan syarat bahawa orang itu tidaklah boleh didapati melakukan suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak ada alasan yang munasabah untuk menyangka bahawa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau surat cara itu adalah palsu, tidak betul, mengelirukan atau dilancungkan. Kehilangan atau kebinasaan apa-apa benda yang disita 45. Mana-mana orang yang menyebabkan kehilangan atau kebinasaan apa-apa benda yang hendak disita di bawah Akta ini dengan niat untuk mencegah penyitaannya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Perbuatan cuai 46. Mana-mana orang yang — (a) apabila diambil kerja dalam atau dekat dengan sesuatu lombong atau tapak penjelajahan melakukan apa-apa perbuatan mengikut cara yang mungkin boleh menyebabkan bahaya atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam atau dekat dengan lombong atau tapak penjelajahan itu atau tidak mengambil apa-apa langkah Pembangunan Mineral 43 berjaga-jaga yang perlu bagi memastikan keselamatan mana-mana orang dalam atau dekat dengan tempat itu; atau (b) melainkan jika dibenarkan dengan sewajarnya bagi maksud itu memindahkan, mengubah atau menjadikan tidak berkesan apa-apa benda dalam atau dekat dengan sesuatu lombong atau tapak penjelajahan yang disediakan bagi keselamatan, kesihatan atau kesejahteraan mana- mana orang, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Menggalang pegawai galian 47. Mana-mana orang yang menggalang, menghalang, menyerang atau mengganggu mana-mana pegawai galian dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan. Penggunaan maklumat sulit 48. Mana-mana orang yang menggunakan apa-apa maklumat sulit dengan melanggar seksyen 58 atau 59 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Penyalahgunaan kuasa 49. Mana-mana orang yang, dalam berupa sebagai menjalankan kuasa di bawah Akta ini, secara menyusahkan dan tidak perlu menyita atau menahan apa-apa mineral, keluaran mineral, alat pengangkutan, kelengkapan, buku, dokumen atau benda lain adalah melakukan suatu kesalahan. 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 Percubaan dan persubahatan 50. Mana-mana orang yang cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau bersubahat melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan 51. Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan kesalahan di bawah Akta ini adalah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, adalah seorang pengarah urusan, pengurus atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu, boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah urusan, pengurus atau pegawai itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu. Kesalahan yang dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmat 52. Mana-mana orang yang akan boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan sekiranya perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu. Penalti bagi kesalahan yang berterusan 53. Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, dalam hal sesuatu kesalahan berterusan, sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Mineral 45 ini, didenda selanjutnya dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian dari sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Penalti am 54. Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Pengkompaunan kesalahan 55. (1) Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaun, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah apa-apa amaun tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa- apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)— (a) tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu dibuat; dan 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 (b) apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta. (4) Kuasa untuk mengkompaunkan kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan sendiri oleh Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah. Bab 4—Am Pemulaan prosiding dan penjalanan pendakwaan 56. (1) Tiada prosiding bagi, atau berhubungan dengan, apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya. (2) Mana-mana pegawai galian yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. Mendapatkan kembali wang yang kena dibayar kepada Kerajaan 57. Apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kerajaan di bawah Akta ini boleh didapatkan kembali oleh Kerajaan melalui prosiding sivil sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan. BAHAGIAN VI PELBAGAI Larangan terhadap pendedahan maklumat 58. (1) Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada apa-apa maklumat yang terkandung dalam apa-apa laporan yang dikemukakan sebagaimana dikehendaki oleh mana-mana pejabat atau pegawai Kerajaan berkenaan dengan mana-mana lesen mencari gali atau lesen penjelajahan boleh didedahkan oleh pejabat atau pegawai itu — (a) selama tempoh tiga tahun dari tarikh laporan itu dikemukakan; atau Pembangunan Mineral 47 (b) selama tempoh satu tahun dari tarikh habis tempoh lesen itu, mengikut mana-mana tempoh yang mula-mula habis tempoh sedemikian, kecuali dengan keizinan bertulis pemegang lesen mencari gali atau lesen penjelajahan itu. (2) Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada maklumat yang terkandung dalam apa-apa laporan yang dikemukakan sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana pejabat atau pegawai Kerajaan berkenaan dengan mana-mana lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh didedahkan oleh pejabat atau pegawai itu selama tempoh satu tahun dari tarikh habis tempoh lesen atau pajakan itu kecuali dengan keizinan bertulis pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu. (3) Segala maklumat yang dikemukakan bagi menyokong sesuatu permohonan bagi suatu tenemen mineral atau bagi pembaharuannya dan dibekalkan kepada mana-mana pejabat atau pegawai Kerajaan hendaklah disimpan sulit oleh pejabat atau pegawai itu— (a) jika permohonan itu ditolak, selama tempoh enam bulan dari tarikh penolakan itu; atau (b) jika permohonan itu diluluskan, selama tempoh enam bulan dari tarikh habis tempoh lesen atau pajakan itu. (4) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1), (2) atau (3) boleh berkuat kuasa untuk menghalang pendedahan maklumat jika pendedahan itu dibuat ─ (a) bagi atau berkaitan dengan pentadbiran sewajarnya Akta ini; (b) bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang; (c) bagi maksud apa-apa penyiasatan atau siasatan yang dijalankan di bawah Akta ini; (d) kepada mana-mana perunding kepada Kerajaan atau kepada mana-mana pegawai yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri sebagai orang yang layak untuk menerima maklumat itu; atau 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 (e) bagi atau berkaitan dengan penyediaan perangkaan oleh Kerajaan berkenaan dengan pengendalian penjelajahan atau perlombongan. Larangan penyalahgunaan maklumat yang didapati atas sifat rasmi 59. (1) Mana-mana pegawai galian yang bertanggungjawab bagi pentadbiran Akta ini yang mempunyai apa-apa maklumat yang jika diketahui secara umum mungkin semunasabahnya dijangkakan akan menyentuh secara material sesuatu aktiviti penjelajahan atau perlombongan yang— (a) dipegangnya oleh sebab sifat rasminya atau sifat rasminya yang dahulu; dan (b) adalah munasabah untuk menjangka tidak akan didedahkan oleh seseorang yang mempunyai atau pernah mempunyai sifat rasminya itu melainkan bagi pelaksanaan sepatutnya fungsi yang bersangkutan dengan sifat rasmi itu, tidak boleh menggunakan maklumat sedemikian dengan cara tidak patut untuk memperoleh, secara langsung atau tidak langsung, manfaat bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain. Kad kuasa 60. (1) Tiap-tiap pegawai galian yang diberi kuasa untuk bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya pegawai galian itu bertindak atau yang daripadanya pegawai galian itu meminta apa-apa maklumat kad kuasanya yang dikeluarkan secara rasmi kepadanya oleh Ketua Pengarah. (2) Mana-mana orang boleh enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah mana-mana pegawai galian yang bertindak di bawah Akta ini jika pegawai galian itu enggan menyatakan jawatannya dan mengemukakan kad kuasanya apabila diminta oleh orang itu. Pembangunan Mineral 49 Perlindungan pegawai 61. Tiada pegawai galian yang bertanggungjawab bagi pentadbiran Akta ini boleh menanggung apa-apa liabiliti persendirian bagi apa- apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalannya dalam menjalankan kewajipan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya melainkan jika kerugian atau kerosakan itu telah disebabkan dengan sengaja atau oleh perbuatan melulu atau kecuaian melampau. Penyampaian notis 62. (1) Apa-apa notis yang dikehendaki diberikan atau disampaikan di bawah Akta ini boleh, melainkan jika apa-apa cara penyampaian yang lain ditetapkan, dihantar melalui pos berdaftar kepada orang yang terjejas olehnya. (2) Jika sesuatu notis disampaikan melalui pos berdaftar, ia hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan pada hari yang berikutan hari notis itu sepatutnya diterima, dalam penjalanan biasa pos, jika notis itu dialamatkan — (a) dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, kepada pejabat berdaftar syarikat itu; (b) dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia, sama ada kepada individu yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], di alamat yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana ia terletak; (c) dalam hal seorang individu atau kumpulan orang, kepada alamat perniagaan atau alamat persendirian individu atau kumpulan orang itu yang terakhir diketahui. (3) Jika seseorang yang padanya dialamatkan surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah Akta ini diberitahu tentang hakikat bahawa adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 sebagai telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia dimaklumkan sedemikian. BAHAGIAN VII PERATURAN-PERATURAN Peraturan-peraturan 63. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan apa-apa perkara yang ditetapkan di bawah Akta ini. (2) Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan tersebut boleh— (a) tertakluk kepada hak-hak pemegang sesuatu teneman mineral, menentukan mineral dan bijih mineral tertentu yang dijadikan tertakluk kepada kehendak pelesenan bagi pemilikan, pembelian, penjualan, penggerakan, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan mineral; (b) mengawal dan mengawal selia pengeluaran, pemilikan, pembelian, penjualan, penghantaran dan pengeksportan mineral dan bijih mineral untuk memenuhi obligasi yang dikenakan oleh pertubuhan antarabangsa yang Malaysia adalah ahlinya, tanpa menjejaskan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai perkara itu; (c) menetapkan langkah-langkah perlindungan alam sekeliling, standard efluen, standard bunyi, standard getaran dan standard lain dan cara bagi melindungi alam sekeliling: Dengan syarat bahawa apa-apa langkah, standard atau cara itu tidak boleh bercanggah dengan mana-mana peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]; (d) menetapkan kehendak dan standard bagi penggunaan ejen bahan letupan dan ledakan, bahan berbahaya dan toksik, penganginan, keadaan sanitasi dan kebersihan dalam kawasan penjelajahan dan perlombongan; Pembangunan Mineral 51 (e) secara am menetapkan dan membuat peruntukan bagi fi di bawah Akta ini dan cara untuk memungut dan pembayaran balik fi itu; (f) menetapkan pengemukaan oleh mana-mana pemunya atau pengurus mana-mana lombong penyata perangkaan dan penyimpanan dan pengemukaan buku dan pelan oleh mereka; (g) menetapkan kandungan yang dikehendaki bagi mana-mana skim pengendalian melombong, pelan, laporan atau buku rekod sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini; (h) menetapkan tatacara apa-apa prosiding bagi penjalanan apa- apa siasatan di bawah Akta ini; (i) mengadakan peruntukan bagi keselamatan pekerja dalam kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan dan perlombongan; (j) menetapkan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaunkan dan cara dan tatacara bagi mengkompaunkan kesalahan itu; (k) membuat peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang pada amnya menguatkuasakan peruntukan Akta ini. (3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh menetapkan denda selanjutnya sebanyak dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. 52 Undang-Undang Malaysia AKTA 525 BAHAGIAN VIII PERUNTUKAN PERALIHAN DAN KECUALIAN, DSB. Peruntukan peralihan dan kecualian 64. (1) Mana-mana orang yang, sebaik sahaja sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, memegang apa-apa jawatan yang pelantikannya boleh dibuat di bawah Akta ini hendaklah kekal dalam jawatan itu dan disifatkan bagi maksud Akta ini telah dilantik sedemikian. (2) Tiada apa-apa pun dalam Akta ini boleh menyentuh penguatkuasaan terdahulu, atau apa-apa yang dilakukan di bawah, mana-mana undang-undang terdahulu setakat ia berhubungan dengan pemeriksaan dan pengawalseliaan penjelajahan dan perlombongan mineral atau bijih mineral dan perkara lain yang berhubungan dengannya: Dengan syarat bahawa apa-apa hak, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang sedia ada pada permulaan kuat kuasa Akta ini menurut kuasa mana-mana undang-undang itu hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta ini. Percanggahan undang-undang 65. Sekiranya apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dan peruntukan undang-undang bertulis itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu, terbatal. 53 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 525 AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1971 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A1327 Akta Pembangunan Mineral (Pindaan) 2008 25 Januari 2008 54 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 525 AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1971 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 53 Akta A1327 25-01-2008 55 Akta A1327 25-01-2008 63 Akta A1327 25-01-2008
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
525 - *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in