173 - AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976
This provision establishes Universiti Teknologi MARA and sets out its main governance structure, powers, officers, branches, and student/staff discipline rules.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This provision establishes Universiti Teknologi MARA and sets out its main governance structure, powers, officers, branches, and student/staff discipline rules. Students and student bodies are restricted from political statements and fundraising, and breaches can be offences punishable by fine or imprisonment. This provision covers board allowances, disclosure of interests by board members, and several rules for the student representative committee (JPP), including elections, meetings, accounts, and committee powers.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 173 - AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976
Showing 3 of 3
Part document.segment-1
173 - AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
173 - AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 — segment 1
AI-assisted research summary: This provision establishes Universiti Teknologi MARA and sets out its main governance structure, powers, officers, branches, and student/staff discipline rules.
Universiti Teknologi MARA 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 173 AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 Sebagaimana pada 1 November 2021 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2021 2 Undang-Undang Malaysia AktA 173 AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 25 Mei 1976 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 31 Mei 1976 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1073 yang mula berkuat kuasa pada .... … … … 26 Ogos 1999 Cetakan Semula Yang terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama … … … … … 2009 Universiti Teknologi MARA 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 173 AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1a. Penubuhan Universiti menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan 2. Tafsiran Bahagian II PENUBUHAN UNIVERSITI 3. Penubuhan Universiti sebagai pertubuhan perbadanan 3a. Ketidakpakaian Akta 30 4. Kuasa Universiti 4a. Kuasa tambahan Universiti 5. Meterai perbadanan bagi Universiti 6. Tempat Universiti 7. Cawangan Universiti 8. Sekolah dan Pusat 9. Penjalanan pengajian, secara bersesama, dsb. dengan mana-mana Universiti, dsb. 10. Kuasa am untuk menjalankan urusan 11. Kuasa untuk mengguna khidmat ejen 12. Fungsi tambahan Universiti 4 Undang-Undang Malaysia AktA 173 Bahagian III LEMBAGA Seksyen 13. Lembaga Pengarah 14. Kuasa dan fungsi Lembaga 15. Perwakilan kuasa Lembaga 16. Jawatankuasa Lembaga 16a. Senat 16B. Persatuan alumni 17-19. (Dipotong) Bahagian IV PEGAWAI DAN KAKITANGAN LAIN UNIVERSITI 19a. Canselor 19B. Pelantikan Pro-Canselor 20. Pelantikan, kuasa dan kewajipan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor 21. Pendaftar 22. Bendahari 22a. Pelantikan pegawai utama lain 23. Pelantikan kakitangan lain 23a. Tatatertib kakitangan Universiti Bahagian IVa PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PELAJAR 23B. Tatatertib pelajar Universiti 23c. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 23d. Penubuhan badan pelajar lain Universiti Teknologi MARA 5 Seksyen 23e. Pembubaran JPP atau badan pelajar lain 23f. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan, dsb., kecuali jika diluluskan oleh Menteri 23g. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang 23h. Liabiliti jenayah pemegang jawatan, dsb., pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar 23i. Anggapan 23j. Penggantungan dan pembuangan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan jenayah atau yang terhadapnya kesalahan jenayah dibuktikan 23k. Kuasa Menteri untuk menggantung atau membuang pelajar daripada Universiti 23l. Pengeluaran daripada, atau penahanan masuk ke dalam, Universiti pelajar yang digantung atau dibuang Bahagian V KEWANGAN 24. Penubuhan Kumpulan Wang 25. Kumpulan wang rizab 26. Anggaran tahunan 27. Akaun dan audit 28. Hadiah 28a. Pengenaan surcaj Bahagian VI AM 29. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 29a. Kuasa Menteri untuk mewakilkan 29B. Konvokesyen 30. Penyata, laporan, akaun dan maklumat 31. Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 32. Pekhidmat awam 6 Undang-Undang Malaysia AktA 173 Seksyen 33. Obligasi merahsiakan 34. Prosiding sivil 34a. Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati 34B. Penyampaian 35. Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah Bahagian VII PERALIHAN 36. Tafsiran bagi Bahagian ini 37. Pemindahan kuasa, hak, kewajipan, dll. 38. Pemindahan hak milik harta 39. Kontrak yang sedia ada 40. Penerusan prosiding jenayah dan sivil 41. Pemindahan kumpulan wang 42. Penerusan pegawai dan pekhidmat 43. Pelajar 44. Prosiding tatatertib yang belum selesai 45. Cawangan 46. Pembubaran badan pengelolaan 47. Kuasa Menteri untuk meminda Bahagian ini jadual Pertama jadual kedua jadual ketiga Universiti Teknologi MARA 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 173 AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi menubuhkan, menyenggarakan dan mentadbirkan Universiti Teknologi MARA dan bagi perkara lain yang berkaitan. [1 Jun 1976, P.U. (B) 278/1976] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Universiti Teknologi MARA 1976. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, tarikh itu tidak lebih awal dari tarikh pemberitahuan itu disiarkan. Penubuhan Universiti menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan 1a. Universiti Teknologi MARA ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. 8 Undang-Undang Malaysia AktA 173 Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Bendahari” ertinya pegawai kewangan utama Universiti, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik di bawah seksyen 22; “Canselor” ertinya Canselor Universiti dan termasuklah mana-mana orang lain, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik sebagai Ketua Universiti, dan “Pro-Canselor” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya; “Cawangan” ertinya suatu Cawangan Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 7; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35; “ijazah” ertinya ijazah yang dianugerahkan kepada seseorang pada peringkat Sarjana Muda atau peringkat Sarjana atau peringkat Kedoktoran oleh Universiti selepas dia tamat mengikuti kursus pengajian dengan jayanya yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan ijazah itu atau yang setaraf dengannya; “institusi pendidikan tinggi” ertinya suatu institusi pendidikan— (a) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau (b) sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya; “Jawatankuasa Perwakilan Pelajar” atau “JPP” ertinya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 23c; “kakitangan” ertinya— (a) mana-mana pegawai atau pekhidmat Universiti; Universiti Teknologi MARA 9 (b) mana-mana orang yang dilantik menjadi pensyarah oleh Lembaga, dan termasuklah profesor kanan, profesor, profesor madya, penolong profesor, reader, pensyarah kanan, penolong pensyarah, dan tutor; atau (c) mana-mana orang yang diambil bekerja oleh Lembaga; “kampus” ertinya kawasan atau kawasan-kawasan, bersama dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara kekal atau selainnya, oleh Universiti; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 24; “kursus pengajian” termasuklah program latihan; “Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 13; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi *pendidikan tinggi; “Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti yang dilantik di bawah seksyen 20 dan termasuklah mana-mana orang lain, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universiti, dan “Timbalan Naib Canselor” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya; “pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar Universiti yang mengikuti apa-apa jenis kursus pengajian dari atau oleh atau di Universiti; “Pendaftar” ertinya pegawai utama Pejabat Pendaftaran Universiti, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik di bawah seksyen 21; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 13(2)(a); “persatuan alumni” ertinya persatuan alumni, yang ditubuhkan di bawah seksyen 16B, bagi Institut Teknologi MARA dan Universiti; *CATATAN—Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021]. 10 Undang-Undang Malaysia AktA 173 “Provos” ertinya pegawai utama eksekutif, pentadbiran dan akademik sesuatu Cawangan, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang dilantik di bawah seksyen 7; “Sekolah atau Pusat” ertinya Sekolah atau Pusat Universiti dan termasuklah Fakulti, Kolej, Jabatan atau Akademi Universiti, dan berhubung dengan suatu Cawangan, termasuklah mana-mana bahagian Sekolah, Pusat, Fakulti, Kolej, Jabatan atau Akademi yang ditetapkan bagi Cawangan itu; “Senat” ertinya Senat Universiti yang ditubuhkan di bawah seksyen 16a; “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(2); “Universiti” ertinya Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 dan termasuklah sesuatu Cawangan; “Universiti” atau “Kolej Universiti” ertinya— (a) suatu Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]; (b) suatu Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555]; atau (c) Universiti atau Kolej Universiti yang lain— (i) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang- undang bertulis; atau (ii) sama ada di dalam atau di luar Malaysia. Universiti Teknologi MARA 11 Bahagian II PENUBUHAN UNIVERSITI Penubuhan Universiti sebagai pertubuhan perbadanan 3. Maka dengan ini ditubuhkan suatu Universiti dengan nama Universiti Teknologi MARA, yang dengan nama itu Canselor, Pro-Canselor, Naib Canselor dan anggota Lembaga Pengarah pada masa ini dan Senat adalah dengan ini menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun, dan mempunyai kuasa penuh di bawah nama itu— (a) untuk membawa dan dibawa guaman; (b) untuk mempunyai dan menggunakan suatu meterai perbadanan dan dari semasa ke semasa untuk memecahkan, menukar, mengubah atau membuat baharu meterai itu sebagaimana yang difikirkannya patut; (c) bagi maksud Universiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, untuk membuat kontrak, untuk memperoleh, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih, termasuk apa-apa harta yang mungkin terletak hak padanya melalui pembelian, atau melalui apa-apa pertukaran, pemberian, pendermaan, pemajakan, pemberian berwasiat atau selainnya; (d) bagi maksud Universiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, untuk memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadai, menjual, menggadai janji, memajak, menukar, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hak milik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa jenis harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Universiti mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut; (e) untuk menjalankan, melaksanakan dan menunaikan, mengikut peruntukan Akta ini, semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan kepada, diperuntukkan kepada atau dikenakan ke atas Universiti oleh peruntukan itu. 12 Undang-Undang Malaysia AktA 173 Ketidakpakaian Akta 30 3a. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 tidak terpakai bagi Universiti. Kuasa Universiti 4. (1) Universiti hendaklah, tertakluk pada peruntukan Akta ini, mempunyai kuasa yang berikut: (a) untuk mengadakan kursus pengajian, untuk membuat peruntukan bagi penyelidikan, untuk mengadakan peperiksaan dan untuk mengambil apa-apa langkah lain yang didapati perlu atau wajar bagi pendidikan dan latihan dalam bidang teknologi, sains, perdagangan, perniagaan, perindustrian, pengurusan atau pentadbiran, atau dalam bidang apa-apa kerjaya, di Malaysia atau di tempat lain; (b) untuk menganugerahkan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Universiti dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan; (ba) untuk menganugerahkan ijazah atau kurniaan kehormat kepada orang yang telah memberikan sumbangan kepada kemajuan atau penyebaran pengetahuan atau yang telah memberikan khidmat awam yang cemerlang sebagaimana yang disyorkan oleh Lembaga setelah berunding dengan Senat; (c) untuk mengiktiraf ijazah, diploma dan sijil mana-mana institusi atau badan pendidikan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan, bagi maksud penerimaan masuk untuk kursus pengajian dan peperiksaan Universiti; (ca) untuk mengadakan kerusi, jawatan pensyarah, dan jawatan dan jabatan lain, dan untuk membuat pelantikan baginya; Universiti Teknologi MARA 13 (d) untuk mendirikan, melengkapkan dan menyenggarakan perpustakaan, makmal, dewan kuliah, asrama dan segala bangunan lain yang dikehendaki bagi maksud Universiti di Malaysia atau di tempat lain; (e) untuk mengadakan dan mengurniakan fellowship, biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah dan bentuk kepujian, kurniaan atau bantuan lain berkenaan dengan pendidikan dan latihan yang diadakan dari atau oleh atau di Universiti; (f) untuk membuat kontrak dan untuk melantik kakitangan yang dikehendaki bagi maksud Universiti; (g) untuk melantik dan menaikkan pangkat kakitangan Universiti; (h) untuk menentukan syarat perkhidmatan kakitangan Universiti, termasuk skim perkhidmatan, tangga gaji dan cuti; (i) untuk menubuhkan skim pencen, persaraan, kumpulan wang simpanan atau kebajikan bagi faedah kakitangannya, dan untuk membuat perkiraan dengan mana-mana pertubuhan atau orang lain bagi penubuhan skim itu; (j) untuk mengawal selia dan mengadakan peruntukan bagi kediaman kakitangan dan pelajar Universiti dan kebajikan kakitangan dan pelajar; (ja) untuk memberikan pinjaman atau pendahuluan kepada kakitangan Universiti; (jb) untuk memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; (jc) untuk menjalankan penyelidikan dan pengeluaran komersial bagi pemajuan dan penggunaan dapatan penyelidikan Universiti yang berkesan; (jd) untuk memasarkan dan memfrancaiskan perkhidmatan, dapatan penyelidikan, dan keluaran, Universiti; 14 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (k) untuk meminta dan menerima apa-apa fi yang dari semasa ke semasa ditentukan oleh Lembaga, atau yang ditetapkan; (l) untuk melakukan semua perbuatan dan perkara, sama ada bersampingan atau tidak dengan kuasa yang disebut terdahulu, yang mungkin diperlukan bagi memajukan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di dalam Universiti. (2) Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menyatakan— (a) Diploma dan Diploma Lanjutan yang dianugerahkan oleh Universiti yang telah diberikan pengiktirafan oleh Kerajaan sebagai setaraf dengan ijazah pada peringkat Sarjana Muda; dan (b) tarikh Diploma dan Diploma Lanjutan itu diberikan pengiktirafan oleh Kerajaan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a), dan Diploma dan Diploma Lanjutan itu hendaklah mempunyai taraf ijazah yang dianugerahkan pada peringkat Sarjana Muda, dengan atau tanpa kepujian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh pengiktirafan sedemikian, walaupun tarikh pengiktirafan itu ialah tarikh sebelum tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen ini. Kuasa tambahan Universiti 4a. (1) Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan— (a) jika didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penjalanan kuasa, pelaksanaan fungsi dan penjalanan aktiviti Universiti, menyertai penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa- apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain secara bersekutu, atau selainnya, dengan— (i) sesuatu perusahaan, syarikat, pengusahaan persendirian atau sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain; Universiti Teknologi MARA 15 (ii) Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri; (iii) badan atau pihak berkuasa awam; (iv) suruhanjaya; atau (v) seseorang; (b) menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah *Akta Syarikat 2016 [Akta 777] untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Universiti; (c) menubuhkan perbadanan untuk menjalankan dan yang bertanggungjawab bagi, mengendalikan dan menguruskan apa-apa harta, projek, skim atau perusahaan yang pada pendapat Universiti bermanfaat atau berfaedah kepada Universiti; (d) meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Universiti bagi menjelaskan obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya; (e) mendapatkan pinjaman di bawah perenggan (d) melalui penerbitan bon, debentur atau saham debentur dalam apa-apa kelas dan dengan apa-apa nilai atau untuk menggadai, menggadai janji, menyandarkan atau selainnya mewujudkan lien ke atas hartanya, sama ada harta alih atau tak alih, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh Universiti; (f) bagi maksud pelaburan, memperoleh dan memegang bagi pelaburan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi dan sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh— (i) mana-mana syarikat atau pengusahaan persendirian atau mana-mana sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain; *CATATAN—Akta Syarikat 2016 [Akta 777] telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777. 16 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (ii) Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri; (iii) badan atau pihak berkuasa awam; atau (iv) suruhanjaya; (g) memperoleh syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) melalui langganan asal, tender, pembelian, pemindahmilikan, pertukaran atau selainnya; (h) menjalankan dan pada amnya menguatkuasakan segala hak dan kuasa yang diberikan melalui atau bersampingan dengan pemunyaan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) dan khususnya untuk menjual, memindah milik, menukarkan atau selainnya melupuskan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, obligasi atau sekuriti itu; dan (i) membeli, mengambil pajakan atau menyewa atau selainnya memperoleh dan melabur dalam apa-apa harta tanah dan harta diri yang perlu atau sesuai bagi mana-mana maksud Universiti. (2) Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Universiti di bawah perenggan (1)(c). Meterai perbadanan bagi Universiti 5. (1) Meterai perbadanan bagi Universiti hendaklah merupakan apa-apa meterai yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dengan cara yang sama dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukarkan, diubah atau dibuat baharu. (2) Meterai perbadanan bagi Universiti hendaklah disimpan dalam jagaan Naib Canselor. Universiti Teknologi MARA 17 (3) Meterai perbadanan bagi Universiti tidak boleh dicapkan pada apa-apa surat cara selain ijazah, diploma atau sijil kecuali di hadapan— (a) Naib Canselor atau, semasa ketiadaannya, seorang pegawai utama Universiti yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga; dan (b) seorang anggota lain Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga, yang hendaklah menandatangani surat cara itu sebagai tanda bahawa meterai itu telah dicapkan di hadapan mereka, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Universiti yang sah. (4) Meterai perbadanan bagi Universiti hendaklah dicapkan pada sesuatu ijazah, diploma atau sijil di hadapan— (a) Naib Canselor atau, semasa ketiadaannya, seorang anggota lain Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga; dan (b) Pendaftar, dan mereka hendaklah menandatangani surat cara itu sebagai tanda yang surat cara itu dimeteraikan di hadapan mereka, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Universiti yang sah. (5) Meterai perbadanan bagi Universiti hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. (6) Mana-mana dokumen atau surat cara yang (jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan) tidak dikehendaki untuk dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Universiti dengan syarat bahawa dokumen atau surat cara itu hendaklah disempurnakan bagi pihak Universiti oleh Naib Canselor, atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau secara khas dengan bertulis oleh Lembaga. 18 Undang-Undang Malaysia AktA 173 Tempat Universiti 6. Universiti hendaklah ditempatkan di Shah Alam, di dalam Negeri Selangor, dengan syarat bahawa Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, menggantikan tempat itu dengan mana-mana tempat lain, atau menambahkan mana-mana tempat lain. Cawangan Universiti 7. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, mengarahkan Lembaga supaya menubuhkan dan menyenggarakan Cawangan atau Cawangan-Cawangan Universiti di mana-mana tempat di Malaysia yang difikirkan wajar oleh Menteri bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini. (2) Menteri hendaklah melantik berkenaan dengan sesuatu Cawangan seorang Provos Cawangan yang hendaklah menjadi pegawai utama eksekutif, pentadbiran dan akademik Cawangan, dan dia hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor. (3) Terma dan syarat perkhidmatan bagi Provos hendaklah ditentukan oleh Menteri, dan hendaklah mengikat Universiti. (3a) (Dipotong oleh Akta A964). (4) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa peruntukan khas yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud pentadbiran Cawangan. (5) Tiada peruntukan sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4) boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan mana- mana kaedah-kaedah atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini. Universiti Teknologi MARA 19 Sekolah dan Pusat 8. (1) Universiti hendaklah dibahagikan kepada apa-apa bilangan Sekolah dan Pusat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa, dan Sekolah dan Pusat itu hendaklah mempunyai apa-apa nama sebagaimana yang diberikan oleh Lembaga kepadanya. (2) Sesuatu Sekolah atau Pusat hendaklah diketuai oleh seorang yang dilantik oleh Naib Canselor. (3) Ketua sesuatu Sekolah atau Pusat hendaklah bertanggungjawab kepada Naib Canselor dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan yang diberikan kepadanya oleh Naib Canselor. Penjalanan pengajian, secara bersesama, dsb., dengan mana-mana Universiti, dsb. 9. (1) Universiti boleh, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri— (a) menjalankan apa-apa kursus pengajian secara bersesama atau secara bersekutu, gabungan, usaha sama atau secara francais atau selainnya, dengan mana-mana Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, atau badan profesional, atau mana-mana pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia; dan (b) menjalankan mana-mana kursus pengajian itu sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam atau di luar Malaysia. (2) Kelulusan Menteri di bawah subseksyen (1) boleh dibuat tertakluk pada terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk dinyatakan. (3) Menteri tidak boleh memberikan kelulusan di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa Universiti telah membuat segala perkiraan yang perlu dengan Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, atau badan profesional, atau pertubuhan yang berkenaan bagi menjalankan kursus pengajian itu. 20 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (4) Dalam seksyen ini, “gabungan” termasuklah pengendalian program berkembar. Kuasa am untuk menjalankan urusan 10. Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Universiti hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa jua perkara, dan untuk membuat apa-apa transaksi, yang pada pendapatnya dikira untuk memudahkan penunaian kewajipannya dengan sewajarnya atau pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini atau bersampingan dengan atau berfaedah bagi hal yang demikian itu. Kuasa untuk mengguna khidmat ejen 11. Universiti boleh mengguna khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara dan orang lain, untuk menjalankan urusannya atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipannya atau bagi menjalankan maksud Akta ini dengan lebih baik. Fungsi tambahan Universiti 12. Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan ke atas dan kuasa yang terletak hak pada Universiti oleh Akta ini, Universiti boleh menjalankan apa-apa fungsi dan kuasa lain, dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain, sebagaimana yang diperuntukkan atau diberikan oleh Menteri kepadanya, bagi apa-apa maksud sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri, dan dalam melakukan sedemikian, Universiti hendaklah disifatkan sebagai memenuhi maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Universiti berkenaan dengan fungsi itu, kuasa itu dan pentadbiran dan perbelanjaan wang itu: Dengan syarat sentiasa bahawa akaun wang itu hendaklah disimpan berasingan dan terpisah daripada akaun Kumpulan Wang. Universiti Teknologi MARA 21 Bahagian III LEMBAGA Lembaga Pengarah 13. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Pengarah Universiti yang dikenali sebagai Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA. (2) Lembaga hendaklah terdiri daripada— (a) Pengerusi; (b) Naib Canselor; (c) dua orang yang mewakili Kerajaan; (d) lima orang yang kerana pengetahuan atau pengalaman mereka dapat, pada pendapat Menteri, membantu Lembaga, dan tiga daripada mereka hendaklah daripada sektor swasta. (3) Pelantikan anggota Lembaga, kecuali Naib Canselor, hendaklah dibuat oleh Menteri bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan apabila habis tempoh itu anggota Lembaga layak dilantik semula. (4) Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab mengenainya. (5) Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Pengerusi— (a) jika bagi apa-apa tempoh yang lama Pengerusi tidak dapat, oleh sebab sakit, bercuti atau apa-apa sebab lain, melaksanakan fungsinya; atau (b) semasa apa-apa tempoh kekosongan dalam jawatan Pengerusi. (6) Seseorang anggota yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (5) hendaklah, dalam tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi. 22 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (7) Pendaftar hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga. (8) Lima orang anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum bagi apa-apa mesyuarat Lembaga. (9) Tertakluk pada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri. (10) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi Lembaga. Kuasa dan fungsi Lembaga 14. (1) Lembaga hendaklah menjadi badan eksekutif Universiti dan boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Universiti, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Akta ini atau oleh mana-mana kaedah-kaedah atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Fungsi Lembaga hendaklah termasuk menjalankan segala aktiviti dan melakukan segala perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi mengelolakan, mengawal dan mentadbirkan Universiti. Perwakilan kuasa Lembaga 15. Tertakluk pada apa-apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut, Lembaga boleh mewakilkan kepada mana-mana anggota atau mana-mana jawatankuasa anggotanya kuasa dan autoriti untuk menjalankan bagi pihaknya kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak oleh Akta ini pada Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian boleh dijalankan, ditunaikan atau dilaksanakan oleh anggota itu atau oleh jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga, tetapi tertakluk pada arahan dan kawalan Lembaga. Universiti Teknologi MARA 23 Jawatankuasa Lembaga 16. (1) Bagi maksud membolehkannya menunaikan kewajipannya dan menjalankan kuasanya, Lembaga boleh melantik apa-apa jawatankuasa dalam kalangan anggotanya sebagaimana yang difikirkannya perlu atau wajar. (2) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai fungsi bagi menimbang teliti perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Lembaga dan membuat syor yang sesuai mengenainya kepada Lembaga. (3) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh melantik, jika perlu, satu jawatankuasa kecil atau lebih dalam kalangan anggotanya, atau ia boleh mengko-opt orang yang boleh memberikan sumbangan kepada pertimbangtelitiannya, tetapi seseorang yang diko-opt tidak mempunyai hak untuk mengundi. (4) Pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dilantik oleh Lembaga atau, jika Lembaga mengarahkan sedemikian, oleh anggota jawatankuasa dalam kalangan mereka. (5) Tertakluk pada Akta ini dan pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga, sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh menentukan tatacaranya sendiri. (6) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menepati apa-apa arahan atau petunjuk yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga dan Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan, atau mengubah keanggotaan, jawatankuasa yang dilantik sedemikian. (7) Peruntukan Jadual Kedua, kecuali perenggan 7, hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) sebagaimana ia terpakai bagi Lembaga. (8) Dalam pemakaian Jadual Kedua bagi sesuatu jawatankuasa— (a) sebutan mengenai “Lembaga” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “jawatankuasa”; 24 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (b) sebutan mengenai “Pengerusi” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pengerusi”; dan (c) sebutan mengenai “Menteri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Lembaga”. Senat 16a. (1) Maka hendaklah ditubuhkan Senat Universiti untuk menasihati Lembaga tentang segala perkara akademik Universiti. (2) Senat hendaklah terdiri daripada— (a) Naib Canselor sebagai Pengerusi; (b) semua Timbalan Naib Canselor; (c) semua Dekan dan Ketua Sekolah dan Pusat; (d) tiga orang wakil daripada Provos yang dilantik oleh Naib Canselor; dan (e) tiga orang anggota kanan kakitangan akademik Universiti. (3) Pendaftar hendaklah menjadi Setiausaha Senat. (4) Pelantikan di bawah perenggan (2)(e) hendaklah dibuat oleh Lembaga bagi tempoh dua tahun. (5) Naib Canselor boleh mengko-opt mana-mana orang lain untuk menjadi anggota Senat atau untuk menghadiri mesyuarat Senat, tetapi seseorang yang diko-opt tidak mempunyai hak untuk mengundi. (5a) Semasa ketiadaan Naib Canselor, seorang Timbalan Naib Canselor hendaklah mempengerusikan apa-apa mesyuarat Senat. (6) Senat hendaklah membuat syor kepada Lembaga tentang segala perkara yang berhubungan dengan— (a) kandungan dan penyusunan kursus pengajian yang disediakan di Universiti; Universiti Teknologi MARA 25 (b) kaedah pendidikan, pengajaran dan latihan yang dijalankan di Universiti; (c) standard pendidikan dalam kursus pengajian yang disediakan di Universiti; (d) kurikulum dan kursus pengajian yang dijalankan di Universiti; (e) kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan berkenaan dengan mana-mana kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau yang akan dijalankan di Universiti; (f) penetapan kelayakan yang dikehendaki bagi penerimaan masuk ke dalam mana-mana kursus pengajian yang disediakan di Universiti; (g) cadangan bagi penubuhan apa-apa kursus pengajian baharu yang akan dijalankan, atau pemberhentian mana-mana kursus pengajian yang sedia ada yang dijalankan, di Universiti; dan (h) pengurniaan penghormatan akademik, fellowship, ijazah, diploma, sijil, hadiah, biasiswa dan kepujian akademik yang lain. (7) Tiada ketetapan boleh diluluskan oleh Lembaga yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (6) melainkan jika Senat terlebih dahulu diberi peluang mencatatkan dan menghantar pendapatnya kepada Lembaga tentang perkara itu. (8) Bagi maksud membolehkannya melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya, Senat boleh melantik apa-apa jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang terdiri daripada anggotanya dan juga mana-mana orang yang diko-opt sebagai anggota di bawah subseksyen (5), dengan syarat bahawa mana-mana orang yang diko-opt tidak mempunyai hak untuk mengundi. (9) Senat boleh mewakilkan mana-mana kewajipan, fungsi atau tanggungjawabnya kepada jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya. 26 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (10) Tertakluk pada Akta ini, Senat boleh menentukan tatacaranya sendiri. (11) Peruntukan Jadual Kedua, kecuali perenggan 7, hendaklah terpakai bagi Senat yang ditubuhkan di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi Lembaga. (12) Dalam pemakaian Jadual Kedua bagi Senat— (a) sebutan mengenai “Lembaga” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Senat”; dan (b) sebutan mengenai “Menteri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Lembaga”. Persatuan alumni 16b. (1) Tertakluk pada kelulusan Lembaga, maka adalah sah bagi tidak kurang daripada tiga puluh orang siswazah Institut Teknologi MARA dan siswazah Universiti untuk membentuk dan menubuhkan persatuan alumni masing-masing. (2) Setiap persatuan alumni hendaklah dikelolakan dan ditadbirkan mengikut perlembagaannya, dan perlembagaan yang dibuat sedemikian atau apa-apa pindaan kepada perlembagaan itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika kelulusan bertulis Lembaga diperoleh terlebih dahulu. (3) Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai “Institut Teknologi MARA” ialah sebutan mengenai Institut Teknologi MARA yang wujud sebaik sebelum tarikh mula berkuat kuasanya seksyen ini. 17-19. (Dipotong oleh Akta A964). Universiti Teknologi MARA 27 Bahagian IV PEGAWAI DAN KAKITANGAN LAIN UNIVERSITI Canselor 19a. (1) Maka hendaklah ada seorang Canselor yang hendaklah menjadi Ketua Universiti dan hendaklah, apabila hadir, mempengerusikan mana-mana Konvokesyen dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa lain dan melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini. (2) Canselor hendaklah merupakan Yang di-Pertuan Agong. Pelantikan Pro-Canselor 19b. (1) Canselor boleh melantik, atas nasihat Menteri, mana-mana orang menjadi Pro-Canselor sebagaimana yang difikirkannya patut. (2) Jika kerana apa-apa sebab Canselor tidak dapat menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini, dia boleh memberi kuasa mana-mana Pro-Canselor untuk menjalankan fungsi itu bagi pihaknya. (3) Tiap-tiap Pro-Canselor hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Canselor. Pelantikan, kuasa dan kewajipan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor 20. (1) Maka hendaklah ada seorang Naib Canselor Universiti yang hendaklah dilantik oleh Menteri. (2) Naib Canselor hendaklah berkhidmat dalam jawatannya mengikut kehendak Menteri yang boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan itu tanpa memberikan apa-apa sebab. (3) Tertakluk pada peruntukan subseksyen (2), tempoh jawatan dan syarat perkhidmatan lain bagi Naib Canselor hendaklah ditentukan oleh Menteri dan hendaklah mengikat Universiti. 28 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (4) Naib Canselor hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif, pentadbiran dan akademik Universiti. (5) Maka hendaklah menjadi kewajipan Naib Canselor untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan peruntukan kaedah-kaedah dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini dipatuhi, dan dia hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu bagi maksud ini. (6) Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan peruntukan kaedah-kaedah dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini, Naib Canselor hendaklah menjalankan pengawasan am ke atas perkiraan bagi pendidikan, pengajaran, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di dalam Universiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Akta ini dan mana-mana kaedah-kaedah dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini. (7) Maka hendaklah ada seorang Timbalan Naib Canselor Universiti atau lebih yang hendaklah dilantik oleh Menteri, selepas berunding dengan Naib Canselor. (7a) Mana-mana orang yang layak dan sesuai sama ada dari dalam atau luar Universiti boleh dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor, dan tempoh jawatan dan syarat perkhidmatan lain bagi Timbalan Naib Canselor hendaklah ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor. (8) Jika bagi apa-apa tempoh yang lama Naib Canselor tidak dapat oleh sebab sakit, bercuti atau apa-apa sebab lain menjalankan mana-mana fungsi jawatannya, Timbalan Naib Canselor atau, jika ada lebih daripada seorang Timbalan Naib Canselor, mana-mana seorang daripada mereka yang dinamakan oleh Menteri hendaklah menjalankan fungsi itu, dan sekiranya Timbalan Naib Canselor atau semua Timbalan Naib Canselor (jika ada lebih daripada seorang) tidak ada atau hilang upaya, Menteri hendaklah membuat apa-apa perkiraan sementara sebagaimana yang difikirkannya patut bagi penjalanan fungsi itu. (9) Timbalan Naib Canselor yang dinamakan di bawah subseksyen (8) hendaklah memangku jawatan Naib Canselor semasa apa-apa tempoh yang jawatan Naib Canselor itu kosong. Universiti Teknologi MARA 29 Pendaftar 21. (1) Universiti hendaklah mempunyai seorang Pendaftar yang hendaklah dilantik oleh Lembaga atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga. (2) Pendaftar hendaklah menjadi pegawai utama Pejabat Pendaftaran Universiti dengan apa-apa fungsi dan kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (3) Pendaftar hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor. Bendahari 22. (1) Universiti hendaklah mempunyai seorang Bendahari yang hendaklah dilantik oleh Lembaga atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga. (2) Bendahari hendaklah menjadi pegawai utama kewangan Universiti dengan apa-apa fungsi dan kewajipan sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Lembaga; dia hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor. Pelantikan pegawai utama lain 22a. (1) Universiti hendaklah mempunyai mana-mana pegawai utama lain yang hendaklah dilantik oleh Lembaga atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga. (2) Pegawai utama itu hendaklah melaksanakan apa-apa fungsi dan menunaikan apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan hendaklah melaksanakan fungsi dan menunaikan kewajipan itu di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor. 30 Undang-Undang Malaysia AktA 173 Pelantikan kakitangan lain 23. (1) Lembaga boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga, mana-mana kakitangan lain yang perlu bagi menjalankan maksud Universiti. (2) Seseorang anggota kakitangan yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan am Naib Canselor. Tatatertib kakitangan Universiti *23a. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua kakitangannya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan kesemua orang itu mengikut Akta ini dan mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35. (2) Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori kakitangan yang berlainan. (3) Jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara berhubungan dengan tatatertib bagi tiap-tiap kakitangan yang diletakkan di bawah bidang kuasanya. (4) Tiada kakitangan boleh menjadi anggota mana-mana jawatankuasa tatatertib yang mempunyai kuasa tatatertib ke atas mana-mana kakitangan yang berpangkat lebih tinggi daripadanya. (5) Dalam apa-apa hal jika seseorang anggota jawatankuasa tatatertib itu sendiri merupakan pengadu dalam apa-apa prosiding tatatertib di hadapan jawatankuasa tatatertib itu, dia tidak boleh hadir dalam prosiding itu dan Lembaga hendaklah melantik mana-mana orang lain untuk mengambil bahagian dalam prosiding itu. *CATATAN—Seksyen 23a yang telah dimasukkan melalui seksyen 27 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 Universiti Teknologi MARA 31 (6) Dalam menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa gabungan dua hukuman tatatertib atau lebih yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35. (7) Jawatankuasa tatatertib tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan Naib Canselor. (8) Mana-mana kakitangan yang tidak berpuas hati dengan keputusan jawatankuasa tatatertib boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu kepadanya, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Lembaga. (9) Apabila Lembaga menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (8), anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat, yang juga merupakan anggota Lembaga, tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu. (10) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib atau memberikan apa-apa arahan tentang rayuan itu sebagaimana yang difikirkannya sesuai dan patut. (11) Keputusan Lembaga atas sesuatu rayuan adalah muktamad. Bahagian IVa PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PELAJAR Tatatertib pelajar Universiti *23b. (1) Naib Canselor hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas tiap-tiap pelajar. (2) Naib Canselor hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35. *CATATAN—Seksyen 23B yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 32 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (3) Naib Canselor boleh mewakilkan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi tatatertibnya kepada mana-mana anggota kakitangan, atau kepada mana-mana lembaga anggota kakitangan, berkenaan dengan mana-mana pelajar tertentu, atau mana-mana golongan atau kategori pelajar Universiti: Dengan syarat bahawa tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen ini kepada mana-mana anggota kakitangan sebagaimana yang diarahkan secara bertulis oleh Menteri. (4) Anggota kakitangan atau lembaga anggota kakitangan yang kepadanya kuasa, kewajipan atau fungsi di bawah subseksyen (3) telah diwakilkan hendaklah menjalankan, menunaikan atau melaksanakannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan anggota kakitangan atau lembaga anggota kakitangan itu. (5) Mana-mana pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan— (a) Naib Canselor; atau (b) mana-mana orang atau lembaga yang diwakilkan dengan kuasa, kewajipan atau fungsi di bawah subseksyen (3), boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri dan Menteri boleh, jika difikirkannya patut, menolak terus rayuan itu. (6) Jika Menteri tidak menolak terus rayuan itu di bawah subseksyen (5), dia hendaklah melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada dua orang atau lebih, dari dalam atau luar Universiti, untuk menimbangkan rayuan itu dan membuat syornya kepada Menteri dan, apabila syor itu diterima, Menteri bolehlah memberikan apa-apa keputusan mengenai rayuan itu sebagaimana yang difikirkannya sesuai dan patut. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar *23c. (1) Universiti hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (“JPP”). *CATATAN—Seksyen 23c yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 Universiti Teknologi MARA 33 (2) Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi JPP. Penubuhan badan pelajar lain *23d. (1) Walau apa pun seksyen 23c, maka adalah sah bagi tidak kurang daripada sepuluh orang pelajar— (a) dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Naib Canselor yang diberikan selepas mendapat persetujuan Menteri; dan (b) tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, menubuhkan suatu badan pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar bagi menganjurkan sesuatu tujuan atau kepentingan tertentu dalam Universiti. (2) Peruntukan Jadual Ketiga, kecuali perenggan 1 dan 7, hendaklah terpakai dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu bagi sesuatu badan pelajar di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi JPP. Pembubaran JPP atau badan pelajar lain **23e. (1) Menteri atau Naib Canselor boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya— (a) menggantung atau membubarkan JPP atau mana-mana badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 23d; dan (b) memberikan apa-apa arahan atau petunjuk yang berbangkit atau mengambil apa-apa langkah berbangkit yang perlu atau suai manfaat untuk menguatkuasakan penggantungan atau pembubaran itu. *CATATAN—Seksyen 23d yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 **CATATAN—Seksyen 23e yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 34 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (2) Penggantungan atau pembubaran JPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 23d— (a) hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta apabila dibuat keputusan untuk menggantung atau membubarkan JPP atau badan pelajar itu; dan (b) adalah muktamad. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan, dsb., kecuali jika diluluskan oleh Menteri *23f. (1) Tiada seorang pun, semasa dia menjadi seorang pelajar, boleh menjadi anggota, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain— (a) sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang; (b) sama ada ia di dalam atau di luar Universiti; dan (c) sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta ini, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri. (2) Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, boleh bergabung, bersekutu atau mempunyai apa-apa urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain— (a) sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang; (b) sama ada ia di dalam atau di luar Universiti; dan (c) sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, *CATATAN—Seksyen 23f yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 Universiti Teknologi MARA 35 kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta ini, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri. (3) Tiada seorang pun, semasa dia menjadi seorang pelajar, boleh menyatakan atau berbuat apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan— (a) sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja; atau (b) sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang.
Part document.segment-2
173 - AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
173 - AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 — segment 2
AI-assisted research summary: Students and student bodies are restricted from political statements and fundraising, and breaches can be offences punishable by fine or imprisonment.
(4) Tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang lain, boleh menyatakan atau berbuat apa-apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan— (a) sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja; atau (b) sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang *23g. (1) Tiada pelajar, atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh di dalam atau di luar kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia— (a) memungut atau cuba memungut; *CATATAN—Seksyen 23g yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 36 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (b) menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan; (c) membuat atau cuba membuat apa-apa rayuan secara lisan atau bertulis atau selainnya untuk mendapatkan, apa-apa wang atau harta lain daripada mana-mana orang, yang bukan wang atau harta yang genap masanya atau hampir genap masanya untuk dipungut di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau obligasi lain di sisi undang-undang. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (3) Menteri boleh, dalam apa-apa hal tertentu, menurut budi bicara mutlaknya, memberi mana-mana orang pengecualian daripada pemakaian subseksyen (1), tertakluk pada apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut menurut budi bicara mutlaknya. (4) Tanpa menjejaskan peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pewakilan kuasa, Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (3) kepada Naib Canselor berkenaan dengan pemungutan wang di dalam kampus daripada orang di dalam kampus, tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu. (5) Peruntukan seksyen ini adalah tambahan kepada dan tidak mengurangkan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemungutan rumah ke rumah dan di jalan, pemungutan awam, atau pemungutan wang atau penjualan lencana. Universiti Teknologi MARA 37 Liabiliti jenayah pemegang jawatan, dsb., pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar *23h. (1) Jika apa-apa kesalahan telah dilakukan di bawah mana- mana undang-undang bertulis— (a) sama ada atau tidak mana-mana orang telah disabitkan berkenaan dengannya; dan (b) kesalahan itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak— (i) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Akta ini; atau (ii) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang lain, tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu dan tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu pada masa kesalahan itu dilakukan hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang bagi kesalahan itu, melainkan jika dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu. (2) Mana-mana pemegang jawatan, atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupun dia mungkin tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu. *CATATAN—Seksyen 23h yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 38 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (3) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini terhadap seseorang pemegang jawatan, atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang disebut dalam subseksyen (1), apa-apa dokumen yang dijumpai dalam milikan mana-mana pemegang jawatan, atau orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, pertubuhan, badan atau kumpulan itu, atau dalam milikan seseorang anggota pertubuhan, badan atau kumpulan itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang kandungannya bagi maksud membuktikan bahawa apa-apa jua telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan, badan atau kumpulan itu. Anggapan *23i. Dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta ini— (a) tidaklah perlu bagi pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan orang mempunyai sesuatu nama atau bahawa ia telah ditubuhkan atau biasanya dikenali dengan sesuatu nama tertentu; (b) jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, panji-panji atau lambang kebesaran bagi, atau yang berhubungan dengan, atau berupa sebagai berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang dijumpai dalam milikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu ialah anggota pertubuhan, badan atau kumpulan itu, dan pertubuhan, badan atau kumpulan itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, wujud pada masa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, panji-panji atau lambang kebesaran itu dijumpai sedemikian; dan (c) jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, panji-panji atau lambang kebesaran bagi, atau yang berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang dijumpai dalam milikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan itu. *CATATAN—Seksyen 23i yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 Universiti Teknologi MARA 39 Penggantungan dan pembuangan pelajar yang dipertuduh atas kesalahan jenayah atau yang terhadapnya kesalahan jenayah dibuktikan *23j. (1) Jika seseorang pelajar dipertuduh atas suatu kesalahan jenayah— (a) dia boleh, dengan serta-merta selepas itu, digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan (b) dia tidak boleh, jika digantung sedemikian di bawah perenggan (a), semasa menanti keputusan prosiding jenayah itu, berada di dalam atau memasuki kampus Universiti. (2) Jika mahkamah mendapati bahawa pertuduhan atas suatu kesalahan jenayah dibuktikan terhadap seseorang pelajar— (a) pelajar itu hendaklah, dengan serta-merta selepas itu, terhenti menjadi seorang pelajar; dan (b) pelajar itu tidak boleh, dengan serta-merta selepas itu, berada di dalam atau memasuki kampus Universiti. (3) Seseorang pelajar yang ditahan atau yang tertakluk pada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri— (a) hendaklah, dengan serta-merta selepas itu, terhenti menjadi pelajar; dan (b) tidak boleh, dengan serta-merta selepas itu, berada di dalam atau memasuki kampus Universiti. (4) Seseorang pelajar yang terhenti menjadi pelajar di bawah subseksyen (2) atau (3) tidak boleh, selepas pembuangan itu, diterima masuk menjadi pelajar Universiti tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya. *CATATAN—Seksyen 23j yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 40 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (5) Mana-mana orang— (a) yang berada di dalam atau memasuki kampus Universiti berlanggaran dengan subseksyen (1), (2) atau (3); atau (b) yang dapat masuk menjadi pelajar Universiti berlanggaran dengan subseksyen (4), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (6) Subseksyen (1), (2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi seseorang walaupun mungkin terdapat apa-apa permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain yang belum diputuskan di dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan prosiding jenayah, tahanan, atau perintah yang mengenakan sekatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan: Dengan syarat bahawa apabila permohonan, petisyen, rayuan atau prosiding lain itu diputuskan, Menteri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, memberikan perhatian kepada keputusan itu dan memberikan pengecualian kepada pelajar itu daripada pemakaian subseksyen (1), (2), (3), (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan mengikut budi bicara mutlaknya. (7) Menteri boleh, pada bila-bila masa, dalam apa-apa hal tertentu, menurut budi bicara mutlaknya, memberikan pengecualian kepada mana-mana orang daripada pemakaian subseksyen (1), (2), (3), (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada— (a) tanpa syarat; (b) atas apa-apa terma dan syarat; atau (c) bagi apa-apa tempoh, yang difikirkannya patut menurut budi bicara mutlaknya. Universiti Teknologi MARA 41 (8) Tanpa menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pewakilan kuasa, Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mewakilkan penjalanan mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini kepada Naib Canselor, tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu. Kuasa Menteri untuk menggantung atau membuang pelajar daripada Universiti *23k. (1) Menteri boleh— (a) apabila dibuat representasi oleh Universiti; dan (b) jika dia berpuas hati bahawa adalah wajar untuk berbuat demikian demi kepentingan Universiti; memerintahkan secara bertulis supaya mana-mana pelajar— (A) digantung daripada menjadi pelajar bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu; atau (B) dibuang daripada Universiti, dan pelajar itu hendaklah, dengan serta-merta selepas itu, digantung atau dibuang sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Seseorang pelajar yang berkenaan dengannya Menteri telah memberikan perintah secara bertulis di bawah subseksyen (1) boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh perintah itu, membuat representasi kepada Menteri supaya perintah itu dibatalkan atau diubah. (3) Menteri boleh memberikan apa-apa keputusan yang difikirkannya sesuai dan patut berkenaan dengan mana-mana representasi yang dibuat di bawah subseksyen (2), dan keputusan itu adalah muktamad. *CATATAN—Seksyen 23k yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 42 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (4) Sesuatu perintah untuk menggantung seseorang pelajar di bawah subseksyen (1) boleh, dari semasa ke semasa, dilanjutkan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Menteri berkenaan dengan setiap pelanjutan. (5) Seseorang pelajar— (a) yang digantung daripada menjadi pelajar; atau (b) yang dibuang daripada Universiti, di bawah subseksyen (1), tidak boleh, dalam masa penggantungan itu, atau selepas pembuangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berada di dalam atau memasuki kampus Universiti kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya. (6) Seseorang pelajar yang dibuang daripada Universiti di bawah subseksyen (1) tidak boleh, selepas pembuangan itu, diterima masuk menjadi pelajar Universiti tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya. (7) Seseorang pelajar— (a) yang berada di dalam atau memasuki kampus Universiti berlanggaran dengan subseksyen (5); atau (b) yang dapat masuk menjadi pelajar Universiti berlanggaran dengan subseksyen (6), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-keduanya. (8) Suatu perintah untuk menggantung atau membuang seseorang pelajar daripada Universiti di bawah seksyen ini boleh, pada bila- bila masa, dibatalkan oleh Menteri dan Menteri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, membuat pembatalan itu tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan. Universiti Teknologi MARA 43 Pengeluaran daripada, atau penahanan masuk ke dalam, Universiti pelajar yang digantung atau dibuang *23l. Jika seseorang pelajar digantung atau dibuang daripada Universiti di bawah Akta ini, Naib Canselor— (a) hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah yang perlu untuk memastikan atau memperoleh pengeluaran pelajar itu daripada, atau penahanan masuk pelajar itu ke dalam, Universiti dengan bantuan mana-mana kakitangan Universiti; dan (b) boleh meminta mana-mana pegawai polis membantu dalam memastikan atau memperoleh pengeluaran pelajar itu daripada, atau penahanan masuk pelajar itu ke dalam, Universiti dan pegawai polis itu boleh, atas permintaan itu, bagi maksud itu, menggunakan apa-apa kekerasan yang munasabah atau selainnya sebagaimana yang perlu ke atas pelajar itu atau mana-mana orang lain. Bahagian V KEWANGAN Penubuhan Kumpulan Wang 24. (1) Bagi maksud Akta ini maka dengan ini ditubuhkan suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Universiti Teknologi MARA yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen; (b) apa-apa jumlah wang yang dipinjamkan dari semasa ke semasa kepada Universiti oleh Kerajaan; (c) apa-apa hadiah sukarela kepada Universiti; *CATATAN—Seksyen 23l yang telah dimasukkan melalui seksyen 30 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996 44 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (d) wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; (e) apa-apa harta, pelaburan, subsidi, pajakan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Universiti; (f) wang yang didapati atau timbul daripada apa-apa harta, pelaburan, subsidi, pajakan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Universiti; dan (g) semua jumlah wang atau harta lain yang boleh dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Universiti berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa, fungsi dan kewajipannya. (3) Semua wang yang dibayar kepada Universiti hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Universiti bagi semua atau mana-mana maksud Universiti mengikut anggaran yang diluluskan oleh Menteri. (4) Menjadi kewajipan Lembaga dan Naib Canselor untuk memelihara Kumpulan Wang dengan menjalankan, melaksanakan dan menunaikan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Universiti, tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 29, cukup untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, dari setahun ke setahun. (5) Universiti boleh melaburkan dalam sekuriti Kerajaan atau apa-apa sekuriti lain yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Kewangan apa-apa wang Kumpulan Wang yang tidak dikehendaki dengan segera bagi perbelanjaan semasa, dengan kuasa dari semasa ke semasa untuk mengubah mana-mana pelaburan itu tertakluk pada kelulusan terlebih terdahulu secara bertulis didapatkan daripada Menteri Kewangan berkenaan dengan mana-mana perubahan yang mengakibatkan apa-apa pelaburan dalam sekuriti selain sekuriti Kerajaan. Universiti Teknologi MARA 45 (6) Universiti boleh mendepositkan, sama ada di dalam deposit tetap atau di dalam akaun semasa, mana-mana wang yang pada masa ini tidak dilaburkan dalam mana-mana bank di Malaysia yang memegang suatu lesen yang sah di bawah peruntukan *Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan diluluskan terlebih dahulu secara bertulis bagi maksud itu oleh Menteri. Kumpulan wang rizab 25. (1) Universiti hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab. (2) Pembayaran masuk ke dalam dan keluar daripada kumpulan wang rizab hendaklah ditentukan oleh Lembaga: Dengan syarat bahawa tiada bahagian daripada kumpulan wang rizab itu boleh digunakan selain bagi maksud Universiti. Anggaran tahunan 26. (1) Naib Canselor hendaklah, tidak lewat daripada bulan April dalam setiap satu tahun, membentangkan di hadapan Lembaga anggaran terperinci hasil dan perbelanjaan Universiti, termasuk perbelanjaan modal, bagi tahun kewangan yang berikutnya; anggaran itu hendaklah mengandungi semua butir yang dikehendaki oleh Lembaga dan hendaklah dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Lembaga atau yang ditetapkan. (2) Suatu salinan anggaran itu hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang dalamnya anggaran itu akan dibentangkan. (3) Lembaga hendaklah menimbangkan anggaran yang dikemukakan sedemikian dan hendaklah membenarkannya sama ada dengan tidak diubah atau tertakluk pada perubahan sebagaimana yang difikirkannya patut, dan perubahan itu boleh termasuk penambahan, pengubahsuaian atau penolakan apa-apa butiran yang terdapat dalam anggaran itu. *CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang mula berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 Akta 758. 46 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (4) Lembaga boleh sebelum membenarkan anggaran di bawah subseksyen (3) merujukkan balik mana-mana butiran kepada Naib Canselor untuk pertimbangannya semula. (5) Anggaran yang dibenarkan oleh Lembaga hendaklah dikemukakan kepada Menteri yang boleh menolak atau mengubah anggaran itu, atau mana-mana bahagiannya, atau mengubahsuaikan mana-mana butiran dalamnya, atau menambahkan apa-apa butiran kepadanya. (6) Jika peruntukan kewangan tambahan dikehendaki dalam mana-mana tahun, Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dalam tahun itu menyebabkan suatu anggaran tambahan disediakan oleh Naib Canselor dan dikemukakan kepada Lembaga. (7) Tiap-tiap anggaran tambahan itu hendaklah dipertimbangkan dan dibenarkan oleh Lembaga, dan dikemukakan kepada Menteri yang hendaklah menguruskannya seolah-olah anggaran itu ialah anggaran tahunan asal. (8) Sesuatu anggaran tambahan yang disediakan di bawah seksyen ini hendaklah menunjukkan sumber yang daripadanya akan dibayar perbelanjaan tambahan yang ditunjukkan dalam anggaran tambahan itu. (9) Universiti tidak boleh melakukan perbelanjaan selain mengikut anggaran atau anggaran tambahan yang diluluskan oleh Menteri: Dengan syarat bahawa Lembaga boleh memindahkan semua atau mana-mana bahagian wang yang diperuntukkan— (a) kepada satu butiran perbelanjaan tahunan berulang kepada suatu butiran perbelanjaan tahunan berulang yang lain; atau (b) kepada satu butiran perbelanjaan modal kepada suatu butiran perbelanjaan modal yang lain. (10) Anggaran tahunan dan anggaran tambahan hendaklah menunjukkan dalam bahagian yang berasingan, perbelanjaan tahunan berulang dan perbelanjaan modal Universiti. Universiti Teknologi MARA 47 Akaun dan audit 27. (1) Universiti hendaklah menyimpan akaun dan rekod lain yang sepatutnya berkenaan dengan perjalanannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap satu tahun kewangan. (2) Akaun Universiti hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua Audit Negara. (3) Selepas akhir setiap tahun kewangan, dan selepas sahaja akaun Universiti diaudit tetapi, dalam apa-apa hal, sebelum pengemukaan anggaran tahunan bagi tahun kewangan yang berikutnya kepada Menteri di bawah subseksyen 26(5), Lembaga hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri, bersama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun Universiti. (4) Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap penyata akaun dan pemerhatian itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen dalam mesyuaratnya yang berikut selepas salinan itu diterima olehnya. Hadiah 28. (1) Lembaga boleh bagi pihak Universiti menerima melalui pemberian, hadiah, pemberian berwasiat, subsidi, legasi atau selainnya, harta dan wang sebagai bantuan kepada kewangan Universiti atas apa-apa syarat yang ditetapkannya. (2) Mana-mana harta atau wang yang diterima oleh Universiti di bawah subseksyen (1) hendaklah diuruskan mengikut peruntukan Akta ini dan hendaklah, tertakluk pada terma dan syarat yang dengannya harta atau wang itu diberikan dan diterima, digunakan olehnya bagi segala atau mana-mana maksud Universiti mengikut peruntukan Akta ini. (3) Suatu daftar hendaklah disimpan bagi semua harta dan wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (1) termasuk nama penderma dan apa-apa syarat khas yang dengannya harta atau wang itu telah diberikan. 48 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (4) Semua harta dan wang yang diberikan dan diterima bagi apa-apa maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud yang baginya harta atau wang itu telah diberikan dan diterima dan hendaklah diperakaunkan secara berasingan. Pengenaan surcaj 28a. (1) Seseorang yang merupakan atau pernah menjadi kakitangan Universiti boleh disurcaj jika didapati oleh Lembaga bahawa orang itu— (a) telah tidak memungut wang yang terhutang kepada Universiti yang pemungutannya menjadi atau pernah menjadi tanggungjawabnya; (b) bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya; (c) bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan pada, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Universiti; (d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau (e) telah tidak membuat apa-apa pembayaran wang, atau bertanggungjawab atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam membuat pembayaran wang daripada Universiti, kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang, kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Universiti. (2) Lembaga hendaklah, sebelum seseorang disurcaj di bawah subseksyen (1), menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj. Universiti Teknologi MARA 49 (3) Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Lembaga boleh— (a) dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcaj terhadap orang itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau pembayaran tidak sepatutnya yang dibuat, atau kekurangan nilai, atau kerugian yang disebabkan, pada wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Universiti; dan (b) dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang yang difikirkan patut oleh Lembaga. (4) Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcaj itu berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3). (5) Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik mana-mana surcaj yang berkenaan dengannya suatu penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu tentang penarikan balik itu. (6) Amaun mana-mana surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Universiti daripada orang yang disurcaj itu dan boleh dituntut dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Universiti dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga didapatkan melalui potongan— (a) daripada gaji orang yang disurcaj; atau (b) daripada pencen orang yang disurcaj, melalui ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu. (7) Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Naib Canselor, keanggotaan Lembaga bagi maksud subseksyen (1) hingga (6) hendaklah tidak termasuk Naib Canselor. 50 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (8) Bagi maksud perenggan (1)(d), “pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap kakitangan Universiti yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang Universiti, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang sebenarnya membayar, apa-apa wang itu, dan tiap-tiap kakitangan yang dipertanggungkan untuk menerima, menjaga atau melupuskan, atau mengakaunkan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta Universiti atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta itu. Bahagian VI AM Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 29. (1) Lembaga dan Naib Canselor hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan segala arahan, sama ada bersifat am atau khusus, yang difikirkannya perlu atau suai manfaat, yang merupakan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan yang hendaklah mengikut dasar, strategi dan garis panduan kebangsaan mengenai pendidikan tinggi yang dibentuk dan ditentukan oleh Majlis Pendidikan Tinggi Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 [Akta 546], dan menjadi kewajipan Lembaga atau Naib Canselor, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan seberapa segera yang mungkin, untuk menguatkuasakan dan melaksanakan semua arahan itu. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Menteri untuk memberikan arahan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk memberikan arahan— (a) mengenai pelupusan aset modal; dan (b) mengenai penggunaan hasil daripada pelupusan itu. Universiti Teknologi MARA 51 Kuasa Menteri untuk mewakilkan 29a. (1) Menteri boleh, tertakluk pada apa-apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang dinyatakannya, mewakilkan kepada Lembaga penjalanan, penunaian dan pelaksanaan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsinya di bawah Akta ini. (2) Pewakilan di bawah seksyen ini— (a) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri; dan (b) tidak menghalang Menteri daripada menjalankan, menunaikan, atau melaksanakan kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan itu sendiri dalam apa-apa hal jika didapatinya suai manfaat untuk berbuat demikian. Konvokesyen 29b. (1) Konvokesyen bagi penganugerahan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain hendaklah diadakan pada setiap tahun, atau seberapa kerap sebagaimana yang diarahkan oleh Canselor, pada tarikh yang diluluskan oleh Canselor. (2) Jika Canselor tidak hadir atau jika Pro-Canselor yang diberi kuasa bagi maksud ini oleh Canselor tidak hadir, Naib Canselor hendaklah mempengerusikan sesuatu Konvokesyen. Penyata, laporan, akaun dan maklumat 30. (1) Universiti hendaklah memberi Menteri semua penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktivitinya yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa. (2) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 April pada setiap tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan mengenai aktiviti Universiti dalam tahun kewangan sebelumnya dan dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa- apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Universiti sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa. 52 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (3) Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap laporan mengenai Universiti dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen dalam mesyuaratnya yang berikut selepas laporan itu diterima oleh Menteri. Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 31. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Universiti atau terhadap Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga, atau terhadap Naib Canselor, atau terhadap mana-mana anggota kakitangan atau ejen Universiti berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas sifat yang sedemikian. Pekhidmat awam 32. Semua anggota Lembaga, Naib Canselor, mana-mana anggota kakitangan atau ejen Universiti, semasa menunaikan kewajipan mereka atau menjalankan fungsi atau kuasa mereka hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Obligasi merahsiakan 33. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding jenayah di bawah Akta ini, seseorang anggota Lembaga, atau Naib Canselor, atau seseorang anggota kakitangan atau ejen Universiti tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat berkenaan dengan Universiti yang tidak disiarkan menurut Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, atau kedua-duanya. Universiti Teknologi MARA 53 Prosiding sivil 34. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam prosiding sivil oleh atau terhadap Universiti— (a) mana-mana orang yang memegang jawatan Peguam Persekutuan dan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau (b) mana-mana pegawai Universiti yang diberi kuasa bagi maksud itu mengikut arahan khas atau am Naib Canselor, boleh, bagi pihak Universiti, memulakan, membawa, menghadiri dan menjalankan pembicaraan itu dan boleh membuat dan melakukan semua kehadiran, perbuatan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu. Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati 34a. Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap— (a) Lembaga; (b) anggota Lembaga; (c) Naib Canselor; (d) Timbalan Naib Canselor; (e) Senat; (f) anggota Senat; (g) kakitangan Universiti; dan (h) seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak mana-mana badan atau orang di bawah perenggan (a) hingga (g), 54 Undang-Undang Malaysia AktA 173 bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam menjalankan atau menunaikan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini dengan kepercayaan munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya. Penyampaian 34b. (1) Penyampaian apa-apa notis di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan melalui pos berdaftar kepada orang yang terkesan olehnya dan hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti hari notis itu sepatutnya diserahkan dalam perjalanan biasa pos. (2) Jika orang yang kepadanya dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini diberitahu tentang hakikat bahawa ada surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan, abai atau tidak mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh dia diberitahu sedemikian. Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah 35. (1) Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah yang perlu bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini. (2) Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu— (a) penyediaan, pengauditan, dan pengemukaan kepada Menteri anggaran, belanjawan, pernyataan dan penyata; (b) fungsi, kewajipan *dan tatatertib kakitangan; (c) (Dipotong oleh Akta A964); (d) penetapan prinsip yang menentukan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain yang hendak dianugerahkan oleh Universiti; (e) syarat-syarat penerimaan masuk, kebajikan *dan tatatertib pelajar; *CATATAN—Perkataan “dan tatatertib” dalam perenggan 35(2)(b) dan (e) yang telah dimasukkan melalui subperenggan 37(c)(i) dan (iv) Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996. Universiti Teknologi MARA 55 (ea) *apa-apa perkara yang berhubungan dengan JPP dan badan pelajar lain; (f) pengurusan perpustakaan, makmal, bengkel dan apa-apa kemudahan lain yang disediakan oleh Universiti; (g) penubuhan dan pengawalseliaan skim pencen, persaraan dan kumpulan wang simpanan bagi kakitangan atau mana-mana golongan daripada mereka; (h) apa-apa perkara dalam kuasa Universiti di bawah seksyen 4 atau di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini. Bahagian VII PERALIHAN Tafsiran bagi Bahagian ini 36. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “ITM” ertinya Institut Teknologi MARA yang ditubuhkan oleh MARA dan yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan; “MARA” ertinya Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan oleh Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489]. Pemindahan kuasa, hak, kewajipan, dll. 37. Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah bagi MARA berkenaan dengan ITM, atau adalah bagi ITM, hendaklah, mulai dari tarikh itu, diturunkan kepada Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini. *CATATAN—Perenggan 35(2)(ea) yang telah dimasukkan melalui subperenggan 37(c)(v) Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa—lihat P.U. (B) 461/1996. 56 Undang-Undang Malaysia AktA 173 Pemindahan hak milik harta 38. (1) Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada MARA berkenaan dengan ITM, atau terletak hak pada ITM, atau terletak hak pada mana-mana orang bagi pihak ITM, hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini. (2) Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dirizabkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud MARA berkenaan dengan ITM, atau bagi maksud ITM, hendaklah, pada tarikh itu, disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini. (3) Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan apa-apa arahan Menteri, semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada— (a) MARA berkenaan dengan ITM; (b) mana-mana orang bagi pihak MARA berkenaan dengan ITM; (c) ITM; atau (d) mana-mana orang bagi pihak ITM, hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini. (4) Maka dengan ini diisytiharkan bahawa mana-mana harta, sama ada alih atau tak alih, yang, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, telah digunakan bagi maksud yang selepas tarikh itu menjadi maksud Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Universiti itu. (5) Tertakluk pada peruntukan Akta ini, jika sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan apa-apa prosiding telah diambil di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah secara paksa bagi maksud MARA berkenaan dengan ITM, atau bagi maksud ITM, prosiding itu hendaklah, mulai tarikh itu, disifatkan telah diambil bagi pengambilan tanah bagi maksud Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini. Universiti Teknologi MARA 57 Kontrak yang sedia ada 39. Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan apa-apa arahan Menteri, semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan hak milik di bawah seksyen 38 hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau berpihak kepada Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini dan boleh dikuatkuasakan secara sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi satu pihak kepadanya sebagai menggantikan— (a) MARA berkenaan dengan ITM; (b) mana-mana orang bagi pihak MARA berkenaan dengan ITM; (c) ITM; atau (d) mana-mana orang bagi pihak ITM. Penerusan prosiding jenayah dan sivil 40. (1) Tertakluk pada peruntukan Akta ini, mana-mana prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau apa-apa kausa tindakan yang belum selesai atau yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan yang diambil oleh atau terhadap— (a) MARA berkenaan dengan ITM; (b) mana-mana orang yang bertindak bagi pihak MARA berkenaan dengan ITM; (c) ITM; atau (d) mana-mana orang yang bertindak bagi pihak ITM, boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini sebagaimana ia mungkin diambil oleh atau terhadap masing-masing yang disebut di atas seolah- olah Akta ini tidak diluluskan. 58 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (2) Apa-apa rayuan yang dibuat atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum tarikh itu boleh dibuat oleh atau terhadap Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini. Pemindahan kumpulan wang 41. (1) Semua wang yang berada dalam, atau yang kena dibayar kepada, Kumpulan Wang MARA yang ditubuhkan di bawah seksyen 13 Akta Majlis Amanah Rakyat 1966, berkenaan dengan ITM, hendaklah pada tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini dan dipindahkan kepada Kumpulan Wang. (2) Semua wang kepunyaan atau yang kena dibayar kepada ITM sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini dan dipindahkan kepada Kumpulan Wang. Penerusan pegawai dan pekhidmat 42. (1) Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat MARA yang berkhidmat dengan ITM hendaklah, pada tarikh itu, disifatkan telah diambil kerja oleh Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini seolah-olah Universiti itu telah wujud terdahulu dari tarikh itu sepanjang perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu dengan ITM. (2) Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat MARA yang berkhidmat dengan ITM hendaklah, pada tarikh itu, diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada yang didapati sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan. (3) Seksyen ini diperbuat bagi maksud negara. Universiti Teknologi MARA 59 Pelajar 43. Semua orang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan ialah pelajar ITM hendaklah, pada tarikh itu, disifatkan sebagai pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini. Prosiding tatatertib yang belum selesai 44. Semua prosiding tatatertib yang, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, belum selesai terhadap mana-mana anggota kakitangan atau mana-mana pelajar ITM boleh, pada atau selepas tarikh itu, diteruskan terhadap anggota kakitangan atau pelajar oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini. Cawangan 45. Semua cawangan ITM yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah mulai dari tarikh itu disifatkan sebagai Cawangan Universiti yang ditubuhkan oleh Akta ini. Pembubaran badan pengelolaan 46. Mana-mana badan pengelolaan ITM yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh itu, terbubar. Kuasa Menteri untuk meminda Bahagian ini 47. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat ubah suaian, perubahan, tambahan, atau apa-apa jua pun pindaan lain kepada peruntukan Bahagian ini yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengelakkan, menghapuskan, menyelesaikan atau mengatasi apa-apa kesulitan atau anomali, atau untuk menampung apa-apa peninggalan, atau selainnya bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini. (2) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dalam mesyuaratnya yang berikut selepas perintah itu disiarkan dalam Warta. 60 Undang-Undang Malaysia AktA 173 jadual Pertama [Seksyen 4a] Kuasa Universiti untuk membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan perbadanan 1. Universiti hendaklah, pada atau sebelum tarikh mana-mana perbadanan ditubuhkan di bawah perenggan 4a(1)(c), menetapkan melalui kaedah-kaedah— (a) maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu; (c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan (d) hubungan antara perbadanan itu dengan Universiti dan hak kawalan oleh Universiti ke atas perbadanan itu. Kuat kuasa kaedah-kaedah 2. Mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya kaedah-kaedah itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah kaedah-kaedah itu telah dibuat di bawah Akta ini. Kuasa untuk meminda, dsb., kaedah-kaedah 3. Universiti boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah pada, apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah perenggan 1. Penggulungan 4. (1) Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan. (2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah subperenggan (1), aset perbadanan itu hendaklah berpindah hak milik kepada dan terletak hak pada Universiti selepas ditunaikan segala liabilitinya. (3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah subperenggan (1) hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Universiti. Universiti Teknologi MARA 61 Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 5. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 4a(1)(c)— (a) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Universiti kepadanya; (b) hendaklah kekal turun-temurun; (c) hendaklah mempunyai meterai perbadanan; (d) boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya; (e) boleh membuat kontrak; (f) boleh memegang, dan membuat apa-apa urusan mengenai atau dengan, apa-apa harta alih atau tak alih; dan (g) boleh membuat segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan Akta ini, tertakluk pada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang dinyatakan oleh Universiti dalam setiap hal. Meterai perbadanan bagi perbadanan 6. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda sebagaimana yang ditentukan oleh perbadanan dengan kelulusan Universiti. (2) Meterai perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Universiti. (3) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi perbadanan itu. (4) Meterai perbadanan, atau cap yang disebut dalam subperenggan (3), hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh perbadanan, dan hendaklah disahkan oleh orang itu. (5) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya. 62 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (6) Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan merupakan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki untuk dimeteraikan boleh disempurnakan oleh perbadanan dengan cara yang sama; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh seseorang pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu. (7) Meterai perbadanan bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. jadual kedua [Seksyen 13] Hilang kelayakan 1. Seseorang itu hendaklah hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau untuk menjadi anggota Lembaga— (a) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; (iii) kesalahan di bawah Akta ini; atau (iv) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang lebih daripada dua tahun; (b) jika dia menjadi bankrap; (c) jika dia didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya. Pemberhentian daripada menjadi anggota 2. Seseorang anggota Lembaga hendaklah terhenti menjadi anggota— (a) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi; atau (b) jika pelantikannya dibatalkan. Universiti Teknologi MARA 63 Peletakan jawatan 3. Seseorang anggota Lembaga boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis kepada Pengerusi. Pengisian kekosongan 4. Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi anggota Lembaga oleh sebab peruntukan Akta ini, seorang lain boleh dilantik oleh Menteri untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang baginya anggota itu dilantik. Elaun 5. Anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. Mesyuarat 6. (1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga dan, semasa ketiadaannya, anggota-anggota Lembaga hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu. (2) Pengerusi dan tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan satu undi setiap orang, tetapi dalam keadaan bilangan undi sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya. Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 7. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Part document.segment-3
173 - AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 — segment 3
- document.segment-3 Verify source ↗
173 - AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 — segment 3
AI-assisted research summary: This provision covers board allowances, disclosure of interests by board members, and several rules for the student representative committee (JPP), including elections, meetings, accounts, and committee powers.
(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. Minit 8. Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya, dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya, dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. 64 Undang-Undang Malaysia AktA 173 Penzahiran kepentingan 9. (1) Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya— (a) apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat suatu kontrak; atau (b) apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Lembaga. (2) Sesuatu penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Kesahan perbuatan dan prosiding 10. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan— (a) apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) pelanggaran perenggan 9 oleh seseorang anggota Lembaga; atau (c) apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu. *jadual ketiga [Seksyen 23c dan 23d] JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR Pemilihan JPP 1. Dalam memilih suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, pelajar setiap bidang tertentu hendaklah memilih, melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Naib Canselor, apa-apa bilangan pelajar yang belajar dalam bidang masing-masing yang sama banyak sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor untuk menjadi wakil dalam JPP; dan pembahagian pendidikan yang disediakan di Universiti kepada pelbagai bidang pengajian bagi maksud perenggan ini hendaklah dibuat oleh Naib Canselor. *CATATAN—Jadual Ketiga yang telah dimasukkan melalui seksyen 38 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 1996 [Akta A964] masih belum berkuat kuasa— lihat P.U. (B) 461/1996. Universiti Teknologi MARA 65 Pemegang jawatan JPP 2. JPP hendaklah memilih dalam kalangan anggotanya— (a) seorang Yang Dipertua; (b) seorang Naib Yang Dipertua; (c) seorang Setiausaha; dan (d) seorang Bendahari, yang mereka itu sahajalah menjadi pemegang jawatan dalam JPP. Tempoh jawatan JPP dan pemegang jawatannya 3. Anggota JPP dan pemegang jawatannya hendaklah dipilih bagi tempoh satu tahun. Keputusan dengan undi lebih suara 4. Keputusan JPP hendaklah diambil dengan undi lebih suara tidak kurang daripada dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi. Jawatankuasa ad hoc 5. JPP boleh menubuhkan, dari semasa ke semasa, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Naib Canselor, jawatankuasa ad hoc dalam kalangan anggotanya bagi maksud atau tujuan tertentu. Hilang kelayakan berkenaan dengan JPP 6. (1) Tiada pelajar— (a) yang terhadapnya prosiding tatatertib belum diputuskan; atau (b) yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, boleh dipilih atau terus menjadi anggota JPP melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor. (2) Seseorang pelajar— (a) yang belum lagi menduduki peperiksaan pertamanya berkenaan dengan kursus pengajiannya; atau (b) yang telah gagal dalam, atau yang tidak menduduki, peperiksaan yang lalu yang diadakan berkenaan dengan kursus pengajiannya, 66 Undang-Undang Malaysia AktA 173 sebaik sebelum mana-mana pemilihan yang dicadangkan bagi JPP atau oleh JPP hendaklah hilang kelayakan untuk dipilih dalam pemilihan itu. Tujuan dan fungsi JPP 7. Tujuan dan fungsi JPP adalah— (a) untuk membantu dan menggalakkan, tertakluk pada arahan Naib Canselor, pembangunan kemudahan bagi pelajar seperti kemudahan rekreasi dan pembekalan makanan dan minuman; (b) untuk membuat representasi kepada Naib Canselor tentang perkara yang berhubungan dengan keadaan yang dalamnya pelajar tinggal dan belajar; dan (c) untuk mengusahakan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Naib Canselor dari semasa ke semasa. Perbelanjaan JPP 8. (1) JPP tidak boleh— (a) menyenggarakan apa-apa kumpulan wang; atau (b) membuat apa-apa pemungutan bagi apa-apa wang atau harta, daripada apa-apa sumber. (2) Apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor untuk dilakukan oleh JPP boleh dibayar oleh Universiti jika tuntutan bertulis yang munasabah yang disokong dengan resit dan baucar dikemukakan oleh JPP kepada, dan luluskan oleh, Naib Canselor. Akaun JPP 9. (1) Bendahari hendaklah menyimpan akaun JPP yang sepatutnya yang hendaklah diaudit oleh seseorang yang dilantik oleh Naib Canselor. (2) Suatu salinan akuan yang disimpan di bawah subperenggan (1) hendaklah dikemukakan oleh JPP kepada Naib Canselor untuk kelulusan tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, yang merupakan tahun kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor. Universiti Teknologi MARA 67 Mesyuarat JPP 10. (1) JPP hendaklah mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu dan menjadi kewajipan Setiausaha untuk menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat JPP dan minit itu hendaklah disahkan pada mesyuarat yang berikutnya. (2) JPP atau sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP hendaklah, tidak kurang daripada empat puluh lapan jam sebelum mengadakan apa-apa mesyuarat, memberikan notis tentang tarikh dan masa mesyuarat itu dan agendanya kepada Naib Canselor. (3) Tiap-tiap mesyuarat JPP atau mesyuarat sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP hendaklah diadakan di tempat yang disediakan bagi maksud mesyuarat itu oleh Naib Canselor. (4) Naib Canselor atau wakilnya hendaklah hadir di setiap mesyuarat JPP atau mesyuarat sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP, melainkan jika Naib Canselor memutuskan selainnya berkenaan dengan mana-mana mesyuarat tertentu. Pemeriksaan rekod 11. Rekod JPP atau rekod sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP hendaklah pada setiap masa terbuka untuk diperiksa oleh Naib Canselor atau wakilnya. Pertikaian tentang pemilihan 12. (1) Jika apa-apa pertikaian timbul tentang sama ada mana-mana anggota atau pemegang jawatan JPP atau tentang sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP— (a) telah dipilih atau dilantik dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (b) berhak menjadi atau kekal menjadi anggota atau pemegang jawatannya, pertikaian itu hendaklah diputuskan oleh Naib Canselor atau oleh seseorang yang dilantik olehnya bagi maksud itu. (2) Keputusan Naib Canselor atau keputusan orang yang dilantik olehnya di bawah subperenggan (1) adalah muktamad. Takrif “pelajar” bagi maksud Jadual ini 13. (1) Bagi maksud Jadual ini, “pelajar” tidak termasuk seseorang pegawai awam yang mengikuti kursus pengajian di Universiti. 68 Undang-Undang Malaysia AktA 173 (2) Seseorang hendaklah terhenti daripada menjadi pelajar mengikut pengertian perenggan ini— (a) apabila disiarkan keputusan peperiksaan akhir bagi kursus pengajian itu, jika dia lulus peperiksaan itu; atau (b) apabila disiarkan keputusan mana-mana peperiksaan bagi kursus pengajian itu, jika dia gagal dalam peperiksaan itu, sehinggalah dia, selepas itu, didaftarkan semula bagi kursus pengajian itu atau kursus pengajian lain yang terpakai bagi seseorang pelajar berdaftar di bawah perenggan ini. Universiti Teknologi MARA 69 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 173 AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A652 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 01-04-1986 1986 Akta A964 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 17-10-1996 1996 (kecuali s.27 hingga s.30, subperenggan 37(c)(i), (iv) dan (v) dan Jadual Ketiga hingga s.38) Akta A1073 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 26-08-1999 2000 70 Undang-Undang Malaysia AktA 173 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 173 AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 1a Akta A1073 26-08-1999 2 Akta A964 17-10-1996 Akta A1073 26-08-1999 3 Akta A1073 26-08-1999 3a Akta A1073 26-08-1999 4 Akta A964 17-10-1996 Akta A1073 26-08-1999 4a Akta A964 17-10-1996 5 Akta A964 17-10-1996 6 Akta A964 17-10-1996 7 Akta A652 01-04-1986 Akta A964 17-10-1996 Akta A1073 26-08-1999 8 Akta A964 17-10-1996 9 Akta A964 17-10-1996 13 Akta A964 17-10-1996 Akta A1366 11-02-2010 Akta A1073 26-08-1999 16 Akta A964 17-10-1996 16a Akta A964 17-10-1996 Akta A1073 26-08-1999 16B Akta A1073 26-08-1999 17 Akta A964 17-10-1996 Universiti Teknologi MARA 71 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 18 Akta A964 17-10-1996 19 Akta A964 17-10-1996 19a Akta A1073 26-08-1999 19B Akta A1073 26-08-1999 20 Akta A652 01-04-1986 Akta A964 17-10-1996 Akta A1073 26-08-1999 21 Akta A964 17-10-1996 22 Akta A964 17-10-1996 22a Akta A964 17-10-1996 23 Akta A964 17-10-1996 23a Akta A964 Belum berkuat kuasa 23B Akta A964 Belum berkuat kuasa 23c Akta A964 Belum berkuat kuasa 23d Akta A964 Belum berkuat kuasa 23e Akta A964 Belum berkuat kuasa 23f Akta A964 Belum berkuat kuasa 23g Akta A964 Belum berkuat kuasa 23h Akta A964 Belum berkuat kuasa 23i Akta A964 Belum berkuat kuasa 23j Akta A964 Belum berkuat kuasa 23k Akta A964 Belum berkuat kuasa 23l Akta A964 Belum berkuat kuasa 24 Akta A964 17-10-1996 72 Undang-Undang Malaysia AktA 173 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 28 Akta A964 17-10-1996 28a Akta A964 17-10-1996 29 Akta A964 17-10-1996 29a Akta A964 17-10-1996 29B Akta A1073 26-08-1999 34a Akta A964 17-10-1996 34B Akta A964 17-10-1996 35 Akta A964 17-10-1996 Jadual Pertama Akta A964 17-10-1996 Jadual Kedua Akta A964 17-10-1996 Jadual Ketiga Akta A964 Belum berkuat kuasa Keseluruhan Akta Akta A652 01-04-1986 Akta A964 17-10-1996 Akta A1073 26-08-1999
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
173 - AKTA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 1976
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in