A1583 - AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PINDAAN) 2019
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This amendment Act changes section 47 of the Private Higher Educational Institutions Act 1996 and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1583 AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1583 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 14 Januari 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Januari 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1583 AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 47 2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 47— (a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “private educational institution” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “private higher educational institution”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1583 (b) dalam subseksyen (2)— (i) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan “atau”; (ii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “; atau” dengan noktah; dan (iii) dengan memotong perenggan (c). Kecualian 3. Semua tindakan tatatertib terhadap mana-mana pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam perenggan 47(2)(c) Akta ibu yang belum selesai di hadapan pihak berkuasa disiplin sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.