161 - AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975
This Act sets up a national advisory council, allows a rubber stock to be maintained, and lets the Minister make regulations to manage rubber price stabilization.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Citation provenance: source:global:stored-legal-sources · schema StatuteEnrichmentPublicV1.
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 161 - AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
161 - AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975
AI-assisted research summary: This Act sets up a national advisory council, allows a rubber stock to be maintained, and lets the Minister make regulations to manage rubber price stabilization.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 161 AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 161 AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 21 Ogos 1975 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 28 Ogos 1975 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1998 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2001 Penstabilan Harga Getah 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 161 AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Majlis Penasihat Negara bagi Penstabilan Harga Getah 4. Stok getah 5. Peraturan-peraturan 6. Pindaan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penananam Semula) 1952 JADUAL 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 161 Penstabilan Harga Getah 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 161 AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975 Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi penyelarasan, pelaksanaan dan pengawalan aktiviti yang perlu bagi penstabilan harga getah dan bagi maksud ini menubuhkan suatu majlis penasihat dan untuk membolehkan suatu stok getah diadakan dan untuk membuat peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 Disember 1975, P.U. (B) 477/1975] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penstabilan Harga Getah 1975. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Majlis” ertinya Majlis Penasihat Negara bagi Penstabilan Harga Getah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 3(1). Majlis Penasihat Negara bagi Penstabilan Harga Getah 3. (1) Bagi maksud Akta ini dan untuk menasihatkan Menteri atas perkara berkenaan dengan penstabilan harga getah, dengan ini ditubuhkan Majlis Penasihat Negara bagi Penstabilan Harga Getah. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 161 (2) Majlis hendaklah terdiri daripada— (a) Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, sebagai Pengerusi; (b) seorang wakil dari Perbendaharaan, Malaysia; (c) seorang wakil dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; (d) *seorang wakil dari Kementerian Perancang Am dan Penyelidikan Sosio Ekonomi; (e) seorang wakil dari Bank Negara Malaysia; dan (f) seorang yang mempunyai pengetahuan luas dalam perusahaan getah yang dilantik oleh Menteri. (3) Menteri boleh melantik tidak lebih daripada tiga orang ahli tambahan untuk menjadi ahli Majlis. (4) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Majlis dan ahlinya. Stok getah 4. Bagi maksud menstabilkan harga getah, boleh diadakan suatu stok getah yang hendaklah dikawal selia mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 5. Peraturan-peraturan 5. Menteri boleh bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini membuat peraturan-peraturan dan tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh— (a) membuat peruntukan bagi pelaksanaan apa-apa perjanjian antarabangsa yang dibuat antara Malaysia dengan mana- mana negara lain untuk mewujudkan suatu skim bagi penstabilan harga getah dalam pasaran dunia; (b) membuat peruntukan bagi pelantikan pegawai untuk memeriksa stok getah yang dikehendaki disimpan di bawah Akta ini, memeriksa rekod mengenainya, dan secara amnya untuk menjalankan peruntukan Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya; (c) mengawal selia pengurusan stok getah yang diadakan di bawah seksyen 4; *CATATAN—Kementerian ini telah dibubarkan dan fungsinya kini diambil alih oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Penstabilan Harga Getah 7 (d) menghendaki semua estet dan kebun kecil getah didaftarkan dan membuat peruntukan mengenai cara pendaftaran; (e) melarang atau mengawal selia penggunaan kimia dan bahan lain yang merangsang pokok getah untuk mengeluarkan susu; (f) mengenakan penalti berupa denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana- mana peruntukan peraturan-peraturan dan membuat peruntukan bagi pelucuthakan apa-apa getah yang menjadi hal perkara pelanggaran itu dan cara mengenainya. Pindaan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 6. Subseksyen 17(1) Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 [Ord. 8 tahun 1952] dengan ini dipinda dengan memasukkan selepas sahaja perkataan “this Ordinance” perkataan “and all other information relating to rubber estates and smallholdings and production, storage, sale and export of rubber”. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 161 JADUAL [Subseksyen 3(4)] MAJLIS 1. Tempoh jawatan bagi ahli Majlis ialah selama tempoh satu hingga tiga tahun. Ahli layak untuk dilantik semula. 2. Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk mengisi sesuatu kekosongan ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang telah mengosongkan jawatan itu. 3. Jawatan seseorang ahli Majlis, selain seseorang ahli yang dilantik menurut jawatan adalah menjadi kosong— (a) jika dia mati; (b) jika dia menjadi bankrap, gila atau akalnya menjadi tidak sempurna; (c) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa izin Majlis; atau (d) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri. 4. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri. Penstabilan Harga Getah 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 161 AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 161 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 161 AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat Kuasa dari 5 Akta 160 29-08-1975Referenced legislation
- Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 (unresolved)
- Akta 161 AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975 (unresolved)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
161 - AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in