A1526 - AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017
This amendment Act updates Malaysia’s Civil Aviation law, shifts key functions to the Civil Aviation Authority, and gives the Minister and Chief Executive Officer new regulatory and enforcement powers.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1526 - AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1526 - AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017
AI-assisted research summary: This amendment Act updates Malaysia’s Civil Aviation law, shifts key functions to the Civil Aviation Authority, and gives the Minister and Chief Executive Officer new regulatory and enforcement powers.
Penerbangan Awam (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1526 AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1526 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 17 Februari 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 27 Februari 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Penerbangan Awam (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1526 AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017 Suatu Akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 2017. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan am 2. Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “Jabatan Penerbangan Awam” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Pihak Berkuasa”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1526 (b) dengan menggantikan perkataan “Ketua Pengarah” di mana-mana jua terdapat kecuali dalam seksyen 2 dalam takrif “Ketua Pengarah” dan seksyen 24h dengan perkataan “Pihak Berkuasa”. Pindaan seksyen 2 3. Seksyen 2 Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong takrif “Ketua Pengarah”; (b) dengan memasukkan sebelum takrif “Konvensyen Chicago” takrif yang berikut: ‘ “Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa;’; dan (c) dengan memasukkan selepas takrif “muatan” takrif yang berikut: ‘ “Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 [Akta 788];’. Pindaan Bahagian Ia 4. Bahagian Ia Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk “TUGAS DAN FUNGSI KETUA PENGARAH PENERBANGAN AWAM MALAYSIA” dengan tajuk “PEWAKILAN KUASA, TUGAS DAN FUNGSI PIHAK BERKUASA”. Pemotongan seksyen 2a dan 2b 5. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 2a dan 2b. Penerbangan Awam (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 2c 6. Seksyen 2c Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “kepadanya oleh Akta ini” dengan perkataan “kepada Pihak Berkuasa oleh Akta ini dan Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017”; dan (b) dalam subseksyen (4), dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “himself” dengan perkataan “itself”. Pemotongan seksyen 2d 7. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 2d. Pindaan seksyen 3 8. Seksyen 3 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2)— (i) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) mengawal selia keselamatan penerbangan awam termasuk mewujudkan program keselamatan kebangsaan atau apa-apa program keselamatan yang lain;”; (ii) dengan menggantikan perenggan (p) dengan perenggan yang berikut: “(p) mengecualikan mana-mana kapal udara, penerbangan atau orang atau kelas kapal udara, penerbangan atau orang daripada mana-mana peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, orang yang olehnya pengecualian boleh dibuat dan terma dan syarat bagi pengecualian itu;”; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1526 (iii) dengan menggantikan perenggan (q) dengan perenggan yang berikut: “(q) penyiasatan kemalangan, insiden atau insiden serius kapal udara sama ada yang berlaku di Malaysia atau yang berlaku kepada kapal udara Malaysia;”; (iv) dengan menggantikan perkataan “; dan” di hujung perenggan (s) dengan koma bernoktah; (v) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (t) dengan perkataan “; dan;” dan (vi) dengan memasukkan selepas perenggan (t) perenggan yang berikut: “(u) menetapkan semua perkara lain yang suai manfaat atau perlu untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan Akta ini dan Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017.”; (b) dengan menggantikan subseksyen (2a) dengan subseksyen yang berikut: “(2a) Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.”; dan (c) dengan memotong subseksyen (4). Pindaan seksyen 4 9. Subseksyen 4(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan “lima ratus ribu ringgit”. Penerbangan Awam (Pindaan) 7 Pindaan seksyen 6 10. Seksyen 6 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “satu ratus ribu ringgit”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “satu ratus ribu ringgit”. Pemotongan Bahagian IIIa 11. Akta ibu dipinda dengan memotong Bahagian IIIa. Pindaan seksyen 7 12. Subseksyen 7(6) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu ringgit” dengan perkataan “satu ratus ribu ringgit”. Pindaan seksyen 16 13. Seksyen 16 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit”; dan (b) dalam subseksyen (2)— (i) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun” dengan perkataan “satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun”; dan 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1526 (ii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan “dua ratus ribu ringgit”. Pindaan seksyen 24a 14. Perenggan 24a(2)(b) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “di bawah perenggan 2b(a)”. Pindaan seksyen 24e 15. Subseksyen 24e(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “di bawah perenggan 2b(a)”. Pindaan seksyen 24h 16. Seksyen 24h Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Ketua Pengarah” dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai diberi kuasa”. Pindaan seksyen 24j 17. Subseksyen 24j(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dia hendaklah mengemukakan” dengan perkataan “Pihak Berkuasa hendaklah mengemukakan”. Pindaan seksyen 24k 18. Seksyen 24k Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “Menteri” perkataan “atas terma dan bagi tempoh masa yang difikirkan perlu oleh Menteri”; Penerbangan Awam (Pindaan) 9 (ii) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “(a) untuk memerintahkan— (i) syarikat yang diberikan lesen di bawah seksyen 24a untuk berhenti mengadakan apa-apa perkhidmatan dalam aerodrom atau selainnya; (ii) orang yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia di bawah seksyen 37 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 untuk berhenti mengadakan perkhidmatan pengendalian darat; atau (iii) orang yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia di bawah seksyen 38 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 untuk berhenti mengendalikan aerodrom; atau”; dan (iii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “lapangan terbang” dengan perkataan “aerodrom”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik dan dengan sedemikian cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, selepas menjalankan kuasanya di bawah perenggan (1)(a)— (a) mengarahkan Pihak Berkuasa untuk mengambil alih sementara aerodrom atau mana-mana bahagian aerodrom; dan (b) mengarahkan Pihak Berkuasa atau mana-mana orang lain— (i) untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan dalam aerodrom atau selainnya; 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1526 (ii) untuk mengendalikan suatu aerodrom; atau (iii) untuk mengadakan perkhidmatan pengendalian darat. (4) Bagi maksud subseksyen (3), orang yang disebut dalam perenggan (1)(a)— (a) hendaklah menyerahkan kawalan atau milikan— (i) apa-apa perkhidmatan dalam aerodrom atau selainnya; (ii) pengendalian sesuatu aerodrom; atau (iii) perkhidmatan pengendalian darat; dan (b) hendaklah mengambil semua langkah dan menyediakan bantuan, kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa bagi maksud itu atau mana-mana orang lain yang disebut di bawah perenggan (3)(b). (5) Sesuatu keputusan, perintah atau arahan Menteri dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. (6) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3) atau mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (7) Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa dan pekerja dan ejennya tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa tindakan bagi pelanggaran kontrak atau bagi kerugian atau kerosakan yang berlaku kerana mana-mana perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3) atau kehendak di bawah subseksyen (4). Penerbangan Awam (Pindaan) 11 (8) Orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan pekerja dan ejen mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa tindakan bagi pelanggaran kontrak atau bagi kerugian atau kerosakan yang berlaku kerana mana-mana perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3) melainkan jika perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3) disebabkan oleh— (a) kecuaian atau tindakan sengaja orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan pekerja atau ejen mereka; atau (b) pelanggaran terma dan syarat lesen atau peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini oleh orang yang disebut dalam perenggan (1)(a).”. Penggantian seksyen 24la 19. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24la dengan seksyen yang berikut: “Pegawai diberi kuasa 24la. (1) Pihak Berkuasa boleh, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, menyiarkan nama pekerjanya yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 16(1)(a), (b), (c), (d) atau (e) Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017. (2) Pihak Berkuasa boleh memberi kuasa kepada mana-mana pekerjanya yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 16(1)(a), (b), (c), (d) atau (e) Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini. (3) Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan suatu kad kuasa kepada pekerjanya yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 16(1)(a), (b), (c), (d) atau (e) Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017. 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1526 (4) Pekerja Pihak Berkuasa apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan kad kuasanya.”. Pindaan seksyen 24ld 20. Seksyen 24ld Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Bagi maksud untuk memastikan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa— (a) hendaklah mempunyai akses kepada mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan, peralatan keselamatan, tempat atau bangunan; (b) boleh memeriksa mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan, peralatan keselamatan, tempat atau bangunan; (c) boleh menjalankan apa-apa ujian terhadap mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan atau peralatan keselamatan; (d) boleh memeriksa, membuat salinan atau mengambil ekstrak daripada mana-mana buku, buku minit, daftar, perakuan, lesen, permit, kelulusan, kebenaran, keizinan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa, dokumen penerbangan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki disimpan oleh Pihak Berkuasa atau yang perlu bagi maksud untuk memastikan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; dan Penerbangan Awam (Pindaan) 13 (e) boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau kawalan orang itu.” dan (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Bagi maksud subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh menggunakan apa-apa peralatan, artikel atau peranti kepunyaan Pihak Berkuasa.”. Pindaan seksyen 24le 21. Seksyen 24le Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Akta ini” perkataan “atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini”. Pindaan seksyen 24lg 22. Seksyen 24lg Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Akta ini” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini”. Seksyen baharu 24li 23. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24lh seksyen yang berikut: “Keengganan untuk memberi akses, serangan, dsb. 24li. Mana-mana orang yang— (a) enggan untuk memberikan akses kepada mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, peralatan keselamatan, kemudahan penerbangan, tempat atau bangunan kepada mana-mana pegawai diberi kuasa; atau 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1526 (b) menyerang, menghalang, menggalang atau melambatkan mana-mana pegawai diberi kuasa, dalam menjalankan apa-apa kuasanya di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 24m 24. Seksyen 24m Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu subseksyen yang berikut: “(2) Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini merupakan suatu pertubuhan perbadanan, ia hanya boleh dihukum dengan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. (3) Bagi maksud seksyen ini, “seorang pengarah suatu pertubuhan perbadanan” termasuklah— (a) seseorang yang menjawat atau bertindak dalam kedudukan seorang pengarah pertubuhan perbadanan itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menjawat kedudukan itu atau diberi kuasa sewajarnya untuk bertindak dalam kedudukan itu; (b) seseorang yang menurut arahan atau suruhannya pengarah pertubuhan perbadanan itu pada kebiasaannya bertindak; dan Penerbangan Awam (Pindaan) 15 (c) jika pertubuhan perbadanan itu diperbadankan di luar Malaysia— (i) seseorang anggota lembaga pertubuhan perbadanan itu; (ii) seseorang yang menjawat atau bertindak dalam kedudukan seorang pengarah bagi lembaga pertubuhan perbadanan itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menjawat kedudukan itu atau diberi kuasa sewajarnya untuk bertindak dalam kedudukan itu; dan (iii) seseorang yang menurut arahan atau suruhannya anggota lembaga pertubuhan perbadanan itu pada kebiasaannya bertindak.”. Seksyen baharu 24ma 25. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24m seksyen yang berikut: “Pemulaan pendakwaan 24ma. Tiada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan oleh Pihak Berkuasa kecuali dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.”. Pindaan seksyen 24n 26. Subseksyen 24n(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan” dengan perkataan “Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia”. 16 Undang-Undang Malaysia AktA A1526 Penggantian seksyen 24o 27. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24o dengan seksyen yang berikut: “Pengeluaran notis, dsb. 24o. (1) Ketua Pegawai Eksekutif boleh mengeluarkan apa-apa notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat bagi maksud Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Tiap-tiap notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif mengikut apa-apa cara yang pada pendapatnya akan memastikan bahawa notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat itu dibawa kepada perhatian orang yang kena patuh kepada notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat itu. (3) Ketua Pegawai Eksekutif boleh, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan selepas dia berpuas hati bahawa perihal selamat dan keselamatan penerbangan awam tidak terjejas, mengecualikan mana-mana kapal udara, penerbangan atau orang atau kelas kapal udara, penerbangan atau orang daripada semua atau mana-mana peruntukan mana-mana notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat yang dikeluarkan olehnya di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini. (4) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”. Penerbangan Awam (Pindaan) 17 Seksyen baharu 24p dan 24q 28. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24o seksyen yang berikut: “Arahan perihal selamat 24p. (1) Ketua Pegawai Eksekutif boleh mengeluarkan apa-apa arahan perihal selamat yang berhubungan dengan mana-mana aspek perihal selamat atau keselamatan dalam penerbangan awam, termasuklah— (a) perihal selamat mana-mana pengendalian kapal udara di dalam Malaysia dan pengendalian kapal udara Malaysia di luar Malaysia; (b) pemeriksaan, pembaik pulih, pembaikan, penggantian, pengubahsuaian atau penyenggaraan kapal udara atau komponen kapal udara; (c) apa-apa perkara yang berhubungan dengan orang yang dikeluarkan mana-mana lesen, perakuan, permit, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; atau (d) pengendalian dan pengurusan suatu aerodrom. (2) Tiap-tiap arahan perihal selamat yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif mengikut apa-apa cara yang pada pendapatnya akan memastikan bahawa arahan perihal selamat itu dibawa kepada perhatian orang yang kena patuh kepada arahan perihal selamat itu. (3) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana arahan perihal selamat melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. 18 Undang-Undang Malaysia AktA A1526 Pengawasan pengawalseliaan perihal selamat 24q. (1) Ketua Pengawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa, menjalankan pengawasan pengawalseliaan perihal selamat untuk menentukan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang lain, Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan pengawasan pengawalseliaan perihal selamat mempunyai kuasa untuk— (a) mengakses dan memeriksa mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, peralatan keselamatan, kemudahan penerbangan, tempat atau bangunan; (b) memeriksa, membuat salinan atau mengambil ekstrak daripada mana-mana buku, buku minit, daftar, perakuan, lesen, permit, kelulusan, keizinan, kebenaran atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa, dokumen penerbangan atau dokumen lain yang dikehendaki untuk disimpan oleh Pihak Berkuasa atau yang perlu bagi maksud menentukan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; (c) mengambil gambar premis, barangan, bagasi, bungkusan dan apa-apa harta atau material lain yang dijumpai di situ; atau (d) membuat apa-apa ujian yang Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa fikirkan perlu. (3) Apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh sebab apa-apa yang dibuat semasa, atau bersampingan dengan mana-mana pengawasan pengawalseliaan perihal selamat di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dibayar oleh dan boleh didapatkan semula daripada pemegang perakuan, pemegang lesen, pemegang permit atau mana-mana orang yang telah diberikan kelulusan, kebenaran atau keizinan. Penerbangan Awam (Pindaan) 19 (4) Mana-mana orang yang enggan untuk mematuhi permintaan, tuntutan atau arahan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”. Peruntukan peralihan 29. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, wang yang tersedia sebagai kredit Kumpulan Wang Penerbangan Awam hendaklah dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1526 - AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in