837 - AKTA AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2022
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act repeals the Agensi Kawalan Sempadan Malaysia Act 2017, dissolves the Agency, and lets the Minister set the commencement date by Gazette notice.
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 837 AKTA AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA 837 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 24 Ogos 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 1 September 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 837 AKTA AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2022 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Pemansuhan dan pembubaran 4. Pegawai Agensi 4 Undang-Undang Malaysia AktA 837 Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 837 AKTA AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2022 Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [Akta 799], untuk membubarkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta itu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, “Agensi” ertinya Agensi Kawalan Sempadan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017. 6 Undang-Undang Malaysia AktA 837 Pemansuhan dan pembubaran 3. Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 dimansuhkan dan Agensi yang ditubuhkan di bawah Akta itu dibubarkan. Pegawai Agensi 4. Seseorang yang dilantik sebagai pegawai Agensi di bawah Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terhenti menjadi pegawai Agensi.