AI-assisted research summary: This Act amends the Judges’ Remuneration Act 1971, changes section 11 by replacing “twelve and a half years” with “twenty years,” and starts on 1 January 2012.
Saraan Hakim (Pindaan) (No. 2) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1412 AktA SArAAN hAkIM (PINDAAN) (No. 2) 2011 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1412 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Disember 2011 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 31 Disember 2011 hakcipta Pencetak h PercetAkAN NASIoNAL MALAYSIA berhAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia berhad (Pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik). Saraan Hakim (Pindaan) (No. 2) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1412 AktA SArAAN hAkIM (PINDAAN) (No. 2) 2011 Suatu Akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971. [ ] DIPerbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Saraan Hakim (Pindaan) (No. 2) 2011. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Pindaan seksyen 11 2. Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 11 dengan menggantikan perkataan “dua belas tahun setengah”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “dua puluh tahun”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1412 kecualian dan peralihan 3. Pembayaran pencen terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 2 Akta ini kepada orang selain mereka yang disebut dalam subseksyen 11(3) Akta ibu, jika tempoh dua belas tahun setengah itu telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut: (a) tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh persaraan Hakim itu; (b) orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga 31 Disember 2011; dan (c) pembayaran pencen terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.