AI-assisted research summary: This Act repeals the Restricted Residence Act 1933, with transitional rules for existing orders and pending proceedings.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 734 AKTA KEDIAMAN TERHAD (PEMANSUHAN) 2011 Sebagaimana pada 1 Februari 2016 2 AKTA KEDIAMAN TERHAD (PEMANSUHAN) 2011 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 25 Disember 2011 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 30 Disember 2011 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 734 AKTA KEDIAMAN TERHAD (PEMANSUHAN) 2011 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Pemansuhan Akta dan kecualian 3. Perintah hendaklah terhenti berkuat kuasa, dsb. 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 734 AKTA KEDIAMAN TERHAD (PEMANSUHAN) 2011 Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933. [31 Disember 2011] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011. Pemansuhan Akta dan kecualian 2. (1) Akta Kediaman Terhad 1933 [Akta 377] dimansuhkan. (2) Pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933 tidaklah menjejaskan apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat, atau tindakan atau prosiding yang diambil, di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. Perintah hendaklah terhenti berkuat kuasa, dsb. 3. Walau apa pun subseksyen 2(2), pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, mana-mana perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan yang masih berkuat kuasa pada tarikh 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 734 permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti berkuat kuasa dan apa-apa tindakan atau prosiding yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah dihentikan. 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 734 AKTA KEDIAMAN TERHAD (PEMANSUHAN) 2011 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari —TIADA — 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 734 AKTA KEDIAMAN TERHAD (PEMANSUHAN) 2011 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari —TIADA —