387 - *AKTA PENGAKUSAKSIAN SURATCARA-SURATCARA BOLEH DAFTAR (PERLOMBONGAN) 1960
This Act requires signatures on mining-registration instruments to be attested by specified people, with some exceptions, and requires the attester to use the prescribed form and seal if applicable.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 387 - *AKTA PENGAKUSAKSIAN SURATCARA-SURATCARA BOLEH DAFTAR (PERLOMBONGAN) 1960
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
387 - *AKTA PENGAKUSAKSIAN SURATCARA-SURATCARA BOLEH DAFTAR (PERLOMBONGAN) 1960
AI-assisted research summary: This Act requires signatures on mining-registration instruments to be attested by specified people, with some exceptions, and requires the attester to use the prescribed form and seal if applicable.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 387 AKTA PENGAKUSAKSIAN SURAT CARA-SURAT CARA BOLEH DAFTAR (PERLOMBONGAN) 1960 Sebagaimana pada 1 Oktober 2013 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Attestation of Registrable Instruments (Mining) Act 1960. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PENGAKUSAKSIAN SURAT CARA-SURAT CARA BOLEH DAFTAR (PERLOMBONGAN) 1960 Pertama kali diperbuat ... ... ... ... 1960 (Akta No. 1 tahun 1960) Disemak ... ... ... ... 1989 (Akta 387 m.b.p 19 Oktober 1989) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 387 AKTA PENGAKUSAKSIAN SURAT CARA-SURAT CARA BOLEH DAFTAR (PERLOMBONGAN) 1960 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pengakusaksian tandatangan 4. Perakuan pengakusaksian 5. Pemansuhan JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 387 AKTA PENGAKUSAKSIAN SURAT CARA-SURAT CARA BOLEH DAFTAR (PERLOMBONGAN) 1960 Suatu Akta yang berhubungan dengan pengakusaksian surat cara yang dikehendaki didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perlombongan. [5hb Mei 1960] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengakusaksian Surat Cara-Surat Cara Boleh Daftar (Perlombongan) 1960. (2) Akta ini hendaklah terpakai bagi *Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— *CATATAN—Semua rujukan kepada “Negeri-Negeri Malaysia Barat” hendaklah disifatkan sebagai rujukan kepada “Semenanjung Malaysia”–lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2)] 6 Undang-Undang Malaysia A 387 KTA “Pentadbir Tanah” mempunyai erti yang sama yang ditakrifkan dalam Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965]; “pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan” mempunyai erti yang sama seperti “Pendaftar” sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Tanah Negara; “undang-undang perlombongan” ertinya, berhubungan dengan Negeri-Negeri yang disebut dalam ruang satu Bahagian II Jadual Kedua, undang-undang bertulis yang terdapat di bahagian bersamaan dalam ruang dua Bahagian tersebut. Pengakusaksian tandatangan 3. (1) Tiap-tiap tandatangan pada suatu surat cara yang diserahkan bagi pendaftaran di bawah undang-undang perlombongan, selain daripada suatu surat cara yang ditandatangani oleh suatu pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan atau seorang Pentadbir Tanah atau dikeluarkan oleh Mahkamah, hendaklah diakusaksikan oleh seorang daripada orang yang berikut mengikut cara yang ditetapkan dalam seksyen 4− (a) apabila ditandatangai dalam Negeri-Negeri Malaysia, oleh− Majistret; Pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan; Pentadbir Tanah; peguam bela dan peguam cara; notari awam; (b) apabila ditandatangani dalam Republik Singapura, oleh− Majistret; Pemungut Hasil Tanah; Pengakusaksian Surat Cara-Surat cara 7 Boleh Daftar (Perlombongan) peguam bela dan peguam cara Mahkamah Agung Republik Singapura; notari awam; (c) apabila ditandatangani dalam Republik India, oleh− Pendaftar Mahkamah Tinggi; Majistret Daerah, Majistret Presidensi, atau Majistret Kelas Satu atau Dua; notari awam yang mempunyai meterai rasmi; Pesuruhjaya Tinggi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi atau mana-mana Setiausaha atau Atase Suruhanjaya Tinggi Malaysia; (d) apabila ditandatangani dalam Republik Pakistan, oleh− Pendaftar Mahkamah Tinggi; Hakim Daerah; Majistret Kelas Satu; notari awam yang mempunyai meterai rasmi; Pesuruhjaya Tinggi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, atau mana-mana Setiausaha atau Atase Suruhanjaya Tinggi Malaysia; (e) apabila ditandatangani dalam Republik Sri Langka, oleh− Pendaftar Mahkamah Tinggi; Majistret; notari awam yang mempunyai meterai rasmi; Pesuruhjaya Tinggi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, atau mana-mana Setiausaha atau Atase Suruhanjaya Tinggi Malaysia; 8 Undang-Undang Malaysia A 387 KTA (f) apabila ditandatangani dalam Negeri Sabah, oleh− Majistret; Pemungut atau Penolong Pemungut Hasil Tanah; (g) apabila ditandatangani alam Negeri Sarawak, oleh− Majistret; Pengarah Tanah dan Ukur; Penguasa Tanah dan Ukur; (h) apabila ditandatangani dalam Brunei, oleh− Majistret; Pemungut Hasil Tanah; (i) apabila ditandatangani dalam mana-mana negeri Komenwel selain mana-mana negeri yang disebut dalam perenggan (b) hingga (h) subseksyen ini, oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, oleh notari awam atau oleh mana-mana orang atau kelas atau perihalan orang yang diluluskan bagi maksud itu oleh Raja dalam Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Mesyuarat; (j) apabila ditandatangani di mana-mana tempat lain, oleh seorang pegawai diplomat Malaysia, atau mana-mana orang atau kelas atau perihalan orang yang diluluskan bagi maksud itu oleh Raja dalam Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Mesyuarat. (2) Walau apa pun subseksyen (1) seksyen ini, apa-apa surat cara yang disempurnakan dalam Malaysia oleh suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan oleh mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri tidak perlu diakusaksikan mengikut peruntukan subseksyen sedemikian jika ia disempurnakan dengan Pengakusaksian Surat Cara-Surat cara 9 Boleh Daftar (Perlombongan) wajar mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri sedemikian. Perakuan pengakusaksian 4. Seseorang atau seorang pegawai yang mengakusaksikan suatu tandatangan mengikut seksyen 3 hendaklah menandatangani suatu pengakusaksian dalam apa-apa borang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama mengikut kehendak keadaan, dan jika dia adalah seseorang yang menyimpan suatu meterai jawatan dia hendaklah mengesahkan tandatangannya dengan meterai rasmi jawatannya. Pemansuhan 5. Undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua adalah dengan ini dimansuhkan setakat yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual tersebut. ___________________________________ 10 Undang-Undang Malaysia A 387 KTA JADUAL PERTAMA [Seksyen 4] BORANG A Dalam Bahasa Malaysia Saya (nyatakan nama penuh dan kelayakan orang yang mengaku saksi), dengan tandatangan* ini menyaksikan bahawa (di sini masukkan sifat pihak, misalnya, cap ibu jari pemindah, penerima pindahan, penggadai, penerima gadaian, dsb.) yang d it u l i s k a n * dalam kehadiran saya pada…….………...haribulan……………..…… dicapkan adalah, mengikut pengetahuan diri saya sendiri */maklumat yang diberikan kepada saya oleh orang yang boleh dipercayai dan diharapkan berikut, iaitu (di sini nyatakan nama dan alamat orang sedemikian) yang maklumatnya saya tandatangan* sesungguhnya mempercayai *, sebenar (di sini nyatakan nama pihak) cap ibu jari tersebut yang telah mengaku kepada saya bahawa dia sudah cukup umur dan bahawa dia dengan sukarela menyempurnakan surat cara ini. Disahkan dengan tandatangan saya pada ……… haribulan…………….20…… …………………………. (Tandatangan) ______________________________________________________________________________________________________________ *Potong mana-mana yang tidak berkenaan. Pengakusaksian Surat Cara-Surat cara 11 Boleh Daftar (Perlombongan) Dalam Bahasa Inggeris I (state full name and qualification of person attesting), hereby testify that the signature* of (here enter designation of party, e.g., transferor, transferee, thumb print written* chargor, chargee, etc.) in my presence on this ….............… day of affixed ...…… is according to my own personal knowledge */information given to me by the following trustworthy and reliable person, namely (here set out name and address of such person) which information I verily believe* the true signature* of the said (here state name of party) who has acknowledged to me thumb print that he is of full age and that he has voluntarily executed this instrument. As witness my hand this…… ………… day of………………… 20…………. ...…..............……… (Signature) __________________________________________________________________ *Delete whichever alternative is inapplicable. BORANG B Dalam Bahasa Malaysia Saya (nyatakan nama penuh dan kelayakan orang yang mengaku saksi), dengan ini memperakui bahawa pada hari ini meterai s y a r i k a t * bagi (nyatakan nama penuh biasa syarikat, pertubuhan perbadanan) telah dicapkan dengan sewajarnya pada surat cara bertulis d i a ta s * mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan di dalam s y a r i k a t tersebut. pertubuhan perbadanan* perbadanan 12 Undang-Undang Malaysia A 387 KTA Disahkan dengan tandatangan saya pada .................. haribulan.............20............ .................................. (Tandatangan) ___________________________________________________________________ *Potong mana-mana yang tidak berkenaan. Dalam Bahasa Inggeris I (state full name and qualification of person attesting), hereby certify that on this day the c or p o ra t e* seal of (state full name of company, body corporate or common above* corporation) was duly affixed to the written instrument in accordance within company with the rules and regulations of the said body corporation* corporation As witness my hand this ……… day of ……… 20…… ...…..............……… (Signature) ___________________________________________________________________ *Delete whichever alternative is inapplicable. 13 Undang-Undang Malaysia A 387 KTA JADUAL KEDUA (Seksyen 2 dan 5) BAHAGIAN I (Ditinggalkan) BAHAGIAN II Negeri Undang-undang Takat pemansuhan Perak, Selangor, Enakmen Perlombongan Perkataan “Part XIV-Attestation. Pahang dan (N.M.B. Bab 147) The whole” dalam subperenggan Negeri Sembilan 35(i) Johor Enakmen Perlombongan Subperenggan 32(iii) (Bab 69) Kedah Enakmen No. 67 Perkataan “to the satisfaction of (Perlombonhan) the Superintendent” dalam subperenggan 20(i) Kelantan Enakmen Perlombongan Perkataan “Part 14. The whole” 1939 (10 tahun 1939) dalam Jadual 6 Perlis Enakmen Perlombongan Perkataan “Chapter XIV 1340 (1 tahun 1340) Attestation. The whole” dalam subperenggan 33(i) Terengganu Enakmen Perlombongan subperenggan 10(iv) (51 tahun 1356) 14 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 387 AKTA PENGAKUSAKSIAN SURAT CARA-SURAT CARA BOLEH DAFTAR (PERLOMBONGAN) 1960 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. 477/65 Perintah Kanun Tanah Negara 24-12-1965 (Pemansuhan dan Pindaan) 1965 Akta A587 Akta KanunTanah Negara 25-03-1985 (Pindaan) 1984 _______________ 14 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 387 AKTA PENGAKUSAKSIAN SURAT CARA-SURAT CARA BOLEH DAFTAR (PERLOMBONGAN) 1960 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk Panjang P.U. 477/1965 24-12-1965 2 P.U. 477/1965 24-12-1965 3 P.U. 477/1965 24-12-1965 Akta A587 25-03-1985 Jadual Kedua P.U. 477/1965 24-12-1965
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
387 - *AKTA PENGAKUSAKSIAN SURATCARA-SURATCARA BOLEH DAFTAR (PERLOMBONGAN) 1960
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in