A1544 - AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PINDAAN) 2017
Verify source ↗ AI-assisted research summary: The Act requires certain businesses to include government taxes, duties, charges, and any other charges in displayed or advertised prices, unless GST approval has been obtained, and gives the Controller power to demand information by written notice.
Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1544 AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1544 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 9 Oktober 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 17 Oktober 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1544 AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PINDAAN) 2017 Suatu Akta untuk meminda Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Seksyen baharu 10b dan 10c 2. Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10a seksyen yang berikut: “Pempameranan harga atau caj termasuk cukai kerajaan, dsb. 10b. (1) Jika dalam penjalanan perdagangan atau perniagaan yang ditetapkan oleh Menteri, mana-mana orang mempamerkan, mengiklankan, menyiarkan atau menyebut atau menyebabkan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1544 untuk dipamerkan, diiklankan, disiarkan atau disebut harga apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan, mengikut apa-apa cara, orang itu hendaklah memasukkan dalam harga atau caj itu— (a) kecuali jika suatu kelulusan di bawah subseksyen 9(7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] telah diperoleh, semua cukai, duti dan caj kerajaan; dan (b) semua caj lain yang hendak dikenakan oleh orang itu ke atas barangan atau perkhidmatan itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan. Kuasa Pengawal untuk mendapatkan maklumat 10c. (1) Pengawal boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan untuk memberi Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa penyata, dokumen atau maklumat yang mengandungi harga apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang dikenakan oleh orang itu dan apa-apa maklumat lain yang difikirkan perlu oleh Pengawal. (2) Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan apa-apa penyata, dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberikan penyata, dokumen atau maklumat yang benar, tepat dan lengkap. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.”. Pindaan seksyen 28 3. Subseksyen 28(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “bagi maksud” perkataan “memeriksa,”.