AI-assisted research summary: This Act authorises supplementary spending for 2025 and sets a maximum withdrawal of RM7,938,212,000 from the Consolidated Fund.
Perbekalan Tambahan (2025) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1792 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2025) 2026 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1792 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 17 April 2026 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 30 April 2026 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbekalan Tambahan (2025) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1792 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2025) 2026 Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (2025) 2026. Perbelanjaan tambahan bagi tahun 2025 2. Maka dengan ini dibenarkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi tujuh bilion sembilan ratus tiga puluh lapan juta dua ratus dua belas ribu ringgit (RM7,938,212,000) daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2025 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2025 [Akta A1740]. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1792 Jadual Amaun Maksud Tajuk (RM) B. 10 Perbendaharaan 1,393,229,000 B. 12 Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun 5,293,447,300 B. 25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan 993,943,800 Kos Sara Hidup B. 64 Kementerian Pendidikan Tinggi 257,591,900 Jumlah 7,938,212,000