AI-assisted research summary: This Act amends the Judicature Court Act 1964 and sets its start date by ministerial notice in the Gazette.
Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1661 AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1661 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 31 Ogos 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 5 September 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1661 AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Kehakiman 1964. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 28 2. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 28 dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) No appeal shall lie to the High Court in any of the following cases: (a) subject to any other written law, from a decision of a subordinate court in any civil cause or matter where the amount in dispute or the value of the subject matter is ten thousand ringgit or less except on a question of law; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1661 (b) where a subordinate court dismissed any application for a summary judgment; (c) where a subordinate court dismissed any application to strike out any writ or pleading; and (d) where a subordinate court allowed any application to set aside a judgment in default.”. Pindaan seksyen 51 3. Subseksyen 51(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “an address” dengan perkataan “a postal address or an electronic address”. Pindaan seksyen 52 4. Subseksyen 52(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “address for service” dengan perkataan “postal address or electronic address”. Seksyen baharu 52a 5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 52 seksyen yang berikut: “Notice or document etc., sent by electronic means 52a. Any notices or documents which are sent by electronic means referred to in sections 51 and 52 shall be deemed to have been served and delivered upon sending the notices or documents to the appellant’s or his advocate’s electronic address.”. Pindaan seksyen 53 6. Subseksyen 53(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “five copies” dengan perkataan “a copy”. Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 55 7. Subseksyen 55(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “four copies” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “a copy”. Pindaan seksyen 68 8. Subseksyen 68(1) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “and” di hujung perenggan itu; (b) dalam perenggan (d), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan noktah bertindih; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut: “(e) where a High Court dismissed any application for a summary judgment; (f) where a High Court dismissed any application to strike out any writ or pleading; and (g) where a High Court allowed any application to set aside a judgment in default.”.