472 - *AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957
This Act lets Malaysia join the IMF and the Bank, and gives the Yang di-Pertuan Agong and the Minister of Finance powers to authorize related steps.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Citation provenance: source:global:stored-legal-sources · schema StatuteEnrichmentPublicV1.
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 472 - *AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
472 - *AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957
AI-assisted research summary: This Act lets Malaysia join the IMF and the Bank, and gives the Yang di-Pertuan Agong and the Minister of Finance powers to authorize related steps.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA _________ VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI _________ Akta 472 AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957 Sebagaimana pada 1 Januari 2014 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Bretton Woods Agreements Act 1957 sebagaimana disemak dalam tahun 1990. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957 Pertama kali diperbuat … … … 1957 (Ord. No. 75 tahun 1957) Disemak ... … … ... ... 1990 (Akta 472 m.b.p 16 September 1991) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 472 AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. (Ditinggalkan) 3. Pemberikuasaan menandatangani Perkara Perjanjian Kumpulan Wang dan Bank masing-masing 4. (Dimansuhkan) 5. (Dimansuhkan) 5A. Kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahhakkan hak dan obligasi kepada Bank Negara Malaysia 6. Sumbangan kepada Bank Antarabngsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan 7. Pembayaran lain kepada Bank Antarabangsa 8. Tanggungan dan penerimaan 9. Perintah bagi menguatkuasakan Perjanjian JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 472 AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957 Suatu Akta untuk membolehkan Malaysia menjadi anggota Kumpulan Wang Antarabangsa dan Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan melalui penerimaan Perjanjian Antarabangsa bagi penubuhan dan pengendalian Kumpulan Wang dan Bank itu. [Semenanjung Malaysia─ 30hb Disember 1957; Sabah dan Sarawak─ 3hb Disember 1964, L.N. 419/1964] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perjanjian Bretton Woods 1957. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. 2. (Ditinggalkan). Pemberikuasaan menandatangani Perkara Perjanjian Kumpulan Wang dan Bank masing-masing 3. Yang di-Pertuan Agong adalah dengan ini diberi kuasa melalui surat cara di bawah tandatangannya untuk memberi mana-mana orang sebagaimana yang dinamakan dalam surat cara itu, kuasa bagi pihak Kerajaan Malaysia─ (a) untuk menandatangani Perkara Perjanjian bagi Kumpulan Wang Antarabangsa dan Perkara Perjanjian bagi Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan, masing-masingnya; dan 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 472 (b) untuk menyimpan dengan Kerajaan Amerika Syarikat surat cara penerimaan Perkara Perjanjian bagi Kumpulan Wang (kemudian daripada ini disebut “Perjanjian Kumpulan Wang”) dan surat cara penerimaan Perkara Perjanjian bagi Bank (kemudian daripada ini disebut “Perjanjian Bank”), yang menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah menerima mengikut undang-undangnya Perkara yang berkenaan dan terma dan syarat yang ditetapkan di bawahnya sebagai terma yang dengannya Kerajaan Malaysia boleh diterima menjadi anggota Kumpulan Wang dan Bank. 4. (Dimansuhkan oleh Akta A18). 5. (Dimansuhkan oleh Akta A18). Kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahhakkan hak dan obligasi kepada Bank Negara Malaysia 5A. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, jika difikirkannya suai manfaat, memberi kuasa Bank Negara Malaysia melalui perintah untuk menjalankan hak dan melaksanakan obligasi berkenaan dengan keanggotaan Malaysia mengikut terma dan syarat yang diterangkan dalam Jadual Pertama. *(2) Apabila perintah dalam subseksyen (1) dibuat─ (a) hak dan obligasi tersebut hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] walau apa pun Ordinan Bank Negara Malaysia 1958; dan (b) perenggan 28 (g) dan subperenggan 30(1)(oo) (ii) dan (iii) Ordinan Bank Negara Malaysia 1958 hendaklah berkuat kuasa. *Lihat—Bretton woods Agreements Order 1969[P.U. (A) 505/1969] m.b.p. 16 Disember 1969. Perjanjian Bretton Woods 7 (c) (Ditinggalkan). (3) Bank Negara Malaysia boleh, dengan kelulusan bertulis terdahulu daripada Menteri Kewangan, menerima bagi pihak Kerajaan Malaysia dan membayar apa-apa tambahan dalam sumbangan Malaysia kepada Kumpulan Wang Antarabangsa yang dibuat mengikut Perjanjian Kumpulan Wang. Sumbangan kepada Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan 6. (1) (a) Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa bahagian sumbangan Malaysia yang dinyatakan dalam perenggan 2 terma dan syarat yang diterangkan dalam Jadual Kedua sebagaimana yang, mengikut terma-terma dan syarat-syarat itu dan Perkara II Perjanjian Bank, kena dibayar dengan emas atau dolar Amerika Syarikat atau dengan mata wang Malaysia. (b) Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa bahagian mana-mana tambahan dalam sumbangan Malaysia sebagaimana yang, mengikut Perkara II Perjanjian Bank, kena dibayar dengan emas atau dolar Amerika Syarikat atau dengan mata wang Malaysia. (c) Kecuali dengan kelulusan yang ditandakan melalui ketetapan Dewan Rakyat, sumbangan Malaysia tidaklah boleh ditambah sehinggakan ia (termasuk apa-apa tambahan) melebihi jumlah lima puluh juta dolar Amerika Syarikat. (2) Menteri Kewangan adalah dengan ini diberi kuasa, bagi pihak Kerajaan, untuk mewujudkan dan mengeluarkan kepada Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan, dalam apa-apa bentuk yang difikirkannya patut, apa-apa wang kertas tanpa bunga dan wang kertas tidak boleh niaga atau obligasi lain sebagaimana yang boleh, di bawah seksyen 12 Perkara V Perjanjian Bank, menentukan untuk diterima sebagai ganti apa-apa bahagian sumbangan Malaysia yang, jika tidak kerana penerimaan itu, kena dibayar dengan mata wang Malaysia. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 472 Pembayaran lain kepada Bank Antarabangsa 7. Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan─ (a) segala wang yang kena dibayar kepada Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan di bawah seksyen 9 Perkara II Perjanjian Bank (yang berhubungan dengan perubahan dalam nilai tara atau nilai pertukaran asing mata wang anggota); dan (b) segala wang yang dikehendaki bagi penebusan apa-apa nota atau obligasi yang diwujudkan dan dikeluarkan kepada Bank itu di bawah Akta ini. Tanggungan dan penerimaan *8. (1) (Dimansuhkan oleh Akta A18). (2) Segala wang yang diterima oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia daripada Kumpulan Wang Antarabangsa atau daripada Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Perintah bagi menguatkuasakan Perjanjian 9. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui Perintah, membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkan semunasabahnya perlu untuk menguatkuasakan Perjanjian Kumpulan Wang dan Perjanjian Bank yang berhubungan dengan taraf, kekebalan dan keistimewaan Kumpulan Wang Antarabangsa dan Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan serta pengelola atau gabenor, pengarah eksekutif, anggota silih ganti, * Lihat— Bretton woods Agreements Order 1969[P.U. (A) 505/1969] m.b.p. 16 Disember 1969. Perjanjian Bretton Woods 9 pegawai dan pekerja mereka masing-masing, atau mana-mana peruntukan Perjanjian Kumpulan Wang mengenai ketakbolehkuatkuasaan kontrak pertukaran. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa Perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan tertentu Perjanjian Kumpulan Wang atau Perjanjian Bank hendaklah mempunyai kuat kuasa undang- undang di Malaysia. JADUAL PERTAMA (Seksyen 4) Terma-Terma Dan Syarat-Syarat Yang Dengannya Malaysia Diterima Menjadi Anggota Kumpulan Wang Antarabangsa Ketetapan yang diterima pakai oleh Lembaga Pengelola Kumpulan Wang Antarabangsa, Mesyuarat Tahunan Kedua Belas. BAHAWASANYA, Kerajaan Malaysia pada 29 Mei 1957, telah memohon untuk diterima menjadi anggota Kumpulan Wang Antarabangsa mengikut seksyen 2 Perkara II Perkara Perjanjian Kumpulan Wang; dan BAHAWASANYA, menurut seksyen 21 Undang-Undang Kecil Kumpulan Wang, Pengarah Eksekutif telah berunding dengan wakil-wakil Kerajaan itu dan telah bersetuju dengan terma dan syarat yang, pada pendapat Pengarah Eksekutif, mungkin ingin ditetapkan oleh Lembaga Pengelola bagi menerima Malaysia menjadi anggota Kumpulan Wang; MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, Lembaga Pengelola, setelah mempertimbangkan syor Pengarah Eksekutif, dengan ini menetapkan bahawa terma dan syarat yang dengannya Malaysia hendaklah diterima menjadi anggota Kumpulan Wang adalah seperti yang berikut: 1. Takrif: Sebagaimana yang digunakan dalam Ketetapan ini: (a) Istilah “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Antarabangsa. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 472 (b) Istilah “Perkara-Perkara” ertinya Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang Antarabangsa. (c) Istilah “dolar” atau “$” ertinya dolar Amerika Syarikat dengan berat dan kehalusan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 1944. 2. Kuota: Kuota Malaysia adalah $25 juta. 3. Sumbangan: Sumbangan Malaysia hendaklah sama dengan kuotanya, dan tidak kurang daripada 3.5 peratus sumbangan hendaklah dibayar dengan emas dan bakinya dengan mata wang Malaysia. 4. Pembayaran Sumbangan: Bahagian sumbangan yang kena dibayar dengan emas hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari Perkara-Perkara ditandatangani bagi pihak Malaysia. Jika Malaysia tidak memperoleh keanggotaan dalam Kumpulan Wang, emas yang dibayar sedemikian hendaklah dipulangkan kepadanya oleh Kumpulan Wang. Bahagian sumbangan selebihnya yang tidak dibayar dengan emas hendaklah dibayar sebelum hari ketiga puluh selepas nilai tara permulaan mata wang Malaysia telah dipersetujui mengikut perenggan 5 di bawah. 5. Penentuan Nilai Tara: Dalam masa 30 hari selepas Kumpulan Wang meminta sedemikian, Malaysia hendaklah memberitahu Kumpulan Wang suatu nilai tara yang dicadangkan bagi mata wangnya, dan dalam masa 60 hari berikutan penerimaan oleh Kumpulan Wang akan nilai tara yang dicadangkan itu, Malaysia dan Kumpulan Wang hendaklah bersetuju mengenai nilai tara permulaan bagi mata wang itu; dengan syarat bahawa Kumpulan Wang boleh melanjutkan tempoh 60 hari itu dan bahawa Malaysia hendaklah disifatkan telah menarik diri daripada Kumpulan Wang jika persetujuan mengenai nilai tara tidak dapat dicapai apabila tempoh lanjutan itu tamat. Dalam tempoh di antara penerimaan keanggotaan dengan penetapan nilai tara permulaan menurut perenggan ini, Malaysia tidak boleh menukar kadar pertukarannya yang ada pada masa menerima keanggotaan tanpa persetujuan Kumpulan Wang selepas berunding dahulu. 6. Transaksi Pertukaran dengan Kumpulan Wang: Malaysia tidak boleh melibatkan diri dalam transaksi pertukaran dengan Kumpulan Wang sebelum hari ketiga puluh selepas nilai tara mata wangnya telah dipersetujui mengikut perenggan 5 di atas dan sumbangannya telah dibayar sepenuhnya. 7. Representasi dan Maklumat: Sebelum menerima keanggotaan dalam Kumpulan Wang, Malaysia hendaklah membuat representasi kepada Kumpulan Wang bahawa ia telah mengambil segala tindakan yang perlu untuk menandatangani dan menyimpan Surat Cara Penerimaan dan menandatangani Perkara-Perkara, sebagaimana yang dimaksudkan oleh perenggan 8 (a) dan (b) ketetapan ini, dan Malaysia hendaklah memberi Kumpulan Wang apa-apa Perjanjian Bretton Woods 11 maklumat berkenaan dengan tindakan itu sebagaimana yang diminta oleh Kumpulan Wang. 8. Penerimaan Keanggotaan: Selepas Kumpulan Wang telah memaklumkan Kerajaan Amerika Syarikat bahawa Malaysia telah mematuhi syarat yang diterangkan dalam perenggan 7 ketetapan ini, Malaysia hendaklah menjadi anggota Kumpulan Wang mulai dari tarikh Malaysia telah mematuhi kehendak yang berikut: (a) Malaysia hendaklah menyimpan dengan Kerajaan Amerika Syarikat suatu surat cara yang menyatakan bahawa ia telah menerima mengikut undang-undangnya Perkara-Perkara dan segala terma dan syarat yang ditetapkan dalam Ketetapan ini, dan bahawa ia telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkannya menjalankan segala obligasinya di bawah Perkara-Perkara dan Ketetapan ini; dan (b) Malaysia hendaklah menandatangani salinan asal Perkara-Perkara yang disimpan di Arkib Kerajaan Amerika Syarikat. 9. Had ke atas Tempoh bagi Penerimaan Keanggotaan: Malaysia boleh menerima keanggotaan dalam Kumpulan Wang menurut ketetapan ini dalam masa enam bulan dari tarikh berkuat kuasanya ketetapan ini, dan tarikh itu hendaklah menjadi tarikh penerimapakaiannya oleh Lembaga Pengelola; dengan syarat, bagaimanapun, bahawa, jika hal keadaan luar biasa disifatkan oleh Pengarah Eksekutif sebagai mewajarkan pelanjutan tempoh pemohon boleh menerima keanggotaan menurut ketetapan ini, Pengarah Eksekutif boleh melanjutkan tempoh itu sehingga apa-apa tarikh yang terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh mereka. JADUAL KEDUA (Seksyen 6) Terma-Terma Dan Syarat-Syarat Yang Dengannya Malaysia Diterima Menjadi Anggota Bank Antarabangsa Bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan Ketetapan yang diterima pakai oleh Lembaga Pengelola Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula Dan Pembangunan pada 25 September 1957. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 472 BAHAWASANYA, Kerajaan Malaysia telah memohon untuk diterima menjadi anggota Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan mengikut seksyen 1(b) Perkara II Perkara-Perkara Perjanjian Bank; dan BAHAWASANYA, menurut seksyen 20 Undang-Undang Kecil Bank, Pengarah Eksekutif, selepas perundingan dengan wakil Kerajaan Malaysia, telah membuat syor kepada Lembaga Pengelola mengenai permohonan ini oleh negara tersebut; MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, Lembaga Pengelola dengan ini MENETAPKAN: BAHAWA terma-terma dan syarat yang dengannya Malaysia hendaklah diterima menjadi anggota Bank adalah seperti yang berikut: 1. Takrif: Sebagaimana yang digunakan dalam ketetapan ini: (a) “Perkara-Perkara” ertinya Perkara Perjanjian Bank. (b) “Bank” ertinya Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan. (c) “Dolar” atau “$” ertinya dolar Amerika Syarikat dengan berat dan kehalusan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 1944. (d) “Anggota” ertinya anggota Bank. (e) “Sumbangan” ertinya stok modal Bank yang dilanggani oleh anggota. 2. Sumbangan: Dengan menerima keanggotaan dalam Bank, Malaysia hendaklah melanggani 250 syer stok modal Bank pada nilai tara $100,000 bagi setiap syer. 3. Keanggotaan dalam Kumpulan Wang: Sebelum menerima keanggotaan dalam Bank, Malaysia hendaklah menerima keanggotaan dalam dan menjadi anggota Kumpulan Wang Antarabangsa. 4. Pembayaran Sumbangan. (a) Sebelum menerima keanggotaan dalam Bank, Malaysia hendaklah membayar kepada Bank: (i) Emas atau dolar Amerika Syarikat yang sama dengan 2 peratus daripada sumbangannya; dan (ii) Amaun dalam mata wang Malaysia yang, pada kadar pertukaran yang sesuai pada masa itu, hendaklah sama nilainya dengan 18 peratus daripada sumbangannya. Perjanjian Bretton Woods 13 (b) Malaysia hendaklah bersetuju bahawa, jika ia mengemukakan apa-apa bahagian daripada pembayaran yang dikehendaki dalam perenggan (a)(i) di atas dengan emas, Bank hendaklah mempunyai hak untuk menolak mana- mana emas sedemikian yang, pada pendapatnya, tidak boleh dijual secara bebas dan tanpa syarat oleh Bank kepada anggota yang menghendaki perakuan atau keterangan lain tentang asal emas yang diberi oleh mereka. 5. Representasi dan Maklumat: Sebelum menerima keanggotaan dalam Bank, Malaysia hendaklah membuat representasi kepada Bank bahawa ia telah mengambil segala tindakan yang perlu untuk menandatangani dan menyimpan surat cara penerimaan dan menandatangani Perkara-Perkara sebagaimana yang dimaksudkan oleh perenggan 6 (d) dan (e) ketetapan ini dan Malaysia hendaklah memberi Bank apa-apa maklumat berkenaan dengan tindakan itu sebagaimana yang diminta oleh Bank. 6. Penerimaan Keanggotaan: Malaysia hendaklah menjadi anggota Bank, dengan sumbangan yang diterangkan dalam perenggan 2 ketetapan ini, mulai dari tarikh apabila Malaysia telah mematuhi kehendak yang berikut: (a) Menjadi anggota Kumpulan Wang Antarabangsa; (b) Membuat pembayaran yang dikehendaki oleh perenggan 4 ketetapan ini; (c) Memberikan representasi, dan apa-apa maklumat sebagaimana yang telah diminta, menurut perenggan 5 ketetapan ini; (d) Menyimpan dengan Kerajaan Amerika Syarikat surat cara yang menyatakan bahawa ia telah menerima mengikut undang-undangnya Perkara-Perkara dan segala terma dan syarat yang ditetapkan dalam ketetapan ini, dan bahawa ia telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkannya menjalankan segala obligasinya di bawah Perkara-Perkara dan ketetapan ini; (e) Menandatangani salinan asal Perkara-Perkara yang disimpan di Arkib Kerajaan Amerika Syarikat. 7. Had ke atas Tempoh bagi Penerimaan Keanggotaan: Malaysia boleh menerima keanggotaan dalam Bank menurut ketetapan ini sehingga 31 Mac 1958; dengan syarat, bagaimanapun, bahawa, jika hal keadaan luar biasa disifatkan oleh Pengarah Eksekutif sebagai mewajarkan perlanjutan tempoh Malaysia boleh menerima keanggotaan menurut ketetapan ini, Pengarah Eksekutif boleh melanjutkan tempoh itu. 14 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 472 AKTA PERJANJIN BRETTON WOODS 1957 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Ord. 40/1959 Ordinan Perjanjian Bretton Woods 28-07-1959 (Pindaan) 1959 Akta A18 Akta Bank Negara Malaysia (Pindaan) 28-03-1969 1969 P.U. (A) 505/1960 Perintah Perjanjan Bretton Woods 16-12-1969 1969 P.U. (A) 438/1970 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 03-12-1970 No. 60, 1970 Akta A70 Akta Perjanjian Bretton Woods 17-09-1971 (Pindaan) 1971 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 29-08-1975 1975 15 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 472 AKTA PERJANJIN BRETTON WOODS 1957 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 P.U. 332/1958 13-11-1958 Akta 160 29-08-1975 Akta A996 24-07-1997 4 P.U 332/1958 13-11-1958 Akta 18 28-03-1969 Akta 160 29-08-1975 5 Akta 18 28-03-1969 5A Akta 18 28-03-1969 6 Akta 160 29-08-1975 8 Akta 18 28-03-1969Referenced legislation
- Akta A18 (unresolved)
- Bretton woods Agreements Order 1969 (unresolved)
- Akta A18 (unresolved)
- AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957 (unresolved)
- Akta 472 (unresolved)
- Akta A18 (unresolved)
- Akta 472 AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957 (unresolved)
- AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957 (unresolved)
- Bretton Woods Agreements Act 1957 (unresolved)
- Akta Perjanjian Bretton Woods 1957 (unresolved)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
472 - *AKTA PERJANJIAN BRETTON WOODS 1957
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in