A1573 - AKTA PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act authorizes spending up to RM3,065,113,896 from the Consolidated Fund for the listed 2018 services and purposes.
Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan 1 Perbelanjaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1573 AKTA PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1573 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 14 September 2018 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 21 September 2018 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan 3 Perbelanjaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1573 AKTA PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2018 Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2018 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu. [ ] BAHAWASANYA, berikutan dengan Pilihan Raya Umum Keempat Belas, beberapa kementerian telah disusun semula dan dinamakan semula, beberapa kementerian baharu telah ditubuhkan dan satu kementerian telah dibubarkan dengan fungsi-fungsinya dipindahkan kepada kementerian-kementerian lain: DAN BAHAWASANYA perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu serta kementerian yang dibubarkan itu telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2018 [Akta A1557]: DAN BAHAWASANYA terdapat keperluan untuk menyelaraskan peruntukan perbelanjaan berkenaan dengan beberapa kementerian yang telah disusun semula dan dinamakan semula itu berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsinya: 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1573 DAN BAHAWASANYA amaun yang belum dibelanjakan berhubung dengan kementerian yang telah dibubarkan dan kementerian-kementerian yang peruntukan perbelanjaannya perlu dikurangkan akan disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]: DAN BAHAWASANYA menurut Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan, penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula dan kementerian-kementerian baharu itu hanya boleh dibuat melalui suatu Akta Perbekalan: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018. (2) Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 2 Julai 2018. Penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi tahun 2018 2. Maka dengan ini dibenarkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi tiga bilion enam puluh lima juta satu ratus tiga belas ribu lapan ratus sembilan puluh enam ringgit (RM3,065,113,896) daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi perkhidmatan tahun 2018 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2018 [Akta A1557]. Jadual Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 10 Perbendaharaan 67,967,227 B. 11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan 448,000,000 Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan 5 Perbelanjaan) Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 15 Kementerian Hal Ehwal Ekonomi 1,288,017,768 B. 22 Kementerian Pembangunan Luar Bandar 8,744,550 B. 23 Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli 190,331,016 B. 26 Kementerian Pembangunan Usahawan 76,285,479 B. 28 Kementerian Pengangkutan 14,662,762 B. 30 Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, 101,874,289 Alam Sekitar dan Perubahan Iklim B. 32 Kementerian Wilayah 78,293,745 B. 43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan 34,864,060 Tempatan B. 45 Kementerian Belia dan Sukan 163,700,415 B. 46 Kementerian Sumber Manusia 111,201,360 B. 47 Kementerian Komunikasi dan Multimedia 73,458,392 B. 62 Kementerian Dalam Negeri 225,835,996 B. 63 Pendidikan 181,876,837 Jumlah 3,065,113,896