386 - AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953
This Act lets the relevant authority declare irrigation areas, control land use in them, set and collect water rates, and enforce irrigation rules with notices, compounding, and penalties.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 386 - AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
386 - AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953
AI-assisted research summary: This Act lets the relevant authority declare irrigation areas, control land use in them, set and collect water rates, and enforce irrigation rules with notices, compounding, and penalties.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 386 AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Irrigation Areas Act 1953 [Act 386]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953 Pertama kali diperbuat … … … … … 1953 (Ord. No. 31 tahun 1953) Disemak … … … … … 1989 (Akta 386 m.b.p. 21 September 1989) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 386 AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pengisytiharan kawasan pengairan 4. Jenis penanaman 5. Penanaman padi 6. Pengelasan tanah di dalam kawasan pengairan 7. Kadar air apabila kena dibayar 8. Pemungutan kadar air 9. Pengurusan kawasan pengairan 10. Perwakilan kuasa dan kewajipan 11. Menimbus laluan air yang memudaratkan 12. Pengalihan pokok atau sampah 13. Kuasa untuk menahan air 14. Kerosakan pada kerja pengairan oleh kebakaran 15. Halangan atau kerosakan 16. Pembaziran atau halangan air 17. Penalti lanjut kerana membazirkan air 18. Peruntukan wajib bagi batas 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 Seksyen 19. Keengganan untuk membenarkan pergerakan air 20. Pembinaan laluan air yang tidak dibenarkan 21. Membenarkan binatang berkeliaran 22. Penggunaan kenderaan dan bot tanpa kebenaran 23. Pencemaran air 24. Mengganggu kerja pengairan 25. Kuasa untuk menangkap 26. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan 27. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah 28. Penyampaian notis 29. Pendakwaan kesalahan 30. Pemansuhan JADUAL 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 386 AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953 Suatu Akta yang berhubungan dengan pewujudan dan pengawalseliaan kawasan pengairan di Malaysia. [25 Jun 1953] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kawasan Pengairan 1953. (2) Akta ini hendaklah terpakai bagi Negeri-Negeri *Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “pihak berkuasa berkenaan” ertinya Raja dalam Majlis atau Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis sesuatu Negeri; “pengairan” ertinya amalan yang menyebabkan air mengalir di atas, atau melimpah, atau di bawah, permukaan tanah atau yang menahan air di atas atau di bawah permukaan tanah bagi maksud pertanian dan termasuklah saliran bagi pengalihan air yang memudaratkan kepada pertanian; *CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia”—lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2). 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A “kawasan pengairan” ertinya mana-mana kawasan yang boleh dari semasa ke semasa diisytiharkan sedemikian oleh pihak berkuasa berkenaan di bawah Akta ini; “air pengairan” ertinya air yang diletakkan di atas atau ditahan di atas tanah dengan cara kerja pengairan dan termasuklah air yang sampai ke tanah itu sebagai hujan; “kerja pengairan” termasuklah pembinaan dan penyenggaraan pangkal kerja, terusan utama, terusan subsidiari, saluran pengagihan, saluran penyaliran, tebing, benteng, batas, pintu air, pembetung, sluis, parit dan kerja lain yang seumpamanya; “Pentadbir Tanah” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965]; “penghuni” termasuklah seorang penerima pajak atau penyewa dan penanam atau orang yang sebenarnya memiliki, menguruskan atau mengawal mana-mana tanah; “pemunya” ertinya tuan punya berdaftar bagi mana-mana tanah di Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia dan pemunya di sisi undang-undang atau pemegang melalui pemegangan ikut adat bagi mana-mana tanah di Negeri Melaka dan Pulau Pinang. Perisytiharan kawasan pengairan 3. Pihak berkuasa berkenaan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana tanah dalam sesuatu Negeri di dalam kawasan yang terlibat dengan apa-apa kerja pengairan yang keseluruhan atau sebahagiannya dijalankan atau dibenarkan oleh Kerajaan Negeri itu untuk menjadi suatu kawasan pengairan. Pemberitahuan itu hendaklah menentukan sempadan bagi kawasan itu dan boleh termasuk apa-apa pangkal kerja dan terusan utama. CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia”—lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2). Kawasan Pengairan 7 Jenis penanaman 4. Pihak berkuasa berkenaan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan berkenaan dengan mana-mana tanah tidak diberi hakmilik di dalam suatu kawasan pengairan bahawa tanah itu tidak boleh digunakan bagi apa-apa perusahan, penanaman atau maksud lain kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu. Penanaman padi 5. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam seksyen 3 Ordinan Penanaman Padi Negeri-Negeri Selat [N.S. Bab 145], tiada tanah di dalam suatu kawasan pengairan yang baginya seksyen ini terpakai boleh digunakan bagi apa-apa maksud selain daripada penanaman padi, tanpa persetujuan mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa berkenaan bagi maksud itu, kemudian daripada ini disebut sebagai pegawai diberi kuasa. (2) Apa-apa persetujuan yang diberikan di bawah subseksyen (1) dan takat dan butir-butir tanah yang terlibat dengan persetujuan itu hendaklah direkodkan dalam suatu daftar, yang dinamakan “Daftar Tambak”, yang hendaklah disimpan oleh Pentadbir Tanah, yang hendaklah mengeluarkan kepada pemunya atau penghuni tanah itu suatu salinan catatan dalam Daftar Tambak. (3) Suatu persetujuan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh diubah dari semasa ke semasa, dan sesudah itu apa-apa memorial hendaklah dibuat pada Daftar Tambak sebagaimana yang perlu untuk menunjukkan perubahan itu, atau suatu catatan baharu boleh dibuat dalamnya. Dalam mana-mana hal pemunya atau penghuni itu hendaklah menyerahkan balik salinan yang disebut dalam subseksyen (2) bagi pengubahan atau pembatalan mengikut mana-mana yang berkenaan. CATATAN—Ordinan Penanaman Padi Negeri-Negeri Selat [N.S. Bab 145] berkenaan dengan Negeri Melaka telah dimansuhkan oleh Enakmen Melaka No. 3 tahun 1968. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A (4) Dalam hal mana-mana tanah di dalam suatu kawasan pengairan di mana pemunya atau penghuni tanah itu telah menggunakannya bagi apa-apa maksud selain penanaman padi, tanpa mendapatkan persetujuan yang disebut dalam subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh enggan untuk memberikan persetujuan itu dan boleh menyampaikan suatu notis kepada pemunya atau penghuni itu yang mengarahkannya untuk menimbus apa-apa parit atau mengalihkan apa-apa benteng atau tambak atau bangunan atau binaan yang menghalang air daripada mengalir masuk atau terus berada di atas tanah, dan tiap-tiap pemunya atau penghuni itu hendaklah mematuhi notis itu dalam tempoh yang dinyatakan dalamnya, yang tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu. (5) Jika pemunya atau penghuni itu tidak mematuhi notis itu dia melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya dan mahkamah boleh mengarahkan supaya kesemua atau mana-mana bahagian daripada denda itu, jika dibayar, hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa yang hendaklah menggunakannya bagi menjalankan kerja itu, jika ada, yang dinyatakan dalam notis itu. (6) Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa persetujuan, keengganan, perintah atau notis di bawah seksyen ini boleh merayu kepada pihak berkuasa berkenaan atau kepada mana-mana Lembaga atau Jawatankuasa yang kepadanya pihak berkuasa berkenaan boleh mewakilkan kuasanya secara bertulis dan keputusan pihak berkuasa berkenaan, atau Lembaga atau Jawatankuasa itu dalam rayuan itu adalah muktamad. (7) Tiada prosiding di bawah seksyen 3 dan 7 Ordinan Penanaman Padi Negeri-Negeri Selat, boleh dimulakan terhadap pemunya atau penghuni mana-mana tanah kerana tidak menanam padi di mana-mana kawasan yang ditunjukkan dalam Daftar Tambak yang dikecualikan daripada penanaman itu. CATATAN—Ordinan Penanaman Padi Negeri-Negeri Selat [N.S. Bab 145] telah dimansuhkan oleh Enakmen Melaka No. 3 tahun 1968. Kawasan Pengairan 9 (8) Seksyen ini terpakai hanya bagi mana-mana kawasan tanah di dalam kawasan pengairan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak berkuasa berkenaan melalui pemberitahuan dalam Warta. Pengelasan tanah di dalam kawasan pengairan 6. (1) Pihak berkuasa berkenaan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengelaskan tanah di dalam suatu kawasan pengairan: Dengan syarat bahawa tiada tanah boleh dikenakan apa-apa pengelasan yang lebih tinggi dalam tempoh lima tahun dari tarikh pengelasan terakhir melainkan jika tanah itu dalam pada itu digunakan bagi sesuatu perusahaan, penanaman, atau maksud selain maksud yang baginya tanah itu digunakan pada masa pengelasan itu dan yang melibatkan penggunaan bekalan air yang lebih banyak. Pengenaan kadar air (2) Pihak berkuasa berkenaan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengenakan ke atas semua atau mana-mana tanah di dalam suatu kawasan pengairan, kadar tahunan, kemudian daripada ini disebut kadar air. Kadar yang berlainan boleh dikenakan ke atas kelas tanah yang berlainan, sebagaimana yang dikelaskan di bawah subseksyen (1). Kadar air apabila kena dibayar 7. Suatu kadar air yang dikenakan di bawah seksyen 6 hendaklah kena dibayar seperti yang berikut— (a) dalam hal tanah yang digunakan bagi penanaman padi— (i) tiada kadar air kena dibayar berkenaan dengan mana-mana tanah sehingga air pengairan telah tersedia di atas tanah itu atau suatu tempoh yang cukup panjang untuk membolehkan suatu tanaman atau padi ditanam dan dituai; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A (ii) pada hari pertama Januari, sebaik selepas tarikh apabila tanaman itu pertama kali telah, atau mungkin pertama kali telah, dituai hendaklah kena dibayar kepada Pentadbir Tanah setengah daripada kadar air yang dikenakan ke atas tanah itu, dan pada tiap-tiap hari pertama Januari, selepas itu hendaklah kena dibayar amaun penuh daripada kadar air yang dikenakan ke atas tanah itu. (b) dalam hal tanah yang digunakan bagi apa-apa perusahaan, penanaman, atau maksud lain, kadar air yang dikenakan ke atas tanah itu hendaklah menjadi kena dibayar pada hari pertama Januari, sebaik selepas tarikh yang suatu bekalan air telah tersedia di atas tanah itu mencukupi bagi penjalanan perusahaan, penanaman, atau maksud lain itu, dan selepas itu pada hari pertama Januari, bagi setiap tahun berikutnya: Dengan syarat bahawa, jika bekalan air sepenuhnya yang perlu bagi maksud yang tanah itu digunakan tidak tersedia atau bagi apa-apa sebab lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan, mana-mana pegawai yang dilantik bagi maksud ini oleh pihak berkuasa berkenaan boleh mengurangkan amaun yang kena dibayar sedemikian kepada apa-apa amaun sebagaimana yang difikirkan adil dan hendaklah memberitahu Pentadbir Tanah dengan sewajarnya. Pemungutan kadar air 8. Semua jumlah wang yang kena dibayar bagi kadar air di bawah Akta ini hendaklah dipungut, setakat yang pemungutan itu dapat dilaksanakan, mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi kutipan hasil tanah itu. Pengurusan kawasan pengairan 9. (1) Tiap-tiap kawasan pengairan dan kerja pengairan di dalamnya hendaklah dalam jagaan seorang Jurutera Pengairan dan Saliran, atau Kawasan Pengairan 11 mana-mana pegawai lain sebagaimana yang boleh, dilantik oleh pihak berkuasa berkenaan, dari semasa ke semasa. (2) Jurutera atau pegawai itu hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan pada tiap-tiap tahun, dan pada bila-bila masa lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkenaan, ke atas kerja di kawasan dalam jagaannya, dan hendaklah, mengikut cara yang sama mengemukakan suatu kunci kira-kira tahunan yang menunjukkan penerimaan bagi akaun kadar air, dan perbelanjaan bagi pembinaan, pengurusan, pengawasan dan penyenggaraan kerja dalam jagaannya. (3) Bagi maksud kunci kira-kira itu Pentadbir Tanah hendaklah mengemukakan kepada Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan pengairan itu suatu penyata bulanan amaun kadar air yang dikutip olehnya. Pewakilan kuasa dan kewajipan 10. (1) Mana-mana Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang dilantik di bawah seksyen 9 untuk menjaga suatu kawasan pengairan boleh, dengan kelulusan oleh pihak berkuasa berkenaan dan tertakluk pada apa-apa batasan sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa berkenaan, secara bertulis yang ditandatanganinya, dari semasa ke semasa, memberi kuasa mana-mana pegawai untuk menjalankan apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa kewajipan yang diberikan dan dikenakan oleh Akta ini ke atas Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan itu dan boleh dengan cara yang sama dan dengan kelulusan yang sama menarik balik apa-apa kuasa itu. (2) Segala yang dilakukan menurut suatu kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kesan yang sama seolah-olah ia dilakukan oleh Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan pengairan itu. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A Menimbus laluan air yang memudaratkan 11. Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan boleh, jika didapati olehnya bahawa ia akan memberikan faedah kepada kerja pengairan dalam jagaannya untuk berbuat demikian, menimbus, membina, melebarkan atau menyalirkan apa-apa terusan, alur air, parit, longkang, kolam atau paya sama ada di dalam atau di luar suatu kawasan pengairan: Dengan syarat bahawa dia hendaklah membayar kepada pemunya atau penghuni itu, jika ada, pampasan yang munasabah bagi apa-apa kerosakan, kerugian atau kesusahan yang timbul daripadanya; dan jika pihak-pihak itu tidak bersetuju tentang amaun yang kena dibayar sedemikian persoalan itu hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan yang keputusan mengenainya adalah muktamad. Pengalihan pokok atau sampah 12. (1) (a) Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki pemunya atau penghuni mana-mana tanah di dalam kawasan itu untuk membersihkan tebing atau sisi mana-mana kerja pengairan di atas tanah itu daripada apa-apa pokok atau tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di atasnya atau untuk mengalihkan daripada mana-mana tanah yang bersempadanan dengan mana-mana kerja pengairan apa-apa tumbuhan atau sampah yang berkemungkinan akan merosakkan kerja itu atau melindungi tikus atau binatang perosak lain. (b) Notis itu hendaklah menghendaki pemunya atau penghuni untuk mengambil tindakan yang perlu dalam suatu masa tertentu yang ditetapkan, yang tidak boleh kurang daripada empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu, dan jika keingkaran berlaku dalam mematuhi notis itu pegawai yang bertindak di bawah subseksyen ini boleh menyebabkan tindakan itu diambil sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu dan boleh mendapatkan balik kos untuk berbuat demikian daripada pemunya atau penghuni tersebut dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa. Kawasan Pengairan 13 (2) (a) Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan boleh, melalui notis secara bertulis, melarang pemunya atau penghuni mana-mana tanah di dalam kawasan itu daripada menanam apa-apa pokok atau tumbuh-tumbuhan di atas tebing atau sisi apa-apa kerja pengairan atas mana-mana tanah itu atau daripada melonggok ke atas mana-mana tanah yang bersempadanan dengan apa-apa kerja pengairan apa-apa sampah yang berkemungkinan akan merosakkan kerja itu atau melindungi tikus atau binatang perosak lain. (b) Jika berlaku keingkaran dalam mematuhi notis itu pegawai yang bertindak di bawah subseksyen ini boleh menyebabkan tindakan diambil untuk membersihkan mana-mana pokok atau tumbuh-tumbuhan daripada tebing atau sisinya atau apa-apa sampah itu dan boleh mendapatkan balik kos untuk berbuat demikian daripada pemunya atau penghuni tersebut dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa. (3) Dalam hal yang pegawai yang bertindak di bawah seksyen ini menghendaki pembinasaan, atau pemusnahan, pokok atau tumbuh-tumbuhan berharga dia hendaklah, jika tiada notis terdahulu telah dikeluarkan di bawah seksyen ini berkenaan dengan tanah yang di atasnya pokok atau tumbuh-tumbuhan itu sedang tumbuh, membayar kepada pemunya atau penghuni itu pampasan yang munasabah untuk perkara yang sama; dan jika pihak-pihak tidak bersetuju tentang amaun yang kena dibayar sedemikian persoalan itu hendaklah dirujukkan kepada pihak berkuasa berkenaan yang keputusan mengenainya adalah muktamad. Kuasa untuk menahan air 13. Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan boleh enggan untuk membenarkan air untuk dibekalkan atau diambil bagi pengairan tanah yang berkenaan dengannya kadar air tertunggak, atau bagi pengairan tanah yang tidak tersedia dengan sepatutnya bersama tebing dan batas bagi pembendungan air, atau bagi pengairan tanah yang pemunya atau penghuninya telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A Akta ini; dan kadar air yang kena dibayar bagi tanah itu hendaklah kena dibayar walau apa pun keengganan itu. Kerosakan pada kerja pengairan oleh kebakaran 14. (1) Dalam apa-apa hal yang kerosakan telah berlaku pada mana-mana kerja pengairan oleh kebakaran yang bermula di atas tanah bersempadanan atau berhampiran kos membaiki kerosakan itu boleh didapatkan balik daripada pemunya atau penghuni tanah itu oleh pegawai yang menjaga kerja itu melalui guaman dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa. (2) Dalam mana-mana guaman itu tidaklah perlu untuk membuktikan kecuaian defendan dan juga tidak menjadi suatu pembelaan bahawa kebakaran itu diakibatkan oleh kemalangan. Halangan atau kerosakan 15. Mana-mana orang yang— (a) dengan sengaja atau dengan niat jahat menyekat atau menghalang atau menyebabkan mengikut apa-apa cara disekat atau dihalang; (b) menceroboh atau percubaan untuk menangkap ikan dengan cara suatu perangkap ikan daripada tangki pengairan, saluran atau alur air; atau (c) memecahkan atau menembusi tebing atau sisi yang sama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau kedua-duanya. Kawasan Pengairan 15 Pembaziran atau halangan air 16. (1) Mana-mana orang yang— (a) dengan sengaja menyebabkan pembaziran air yang dipulihara oleh apa-apa kerja pengairan; atau (b) tidak berhak untuk menggunakan air itu, dengan salah mengalirkan keluar atau mengubah jadi untuk kegunaan sendiri apa-apa air itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau kedua-duanya. (2) Jika air itu didapati digunakan di atas tanah seseorang yang tidak berhak untuk menggunakannya beban membuktikan bahawa dia tidak mengalirkan keluar atau mengubah jadi air itu untuk kegunaannya sendiri atau menyebabkan air itu dialirkan keluar atau diubah jadi untuk kegunaannya sendiri hendaklah terletak atas orang itu. Penalti lanjut kerana membazirkan air 17. Jika pemunya atau penghuni mana-mana tanah yang diairi oleh mana-mana kerja pengairan— (a) membiarkan atau membenarkan air yang diperoleh daripada kerja itu atau daripada mana-mana alur air atau saluran yang bersambung dengannya terbuang di atas tanahnya; atau (b) memperoleh air bagi tanah itu daripada kerja itu, alur air atau saluran mengikut cara yang tidak dibenarkan oleh Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kerja itu, dia hendaklah, sebagai tambahan kepada mana-mana hukuman lain, penalti atau liabiliti yang dia boleh dipertanggungkan atau dikenakan 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A di bawah Akta ini, bertanggungan untuk membayar dua kali ganda kadar air yang pada masa itu ditaksirkan di bawah seksyen 6 bagi tiap-tiap tahun atau bahagian mana-mana tahun yang air itu telah dibiarkan atau dibenarkan terbuang olehnya atau yang air itu telah diperolehnya mengikut cara yang tidak dibenarkan, dan kadar air dua kali ganda itu hendaklah didapatkan balik mengikut cara yang diperuntukkan oleh seksyen 8. Peruntukan wajib bagi batas 18. (1) Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki pemunya atau penghuni mana-mana tanah di dalam kawasan itu untuk menyediakan, sama ada secara perseorangan atau bersesama dengan pemunya atau penghuni lain, tebing atau batas yang sepatutnya dan saluran pengagihan atau saluran penyaliran bagi pembekalan, penyaliran, pembendungan atau penyingkiran air: Dengan syarat tiada seorang pun boleh dikehendaki di bawah seksyen ini untuk menyediakan tebing, batas, saluran pengagihan atau saluran penyaliran yang tidak akan berfaedah kepada tanah yang dia ialah pemunya atau penghuni. (2) Notis itu hendaklah menghendaki pemunya atau penghuni itu mengambil tindakan yang perlu dalam masa dinyatakan, yang tidak boleh kurang daripada lima belas hari dari tarikh penyampaian notis itu. (3) Jika keingkaran berlaku dalam mematuhi peruntukan notis itu, Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan itu boleh menyebabkan apa-apa tindakan diambil sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu dan boleh selepas itu memperakukan dengan ditandatanganinya kos yang berkenaan dengannya, dan sesudah itu amaun yang diperakukan sedemikian boleh didapatkan balik daripada orang yang olehnya keingkaran itu dibuat seperti yang disebut terdahulu mengikut cara yang Kawasan Pengairan 17 diperuntukkan oleh undang-undang bagi mendapatkan balik hasil tanah. Keengganan untuk membenarkan pergerakan air 19. Mana-mana pemunya atau penghuni atau orang lain yang enggan membenarkan pergerakan air pengairan di atas tanahnya atau yang menghalang pergerakan itu hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ringgit atau kedua-duanya. Pembinaan laluan air yang tidak dibenarkan 20. Mana-mana orang yang membina apa-apa terusan, alur air, parit, longkang atau kolam, atau mendalamkan atau membesarkan mana-mana terusan, alur air, parit, longkang atau kolam yang sedia ada di dalam mana-mana kawasan pengairan tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan mengenainya secara bertulis daripada Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan itu, hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau kedua-duanya. Membenarkan binatang berkeliaran 21. Mana-mana orang yang membawa mana-mana binatang atau membenarkan mana-mana binatang berkeliaran di atas tebing atau sisi mana-mana kerja pengairan melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ringgit atau kedua-duanya. Penggunaan kenderaan dan bot tanpa kebenaran 22. Mana-mana orang yang memandu, menarik atau menolak atau menyebabkan apa-apa kenderaan dipandu, ditarik atau ditolak sepanjang tebing atau sisi atau menggunakan atau menyebabkan 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A untuk digunakan mana-mana bot, vesel, rakit atau pelampung atau menyebabkan terapung apa-apa kayu atau bahan lain di atas mana-mana terusan pengairan atau alur air tanpa mendapatkan terlebih dahulu persetujuan secara bertulis mengenainya daripada Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kerja itu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi lima puluh ringgit atau kedua-duanya. Pencemaran air 23. Mana-mana orang yang mandi atau membasuh barang-barang di dalam atau selainnya mencemarkan atau menyebabkan menjadi tercemar apa-apa tangki pengairan, saluran atau alur air boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ringgit atau kedua-duanya: Dengan syarat bahawa pihak berkuasa berkenaan boleh, melalui perintah yang diberitahu dalam Warta, mengisytiharkan bahawa seksyen ini tidak terpakai di dalam mana-mana kawasan pengairan yang dinyatakan dalam perintah itu. Mengganggu kerja pengairan 24. (1) Mana-mana orang yang tanpa kebenaran daripada Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan, membuka atau menutup atau selainnya menganggu mana-mana sluis, pintu air, alat kawal atur, paip, batu aras, tolok air atau kerja lain yang menjadi sebahagian daripada apa-apa kerja pengairan di dalam kawasan itu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau kedua-duanya. (2) Jika oleh sebab apa-apa kerja pengairan telah diganggu sedemikian dengan tanah mana-mana orang mendapat faedah beban membuktikan bahawa dia tidak mengganggu atau menyebabkan ia diganggu sedemikian hendaklah terletak pada orang itu. Kawasan Pengairan 19 Kuasa untuk menangkap 25. Mana-mana penghulu atau penggawa, mana-mana pegawai polis, atau mana-mana pegawai Jabatan Penyaliran dan Pengairan yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang didapati melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 15, 16, 19, 20, 21, 22, 23 atau 24, dan hendaklah serta-merta membawa orang itu ke hadapan Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan pengairan itu yang boleh mengkompaun kesalahan itu di bawah seksyen 26 atau boleh memerintahkan orang yang ditangkap itu dikemukakan dengan segera di hadapan seorang Majistret. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan 26. (1) Pihak berkuasa berkenaan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, memberikan kuasa kepada mana-mana Jurutera Pengairan dan Saliran mengikut nama untuk menerima daripada mana-mana orang yang terhadapnya wujud suatu syak yang munasabah bahawa orang itu telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini suatu jumlah wang yang tidak melebihi tujuh puluh lima ringgit sebagai penyelesaian bagi kesalahan yang orang itu disyaki telah melakukannya dan semua jumlah wang yang diterima sedemikian oleh seseorang Jurutera Pengairan dan Saliran hendaklah dikreditkan ke dalam hasil am Malaysia. (2) Apabila jumlah wang itu dibayar tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu berhubung dengan kesalahan yang baginya penyelesaian itu telah diterima. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah 27. Pihak berkuasa berkenaan boleh, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi penggalakan dan peluasan penanaman dan bagi penguatkuasaan adat purbakala di dalam kawasan pengairan dan bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini. 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A Penyampaian notis 28. Apa-apa notis yang dikeluarkan di bawah Akta ini boleh disampaikan mengikut cara yang ditetapkan bagi penyampaian notis di bawah Kanun Tanah Negara. Pendakwaan kesalahan 29. Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain daripada Jabatan Penyaliran dan Pengairan, yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, yang diberi kuasa secara bertulis oleh Jurutera Pengairan dan Saliran boleh menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan terhadap Akta ini yang berhubungan dengan mana-mana kawasan pengairan itu. Pemansuhan 30. Enakmen dan Ordinan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini dengan ini dimansuhkan: Dengan syarat bahawa— (a) mana-mana pegawai yang dilantik untuk menjaga mana-mana kawasan pengairan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dengan ini dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini; dan (b) mana-mana perisytiharan, persetujuan, pengelasan, pemberian kuasa, notis atau kaedah yang dibuat, dibagikan atau diberikan atau apa-apa kadar air yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dengan ini dimansuhkan hendaklah, setakat yang selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat, dibagikan, diberikan atau dikenakan di bawah Akta ini. Kawasan Pengairan 21 JADUAL No. Tajuk P.T.M. Bab 145 Enakmen Kawasan Pengairan Enakmen Johor No. 6 tahun 1941 Enakmen Kawasan Pengairan Enakmen Kelantan No. 17 tahun 1935 Enakmen Kawasan Pengairan 1935 Enakmen Kedah No. 4 tahun 1370 Enakmen Kawasan Pengairan 1370 (1950) (1950) N.S. Bab 143 Ordinan Kawasan Pengairan 22 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 386 AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari yang meminda Ord. 44/1956 Ordinan Kawasan Pengairan 01-01-1957 (Pindaan) 1956 Ord. 60/1956 Ordinan Majlis Lantikan Negeri-Negeri 01-09-1956 Selat (Pertukaran Nama) 1956 P.U. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan 1 3 - 1 1 - 1 9 58 (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Proklamasi) 1958 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 29-08-1975 1975 Akta A587 A k t a Kanun Tanah Negara (Pindaan) 25-03-1985 1984 23 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 386 AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Ord. 60/1956 01-09-1956 Akta A587 25-03-1985 5 Akta A587 25-03-1985 7 Ord. 44/1956 01-01-1957 28 Akta A587 25-03-1985 Keseluruhan Akta 160 29-08-1975 Akta
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
386 - AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in