431 - *AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960
This Act lets Malaysia join the International Development Association and gives the King and the Minister of Finance powers to carry out the Agreement.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 431 - *AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
431 - *AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960
AI-assisted research summary: This Act lets Malaysia join the International Development Association and gives the King and the Minister of Finance powers to carry out the Agreement.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 431 AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, bagi International Development Association Act 1960 sebagaimana disemak dalam tahun 1990. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], ia bukannya perundangan. 2 AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960 Pertama kali diperbuat … … 1960 (Ord. No. 19 of 1960) Disemak … … … … 1990 (Akta 431 m.b.p 31 Mac 1990) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 431 AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pemberikuasaan Menandatangani Perjanjian 4. Yuran kepada Persatuan 5. Kelulusan Dewan Rakyat mengenai yuran tambahan kepada Persatuan 6. Pengeluaran nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga 7. Pertanggungan bayaran lain kepada Persatuan 8. Penerimaan 9. Perintah bagi menguatkuasa Perjanjian 5 UNDANG–UNDANG MALAYSIA Akta 431 AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960 Suatu Akta untuk membolehkan Malaysia menjadi anggota Persatuan Pembangunan Antarabangsa melalui penerimaan Perkara-Perkara Perjanjian bagi penubuhan dan pengendalian Persatuan Pembangunan Antarabangsa. [Semenanjung Malaysia−30 Julai 1960; Sabah dan Sarawak−10 Jun 1965] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut : Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain― “Bank” ertinya Bank Antarabangsa bagi Pembentukan Semula dan Pembangunan yang ditubuhkan menurut Perkara-Perkara Perjanjian yang dibuat dalam Persidangan Kewangan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan di Bretton Woods di New Hampshire, Amerika Syarikat pada Julai 1944; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 431 “mata wang boleh tukar secara bebas” ertinya apa-apa mata wang yang disifatkan boleh tukar secara bebas mengikut perenggan 2(f) Perkara II Perjanjian; “Perjanjian” ertinya Perkara-Perkara Perjanjian Persatuan sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah-Pengarah Eksekutif Bank pada 26 Januari 1960; “Persatuan” ertinya Persatuan Pembangunan Antarabangsa yang ditubuhkan melalui Perjanjian. Pemberikuasaan Menandatangani Perjanjian 3. Yang di-Pertuan Agong adalah dengan ini diberi kuasa melalui surat cara di bawah tandatangannya untuk memberi kuasa kepada mana-mana orang sebagaimana yang dinamakan dalam surat cara itu, bagi pihak Kerajaan Malaysia― (a) untuk menandatangani Perjanjian itu; dan (b) untuk menyimpan di Bank suatu surat cara penerimaan Perjanjian itu yang menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah menerima Perjanjian itu mengikut undang- undangnya dan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan Kerajaan Malaysia menjalankan semua obligasinya di bawah Perjanjian tersebut. Yuran kepada Persatuan 4. (1) Maka hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa bahagian yuran Malaysia kepada Persatuan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual A Perjanjian sebagaimana yang, mengikut seksyen 2 Perkara II Perjanjian, kena dibayar dengan emas atau dengan mata wang boleh tukar secara bebas, atau dengan mata wang Malaysia. (2) Tertakluk kepada seksyen 5, maka hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan mana-mana bahagian apa-apa penambahan dalam yuran Malaysia kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa 7 Persatuan sebagaimana yang, menurut perenggan 1(b) Perkara III Perjanjian, kena dibayar dengan emas atau dengan mata wang boleh ditukar secara bebas, atau dengan mata wang Malaysia. Kelulusan Dewan Rakyat mengenai yuran tambahan kepada Persatuan 5. Bila masa jua apa-apa penambahan dalam yuran Malaysia kepada Persatuan dibenarkan menurut seksyen 1 Perkara III Perjanjian, tiada amaun boleh disumbangkan berkenaan dengannya kecuali dengan kelulusan terlebih dahulu yang ditandakan melalui ketetapan, daripada Dewan Rakyat. Pengeluaran nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga 6. Menteri Kewangan adalah dengan ini diberi kuasa, bagi pihak Kerajaan, untuk mewujudkan dan mengeluarkan kepada Persatuan, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkannya patut, apa-apa nota tanpa bunga dan nota tak boleh niaga atau obligasi yang seumpamanya sebagaimana yang Persatuan boleh― (a) di bawah perenggan 2(e) Perkara II Perjanjian, menerima daripada Kerajaan sebagai ganti apa-apa mata wang Malaysia yang dibayar atau yang kena dibayar oleh Kerajaan di bawah perenggan 2(d) Perkara II Perjanjian atau di bawah seksyen 2 Perkara IV Perjanjian; atau (b) menurut perenggan 1(b) Perkara III Perjanjian, memutuskan untuk menerima sebagai ganti apa-apa mata wang Malaysia berhubungan dengan apa-apa penambahan dalam yuran Malaysia kepada Persatuan. Pertanggungan bayaran lain kepada Persatuan 7. Maka hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan― (a) semua jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Persatuan di bawah perenggan 2(a) Perkara IV 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 431 Perjanjian (yang berhubungan dengan perubahan pada nilai tara atau nilai pertukaran asing bagi mata wang anggota); (b) semua jumlah wang yang dikehendaki bagi penebusan apa-apa nota atau obligasi yang diwujudkan dan dikeluarkan kepada Persatuan di bawah seksyen 6; (c) apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Persatuan di bawah perenggan 4 (c)(i) Perkara VII Perjanjian (yang berhubungan dengan pengunduran anggota daripada Persatuan). Penerimaan 8. Semua jumlah wang yang diterima oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia daripada Persatuan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Perintah bagi menguatkuasa Perjanjian 9. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang dia fikirkan semunasabahnya perlu bagi menguatkuasakan mana-mana peruntukan Perjanjian berhubungan dengan taraf, kekebalan dan keistimewaan Persatuan dan gabenor-gabenor, pengarah-pengarah eksekutif, anggota silih ganti, pegawai dan pekerja mereka masing-masingnya. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan tertentu dalam Perjanjian hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia. ________________________________ 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 431 AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari TIADA 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 431 AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari TIADA
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
431 - *AKTA PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA 1960
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in