37 - *AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971
Read the stored legal text, review its version and status evidence, or ask LexChat a question grounded in exact provisions.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 37 - *AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
37 - *AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 37 AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 Sebagaimana pada 4 Julai 2023 Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH 2 AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 Tarikh Perkenan Diraja … … … ... 30 Ogos 1971 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … ... 2 September 1971 Kali terakhir dipinda melalui Akta 846 yang mula berkuat kuasa pada … … … ... 4 Julai 2023 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1980 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 1993 Cetakan Semula Yang Ketiga … … … … 1999 Cetakan Semula Yang Keempat … … … … 2006 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 37 AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian, permulaan kuat kuasa dan tempoh lamanya 2. Tafsiran 3. Penalti kerana melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual 3A. Penalti bagi rakan sejenayah dalam hal melepaskan tembakan senjata api 4. Penalti kerana menunjukkan senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual 5. Penalti kerana ada senjata api dalam melakukan suatu kesalahan berjadual 6. Penalti kerana menunjukkan senjata api tiruan dalam melakukan suatu kesalahan berjadual 7. Penalti kerana berdagang senjata api 8. Penalti kerana memiliki senjata api dengan menyalahi undang-undang 9. Penalti kerana berkawan dengan orang yang membawa senjata api 10. Bidang kuasa Mahkamah Sesyen 11. Peruntukan khas berkenaan dengan pemindahan sesuatu kes ke, dan perbicaraan oleh, Mahkamah Tinggi 12. Jaminan tidak dibenarkan mengenai kesalahan di bawah Akta ini JADUAL 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 37 AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 Suatu Akta bagi mengadakan penalti lebih berat kerana menggunakan senjata api pada melakukan kesalahan tertentu dan bagi kesalahan tertentu berkenaan dengan senjata api, dan bagi membuat peruntukan khas berkenaan dengan bidang kuasa mahkamah mengenai kesalahan di bawahnya dan perbicaraannya. [Seluruh Malaysia⎯1 Oktober 1971, P.U. (B) 339/1971] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas, pemakaian, permulaan kuat kuasa dan tempoh lamanya 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. (3) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab atas ketenteraman awam melalui pemberitahuan dalam Warta yang tidak lebih awal dari tarikh pemberitahuan itu disiarkan. (4) Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan dengan ketetapan yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen: 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 37 Dengan syarat bahawa pembatalan itu tidak menyentuh apa-apa jua yang telah dilakukan dahulunya menurut Akta ini. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini— “berdagang senjata api” ertinya— (a) menjual atau memindahmilikkan, atau menyimpan atau mendedahkan untuk dijual atau dipindah milik, sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 9(1) Akta Senjata 1960 [Akta 206]; (b) membaiki atau menerima untuk dibaiki sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 9(2) Akta itu; (c) memindahmilikkan, menjual atau menawarkan untuk dijual sesuatu senjata api kepada seseorang yang lain daripada seseorang yang dinyatakan dalam subseksyen 11(1) Akta itu; atau (d) mengimport sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 15(1) Akta itu; (e) (Dipotong oleh Akta A266). “kesalahan berjadual” ertinya apa-apa kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual; “mahkamah rendah” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]; “melepaskan tembakan” ertinya menyebabkan dilepaskan sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain daripada sesuatu senjata api dengan alat cas letupan, dan termasuklah menyebabkan sesuatu bom atau grenad diletupkan; Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 7 “memiliki senjata api dengan menyalahi undang-undang” ertinya memiliki, menjaga atau mengawal sesuatu senjata api, atau membawanya, bersalahan dengan Akta Senjata 1960; “senjata api” ertinya apa-apa jenis senjata maut berlaras yang daripadanya sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain boleh dilepaskan dengan alat cas letupan dan termasuklah sesuatu bom atau grenad yang mengandungi cas letupan. (2) Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang terdapat dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] masing-masingnya mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Kanun itu. Penalti kerana melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual 3. Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada dua belas kali walaupun tiada apa-apa kecederaan berlaku oleh sebabnya. Penalti bagi rakan sejenayah dalam hal melepaskan tembakan senjata api 3A. Jika, dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang, seseorang melepaskan tembakan senjata api pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual, setiap seorang daripada rakan sejenayahnya mengenai kesalahan itu yang berada di tempat kesalahan itu dilakukan atau cuba dilakukan atau disubahati dilakukan, yang mungkin dengan munasabah dianggap telah mengetahui bahawa orang itu telah membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya senjata api itu hendaklah, walaupun tiada apa-apa kecederaan yang disebabkan oleh 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 37 lepasan tembakan itu, dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada dua belas kali melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah lepasan tembakan itu. Penalti kerana menunjukkan senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual 4. Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual atau sesuatu rompakan menunjukkan suatu senjata api dengan cara yang mungkin mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang hendaklah dipenjarakan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali. Penalti kerana ada senjata api dalam melakukan suatu kesalahan berjadual 5. Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual ada pada dirinya suatu senjata api hendaklah dipenjarakan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali. Penalti kerana menunjukkan senjata api tiruan dalam melakukan suatu kesalahan berjadual 6. Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual menunjukkan suatu senjata api tiruan dengan cara yang mungkin mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang hendaklah dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada tiga kali. Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 9 Penalti kerana berdagang senjata api 7. (1) Seseorang yang berdagang senjata api hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan disebat tidak kurang daripada enam kali. (2) Seseorang yang dibuktikan memiliki lebih daripada dua senjata api dengan menyalahi undang-undang hendaklah dianggap berdagang senjata api. Penalti kerana memiliki senjata api dengan menyalahi undang-undang 8. Seseorang yang memiliki sesuatu senjata api dengan menyalahi undang-undang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali. Penalti kerana berkawan dengan orang yang membawa senjata api 9. Seseorang yang berkawan, atau didapati ada bersama dengan seorang lain yang memiliki suatu senjata api dengan menyalahi undang-undang dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia telah mengetahui bahawa orang lain itu telah memiliki senjata api itu dengan menyalahi undang-undang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa orang lain itu telah tidak memiliki senjata api itu dengan menyalahi undang-undang. Bidang kuasa Mahkamah Sesyen 10. (1) Walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan di bawah Akta ini, kecuali kesalahan di bawah 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 37 seksyen 3 atau 3A, dan untuk mengenakan bagi apa-apa kesalahan yang dibicarakan itu hukuman atau penalti penuh yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut oleh Akta ini, kecuali hukuman mati. (2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kes mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, jika Pendakwa Raya menghendaki mana-mana kes seperti itu dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Peruntukan khas berkenaan dengan pemindahan sesuatu kes ke, dan perbicaraan oleh, Mahkamah Tinggi 11. (1) Jika sesuatu kes mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini dikehendaki oleh Pendakwa Raya supaya dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi, orang yang dituduh itu hendaklah dikemukakan di hadapan mahkamah rendah yang sewajarnya yang hendaklah, setelah pertuduhan itu diterangkan kepada orang yang dituduh itu, memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi tanpa mengadakan siasatan permulaan di bawah *Bab XVII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan menyebabkan orang yang dituduh itu hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah itu dengan seberapa segera yang praktik. **(2) Apabila orang yang dituduh itu hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah Tinggi mengikut subseksyen (1), Mahkamah Tinggi hendaklah menetapkan tarikh bagi perbicaraannya yang hendaklah diadakan mengikut tatacara di bawah Bab XX Kanun Tatacara Jenayah. (3) Perbicaraan sesuatu kes yang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1) hendaklah oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang bersidang seorang sahaja, dan *Bab XXI dan XXII Kanun Tatacara Jenayah tidaklah terpakai bagi perbicaraan itu. (4) Subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah berkuat kuasa walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan. *CATATAN—Bab XVII, XXI and XXII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] telah dimansuhkan—lihat seksyen 5 dan 11 Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 1995 [Akta A908]. **CATATAN—Lihat seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (Pindaan) 1978 [Akta A427] bagi peruntukan-peruntukan peralihan. Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 11 Jaminan tidak dibenarkan mengenai kesalahan di bawah Akta ini 12. (1) Jaminan tidak boleh dibenarkan bagi seseorang yang dituduh yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini. (2) Subseksyen (1) hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain atau apa-apa hukum undang-undang yang berlawanan. *CATATAN—Lihat seksyen 46 Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] m.b.p. 4 Julai 2023 yang memperuntukkan seperti berikut: “Peralihan 46. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, jika seseorang disabitkan oleh mana-mana mahkamah kerana melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 3A atau 7 Akta ibu, orang itu, sama ada dalam suatu perbicaraan atau rayuan, hendaklah dihukum mengikut peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini walaupun kesalahan itu dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.” 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 37 JADUAL [Seksyen 2] 1. Pemerasan. 2. Rompakan. 3. Penghalangan atau penentangan, oleh seseorang, terhadap penangkapan dirinya atau seorang lain oleh seorang pegawai polis atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa dengan sah untuk menangkapnya. 4. Lari daripada jagaan yang sah. 5. Melarikan orang atau menculik di bawah seksyen 363 hingga 367 Kanun Keseksaan dan seksyen 3 Akta Penculikan 1961 [Akta 365]. 6. Pecah rumah atau menceroboh rumah di bawah seksyen 454 hingga 460 Kanun Keseksaan. 13 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 37 AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A256 Akta Senjata Api (Penalti Lebih 08-07-1974 Berat) (Pindaan) 1974 Akta A266 Akta Senjata (Pindaan) 1974 16-08-1974 Akta A317 Akta Senjata Api (Penalti Lebih 05-09-1975 Berat) (Pindaan) 1975 Akta A427 Akta Senjata Api (Penalti Lebih 10-03-1978 Berat) (Pindaan) 1978 Akta 206 Akta Senjata 1960 15-11-1978 Akta 846 Akta Pemansuhan Hukuman 04-07-2023 Mati Mandatori 2023 14 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 37 AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk panjang Akta A256 08-07-1974 Akta A427 10-03-1978 2 Akta A256 08-07-1974 Akta A427 10-03-1978 Akta A266 16-08-1974 Akta 846 04-07-2023 3 Akta 846 04-07-2023 3A Akta A256 08-07-1974 Akta 846 04-07-2023 4 Akta A256 08-07-1974 Akta 846 04-07-2023 5 Akta A256 08-07-1974 Akta 846 04-07-2023 6 Akta A256 08-07-1974 7 Akta A256 08-07-1974 Akta 846 04-07-2023 8 Akta A256 08-07-1974 9 Akta A256 08-07-1974 10 Akta A317 05-09-1975 Akta A427 10-03-1978 11 Akta A427 10-03-1978 12 Akta A427 10-03-1978 Jadual Akta A256 08-07-1974
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
37 - *AKTA SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) 1971
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in