AI-assisted research summary: This Act amends the Copyright Act 1987 and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
Hak Cipta (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1612 AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2020 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1612 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 20 Januari 2020 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 30 Januari 2020 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Hak Cipta (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1612 AKTA HAK CIPTA (PINDAAN) 2020 Suatu Akta untuk meminda Akta Hak Cipta 1987. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2020. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 28 2. Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam perenggan 28(2)(d) dengan menggantikan perkataan “seksyen 31” dengan perkataan “seksyen 31 dan 59c”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1612 Pindaan seksyen 35 3. Seksyen 35 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “dirujuk kepada” perkataan “, atau apa-apa pertikaian boleh didengar oleh,”; dan (b) dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “dirujuk kepadanya” perkataan “, atau mendengar apa-apa pertikaian,”. Seksyen baharu 59c 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 59b seksyen yang berikut: “Pertikaian yang berhubungan dengan royalti 59c. (1) Tribunal boleh mendengar apa-apa pertikaian yang berhubungan dengan royalti yang berbangkit antara suatu badan pelesenan dengan mana-mana anggotanya tertakluk kepada persetujuan badan pelesenan dan anggota itu. (2) Tribunal hendaklah memutuskan pertikaian di bawah subseksyen (1) dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya. (3) Suatu perintah di bawah subseksyen (2) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan tempohnya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.”.