250 - *AKTA DIUS API PERSEKUTUAN 1953
Ships entering ports or places in Peninsular Malaysia generally must pay the prescribed fire dues, unless exempt.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 250 - *AKTA DIUS API PERSEKUTUAN 1953
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
250 - *AKTA DIUS API PERSEKUTUAN 1953
AI-assisted research summary: Ships entering ports or places in Peninsular Malaysia generally must pay the prescribed fire dues, unless exempt.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 250 AKTA DIUS API PERSEKUTUAN 1953 Sebagaimana pada 1 Januari 2013 2 AKTA DIUS API PERSEKUTUAN 1953 Pertama kali diperbuat … … … 1953 (Ordinan No. 24 Tahun 1953) Disemak … … … … … … 1981 (Akta 250 m.b.p. 25 Jun 1981) Kali terakhir dipinda melalui Akta A601 yang mula berkuat kuasa pada … … … 1 Mac 1985 SEMAKAN YANG TERDAHULU Semakan Yang Pertama … … … 1981 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 250 AKTA DIUS API PERSEKUTUAN 1953 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Dius api 4. Resit 5. Distres 6. Keanggotaan dan tugas Lembaga Dius Api 7. Peraturan 8. Kuasa untuk mengecuali 9. Penalti 10. (Dipotong) JADUAL (Dipotong) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 250 AKTA DIUS API PERSEKUTUAN 1953 Suatu Akta bagi mengenakan Dius Api. [30 April 1953] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Dius Persekutuan 1953. (2) Akta ini terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain — “berat tan” ertinya berat tan berdaftar bersih: Dengan syarat bahawa mengenai sesuatu kapal yang berat tan berdaftar bersihnya belum ditentukan, berat tan kasarnya hendaklah disifatkan sebagai berat tan berdaftar bersih; “kapal” mempunyai erti yang sama di bawah Ordinan Perkapalan Perdagangan 1952 [Ord. No. 72 Tahun 1952]; “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 250 “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkapalan saudagar; “tahun” ertinya suatu tempoh bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember berikutnya. Dius api 3. (1) Pemunya, ejen atau nakhoda tiap-tiap kapal yang dalam pelayarannya memasuki mana-mana pelabuhan atau tempat dalam Malaysia Barat, selain daripada kapal yang dikecualikan di bawah subseksyen (3), hendaklah membayar dius api sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini kepada pegawai (kemudian daripada ini disebut sebagai “pemungut”) yang akan dilantik oleh peraturan-peraturan untuk memungut dius api tersebut: Dengan syarat bahawa dius tidak kena dibayar lebih daripada sepuluh kali dalam mana-mana satu tahun berhubungan dengan kapal yang sama. (2) Jika dalam mana-mana satu tahun sebuah kapal— (a) berlepas untuk belayar dari pelabuhan di mana ianya didaftarkan; dan (b) selepas berlepas itu memasuki mana-mana pelabuhan atau tempat dalam Semenanjung Malaysia lebih daripada satu kali dalam pelayaran tersebut, dius api hendaklah kena dibayar di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan kemasukan pertama sahaja. (3) Maka hendaklah dikecualikan daripada pembayaran dius api di bawah Akta ini— (a) kapal kepunyaan atau yang dicatar oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana bahagian Negara-Negara Komanwel; Dius Api Persekutuan 7 (b) kapal perang asing; (c) kapal di bawah lima belas tan; (d) kapal perikanan; (e) lain-lain kelas atau perihal kapal sebagaimana yang Menteri akan tetapkan akan melalui perintah. Resit 4. Pemungut hendaklah memberi resit bagi dius tersebut kepada tiap-tiap orang yang membayarnya, dan mana-mana kapal yang tidak dapat mengeluarkan resit tersebut apabila diminta oleh Pegawai Pelabuhan atau pegawai kastam boleh ditahan. Distres 5. Sekiranya pemunya, ejen atau nakhoda mana-mana kapal gagal atas permintaan pemungut membayar dius berhubungan dengannya pemungut boleh sebagai tambahan kepada apa-apa remedi lain yang dia berhak menggunakannya, memasuki kapal tersebut dan merampas barang-barang, senjata api, takal atau apa-apa barang lain daripada atau kepunyaan atau berada di dalam kapal tersebut, dan menahan distres tersebut sehingga dius tersebut dibayar. Sekiranya pembayaran itu tidak dibuat dalam masa tiga hari berikutan daripada distres tersebut, pemungut boleh pada bila-bila masa dalam masa kegagalan membayar tersebut menyebabkan distres itu dinilaikan oleh dua orang yang mencukupi dan selepas itu menjualnya dan menggunakan hasil jualan itu membayar dius yang belum dibayar berserta dengan perbelanjaan munasabah yang dilakukan olehnya di bawah seksyen ini, membayar lebihan, jika ada, atas permintaan kepada pemunya, ejen atau nakhoda tersebut. Keanggotaan dan tugas Lembaga Dius Api 6. (1) Bagi maksud Akta ini maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Dius Api, yang mengandungi Pengarah Perkapalan sebagai 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 250 Pengerusi dan tidak kurang daripada empat dan tidak lebih daripada enam orang anggota lain yang akan dilantik oleh Menteri. (2) Semua dius yang dipungut di bawah Akta ini hendaklah dibayar masuk ke dalam suatu kumpulan wang yang akan dikenali sebagai Kumpulan Wang Dius Api dan akan ditadbirkan oleh Lembaga. (3) Adalah menjadi tugas Lembaga menggunakan wang kumpulan wang bagi penubuhan, penyenggaran dan pembaikan rumah api, apung-apung, lampu isyarat dan bantuan pelayaran lain di perairan Persekutuan dan bagi maksud yang bersampingan dengannya. (4) Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah bagi perjalanan prosidingnya sendiri. (5) Semua perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengan pentadbiran kumpulan wang hendaklah dibayar dengan wang kumpulan wang. Peraturan 7. (1) Menteri boleh melalui peraturan menetapkan kadar dius yang akan dipungut dan masa, tempat dan cara di mana atau dalam mana dius tersebut kena dibayar di bawah Akta ini. (2) Jadual semua dius dan satu salinan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini mengenai perkara itu hendaklah diposkan ke pejabat pemungut. Kuasa untuk mengecuali 8. Menteri boleh meremit kesemua atau mana-mana bahagian daripada dius yang kena dibayar di bawah Akta ini sekiranya pada pendapatnya kesusahan yang berlebihan akan terjadi akibat pembayarannya. Dius Api Persekutuan 9 Penalti 9. Nakhoda mana-mana kapal yang— (a) berlepas atau cuba berlepas dari mana-mana pelabuhan dengan tidak membayar apa-apa dius yang dikehendaki dibayar di bawah Akta ini; atau (b) menghalang mana-mana orang dalam melaksanakan tugas jawatannya di bawah Akta ini. boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit. 10. (Dipotong oleh Akta A601). ______________ 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 250 AKTA DIUS API PERSEKUTUAN 1953 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. 332/58 Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958 (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Perisytiharan) 1958 Akta 21/1961 Akta Dius Api Persekutuan 30-04-1953; (Pindaan) 1958 01-09-1961 Akta 23/1967 Akta Tafsiran 1967 18-05-1967 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975 Akta A601 Akta Dius Api Persekutuan 01-03-1985 (Pindaan) 1984 ___________________ 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 250 AKTA DIUS API PERSEKUTUAN 1953 SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A601 01-03-1985 3 Akta A601 01-03-1985 7 Akta A601 01-03-1985 9 Akta 160 29-08-1975 10 Akta A601 01-03-1985 JADUAL Akta A601 01-03-1985 ___________________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
250 - *AKTA DIUS API PERSEKUTUAN 1953
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in