217 - *AKTA PENGISYTIHARAN KAWASAN DALAM DAERAH BINTULU MENJADI SUATU PORT PERSEKUTUAN 1979
Verify source ↗ AI-assisted research summary: The Minister may declare an area in Bintulu District as the federal port named Port Bintulu, and the Federal Government then takes over responsibility for developing, controlling, and administering it.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 217 AKTA PENGISYTIHARAN SUATU KAWASAN DALAM DAERAH BINTULU MENJADI PORT PERSEKUTUAN 1979 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA PENGISYTIHARAN SUATU KAWASAN DALAM DAERAH BINTULU MENJADI PORT PERSEKUTUAN 1979 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 19 Februari 1979 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 22 Februari 1979 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 217 AKTA PENGISYTIHARAN SUATU KAWASAN DALAM DAERAH BINTULU MENJADI PORT PERSEKUTUAN 1979 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pengisytiharan kawasan menjadi port persekutuan oleh Menteri 4. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab memajukan, mengawal dan mentadbir kawasan yang diisytiharkan menjadi port persekutuan 5. Kerajaan Persekutuan hendaklah mengambil segala langkah dan tindakan dan melakukan segala perkara dan hal yang perlu bagi menjalankan, bersampingan atau berkaitan dengan menjalankan tanggungjawabnya 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 217 AKTA PENGISYTIHARAN SUATU KAWASAN DALAM DAERAH BINTULU MENJADI PORT PERSEKUTUAN 1979 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengisytiharan suatu kawasan di Daerah Bintulu dalam Bahagian Keempat Negeri Sarawak menjadi suatu port persekutuan, mengenai pemindahan dan peletakan hak kepada Kerajaan Persekutuan akan tanggungjawab bagi memajukan, mengawal dan mentadbir port itu dan mengenai semua perkara dan hal lain yang perlu baginya, bersampingan dengannya atau berkaitan dengannya. [15 Ogos 1981] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut : Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengisytiharan Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan 1979. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, “Menteri” ertinya Menteri Persekutuan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi port dan pangkalan. Pengisytiharan kawasan menjadi port persekutuan oleh Menteri 3. Menteri boleh mulai dari tarikh yang ditetapkannya, dengan perintah dalam Warta, mengisytiharkan suatu kawasan dalam Daerah 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 217 Bintulu dalam Bahagian Keempat Negeri Sarawak menjadi suatu port persekutuan bernama Port Bintulu. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab memajukan, mengawal dan mentadbir kawasan yang diisytiharkan menjadi port persekutuan 4. Apabila sahaja Menteri mengisytiharkan di bawah seksyen 3 kawasan itu menjadi suatu port persekutuan, tanggungjawab bagi memajukan, mengawal dan mentadbir kawasan itu hendaklah dipindahkan dan diletak hak kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan hendaklah mengambil segala langkah dan tindakan dan melakukan segala perkara dan hal yang perlu bagi menjalankan, bersampingan atau berkaitan dengan menjalankan tanggungjawabnya 5. Kerajaan Persekutuan boleh mengambil segala langkah dan tindakan dan melakukan segala perkara dan hal yang perlu bagi menjalankan, bersampingan atau berkaitan dengan menjalankan tanggungjawabnya di bawah Akta ini. 7 UNDANG–UNDANG MALAYSIA Akta 217 AKTA PENGISYTIHARAN SUATU KAWASAN DALAM DAERAH BINTULU MENJADI PORT PERSEKUTUAN 1979 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari - TIADA - 8 UNDANG–UNDANG MALAYSIA Akta 217 AKTA PENGISYTIHARAN SUATU KAWASAN DALAM DAERAH BINTULU MENJADI PORT PERSEKUTUAN 1979 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA -