A1787 - AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2026
This amendment Act changes the Film National Development Corporation law, including commencement by ministerial gazette notice, delegation rules, company formation powers, prosecution controls, compounding, and new offences for false declarations.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1787 - AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2026
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1787 - AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2026
AI-assisted research summary: This amendment Act changes the Film National Development Corporation law, including commencement by ministerial gazette notice, delegation rules, company formation powers, prosecution controls, compounding, and new offences for false declarations.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1 (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1787 AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2026 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1787 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 10 Februari 2026 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 23 Februari 2026 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 3 (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1787 AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2026 Suatu Akta untuk meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2026. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dalam takrif “ahli”, dengan memotong perkataan “, Timbalan Pengerusi”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1787 (b) dalam takrif “filem-filem”, dengan memotong perkataan “, filem subjek ringkas”; (c) dengan memotong takrif “filem subjek ringkas”; dan (d) dalam takrif “Pengerusi”, dengan memotong perkataan “Timbalan Pengerusi dan”. Pindaan seksyen 4 3. Subseksyen 4(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perkataan “, seorang Timbalan Pengerusi”; (b) dalam perenggan (a)— (i) dengan memotong perkataan “dan seorang Timbalan Pengerusi”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “pengetahuan dan pengalaman mereka yang luas” dengan perkataan “pengetahuan dan pengalamannya yang luas”; (c) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “empat” dengan perkataan “lima”; dan (d) dengan memotong perenggan (e). Pindaan seksyen 6 4. Subseksyen 6(2) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “untuk mengadakan” perkataan “latihan dan”; dan (b) dengan menggantikan perenggan (k) dengan perenggan yang berikut: “(k) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau yang berkaitan dengan mana-mana tugas Perbadanan di bawah Akta ini atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, selaras dengan maksud Akta ini.”. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 5 (Pindaan) Pindaan seksyen 7 5. Seksyen 7 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Pengerusi atau mana-mana orang atau badan yang diwakilkan dengan apa-apa tugas dan kuasa di bawah subseksyen (1) dan (2) adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Perbadanan dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Perbadanan. (4) Apa-apa tugas dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Perbadanan. (5) Perwakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Perbadanan sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana tugas dan kuasa yang diwakilkan.”. Pindaan seksyen 8 6. Subseksyen 8(2) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “Lembaga” dengan perkataan “Perbadanan”. Pindaan seksyen 13 7. Subseksyen 13(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak lebih daripada lima orang ahli lain” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua tetapi tidak lebih daripada enam orang ahli lain”. Pindaan seksyen 15 8. Seksyen 15 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “dengan sendirinya, melalui pekongsi atau agennya” dengan perkataan “dengan sendirinya atau melalui anggota keluarganya atau sekutunya”; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1787 (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut: “(6a) Bagi maksud subseksyen (1)— “anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang ahli Perbadanan atau jawatankuasa Perbadanan, termasuklah— (a) suami atau isterinya; (b) ibu atau bapanya, termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya; (c) anaknya, termasuk anak angkat atau anak tiri; (d) adik-beradiknya, termasuk adik-beradik suami atau isterinya; dan (e) suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan “sekutu”, berhubung dengan seseorang ahli Perbadanan atau jawatankuasa Perbadanan, ertinya— (a) orang yang merupakan penama atau pekerja ahli itu; (b) firma yang ahli itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi; (c) pekongsi ahli itu; (d) pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya ahli itu atau anggota keluarganya merupakan seorang benefisiari; atau (e) mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang ahli itu atau mana-mana penamanya atau anggota keluarganya merupakan seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.”; dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 7 (Pindaan) (c) dalam subseksyen (7)— (i) dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “dua puluh lima ribu” dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu”. Seksyen baharu 20a 9. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 20 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk 20a. Perbadanan boleh, dengan kelulusan menubuhkan Menteri dan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat. syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Perbadanan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah perenggan 6(1)(f) atau penjalanan kuasanya di bawah perenggan 6(2)(b), (c) atau (h).”. Pemotongan seksyen 22a 10. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 22a. Pindaan seksyen 24b 11. Seksyen 24b Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Bagi maksud Akta ini, mana-mana orang yang namanya tersiar dalam penghargaan suatu filem sebagai penerbit atau penerbit bersama filem itu, atau yang selainnya ditunjukkan dalam penghargaan itu telah membiayai atau menyelia pengeluaran filem itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dianggap mengambil bahagian dalam pengeluaran filem itu.”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1787 Pindaan seksyen 25 12. Subseksyen 25(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu” dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “lima tahun”. Pindaan seksyen 26h 13. Seksyen 26h Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan nota birai dengan nota birai yang berikut: “Pendakwaan.”; (b) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Tiada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya.”. Pindaan seksyen 26k 14. Seksyen 26k Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Perbadanan boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun melalui peraturan-peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 9 (Pindaan) yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang dengan semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Perbadanan suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Perbadanan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (1b) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat. (1c) Semua jumlah wang yang diterima oleh Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.”. Pindaan seksyen 29 15. Seksyen 29 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “ahli jawatankuasa Perbadanan” dengan perkataan “, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajian ahli, pegawai atau penjawat Perbadanan atau ahli jawatankuasa Perbadanan,”; dan 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1787 (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “lima ribu” dengan perkataan “seratus ribu”. Seksyen baharu 29a dan 29b 16. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29 seksyen yang berikut: “Perisytiharan 29a. Mana-mana orang yang membuat, palsu. secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan mengenai apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali. Kuasa untuk 29b. (1) Perbadanan boleh mengeluarkan mengeluarkan apa-apa garis panduan sebagaimana yang suai garis panduan. manfaat atau perlu bagi melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini. (2) Perbadanan boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.”. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 11 (Pindaan) Pindaan seksyen 34 17. Subseksyen 34(2) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; (b) dalam perenggan (d), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut: “(e) untuk menetapkan semua perkara lain sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.”. Pindaan seksyen 34a 18. Seksyen 34a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Akta ini” perkataan “atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya”. Pindaan Jadual 19. Jadual kepada Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perenggan 1 perenggan yang berikut: “Pengerusi 1a. Menteri boleh melantik buat sementara sementara. mana-mana ahli Perbadanan untuk bertindak sebagai Pengerusi semasa apa-apa tempoh apabila— (a) jawatan Pengerusi kosong; (b) Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia; atau 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1787 (c) Pengerusi, atas apa-apa sebab, tidak dapat melaksanakan kewajipan dan tugasnya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.”; dan (b) dalam subperenggan 3(2), dengan menggantikan perkataan “Timbalan Pengerusi” dengan perkataan “Pengerusi sementara”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1787 - AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2026
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in