A1487 - AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (PINDAAN) 2015
This amendment changes evidence rules in the parent Act, including notice and appeal about witness identity, admissibility of certain statements and communications, seized material, and intercepted communications.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1487 - AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (PINDAAN) 2015
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1487 - AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (PINDAAN) 2015
AI-assisted research summary: This amendment changes evidence rules in the parent Act, including notice and appeal about witness identity, admissibility of certain statements and communications, seized material, and intercepted communications.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1487 AKTA KeSALAhAN KeSeLAMATAN (LANGKAh- LANGKAh KhAS) (pINDAAN) 2015 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1487 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 28 Mei 2015 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 4 Jun 2015 hakcipta pencetak h perceTAKAN NASIoNAL MALAYSIA berhAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1487 AKTA KeSALAhAN KeSeLAMATAN (LANGKAh- LANGKAh KhAS) (pINDAAN) 2015 Suatu Akta untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012. [ ] DIperbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. pindaan seksyen 5 2. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam perenggan 5(1)(b) dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan “persons” dengan perkataan “person”. pindaan seksyen 6 3. Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pegawai polis” perkataan “atau mana-mana orang lain”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1487 pindaan seksyen 13 4. Subseksyen 13(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “[Akta 574]” perkataan “dan Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [Akta 770]”. pindaan seksyen 14 5. Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Mahkamah hendaklah memberitahu pihak pendakwaan mengenai keputusannya untuk melindungi identiti saksi itu dalam masa tujuh hari dari siasatan itu. (2b) Dalam masa tujuh hari dari keputusan itu, pihak pendakwaan boleh merayu terhadap penolakan oleh mahkamah untuk melindungi identiti saksi itu.”. Seksyen baru 18A dan 18b 6. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18 seksyen yang berikut: “pernyataan tertuduh 18A. Apa-apa pernyataan oleh seseorang tertuduh sama ada secara lisan atau bertulis kepada mana-mana orang pada bila- bila masa hendaklah boleh diterima sebagai keterangan. Komunikasi semasa perkahwinan 18b. (1) Seseorang yang sedang atau pernah berkahwin terpaksa menzahirkan apa-apa komunikasi yang dibuat kepadanya semasa perkahwinan itu oleh mana-mana orang yang masih atau pernah dikahwininya. (2) Orang sedemikian hendaklah dibenarkan untuk menzahirkan apa-apa komunikasi tersebut walaupun orang yang membuat komunikasi itu tidak memberi kebenaran.”. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 5 penggantian seksyen 20 7. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 20 dengan seksyen yang berikut: “Dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh 20. Semua dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan dan kandungan dokumen atau benda itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.”. penggantian seksyen 22 8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 22 dengan seksyen yang berikut: “Senarai dokumen dan benda 22. Mana-mana senarai dokumen dan benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas kesalahan keselamatan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah untuk membuktikan kewujudan dokumen dan benda yang disita atau diperoleh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang tidak dikemukakan di mahkamah oleh sebab sifat dokumen dan benda itu.”. penggantian seksyen 24 9. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut: “Kebolehterimaan komunikasi yang dipintas dan maklumat pemonitoran, penjejakan atau pengawasan 24. (1) Jika seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan, apa-apa maklumat yang diperoleh melalui pemintasan komunikasi di bawah seksyen 6 sama ada sebelum 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1487 atau selepas orang itu dipertuduh hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya. (2) Maklumat yang diperoleh melalui pemintasan komunikasi di bawah seksyen 6 hanya boleh diterima jika dikemukakan melalui suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa maklumat yang diperoleh sedemikian telah dibenarkan oleh Pendakwa Raya. (3) Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) bersama-sama dengan apa-apa dokumen atau benda yang diekshibitkan atau dilampirkan kepada perakuan itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa pemintasan komunikasi itu telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa Raya. (4) Tiada seorang pun atau pegawai polis berada di bawah apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti atau dengan apa- apa cara boleh dipaksa untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding mengenai tatacara, kaedah, cara atau jalan atau peranti yang digunakan berkenaan dengan— (a) apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen 6; dan (b) apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemonitoran, penjejakan atau pengawasan mana-mana orang. (5) Maklumat yang diperoleh melalui komunikasi yang dipintas di bawah seksyen 6 boleh dalam bentuk naratif atau kata demi kata sama ada dalam bahasa asal atau sebagai terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.”. pindaan Jadual pertama 10. Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas butiran “Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]” dan butir-butir yang berhubungan dengannya butiran yang berikut: “Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [Akta 770]”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1487 - AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (PINDAAN) 2015
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in