A1395 - AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2011
This amendment Act changes parts of the Arbitration Act 2005, including court non-intervention, stays of court proceedings in favor of arbitration, and some rules on recognition and enforcement.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1395 - AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2011
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1395 - AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2011
AI-assisted research summary: This amendment Act changes parts of the Arbitration Act 2005, including court non-intervention, stays of court proceedings in favor of arbitration, and some rules on recognition and enforcement.
Timbang Tara (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1395 AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2011 2 Undang-Undang Malaysia AKTA A1395 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 23 Mei 2011 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 2 Jun 2011 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Timbang Tara (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1395 AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2011 Suatu Akta untuk meminda Akta Timbang Tara 2005. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbang Tara (Pindaan) 2011. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam perenggan 2(2)(b) dengan menggantikan perkataan “seksyen 3 dan 30” dengan perkataan “seksyen 3”. 4 Undang-Undang Malaysia AKTA A1395 Pindaan seksyen 8 3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut: “Takat campur tangan mahkamah 8. Tiada mahkamah boleh campur tangan dalam perkara yang dikawal oleh Akta ini, kecuali jika diperuntukkan sedemikian dalam Akta ini.”. Pindaan seksyen 10 4. Seksyen 10 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Mahkamah yang di hadapannya prosiding dibawa berkenaan dengan suatu perkara yang menjadi hal suatu perjanjian timbang tara hendaklah, jika suatu pihak membuat permohonan sebelum mengambil apa- apa langkah lain dalam prosiding itu, menggantung prosiding itu dan merujukkan pihak-pihak itu kepada timbang tara melainkan jika mahkamah itu mendapati bahawa perjanjian itu adalah batal dan tidak sah, tidak berkuat kuasa atau tidak dapat dilaksanakan.”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2A) Jika prosiding admiralti digantung menurut subseksyen (1), mahkamah yang membenarkan penggantungan itu boleh, jika dalam prosiding mahkamah itu harta pernah ditahan atau ikat jamin atau jaminan lain telah diberikan untuk mengelakkan atau mendapatkan pelepasan daripada tahanan— (a) memerintahkan supaya harta yang ditahan itu dipegang sebagai jaminan bagi penyelesaian apa-apa award yang diberikan dalam timbang tara berkenaan dengan pertikaian itu; atau Timbang Tara (Pindaan) 5 (b) memerintahkan supaya penggantungan prosiding itu adalah dengan syarat pengadaan jaminan yang setara bagi penyelesaian apa-apa award sedemikian. (2B) Tertakluk kepada apa-apa kaedah-kaedah mahkamah dan kepada apa-apa ubah suaian yang perlu, undang-undang dan amalan yang sama hendaklah terpakai berhubungan dengan harta yang dipegang menurut suatu perintah di bawah subseksyen (2A) sebagaimana akan terpakai jika ia ditahan bagi maksud prosiding dalam mahkamah yang membuat perintah itu. (2C) Bagi maksud seksyen ini, prosiding admiralti merujuk kepada prosiding admiralti di bawah Aturan 70 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] dan prosiding yang dimulakan menurut perenggan 24(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Seksyen ini hendaklah juga terpakai berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, sekiranya tempat timbang tara bukan di Malaysia.”. Pindaan seksyen 11 5. Seksyen 11 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (1)(e), dengan memasukkan selepas perkataan “pertikaian” perkataan “, sama ada melalui penahanan harta atau ikat jamin atau jaminan lain menurut bidang kuasa admiralti Mahkamah Tinggi”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Seksyen ini hendaklah juga terpakai berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, sekiranya tempat timbang tara bukan di Malaysia.”. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA A1395 Pindaan seksyen 30 6. Subseksyen 30(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Berkenaan dengan” dengan perkataan “Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, berkenaan dengan”. Pindaan seksyen 38 7. Subseksyen 38(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “timbang tara domestik” dengan perkataan “suatu timbang tara sekiranya tempat timbang tara adalah di Malaysia”. Pindaan seksyen 39 8. Seksyen 39 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dalam subperenggan (a)(ii), dengan menggantikan perkataan “Malaysia” dengan perkataan “Negara di mana award dibuat”; dan (ii) dalam subperenggan (a)(v), dengan menggantikan perkataan “(2)” dengan perkataan “(3)”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Jika keputusan tentang perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diasingkan daripada perkara yang tidak dikemukakan, hanya bahagian award itu yang mengandungi keputusan tentang perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diiktiraf dan dikuatkuasakan.”. Pindaan seksyen 42 9. Seksyen 42 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1A) Mahkamah Tinggi hendaklah menolak suatu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen (1) melainkan jika soal undang-undang itu menjejaskan secara substansial hak satu pihak atau lebih.”. Timbang Tara (Pindaan) 7 Pindaan seksyen 51 10. Seksyen 51 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong perkataan “perjanjian timbang tara dibuat atau”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Apa-apa prosiding mahkamah yang berhubungan dengan timbang tara yang telah dimulakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dikawal oleh Akta ini walaupun prosiding itu timbul daripada prosiding timbang tara yang bermula sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1395 - AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2011
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in