AI-assisted research summary: This Act allows up to RM20,191,299,500 to be drawn from the Consolidated Fund for additional expenditure in 2024, for the services and purposes listed in the Schedule.
Persaingan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1763 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2024) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1763 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 24 April 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 14 Mei 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Persaingan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1763 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2024) 2025 Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (2024) 2025. Perbelanjaan tambahan bagi tahun 2024 2. Maka dengan ini dibenarkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi dua puluh bilion satu ratus sembilan puluh satu juta dua ratus sembilan puluh sembilan ribu lima ratus ringgit (RM20,191,299,500) daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2024 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2024 [Akta A1697]. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1763 Jadual Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 4 Suruhanjaya Pilihan Raya 8,194,200 B. 7 Jabatan Perkhidmatan Awam 1,148,146,080 B. 11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan 12,624,721,830 B. 12 Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun 3,151,419,300 B. 25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan 1,077,146,050 Kos Sara Hidup B. 63 Kementerian Pendidikan 1,763,672,170 B. 64 Kementerian Pendidikan Tinggi 417,999,870 Jumlah 20,191,299,500
Referenced legislation
- AktA A1763 (unresolved)
- AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2024) 2025 (unresolved)
- Akta Perbekalan Tambahan (2024) 2025 (unresolved)