AI-assisted research summary: This Act amends the Federal Constitution and starts on a date appointed by the Yang di-Pertuan Agong in the Gazette.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1767 AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1767 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 9 Julai 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Julai 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perlembagaan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1767 AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2025 Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan Perkara 56 2. Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Perkara 56— (a) dalam Fasal (2), dengan memasukkan selepas perkataan “Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1767 (b) dengan memasukkan selepas Fasal (5) Fasal yang berikut: “(5a) Seseorang ahli yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua tidak hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu oleh sebab keahliannya dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan dengan syarat bahawa ahli yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.”; dan (c) dalam Fasal (6), dengan memasukkan selepas perkataan “Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”. Pindaan Perkara 57 3. Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dipinda— (a) dalam perenggan (bb) Fasal (2), dengan memasukkan selepas perkataan “Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”; (b) dengan memasukkan selepas Fasal (5) Fasal yang berikut: “(5a) Seseorang yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua tidak hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu oleh sebab keahliannya dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan dengan syarat bahawa orang yang dipilih menjadi Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.”; dan (c) dalam Fasal (6), dengan memasukkan selepas perkataan “Fasal (5)” perkataan “atau Fasal (5a)”. Perlembagaan (Pindaan) 5 Pindaan Perkara 65 4. Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan dipinda— (a) dengan menggantikan Fasal (2) dengan Fasal yang berikut: “(2) Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan setiap seorang hendaklah memegang jawatan sehingga habis tempoh pelantikannya, pelantikannya dibatalkan atau dia meletakkan jawatannya.”; dan (b) dengan memasukkan selepas Fasal (2) Fasal yang berikut: “(2a) Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan mana-mana Negeri. (2b) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Perkara ini, kelayakan untuk pelantikan dan syarat perkhidmatan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat boleh dikawal selia melalui undang-undang persekutuan.”. Kecualian 5. (1) Orang yang memegang jawatan Setiausaha Dewan Negara atau Setiausaha Dewan Rakyat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus memegang jawatan sehingga dia mencapai umur persaraan paksa baginya sebagai anggota perkhidmatan awam am Persekutuan melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau ditukarkan kepada suatu jawatan lain dalam perkhidmatan awam am Persekutuan. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1767 (2) Jika orang yang memegang jawatan Setiausaha Dewan Negara atau Setiausaha Dewan Rakyat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini telah memilih untuk menjadi anggota Perkhidmatan Parlimen yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini— (a) orang itu hendaklah diambil kerja atas terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan (b) orang itu hendaklah disifatkan sebagai anggota perkhidmatan awam bagi maksud Akta Pencen 1980 [Akta 227].
Referenced legislation
- Akta Pencen 1980 [Akta 227]. (unresolved)