483 - *AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992
This Act lets Malaysia join the International Fund for Agricultural Development, authorises implementation steps, and places related payments and receipts through the Consolidated Fund.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 483 - *AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
483 - *AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992
AI-assisted research summary: This Act lets Malaysia join the International Fund for Agricultural Development, authorises implementation steps, and places related payments and receipts through the Consolidated Fund.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 483 AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … … 30 Januari 1992 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … ... … 20 Februari 1992 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 483 AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pemberikuasaan Menandatangani Perjanjian 4. Sumbangan kepada Tabung 5. Kelulusan Dewan Rakyat mengenai sumbangan tambahan kepada Tabung 6. Pengeluaran nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga 7. Tanggungan atas bayaran lain kepada Kumpulan Wang Disatukan 8. Penerimaan 9. Perintah bagi menguatkuasakan Perjanjian 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 483 AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992 Suatu Akta untuk membolehkan Malaysia menjadi anggota Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian melalui penerimaan Perjanjian Penubuhan Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian. [21 Febuari 1992] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian 1992. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- “Mata wang boleh tukar secara bebas” ertinya mata wang sebagaimana disifatkan boleh tukar cara bebas menurut Perkara 1(d) Perjanjian; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 483 “Perjanjian” ertinya Perjanjian Penubuhan Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian sebagaimana yang diterima oleh Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penubuhan Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian pada 13 Jun 1976 di Rom, dan di mana satu salinan teks telah dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai Kertas Statut Bil. 147 Tahun 1991; “Tabung” ertinya Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian yang ditubuhkan melalui Perjanjian. Pemberikuasaan Menandatangani Perjanjian 3. Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui surat cara di bawah tandatangannya, memberi kuasa kepada mana-mana orang sebagaimana yang dinamakan dalam surat cara itu, bagi pihak Kerajaan Malaysia− (a) untuk menandatangani Perjanjian itu; dan (b) untuk mendepositkan di Tabung suatu surat cara penerimaan Perjanjian itu yang menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah menerima Perjanjian itu mengikut undang-undangnya dan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan Kerajaan Malaysia menjalankan semua obligasinya di bawah Perjanjian tersebut. Sumbangan kepada Tabung 4. (1) Hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa bahagian sumbangan Malaysia kepada Tabung menurut seksyen 3 Perkara 4 Perjanjian yang, mengikut seksyen 5 Perkara 4 Perjanjian, kena dibayar dengan mata wang boleh tukar secara bebas atau dengan mata wang Malaysia. (2) Tertakluk kepada seksyen 5, hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan mana-mana bahagian apa-apa Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian 7 penambahan sumbangan Malaysia kepada Tabung sebagaimana yang, menurut seksyen 4 Perkara 4 Perjanjian, kena dibayar dengan mata wang boleh tukar secara bebas atau dengan mata wang Malaysia. Kelulusan Dewan Rakyat mengenai sumbangan tambahan kepada Tabung 5. Bilamana apa-apa penambahan sumbangan Malaysia kepada Tabung dibenarkan menurut seksyen 4 Perkara 4 Perjanjian, tiada amaun boleh disumbangkan berkenaan dengannya kecuali dengan kelulusan terlebih dahulu daripada Dewan Rakyat, yang ditandakan melalui ketetapan. Pengeluaran nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga 6. Menteri Kewangan boleh, bagi pihak Kerajaan, mewujudkan dan mengeluarkan kepada Tabung, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkannya patut, apa-apa nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga atau obligasi yang seumpamanya sebagaimana yang Tabung boleh─ (a) menerima daripada Kerajaan sebagai ganti apa-apa mata wang Malaysia yang dibayar atau yang kena dibayar oleh Kerajaan di bawah seksyen 5(b) Perkara 4 Perjanjian atau di bawah seksyen 5(c) Perkara 4 Perjanjian; atau (b) menurut seksyen 4 Perkara 4 Perjanjian, memutuskan untuk menerima sebagai ganti apa-apa mata wang Malaysia berhubungan dengan apa-apa penambahan sumbangan Malaysia kepada Tabung. Tanggungan atas bayaran lain kepada Kumpulan Wang Disatukan 7. Hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan− 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 483 (a) semua jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Tabung di bawah seksyen 2(b) Perkara 5 Perjanjian (yang berhubung dengan penilaian mata wang); (b) semua jumlah wang yang dikehendaki bagi penebusan apa-apa nota atau obligasi yang diwujudkan dan dikeluarkan kepada Tabung di bawah seksyen 6; (c) apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Tabung di bawah seksyen 3 Perkara 9 Perjanjian (yang berhubung dengan hak dan tanggungjawab Negeri yang terhenti menjadi anggota Tabung). Penerimaan 8. Semua wang yang diterima oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia daripada Tabung hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Perintah bagi menguatkuasakan Perjanjian 9. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat apa- apa peruntukan sebagaimana yang difikirkan semunasabahnya perlu bagi menguatkuasakan mana-mana peruntukan Perjanjian berhubungan dengan taraf, imuniti dan keistimewaan Tabung dan gabenor, pengarah eksekutif, anggota silih ganti, pegawai dan pekerja masing-masing. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan tertentu dalam Perjanjian hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia. 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 483 AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari - TIADA - 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 483 AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari -TIADA -
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
483 - *AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in