A1611 - AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2019
This amendment Act changes several EPF rules, including board appointments, contribution transfer options between spouses, and an offence for leaving Malaysia without paying outstanding contributions after notice.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1611 - AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2019
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1611 - AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2019
AI-assisted research summary: This amendment Act changes several EPF rules, including board appointments, contribution transfer options between spouses, and an offence for leaving Malaysia without paying outstanding contributions after notice.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1611 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1611 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Disember 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 31 Disember 2019 HakciptaPencetak H PERCETAKANNASIONALMALAYSIABERHAD SemuaHakTerpelihara.Tiadamana-manabahagianjuadaripadapenerbitaninibolehditerbitkansemulaataudisimpandidalambentuk yangbolehdiperolehisemulaataudisiarkandalamsebarangbentukdenganapajuacaraelektronik,mekanikal,fotokopi,rakamandan/atau sebaliknyatanpamendapatizindaripadaPercetakanNasionalMalaysiaBerhad(PencetakkepadaKerajaanMalaysiayangdilantik). Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A611 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) AktainibolehlahdinamakanAktaKumpulanWangSimpanan Pekerja (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan seksyen 4 2. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam perenggan 4(1)(d)— (a) dengan menggantikan perkataan “lapan belas” dengan perkataan “dua puluh”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1611 (b) dalam subperenggan (i), dengan memasukkan sebelum perkataan “lima” perkataan “tidak lebih daripada”; (c) dalam subperenggan (ii), dengan memasukkan sebelum perkataan “lima” perkataan “tidak lebih daripada”; (d) dalam subperenggan (iii), dengan memasukkan sebelum perkataan “lima” perkataan “tidak lebih daripada”; dan (e) dalam subperenggan (iv)— (i) dengan menggantikan perkataan “tiga” dengan perkataan “tidak lebih daripada lima”; (ii) denganmemasukkanselepasperkataan“mempunyai” perkataan “pengetahuan atau”; (iii) denganmemasukkanselepasperkataan“perniagaan” perkataan “, ekonomi, keselamatan sosial”; dan (iv) denganmenggantikanperkataan“pengalamanlain yang berkaitan” dengan perkataan “pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan”. Pindaan seksyen 6 3. Seksyen 6 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); (b) dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan memotong perkataan “dan adalah layak untuk dilantik semula”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Seseorang ahli Lembaga yang disebut dalam subseksyen (1) adalah layak untuk dilantik semula tetapi tiada ahli boleh memegang jawatan bagi tempoh keseluruhan melebihi dua belas tahun.”. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 9 4. Seksyen 9 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut: “Kuorum Lembaga”; dan (b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “enam” dengan perkataan “lapan”. Pindaan seksyen 18 5. Subseksyen 18(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perenggan (c); dan (b) dalam perenggan (e)— (i) dengan menggantikan perkataan “tiga” dengan perkataan “empat”; (ii) denganmemasukkanselepasperkataan“mempunyai” perkataan “pengetahuan atau”; (iii) denganmemasukkanselepasperkataan“perniagaan” perkataan “, ekonomi”; dan (iv) denganmenggantikanperkataan“pengalamanlain yang berkaitan” dengan perkataan “pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan”. Pindaan seksyen 39 6. Seksyen 39 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut: “MenghalangorangdaripadameninggalkanMalaysia tanpa membayar caruman”; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1611 (b) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “(a) Jika ketua pegawai eksekutif mempunyai sebabuntukmempercayaibahawamana-mana orang hendak atau berkemungkinan akan meninggalkan Malaysia tanpa membayar mana-mana caruman yang tertunggak dan kena dibayar di bawah Akta ini, ketua pegawaieksekutifbolehmengeluarkankepada Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan caruman yang tertunggak dan kena dibayar dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia, melainkan jika dia membayar caruman yang tertunggak dan kena dibayar itu, atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya.”; (ii) dalamperenggan(b),denganmenggantikanperkataan “pembuangan negeri atau imigresen, Ketua Polis Negara atau” dengan perkataan “imigresen,”; dan (iii) dalamperenggan(d),denganmenggantikanperkataan “wang yang kena dibayar” dengan perkataan “caruman yang tertunggak dan kena dibayar”; (c) dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “, pegawai polis”; dan (d) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Mana-mana orang yang, mengetahui bahawa suatu perakuan telah dikeluarkan berkenaan dengannya di bawah subseksyen (1), meninggalkan Malaysia tanpa membayar semua caruman yang tertunggak dan kena dibayar yang dinyatakan dalam perakuan itu atau mengemukakanjaminansehinggamemuaskanhatiketua pegawaieksekutifbagipembayarannyamelakukansuatu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 7 kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya. (4) Bagimaksudseksyenini,“caruman”termasuklah apa-apa dividen atau caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.”. Pindaan seksyen 43 7. Subseksyen 43(8) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan“pekerja”perkataan“,samaadaatautidak”;dan (b) dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “mengikut pengertian Akta ini” dengan perkataan “, sama ada atau tidak mengikut pengertian Akta ini,”. Bahagian baharu Vb 8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian Va bahagian yang berikut: “Bahagian VB PEMILIHAN OLEH AHLI KUMPULAN WANG UNTUK MEMINDAHKAN CARUMANNYA Pemindahan caruman pekerja 53c. Caruman ahli Kumpulan Wang yang disentuh oleh pemindahan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain di bawah Bahagian ini adalah caruman pekerja ahli Kumpulan Wang yang pertama disebut. Pemilihan oleh ahli KumpulanWang untuk memindahkan carumannya 53d. (1) Walau apa pun seksyen 51 dan tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria yang dinyatakan dalam JadualKelapan,seseorangahliKumpulanWangbolehmemilih 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1611 untuk memindahkan carumannya pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah. (2) Seorang ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya hendaklah membuat suatu permohonankepadaLembagadenganmengemukakanapa-apa butir atau dokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (3) Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah memindahkan caruman ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang dipilihnya secara bulanan atau mengikut apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Lembaga tertakluk kepada caruman yang ada dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang membuat pemilihan itu. Penghentian pemindahan caruman 53e. (1) Apabila berlakunya mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan berhubung dengan suatu pemindahan caruman, ahli Kumpulan Wang yang telah memilih untuk memindahkan carumannya di bawah seksyen 53d boleh memohon kepada Lembaga untuk menghentikan pemindahan itu. (2) Suatu permohonan bagi penghentian pemindahan caruman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Lembagadenganmengemukakanapa-apabutirataudokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (3) Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen(2),Lembagahendaklahmenghentikanpemindahan caruman itu. (4) Apa-apa amaun yang telah dipindahkan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkansebelumtarikhpenghentianpemindahancaruman itu hendaklah dikekalkan dalam akaun ahli Kumpulan Wang itu. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 9 Pemindahan semula caruman 53f. Jika caruman di bawah seksyen 53d telah dipindahkan secara silap, Lembaga boleh memindahkan semula caruman itu, termasuk apa-apa dividen, ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang telah memilih untuk memindahkan caruman itu, tertakluk kepada amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang yang telah menerima caruman yang dipindahkan secara silap itu.”. Pindaan seksyen 55a 9. Subseksyen 55a(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Perenggan 54(1)(c), (e) dan subseksyen” dengan perkataan “Subseksyen”. Pindaan seksyen 55b 10. Seksyen 55B Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Seksyen ini tidak terpakai bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun yang tergolong dalam kategori ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan54(1)(c)atau(e)atauperenggan70c(1)(b)atau(c).”. Jadual baharu Kelapan 11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Ketujuh jadual yang berikut: “Jadual Kelapan [Seksyen 53d dan 53e] PEMILIHAN OLEHAHLI KUMPULAN WANG UNTUK MEMINDAHKAN CARUMANNYA Pemindahan caruman ahli Kumpulan Wang ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah (1) Tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) jadual yang berikut, seseorang ahli Kumpulan Wang boleh memilih untuk memindahkan carumannya pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (3) 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1611 ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah dan perkahwinan mereka telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia. (2) Pemindahan caruman boleh dihentikan oleh ahli Kumpulan Wang yang memilihuntukmemindahkancarumannyaapabilaberlakunyamana-mana hal keadaan yang berikut: (a) pembubaranperkahwinanantaraahliKumpulanWangyangmemilih untukmemindahkancarumannyadenganahliKumpulanWangyang menerima caruman yang dipindahkan itu; (b) kematian ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan itu. (1) (2) (3) Kriteria ahli Kriteria ahli Kadar caruman Kumpulan Wang Kumpulan Wang yang akan yang memilih yang menerima dipindahkan untuk memindahkan caruman yang carumannya dipindahkan AhliKumpulanWang Ahli Kumpulan 2% caruman itu— Wang itu x pekerja merupakan 11% ahli (a) merupakan warganegara Kumpulan warganegara Malaysia Wang Malaysia yang atau bukan memilih warganegara untuk Malaysia; dan memindahkan caruman itu (b) menerima caruman Jumlahcarumanyang majikan secara termasuk wang sen bulanan hendaklahdigenapkan kepada ringgit yang berikutnya ”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1611 - AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2019
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in