A1690 - AKTA PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (PINDAAN) 2023
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act starts on a date set by the Minister in the Gazette, and the Minister may also suspend the Act’s operation or any part of it in different parts of Malaysia.
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1690 AKTA PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (PINDAAN) 2023 2 Undang-Undang Malaysia Tarikh Perkenan Diraja ... ... 22 Julai 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 28 Julai 2023 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1690 AKTA PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (PINDAAN) 2023 Suatu Akta untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 1 2. Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726] dipinda dalam seksyen 1 dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.”.