A1427 - AKTA LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012
This Act amends the Financial Reporting Act 1997 and sets new functions for the Foundation and the Board, including approved accounting standards work.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1427 - AKTA LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1427 - AKTA LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012
AI-assisted research summary: This Act amends the Financial Reporting Act 1997 and sets new functions for the Foundation and the Board, including approved accounting standards work.
Laporan Kewangan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1427 AKTA LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012 2 Undang-Undang Malaysia AKTA A1427 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 18 Jun 2012 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 Jun 2012 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Laporan Kewangan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1427 AKTA LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012 Suatu Akta untuk meminda Akta Laporan Kewangan 1997. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Laporan Kewangan (Pindaan) 2012. (2) Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Pindaan seksyen 2 2. Akta Laporan Kewangan 1997 [Akta 558], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dalam takrif “piawaian perakaunan diluluskan”— (i) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “perenggan 7(1)(a)” dengan perkataan “perenggan 7(1A)(a)”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AKTA A1427 (ii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “perenggan 7(1)(b)” dengan perkataan “perenggan 7(1A)(b)”; (b) dengan memasukkan selepas takrif “Lembaga” takrif yang berikut: ‘ “Lembaga Pemantauan Audit” ertinya Lembaga Pemantauan Audit yang ditubuhkan di bawah seksyen 31C Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498];’; dan (c) dalam takrif “buletin isu”, dengan menggantikan perkataan “subseksyen 7(1)” dengan perkataan “subseksyen 7(1A)”. Penggantian seksyen 4 3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut: “Fungsi Yayasan 4. (1) Fungsi Yayasan adalah— (a) untuk menyelia penjalanan fungsi oleh Lembaga di bawah seksyen 7; dan (b) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. (2) Tanpa mengehadkan keluasan fungsi Yayasan dalam subseksyen (1), Yayasan hendaklah bertanggungjawab— (a) memberikan pandangannya kepada Lembaga tentang apa-apa perkara yang hendak diusahakan atau dilaksanakan oleh Lembaga berhubung dengan fungsi Lembaga di bawah seksyen 7; (b) mengkaji semula prestasi Lembaga; dan (c) bagi segala perkiraan pembiayaan bagi operasi Lembaga, termasuk meluluskan belanjawan Lembaga. Laporan Kewangan (Pindaan) 5 (3) Yayasan tidak boleh, menurut atau berkaitan dengan mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2), mengarahkan Lembaga supaya mengusahakan atau tidak mengusahakan mana-mana projek atau kegiatan tertentu atau selainnya menyentuh penjalanan kuasa Lembaga atau pelaksanaan fungsi Lembaga di bawah Akta ini.”. Pindaan seksyen 5 4. Seksyen 5 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perenggan (1)(c) perenggan yang berikut: “(ca) Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit atau wakilnya;”; (b) dalam perenggan (1)(e), dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif Bursa Saham Kuala Lumpur” dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad”; dan (c) dengan menggantikan perenggan (1)(h) dengan perenggan yang berikut: “(h) empat orang anggota lain yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perkara perakaunan kewangan dan dalam satu atau lebih daripada bidang yang berikut: (i) perakaunan; (ii) undang-undang; (iii) perniagaan; atau (iv) kewangan.”. Pindaan seksyen 6 5. Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Sembilan” dengan perkataan “Enam”. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA A1427 Pindaan seksyen 7 6. Seksyen 7 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Maka ditubuhkan suatu badan dengan nama “Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia” sebagai badan penggubal piawaian Yayasan yang fungsinya ialah penentuan dan pengeluaran piawaian perakaunan bagi penyediaan penyata kewangan, yang dikehendaki untuk disediakan atau diserahkan di bawah mana- mana undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat.”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1A) Tanpa mengehadkan keluasan fungsi Lembaga dalam subseksyen (1), Lembaga hendaklah bertanggungjawab— (a) mengeluarkan piawaian perakaunan baru sebagai piawaian perakaunan diluluskan; (b) mengkaji semula, menyemak, atau menerima pakai sebagai piawaian perakaunan diluluskan, piawaian perakaunan yang sedia ada; (c) meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa piawaian perakaunan diluluskan keseluruhannya atau sebahagiannya; (d) mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa buletin isu keseluruhannya atau sebahagiannya; (e) mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa pernyataan tentang prinsip, apa-apa keluaran teknikal dan keluaran lain Laporan Kewangan (Pindaan) 7 dan apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan laporan kewangan walau dikenali dengan apa nama jua pun keseluruhannya atau sebahagiannya; (f) menaja atau mengusahakan pembangunan piawaian perakaunan yang berkemungkinan; (g) bekerjasama dengan penggubal piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain dan mengawasi pembangunan piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain; (h) menyertai dalam dan menyumbang kepada pembangunan suatu set tunggal piawaian perakaunan bagi kegunaan antarabangsa; (i) mengendalikan apa-apa perundingan awam yang perlu untuk menentukan kandungan konsep, prinsip dan piawaian perakaunan; (j) membangunkan suatu rangka kerja konsep bagi maksud menilai piawaian perakaunan yang dicadangkan; (k) membuat apa-apa perubahan kepada bentuk dan kandungan piawaian perakaunan yang dicadangkan sebagaimana yang dianggapnya perlu; (l) mengawasi pengendalian piawaian perakaunan diluluskan untuk menilai keberterusan kaitannya dan keberkesanannya; dan (m) melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Akta ini atau apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.”; (c) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Lembaga hendaklah, berhubung dengan fungsi- fungsinya di bawah perenggan (1A)(a), (b), (c), (d), (e), (j) atau (k), meminta pandangan Yayasan.”; dan 8 Undang-Undang Malaysia AKTA A1427 (d) dalam subsekyen (3), dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)” dengan perkataan “subseksyen (1A)”. Penggantian seksyen 26D 7. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 26D dengan seksyen yang berikut: “Pematuhan piawaian perakaunan diluluskan 26D. (1) Jika penyata kewangan dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat, penyata kewangan itu hendaklah disifatkan tidak mematuhi kehendak undang-undang itu melainkan penyata kewangan itu telah disediakan dan dikendalikan mengikut piawaian perakaunan diluluskan tertakluk kepada apa-apa spesifikasi, garis panduan atau peraturan-peraturan yang boleh dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara berkenaan dengan penyata kewangan itu menurut apa-apa undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara. (2) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pihak berkuasa yang berikut: (a) Suruhanjaya Sekuriti berkenaan dengan perbadanan yang disenaraikan dalam bursa saham atau mana-mana entiti yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah undang-undang sekuriti; (b) Bank Negara berkenaan dengan mana-mana entiti yang diselia oleh Bank Negara; atau (c) Pendaftar Syarikat berkenaan dengan semua entiti lain yang tidak termasuk di bawah perenggan (a) atau (b).”. Laporan Kewangan (Pindaan) 9 Seksyen baru 30 8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29 seksyen yang berikut: “Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang- undang 30. (1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibuat atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap— (a) mana-mana anggota Yayasan atau Lembaga; (b) mana-mana pegawai atau pekerja Yayasan; dan (c) mana-mana orang yang dilantik menurut Akta ini, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggal daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau penurutan atau pelaksanaan yang dimaksudkan terhadap, Akta ini, apa-apa piawaian perakaunan diluluskan, buletin isu, tafsiran, panduan atau keluaran atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati. (2) Dalam seksyen ini, ungkapan “pegawai” termasuklah mana-mana ketua pegawai eksekutif atau pegawai lain yang dilantik oleh Yayasan di bawah Akta ini.”. Kecualian 9. Kuasa Suruhanjaya Sekuriti untuk mengeluarkan apa-apa garis panduan atau peraturan-peraturan, dalam subseksyen 26D(1), hanya boleh dijalankan berkenaan dengan suatu entiti yang tidak dikehendaki untuk mematuhi piawaian perakaunan diluluskan yang khusus, sebagaimana yang terkandung dalam piawaian perakaunan diluluskan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan terhad kepada piawaian perakaunan diluluskan yang khusus yang tidak dikehendaki untuk dipatuhi oleh entiti itu.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1427 - AKTA LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in