677 - AKTA PENDAFTARAN SEWA BELI (SARAWAK) (PEMANSUHAN) 2007
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act repeals the Sarawak Hire-Purchase Registration Ordinance and keeps certain existing hire-purchase documents and registration proceedings in place during transition.
Pendaftaran Sewa Beli (Sarawak) (Pemansuhan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 677 AKTA PENDAFTARAN SEWA BELI (SARAWAK) (PEMANSUHAN) 2007 Sebagaimana pada 1 November 2017 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA 677 AKTA PENDAFTARAN SEWA BELI (SARAWAK) (PEMANSUHAN) 2007 Tarikh Perkenan Diraja … … … 29 Ogos 2007 Tarikh penyiaran dalam Warta … 30 Ogos 2007 Pendaftaran Sewa Beli (Sarawak) (Pemansuhan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 677 AKTA PENDAFTARAN SEWA BELI (SARAWAK) (PEMANSUHAN) 2007 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Pemansuhan Ordinan 3. Kecualian dan peralihan 4 Undang-Undang Malaysia AktA 677 Pendaftaran Sewa Beli (Sarawak) (Pemansuhan) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 677 AKTA PENDAFTARAN SEWA BELI (SARAWAK) (PEMANSUHAN) 2007 Suatu Akta untuk memansuhkan Ordinan Pendaftaran Sewa Beli (Bab 71). [31 Ogos 2007] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Sewa Beli (Sarawak) (Pemansuhan) 2007. Pemansuhan Ordinan 2. Ordinan Pendaftaran Sewa Beli (Bab 71), yang disebut “Ordinan” dalam Akta ini, dimansuhkan. Kecualian dan peralihan 3. (1) Pemansuhan Ordinan di bawah seksyen 2 tidak menjejaskan apa-apa dokumen atau surat cara sewa beli yang telah disempurnakan sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini. (2) Jika suatu permohonan untuk pendaftaran apa-apa dokumen atau surat cara sewa beli telah dibuat dan proses pendaftarannya belum selesai sebaik sebelum Ordinan dimansuhkan, prosiding berkenaan dengan permohonan tersebut boleh diteruskan di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu. 6 Undang-Undang Malaysia AktA 677 (3) Walau apa pun subseksyen (2), apa-apa fi yang telah dibayar untuk pendaftaran apa-apa dokumen atau surat cara sewa beli tidak boleh dibayar balik. (4) Bagi maksud subseksyen 10(2), seksyen 11 dan 12 Ordinan, apabila Ordinan dimansuhkan di bawah seksyen 2, Pendaftar hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Ordinan Pustaka Negeri Sarawak 1999 (Bab 29), memegang simpan suatu salinan dokumen atau surat cara sewa beli berdaftar dan dalam masa enam bulan dari tarikh pemansuhan itu mengemukakan dokumen itu kepada Pemegang Simpanan Negeri yang ditubuhkan di bawah Bahagian IV Bab 29. Pendaftaran Sewa Beli (Sarawak) (Pemansuhan) 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 677 AKTA PENDAFTARAN SEWA BELI (SARAWAK) (PEMANSUHAN) 2007 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari – TIADA – 8 Undang-Undang Malaysia AktA 677 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 677 AKTA PENDAFTARAN SEWA BELI (SARAWAK) (PEMANSUHAN) 2007 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA –