AI-assisted research summary: This Act amends the Federal Constitution, including Article 1, Article 160, and Article 161a, and starts on a date appointed by the Yang di-Pertuan Agong in the Gazette.
Perlembagaan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1642 AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1642 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 19 Januari 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 25 Januari 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perlembagaan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1642 AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan Perkara 1 2. Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Perkara 1 dengan menggantikan Fasal (2) dengan Fasal yang berikut: “(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada— (a) Negeri-Negeri Tanah Melayu, iaitu, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu; dan (b) Negeri-Negeri Borneo, iaitu, Sabah dan Sarawak.”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1642 Pindaan Perkara 160 3. Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Fasal (2)— (a) dengan memasukkan selepas takrif “hak pencen” takrif yang berikut: ‘ “Hari Malaysia” ertinya enam belas hari bulan September, tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga;’; dan (b) dengan menggantikan takrif “Persekutuan” dengan takrif yang berikut: ‘ “Persekutuan” ertinya Persekutuan yang pada mulanya ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan selanjutnya menurut Perjanjian yang dimuktamadkan pada sembilan hari bulan Julai, tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga antara United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura, Persekutuan yang dikenali sebagai Malaysia dengan Koloni Borneo Utara dan Sarawak, dan Negeri Singapura bersekutu dengan Negeri-Negeri sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut surat cara perlembagaan yang dilampirkan padanya tetapi di bawah dan menurut Perjanjian berhubung dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat bertarikh tujuh hari bulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima, Singapura telah tidak lagi menjadi sebuah negeri dalam Malaysia.’. Pindaan Perkara 161a 4. Perkara 161a Perlembagaan Persekutuan dipinda— (a) dalam Fasal (6), dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “(a) berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan warganegara dan yang tergolong Perlembagaan (Pindaan) 5 dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam undang-undang Negeri sebagai ras asli bagi Negeri itu; dan”; dan (b) dengan memotong Fasal (7).