621 - *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002
This Act sets out Malaysia’s rules for giving and receiving international criminal mutual assistance, including evidence, attendance of persons, forfeiture, search and seizure, service of process, and related safeguards.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act sets out Malaysia’s rules for giving and receiving international criminal mutual assistance, including evidence, attendance of persons, forfeiture, search and seizure, service of process, and related safeguards. This provision gives the Attorney General and other authorities powers to help with cross-border criminal cooperation, search and seizure, custody transfer, service of process, and enforcement of foreign confiscation orders. It also creates offences for escaping custody and obstructing an authorized officer, and protects people who comply in good faith with certain orders or warrants.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 621 - *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
621 - *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
621 - *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act sets out Malaysia’s rules for giving and receiving international criminal mutual assistance, including evidence, attendance of persons, forfeiture, search and seizure, service of process, and related safeguards.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 621 AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002 Sebagaimana pada 1 September 2024 Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. 2 AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002 Tarikh Perkenan Diraja … … … 14 Mei 2002 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 30 Mei 2002 Teks bahasa Inggeris ialah teks sahih … … … P.U. (B) 173/2002 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1709 yang mula berkuat kuasa pada … … … 1 September 2024 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2004 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2006 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 621 AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Tujuan Akta 4. Akta tidak mengehadkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa, dsb. 5. Akta bukan kuasa untuk mengekstradisikan orang BAHAGIAN II PERMINTAAN OLEH MALAYSIA 6. Pemakaian Bahagian ini 7. Permintaan dibuat oleh atau melalui Peguam Negara 8. Permintaan untuk mengambil keterangan, dsb. 9. Permintaan bagi kehadiran orang di Malaysia 10. Penalti tidak boleh dikenakan bagi keengganan untuk bersetuju 11. Kekebalan dan keistimewaan 12. Batasan atas penggunaan pernyataan 13. Permintaan bagi menguatkuasakan perintah pelucuthakan 14. Bantuan dalam mencari atau mengenal pasti orang 15. Bantuan dalam penyampaian proses 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 BAHAGIAN III PERMINTAAN KEPADA MALAYSIA Seksyen 16. Pemakaian Bahagian ini 17. Negara asing yang ditetapkan 18. Arahan khas Menteri 19. Permintaan hendaklah dibuat kepada Peguam Negara 20. Keengganan memberikan bantuan 21. Kecualian bagi kesalahan politik 22. Pengambilan keterangan bagi prosiding jenayah 23. Perintah pengemukaan bagi perkara jenayah 24. Peruntukan tambahan mengenai perintah pengemukaan 25. Kekebalan kerana mematuhi perintah pengemukaan 26. Kegagalan untuk mematuhi perintah pengemukaan 27. Permintaan bagi kehadiran orang di Negara asing yang ditetapkan 28. Permintaan bagi kehadiran banduan atau orang di bawah tahanan 29. Jagaan orang dalam perjalanan 30. Melarikan diri daripada jagaan semasa dalam perjalanan 31. Permintaan bagi menguatkuasakan perintah pelucuthakan asing 32. Pendaftaran perintah pelucuthakan asing 33. Bukti perintah, dsb. Negara asing yang ditetapkan 34. Keterangan berhubung dengan prosiding dan perintah di Negara asing yang ditetapkan 35. Permintaan bagi penggeledahan dan penyitaan 36. Waran geledah 37. Kuasa tambahan orang yang melaksanakan waran geledah, dsb. 38. Kekebalan kerana mematuhi waran geledah 39. Bantuan dalam mencari atau mengenal pasti orang 40. Bantuan dalam penyampaian proses 41. Penalti tidak boleh dikenakan bagi kegagalan mematuhi saman Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 5 BAHAGIAN IV PELBAGAI Seksyen 41A. Pemakaian undang-undang bertulis lain 42. Pengesahan dokumen 43. Pewakilan 44. Peraturan-peraturan 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 621 AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi bantuan bersama dalam perkara jenayah antara Malaysia dan negara lain dan bagi perkara berkaitan dengannya. [1 Mei 2003, P.U.(B) 168/2003] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan melalui Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]; 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 “bahan” termasuklah apa-apa buku, dokumen atau rekod lain dalam apa jua bentuk, dan apa-apa bekas atau barang yang berhubungan dengannya; “benda” termasuklah bahan; “butiran yang tertakluk pada keistimewaan undang-undang” ertinya— (a) perhubungan antara peguam bela dan peguam cara dengan anak guamnya atau mana-mana orang yang mewakili anak guamnya yang dibuat berkaitan dengan pemberian nasihat undang-undang kepada anak guamnya; (b) perhubungan antara peguam bela dan peguam cara dengan anak guamnya atau mana-mana orang yang mewakili anak guamnya, atau antara peguam bela dan peguam cara itu atau anak guamnya atau mana-mana wakil sedemikian dengan mana-mana orang lain, yang dibuat berkaitan dengan, atau pada menjangkakan, prosiding kehakiman dan bagi maksud prosiding itu; dan (c) butiran yang disertakan dengan atau disebut dalam perhubungan itu dan dibuat— (i) berkaitan dengan pemberian nasihat undang-undang; atau (ii) berkaitan dengan atau pada menjangkakan prosiding kehakiman dan bagi maksud prosiding itu, apabila butiran itu berada dalam milik seseorang yang berhak untuk memilikinya, tetapi tidak termasuk, dalam apa-apa keadaan, apa-apa perhubungan atau benda yang dipegang dengan tujuan untuk melaksanakan suatu maksud jenayah; “ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan sesuatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 9 peraturan-peraturan itu bagi orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan; “harta” ertinya tiap-tiap jenis harta alih atau tak alih, sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia dan sama ada yang ketara atau tidak ketara dan termasuklah sesuatu kepentingan mengenai mana-mana harta alih atau tak alih itu; “hasil jenayah” ertinya mana-mana harta yang disyaki, atau didapati oleh mahkamah, sebagai harta yang secara langsung atau tidak langsung diperoleh atau direalisasikan akibat pelakuan sesuatu kesalahan atau sebagai merupakan nilai harta dan faedah lain yang diperoleh daripada pelakuan sesuatu kesalahan; “institusi kewangan” ertinya— (a) suatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]; (b) suatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; (c) suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; (d) seorang pemegang lesen di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731]; (e) seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; (f) suatu depositori pusat di bawah Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453]; (g) seorang pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-mana entiti berlesen 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704]; dan (h) seorang pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705]; “kesalahan berat” ertinya— (a) suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun, atau suatu hukuman yang lebih berat; atau (b) apa-apa percubaan, persubahatan atau komplot untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a); “kesalahan berat asing” ertinya suatu kesalahan— (a) terhadap undang-undang sesuatu Negara asing yang ditetapkan yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun, atau suatu hukuman yang lebih berat; dan (b) yang terdiri daripada atau termasuk aktiviti yang, sekiranya berlaku di Malaysia, akan merupakan suatu kesalahan berat; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang; “Negara asing” ertinya mana-mana negara atau wilayah di luar Malaysia; “Negara asing yang ditetapkan” ertinya sesuatu Negara asing yang diisytiharkan oleh Menteri, melalui suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 17(1), sebagai suatu Negara asing yang Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 11 ditetapkan atau suatu Negara asing yang berkenaan dengannya Menteri telah mengeluarkan suatu arahan khas di bawah seksyen 18, mengikut mana-mana yang berkenaan; “pegawai diberi kuasa” ertinya— (a) mana-mana pegawai polis; (b) mana-mana pegawai kastam; (c) mana-mana pegawai imigresen; (d) mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; dan (e) mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Peguam Negara; “penyiasatan jenayah” ertinya suatu penyiasatan— (a) mengenai suatu kesalahan berat atau suatu kesalahan berat asing, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (b) bagi maksud suatu perkara jenayah sampingan; “perakuan kekebalan undang-undang asing” ertinya perakuan yang diberikan, atau perisytiharan yang dibuat, oleh sesuatu Negara asing yang ditetapkan atau di bawah undang-undang sesuatu Negara asing yang ditetapkan, yang memperakui atau mengisytiharkan bahawa, di bawah undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu, orang secara am atau orang tertentu boleh atau tidak boleh, sama ada secara am atau dalam prosiding tertentu dan sama ada secara am atau dalam hal keadaan tertentu, dikehendaki— (a) supaya menjawab suatu soalan tertentu; atau (b) supaya mengemukakan suatu benda tertentu; “peralatan” ertinya— 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 (a) apa-apa benda yang digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing; atau (b) apa-apa harta yang keseluruhannya atau sebahagiannya digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing, sama ada benda atau harta itu terletak di dalam atau di luar Malaysia; “perintah” termasuklah dekri, arahan atau penghakiman, atau mana-mana bahagiannya, walau bagaimana sekalipun diperihalkan; “perintah pelucuthakan” ertinya perintah yang dibuat di Malaysia bagi pelucuthakan harta atau peralatan berkenaan dengan suatu kesalahan berat; “perintah pelucuthakan asing” ertinya perintah yang dibuat oleh mahkamah di sesuatu Negara asing yang ditetapkan untuk mendapatkan, melucuthakkan atau merampas— (a) bayaran atau ganjaran lain yang diterima berkaitan dengan sesuatu kesalahan terhadap undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu yang merupakan suatu kesalahan berat asing, atau nilai bayaran atau ganjaran itu; (b) harta yang diperoleh atau direalisasikan, secara langsung atau tidak langsung, daripada bayaran atau ganjaran lain yang diterima berkaitan dengan sesuatu kesalahan sedemikian, atau nilai harta itu; atau (c) peralatan atau nilai peralatan itu; “perkara jenayah” ertinya, berkenaan dengan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing, mengikut mana-mana yang berkenaan— (a) suatu penyiasatan jenayah; Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 13 (b) prosiding jenayah; atau (c) suatu perkara jenayah sampingan; “perkara jenayah sampingan” ertinya— (a) penyekatan urusan dengan, atau penyitaan, pelucuthakan atau perampasan, harta atau peralatan yang berkaitan dengan suatu kesalahan berat atau suatu kesalahan berat asing, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (b) pemerolehan, penguatkuasaan atau penunaian suatu perintah pelucuthakan atau suatu perintah pelucuthakan asing, mengikut mana-mana yang berkenaan; “pihak berkuasa yang berkenaan”, berhubung dengan sesuatu Negara asing, ertinya seseorang orang atau sesuatu pihak berkuasa yang Peguam Negara berpuas hati diberi kuasa di bawah undang-undang Negara asing itu— (a) dalam hal sesuatu permintaan kepada Malaysia oleh Negara asing itu bagi bantuan dalam perkara jenayah, untuk membuat permintaan itu; atau (b) dalam hal sesuatu permintaan kepada Negara asing itu oleh Malaysia bagi bantuan dalam perkara jenayah, untuk menerima permintaan itu; “premis” termasuklah— (a) sesuatu struktur (sama ada boleh alih atau tidak atau di luar pesisir atau tidak), bangunan, khemah, kenderaan, kenderaan air, hoverkraf atau pesawat terbang; (b) sesuatu tempat (sama ada dipagari atau tidak atau dibangunkan di atasnya atau tidak); dan (c) bahagian daripada mana-mana premis (termasuklah premis daripada jenis yang disebut dalam perenggan (a) atau (b)); 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 “prosiding jenayah” ertinya perbicaraan seseorang bagi suatu kesalahan berat atau suatu kesalahan berat asing, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan termasuklah mana-mana prosiding bagi menentukan sama ada seseorang yang tertentu patut dibicarakan bagi kesalahan itu; “proses” termasuklah apa-apa saman, waran, perintah atau dokumen lain berkenaan dengan sesuatu perkara jenayah yang dikeluarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan— (a) oleh mana-mana mahkamah di Malaysia atau oleh mana-mana Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau oleh Pendaftar atau Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi atau oleh Pendaftar Mahkamah Rendah; atau (b) oleh mana-mana mahkamah suatu Negara asing atau oleh mana-mana hakim, majistret atau pegawai mahkamah sedemikian; “urusan”, berhubung dengan mana-mana harta, termasuklah— (a) menerima atau memperoleh harta itu; (b) merahsiakan atau menyembunyikan harta itu (sama ada dengan merahsiakan atau menyembunyikan sifat, sumber, lokasi, pelupusan, pergerakan atau pemunyaannya atau apa-apa hak berkenaan dengannya atau selainnya); (c) melupuskan atau mengubah harta itu; (d) membawa harta itu ke dalam atau mengalihkan harta itu dari Malaysia; (e) menggunakan harta itu untuk meminjam wang, atau sebagai cagaran (sama ada melalui suatu gadaian, gadai janji atau sandaran atau selainnya); atau Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 15 (f) jika suatu hutang kena dibayar kepada orang yang memegang harta itu, membuat bayaran kepada mana-mana orang untuk mengurangkan amaun hutang itu. (2) Bagi maksud Akta ini— (a) sesuatu sebutan tentang sesuatu Negara asing termasuklah sebutan tentang— (i) sesuatu wilayah Negara asing itu; dan (ii) sesuatu kapal atau pesawat terbang yang dipunyai oleh, atau yang didaftarkan di, Negara asing itu; dan (b) sesuatu sebutan tentang undang-undang sesuatu Negara asing termasuklah sebutan tentang undang-undang yang sedang berkuat kuasa di mana-mana bahagian Negara asing itu. (3) Bagi maksud Akta ini, prosiding kehakiman di sesuatu Negara asing yang ditetapkan— (a) dimulakan apabila apa-apa tindakan dibawa ke mahkamah terhadap seseorang berhubung dengan suatu kesalahan berat asing; (b) diselesaikan apabila berlaku mana-mana daripada peristiwa yang berikut: (i) penghentian prosiding itu; (ii) pembebasan defendan; (iii) pembatalan sabitan defendan bagi kesalahan itu; (iv) pemberian pengampunan berkenaan dengan sabitan defendan bagi kesalahan itu; (v) mahkamah menjatuhkan hukuman atau selainnya memperlakukan defendan berkenaan dengan 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 sabitannya bagi kesalahan itu tanpa membuat perintah pelucuthakan asing; (vi) penunaian suatu perintah pelucuthakan asing yang dibuat dalam prosiding itu, sama ada dengan pembayaran amaun yang kena dibayar di bawah perintah itu, dengan defendan menjalani pemenjaraan kerana ingkar, dengan mendapatkan semua harta atau peralatan yang boleh didapatkan atau selainnya. Tujuan Akta 3. Tujuan Akta ini ialah bagi Malaysia memberikan dan memperoleh bantuan antarabangsa dalam perkara jenayah, termasuklah— (a) memberikan dan memperoleh keterangan dan benda; (b) membuat perkiraan bagi orang memberikan keterangan, atau membantu dalam penyiasatan jenayah; (c) mendapatkan, melucuthakkan atau merampas harta atau peralatan berkenaan dengan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing; (d) menyekat urusan mengenai harta, atau membekukan harta, yang boleh didapatkan berkenaan dengan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing; (e) melaksanakan permintaan bagi penggeledahan dan penyitaan; (f) mencari dan mengenal pasti saksi dan orang yang disyaki; (g) menyampaikan proses; (h) mengenal pasti atau mengesan hasil jenayah dan harta dan peralatan yang didapatkan daripada atau yang digunakan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 17 dalam pelakuan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing; (i) mendapatkan penalti kewangan berkenaan dengan sesuatu kesalahan berat atau sesuatu kesalahan berat asing; dan (j) memeriksa benda dan premis. Akta tidak mengehadkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa, dsb. 4. (1) Akta ini tidak menghalang pemberian atau pemerolehan bantuan antarabangsa dalam perkara jenayah kepada atau daripada Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) atau mana-mana organisasi antarabangsa lain. (2) Akta ini tidak menghalang pemberian atau pemerolehan bantuan antarabangsa dalam perkara jenayah kepada atau daripada mana-mana Negara asing selain bantuan daripada jenis yang boleh diberikan atau diperoleh di bawah Akta ini. (3) Akta ini tidak menghalang pemberian atau pemerolehan bantuan antarabangsa dalam perkara jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain. Akta bukan kuasa untuk mengekstradisikan orang 5. Akta ini tidak memberi kuasa untuk mengekstradisikan, atau menangkap atau menahan dengan tujuan mengekstradisikan, mana-mana orang. 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 BAHAGIAN II PERMINTAAN OLEH MALAYSIA Pemakaian Bahagian ini 6. Permintaan bagi bantuan di bawah Bahagian ini boleh dibuat kepada mana-mana Negara asing. Permintaan dibuat oleh atau melalui Peguam Negara 7. (1) Sesuatu permintaan oleh Malaysia kepada sesuatu Negara asing bagi bantuan dalam perkara jenayah di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat oleh atau melalui Peguam Negara. (2) Sesuatu permintaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat melalui saluran diplomatik, atau jika hal keadaan menghendaki, boleh dibuat secara terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Negara asing itu. Permintaan untuk mengambil keterangan, dsb. 8. (1) Peguam Negara boleh, jika dia berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa terdapat apa-apa keterangan yang mungkin ada kaitan dengan mana-mana prosiding jenayah di Malaysia, meminta pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing membuat perkiraan supaya— (a) keterangan itu diambil di Negara asing itu; dan (b) keterangan itu dihantar kepadanya. (2) Peguam Negara boleh, jika dia berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa terdapat apa-apa benda yang mungkin ada kaitan dengan suatu perkara jenayah di Malaysia, meminta pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing— Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 19 (a) membantu memperoleh, dengan menggeledah dan menyita jika perlu, benda itu di Negara asing itu atau gambar atau salinan benda itu; dan (b) membuat perkiraan supaya benda atau gambar atau salinan benda itu dihantar kepadanya. (3) Apa-apa keterangan atau benda, atau gambar atau salinan sesuatu benda, yang diterima oleh Peguam Negara menurut suatu permintaan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh, tertakluk pada peruntukan Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding jenayah yang dengannya permintaan itu berkaitan. (4) Dalam menilai kepentingan, jika ada, yang akan diletakkan pada apa-apa keterangan yang diterima oleh Peguam Negara menurut suatu permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) yang telah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding jenayah yang dengannya permintaan itu berkaitan, mahkamah hendaklah mengambil kira— (a) sama ada keterangan yang diambil itu dapat dicabar; dan (b) sama ada undang-undang Negara asing yang berkenaan membenarkan pihak-pihak kepada prosiding jenayah itu diwakili di sisi undang-undang apabila keterangan itu diambil. Permintaan bagi kehadiran orang di Malaysia 9. (1) Peguam Negara boleh meminta pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing membantu dalam membuat perkiraan bagi kehadiran di Malaysia seseorang di Negara asing itu bagi maksud memberikan apa-apa keterangan atau bantuan jika dia berpuas hati bahawa— (a) terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu berupaya memberikan keterangan atau 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 bantuan itu yang berkaitan dengan perkara jenayah yang melibatkan suatu kesalahan berat; dan (b) orang itu bersetuju untuk datang ke Malaysia bagi maksud memberikan keterangan atau bantuan itu. (2) Peguam Negara boleh membuat perkiraan dengan pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing itu bagi maksud kehadiran orang itu di Malaysia, kepulangan orang itu ke Negara asing itu dan perkara lain yang berkaitan. Penalti tidak boleh dikenakan bagi keengganan untuk bersetuju 10. Jika, menurut seksyen 9, Peguam Negara meminta bantuan pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing untuk membuat perkiraan bagi kehadiran mana-mana orang di Malaysia, orang itu tidak boleh dikenakan apa-apa penalti atau liabiliti atau selainnya termudarat di sisi undang-undang semata-mata disebabkan oleh keengganan atau kegagalan orang itu untuk bersetuju untuk hadir sebagaimana yang diminta. Kekebalan dan keistimewaan 11. (1) Seseorang yang berada di Malaysia menurut permintaan yang dibuat di bawah seksyen 9 tidak boleh— (a) ditahan, didakwa atau dihukum di Malaysia atas apa-apa kesalahan yang dikatakan telah dilakukan, atau yang telah dilakukan, sebelum orang itu berlepas dari Negara asing yang berkenaan menurut permintaan itu; (b) dikenakan apa-apa guaman sivil berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dikatakan telah berlaku, atau yang telah berlaku, sebelum orang itu berlepas dari Negara asing itu menurut permintaan itu; atau (c) dikehendaki memberikan keterangan atau bantuan berhubung dengan apa-apa perkara jenayah di Malaysia Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 21 selain perkara jenayah yang berkaitan dengan permintaan itu. (2) Subseksyen (1) terhenti terpakai jika— (a) orang itu telah meninggalkan Malaysia; atau (b) orang itu telah berpeluang untuk meninggalkan Malaysia dan telah terus berada di Malaysia selain bagi— (i) maksud yang berhubungan dengan permintaan itu; atau (ii) maksud memberikan keterangan atau bantuan dalam suatu perkara jenayah di Malaysia yang diperakui oleh Peguam Negara secara bertulis sebagai suatu perkara jenayah yang mengenainya wajar orang itu memberikan keterangan atau bantuan. (3) Sesuatu perakuan yang diberikan oleh Peguam Negara di bawah subperenggan (2)(b)(ii) berkuat kuasa dari hari yang dinyatakan dalam perakuan itu, yang boleh merupakan suatu hari sebelum hari perakuan itu diberikan. Batasan atas penggunaan pernyataan 12. Jika seseorang berada di Malaysia menurut suatu permintaan yang dibuat di bawah seksyen 9 dan orang itu telah membuat suatu pernyataan berhubung dengan perkara jenayah yang berhubungan dengan permintaan itu atau berhubung dengan suatu perkara jenayah yang diperakui oleh Peguam Negara di bawah subperenggan 11(2)(b)(ii), pernyataan itu— (a) tidak boleh diterima atau selainnya digunakan dalam mana-mana pendakwaan orang itu atas suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia (selain bagi kesalahan sumpah bohong atau penghinaan mahkamah berhubung dengan pemberian keterangan itu) melainkan jika pihak 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 berkuasa yang berkenaan Negara asing itu mengizinkan penggunaannya sedemikian; dan (b) boleh diterima atau digunakan terhadapnya dalam mana-mana prosiding jenayah di Malaysia— (i) bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya; atau (ii) sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalam pernyataan itu, yang mengenainya keterangan lisan secara langsung olehnya boleh diterima, jika dalam memberikan keterangan itu dia membuat pernyataan yang tidak selaras dengan pernyataan itu. Permintaan bagi menguatkuasakan perintah pelucuthakan 13. (1) Peguam Negara boleh, jika dia berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sebahagian daripada atau segala harta atau peralatan berkenaan berada di sesuatu Negara asing, meminta pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing itu membuat perkiraan— (a) bagi penguatkuasaan dan penunaian sesuatu perintah pelucuthakan; atau (b) jika suatu perintah pelucuthakan boleh dibuat di Malaysia untuk menyekat urusan mengenai apa-apa harta atau peralatan yang terhadapnya perintah itu boleh dikuatkuasakan atau yang ada untuk menunaikan perintah itu. (2) Sesuatu perakuan yang dikatakan telah dikeluarkan oleh atau bagi pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing yang menyatakan— Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 23 (a) bahawa harta atau peralatan telah didapatkan di Negara asing itu menurut suatu permintaan di bawah subseksyen (1); (b) nilai harta atau peralatan itu; atau (c) tarikh harta atau peralatan itu didapatkan, hendaklah, dalam mana-mana prosiding kehakiman, boleh diterima sebagai keterangan mengenai perkara yang dinyatakan itu. Bantuan dalam mencari atau mengenal pasti orang 14. Jika Peguam Negara berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa terdapat, di mana-mana Negara asing, seseorang yang— (a) adalah atau mungkin terlibat dengan atau terjejas oleh; atau (b) dapat memberikan keterangan atau bantuan yang berkaitan dengan, apa-apa perkara jenayah di Malaysia, Peguam Negara boleh meminta pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing itu membantu dalam mencari, atau, jika identiti orang itu tidak dikenali, dalam mengenal pasti dan mencari, orang itu. Bantuan dalam penyampaian proses 15. (1) Peguam Negara boleh meminta pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing membantu dalam melaksanakan penyampaian apa-apa proses jika Peguam Negara berpuas hati bahawa bagi maksud atau berkaitan dengan apa-apa perkara jenayah di Malaysia, adalah perlu atau wajar disampaikan proses itu kepada seseorang itu atau sesuatu pihak berkuasa di Negara asing itu. (2) Seksyen ini tidaklah menjejaskan Akta (Peruntukan- Peruntukan Khas) Saman dan Waran 1971 [Akta 25]. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 BAHAGIAN III PERMINTAAN KEPADA MALAYSIA Pemakaian Bahagian ini 16. Melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Bahagian ini, bantuan di bawah Bahagian ini boleh diberikan kepada sesuatu Negara asing yang ditetapkan. Negara asing yang ditetapkan 17. (1) Menteri boleh, bagi maksud Bahagian ini, melalui perintah mengisytiharkan suatu Negara asing sebagai suatu Negara asing yang ditetapkan jika suatu triti atau perjanjian lain antara Malaysia dengan Negara asing itu sedang berkuat kuasa yang di bawahnya Negara asing itu telah bersetuju untuk memberikan bantuan dalam perkara jenayah kepada Malaysia. (2) Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh memperuntukkan bahawa peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai bagi Negara asing itu tertakluk pada apa-apa sekatan, had, kekecualian, ubah suaian, penyesuaian, syarat atau batasan yang dinyatakan dalam perintah itu, dan dalam keadaan sedemikian peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya. (3) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa perkiraan yang disebut dalam perintah itu mematuhi Akta ini, dan bahawa Akta ini terpakai dalam hal Negara asing yang disebut dalam perintah itu, dan kesahan perintah itu tidak boleh dipersoalkan dalam apa-apa prosiding undang-undang. (4) Menteri boleh melalui suatu perintah kemudiannya mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat sebelum ini di bawah seksyen ini. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 25 Arahan khas Menteri 18. Jika suatu Negara asing yang berkenaan dengannya tiada perintah telah dibuat di bawah seksyen 17 membuat permintaan bagi bantuan bersama dalam perkara jenayah di bawah Akta ini, Menteri boleh, atas syor Peguam Negara, memberikan suatu arahan khas secara bertulis bahawa Akta ini hendaklah terpakai bagi Negara asing itu berhubung dengan bantuan bersama yang diminta itu tertakluk pada apa-apa sekatan, had, kekecualian, ubah suaian, penyesuaian, syarat atau batasan yang terkandung dalam arahan itu. Permintaan hendaklah dibuat kepada Peguam Negara 19. (1) Sesuatu permintaan oleh sesuatu Negara asing yang ditetapkan kepada Malaysia bagi bantuan dalam perkara jenayah di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat kepada Peguam Negara. (2) Sesuatu permintaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat melalui saluran diplomatik, atau jika hal keadaan menghendaki, boleh dibuat secara terus kepada Peguam Negara. (3) Tiap-tiap permintaan hendaklah— (a) menyatakan maksud permintaan itu dan jenis bantuan yang diminta; (b) mengenal pasti orang atau pihak berkuasa yang memulakan permintaan itu; dan (c) disertakan dengan— (i) (Dipotong oleh Akta A1709). (ii) suatu perihalan jenis perkara jenayah itu dan suatu pernyataan yang menyatakan ringkasan fakta dan undang-undang yang berkaitan; (iii) jika permintaan itu berhubungan dengan— 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 (A) lokasi seseorang yang disyaki terlibat dalam atau telah mendapat manfaat daripada pelakuan sesuatu kesalahan berat asing; atau (B) pengesanan harta atau peralatan yang disyaki berkaitan dengan sesuatu kesalahan berat asing, nama, identiti, kerakyatan, lokasi atau perihalan orang itu, atau lokasi dan perihalan mengenai harta atau peralatan itu, jika diketahui, dan suatu pernyataan yang menyatakan asas untuk mengesyaki perkara yang disebut dalam subsubperenggan (A) atau (B); (iv) suatu perihalan kesalahan yang dengannya perkara jenayah itu berkaitan, termasuklah penalti maksimumnya; (v) butir-butir mengenai tatacara yang Negara asing yang ditetapkan itu mahu supaya diikuti oleh Malaysia dalam melaksanakan permintaan itu, termasuklah butir-butir mengenai cara dan bentuk apa-apa maklumat atau benda perlu dibekalkan kepada Negara asing yang ditetapkan itu menurut permintaan itu; (vi) jika permintaan itu ialah bagi bantuan berhubung dengan suatu perkara jenayah sampingan dan prosiding kehakiman untuk memperoleh suatu perintah pelucuthakan asing belum dimulakan di Negara asing yang ditetapkan itu, suatu pernyataan yang menunjukkan bila prosiding kehakiman itu dijangkakan akan dimulakan; (vii) suatu pernyataan yang menyatakan kehendak Negara asing yang ditetapkan itu berkenaan dengan kerahsiaan permintaan itu dan sebab bagi kehendak itu; Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 27 (viii) butir-butir mengenai tempoh yang dalamnya Negara asing yang ditetapkan itu mahu supaya permintaan itu ditunaikan; (ix) jika permintaan itu melibatkan kedatangan seseorang dari Malaysia ke Negara asing yang ditetapkan itu, butir-butir mengenai elaun yang berhak didapati oleh orang itu, dan mengenai perkiraan bagi keselamatan dan penginapan orang itu semasa orang itu berada di Negara asing yang ditetapkan itu menurut permintaan itu; (x) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki supaya disertakan bersama permintaan itu di bawah apa-apa triti atau perjanjian lain antara Malaysia dengan Negara asing yang ditetapkan itu, jika ada; dan (xi) apa-apa maklumat lain yang boleh membantu dalam melaksanakan permintaan itu atau yang dikehendaki di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (4) Kegagalan untuk mematuhi subseksyen (3) tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan memberikan bantuan. Keengganan memberikan bantuan 20. (1) Sesuatu permintaan oleh sesuatu Negara asing yang ditetapkan bagi bantuan di bawah Bahagian ini hendaklah ditolak jika, pada pendapat Peguam Negara— (a) pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu telah, berkenaan dengan permintaan itu, gagal mematuhi terma mana-mana triti atau perjanjian lain antara Malaysia dengan Negara asing yang ditetapkan itu; (b) permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang bagi suatu kesalahan yang merupakan, atau yang oleh sebab hal keadaan yang 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 dalamnya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan atau telah dilakukan, suatu kesalahan yang bersifat politik; (c) permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang berkenaan dengan sesuatu perbuatan atau peninggalan yang, jika perbuatan atau peninggalan itu telah berlaku di Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan tentera di bawah undang-undang Malaysia yang bukan suatu kesalahan juga di bawah undang-undang jenayah biasa Malaysia; (d) terdapat alasan substansial untuk mempercayai bahawa permintaan itu telah dibuat bagi maksud untuk menyiasat, mendakwa, menghukum atau selainnya menyebabkan kemudaratan kepada seseorang kerana ras, agama, jantina, keturunan etnik, kerakyatan atau pendapat politik orang itu; (e) permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang bagi suatu kesalahan dalam hal apabila orang itu— (i) telah disabitkan, dibebaskan atau diberi pengampunan oleh suatu mahkamah yang berwibawa atau pihak berkuasa lain Negara asing yang ditetapkan itu; atau (ii) telah menjalani hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu, berkenaan dengan kesalahan itu atau kesalahan lain yang terdiri daripada perbuatan atau peninggalan yang sama sebagaimana kesalahan yang mula-mula disebut itu; (f) permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang berkenaan dengan suatu perbuatan atau peninggalan yang, jika perbuatan atau peninggalan itu telah berlaku di Malaysia, tidak akan menjadi suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia; Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 29 (g) fakta yang menjadi kesalahan yang dengannya permintaan itu berkaitan tidak menunjukkan suatu kesalahan yang cukup berat; (h) benda yang diminta itu boleh dengan munasabahnya didapati dengan cara lain; (i) pemberian bantuan itu akan menjejaskan kedaulatan, keselamatan, ketenteraman awam atau kepentingan awam yang perlu yang lain di Malaysia; (j) pihak berkuasa yang berkenaan gagal untuk mengaku janji bahawa benda yang diminta itu tidak akan digunakan bagi sesuatu perkara selain perkara jenayah yang berkenaan dengannya permintaan itu dibuat; (k) dalam hal sesuatu permintaan bagi bantuan di bawah seksyen 22, 23, 24, 25 dan 26 atau seksyen 35, 36, 37 dan 38, pihak berkuasa yang berkenaan gagal untuk mengaku janji untuk memulangkan kepada Peguam Negara, atas permintaannya, apa-apa benda yang diperoleh menurut permintaan itu apabila selesai perkara jenayah yang berkenaan dengannya permintaan itu dibuat; (l) pemberian bantuan itu boleh memudaratkan suatu perkara jenayah di Malaysia; atau (m) pemberian bantuan itu akan memerlukan langkah diambil yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis. (2) Perenggan (1)(j) tidaklah terpakai jika kegagalan untuk mengaku janji bahawa benda yang diminta tidak akan digunakan untuk suatu perkara selain perkara jenayah yang berkenaan dengannya permintaan itu dibuat adalah dengan persetujuan Peguam Negara. (3) Sesuatu permintaan oleh sesuatu Negara asing yang ditetapkan bagi bantuan di bawah Bahagian ini boleh ditolak oleh Peguam Negara— 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 (a) menurut terma mana-mana triti atau perjanjian lain antara Malaysia dengan Negara asing yang ditetapkan itu; (b) jika, pada pendapat Peguam Negara, pemberian bantuan itu akan, atau berkemungkinan akan, menjejaskan keselamatan mana-mana orang, sama ada orang itu berada di dalam atau di luar Malaysia; (c) jika, pada pendapat Peguam Negara, pemberian bantuan itu akan mengenakan suatu beban yang berlebih-lebihan ke atas sumber-sumber Malaysia; atau (d) jika Negara asing itu bukanlah suatu Negara asing yang ditetapkan dan pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing itu gagal memberikan suatu aku janji kepada Peguam Negara bahawa Negara asing itu akan, tertakluk pada undang-undangnya, mematuhi suatu permintaan pada masa hadapan oleh Malaysia kepada Negara asing itu bagi bantuan dalam suatu perkara jenayah. (4) Tanpa menjejaskan perenggan (3)(c), jika terdapat suatu permintaan bagi bantuan oleh suatu Negara asing yang ditetapkan dan Peguam Negara berpendapat bahawa perbelanjaan yang terlibat dalam mematuhi permintaan itu atau meneruskan pemberian bantuan yang diminta itu luar biasa atau besar sifatnya, Peguam Negara hendaklah berunding dengan pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu tentang syarat yang di bawahnya permintaan itu akan dilaksanakan atau yang di bawahnya Peguam Negara hendaklah terhenti melaksanakannya, mengikut mana-mana yang berkenaan. Kecualian bagi kesalahan politik 21. (1) Bagi maksud perenggan 20(1)(b), kesalahan yang berikut tidaklah boleh dianggap sebagai kesalahan yang bersifat politik: (a) suatu kesalahan terhadap nyawa atau diri seseorang Ketua Negara atau anggota keluarga terdekat seseorang Ketua Negara; Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 31 (b) suatu kesalahan terhadap nyawa atau diri seseorang Ketua Kerajaan, atau seseorang Menteri sesuatu Kerajaan; (c) suatu kesalahan yang diwujudkan di bawah apa-apa triti antarabangsa pelbagai hala yang Malaysia dan Negara asing yang ditetapkan itu ialah pihak kepadanya dan yang diisytiharkan dalam triti pelbagai hala berkenaan tidak dikira sebagai suatu kesalahan yang bersifat politik bagi maksud bantuan bersama dalam perkara jenayah; (d) apa-apa kesalahan lain yang diisytiharkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; dan (e) apa-apa percubaan, persubahatan atau komplot untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d). (2) Peguam Negara boleh menyekat pemakaian mana-mana peruntukan yang dibuat di bawah subseksyen (1) bagi suatu permintaan daripada suatu Negara asing yang ditetapkan yang telah membuat peruntukan yang seumpama dalam undang-undangnya. Pengambilan keterangan bagi prosiding jenayah 22. (1) Jika suatu permintaan dibuat oleh pihak berkuasa yang berkenaan suatu Negara asing yang ditetapkan supaya keterangan diambil di Malaysia bagi maksud mana-mana prosiding jenayah yang masih belum selesai di suatu mahkamah di Negara asing yang ditetapkan itu, Peguam Negara boleh, tertakluk pada syarat-syarat yang ditentukan oleh Peguam Negara, membenarkan pengambilan keterangan itu. (2) Jika Peguam Negara membenarkan pengambilan keterangan di bawah subseksyen (1), Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah— (a) mengambil keterangan bersumpah setiap saksi yang hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berhubung dengan perkara jenayah itu seolah-olah saksi itu 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 memberikan keterangan atas pertuduhan terhadap seseorang bagi suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia; (b) menyebabkan keterangan itu ditulis dan memperakui di hujung tulisan itu bahawa keterangan itu telah diambil olehnya; dan (c) menyebabkan supaya keterangan yang diperakui sedemikian dihantar kepada Peguam Negara. (3) Prosiding itu boleh dijalankan dengan kehadiran atau tanpa kehadiran orang yang dengannya prosiding jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu berhubungan atau wakilnya di sisi undang- undang, jika ada. (4) Hakim Mahkamah Sesyen yang menjalankan prosiding di bawah subseksyen (2) hendaklah membenarkan orang yang berikut mempunyai wakil di sisi undang-undang dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen itu: (a) orang yang dengannya prosiding di Negara asing yang ditetapkan itu berkaitan; (b) mana-mana orang lain yang memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa bahan atau barang dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen itu; dan (c) pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu. (5) Perakuan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah menyatakan sama ada orang yang dengannya prosiding jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu berkaitan atau wakilnya di sisi undang-undang, jika ada, hadir dalam prosiding itu. (6) Undang-undang yang sedang berkuat kuasa berkenaan dengan pemaksaan orang supaya hadir di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, dan untuk memberikan keterangan, menjawab soalan dan mengemukakan bahan atau barang hendaklah, setakat yang undang- undang itu berkenaan, terpakai bagi maksud seksyen ini seolah-olah Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 33 ia ialah suatu pendengaran bagi suatu pertuduhan terhadap seseorang bagi suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia. (7) Walau apa pun subseksyen (6), bagi maksud seksyen ini, orang yang dengannya prosiding jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu berkaitan adalah kompeten, tetapi tidak boleh dipaksa, untuk memberikan keterangan. (8) Walau apa pun subseksyen (6), tiada seorang pun yang dikehendaki di bawah seksyen ini supaya memberikan keterangan bagi maksud mana-mana prosiding jenayah di sesuatu Negara asing yang ditetapkan boleh dikehendaki menjawab apa-apa soalan yang orang itu tidak boleh dipaksa untuk menjawabnya dalam prosiding itu di Negara asing yang ditetapkan itu. (9) Suatu perakuan kekebalan undang-undang asing yang diperakui dengan sewajarnya boleh diterima dalam prosiding di bawah seksyen ini sebagai keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu. (10) Keterangan yang diambil di bawah seksyen ini tidak boleh diterima sebagai keterangan atau digunakan selainnya bagi maksud mana-mana prosiding kehakiman, prosiding tatatertib, atau prosiding lain di Malaysia kecuali dalam pendakwaan orang yang memberikan keterangan itu bagi kesalahan sumpah bohong atau penghinaan mahkamah berkenaan dengan keterangan itu. (11) Walau apa pun subseksyen (10), keterangan yang diambil di bawah seksyen ini boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan orang yang memberikan keterangan itu dalam mana-mana prosiding kehakiman bagi maksud itu di bawah Akta Keterangan 1950. Perintah pengemukaan bagi perkara jenayah 23. (1) Jika suatu permintaan dibuat oleh pihak berkuasa yang berkenaan suatu Negara asing yang ditetapkan supaya apa-apa benda tertentu atau perihalan sesuatu benda di Malaysia dikemukakan bagi maksud mana-mana perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 itu, Peguam Negara atau orang yang dilantik olehnya dengan sewajarnya boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah di bawah subseksyen (3). (2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan perintah di bawah subseksyen (3) berhubung dengan apa-apa benda dalam milikan sesuatu institusi kewangan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi sahaja. (3) Jika, atas suatu permohonan sedemikian, mahkamah berpuas hati bahawa syarat-syarat yang disebut dalam subseksyen (4) telah dipenuhi, mahkamah boleh membuat perintah supaya orang yang didapati oleh mahkamah memiliki benda yang dengannya permohonan itu berkaitan hendaklah— (a) mengemukakan benda itu kepada pegawai diberi kuasa untuk dibawa pergi olehnya; atau (b) memberi pegawai diberi kuasa akses kepada benda itu, dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah itu atau apa-apa tempoh lain yang didapati patut oleh mahkamah. (4) Syarat-syarat yang disebut dalam subseksyen (3) ialah— (a) bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang tertentu telah melakukan atau mendapat manfaat daripada suatu kesalahan berat asing; (b) bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa benda yang dengannya permohonan itu berkaitan— (i) adalah berkenaan dengan perkara jenayah yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat; dan (ii) tidak terdiri daripada atau termasuk butiran yang tertakluk pada keistimewaan undang-undang; dan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 35 (c) bahawa mahkamah itu berpuas hati bahawa tidaklah bercanggah dengan kepentingan awam atau mana-mana undang-undang bertulis bagi benda itu dikemukakan atau akses kepadanya diberikan. (5) Prosiding yang disebut dalam subseksyen (3) boleh dijalankan dengan kehadiran atau tanpa kehadiran orang yang dengannya prosiding jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu berkaitan atau wakilnya di sisi undang-undang, jika ada. (6) Tiada seorang pun yang dikehendaki oleh suatu perintah di bawah seksyen ini supaya mengemukakan atau untuk menyediakan apa-apa benda bagi maksud mana-mana prosiding jenayah di sesuatu Negara asing yang ditetapkan boleh dikehendaki mengemukakan apa-apa benda yang orang itu tidak boleh dipaksa supaya mengemukakannya dalam prosiding di Negara asing yang ditetapkan itu. (7) Sesuatu perakuan kekebalan undang-undang asing yang diperakui dengan sewajarnya boleh diterima dalam prosiding di bawah seksyen ini sebagai keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu. Peruntukan tambahan mengenai perintah pengemukaan 24. (1) Jika suatu mahkamah memerintahkan seseorang di bawah seksyen 23 supaya memberi pegawai diberi kuasa akses kepada apa-apa benda di mana-mana premis, mahkamah boleh, berdasarkan permohonan yang sama atau yang kemudian oleh seseorang pegawai diberi kuasa, memerintahkan mana-mana orang yang didapatinya berhak untuk membenarkan premis itu dimasuki supaya membenarkan pegawai diberi kuasa masuk ke premis itu untuk mendapatkan akses kepada benda itu. (2) Jika apa-apa bahan yang dengannya perintah di bawah seksyen 23 berkaitan mengandungi maklumat yang berkandung dalam atau yang boleh dicapai melalui apa-apa kelengkapan data— 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 (a) sesuatu perintah di bawah perenggan 23(3)(a) hendaklah mempunyai kuat kuasa sebagai suatu perintah supaya bahan itu dikemukakan dalam bentuk yang boleh dibawa pergi dan yang boleh dilihat, mudah dibaca dan boleh difahami; dan (b) sesuatu perintah di bawah perenggan 23(3)(b) hendaklah mempunyai kuat kuasa sebagai suatu perintah supaya capaian diberikan kepada bahan itu dalam bentuk yang boleh dilihat, mudah dibaca dan boleh difahami. (3) Seseorang itu tidak dikecualikan daripada mengemukakan atau menyediakan apa-apa benda oleh perintah di bawah seksyen 23 atas alasan bahawa— (a) pengemukaan atau penyediaan benda itu mungkin akan menunjukkan orang itu bersalah atau membuat orang itu boleh dikenakan penalti; atau (b) pengemukaan atau penyediaan benda itu akan menjadi pelanggaran suatu obligasi, sama ada yang dikenakan oleh undang-undang atau selainnya, oleh orang itu supaya tidak menzahirkan kewujudan isi kandungan benda itu. (4) Suatu perintah di bawah seksyen 23— (a) tidaklah memberikan apa-apa hak bagi pengemukaan, atau akses kepada, butiran yang tertakluk pada keistimewaan undang-undang; dan (b) hendaklah mempunyai kuat kuasa walaupun ada apa-apa obligasi tentang kerahsiaan atau sekatan lain ke atas penzahiran maklumat yang dikenakan oleh undang-undang atau selainnya. (5) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengambil gambar atau membuat salinan apa-apa benda yang dikemukakan atau yang akses kepadanya diberikan menurut perintah yang dibuat di bawah seksyen 23. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 37 (6) Jika seorang pegawai diberi kuasa mengambil milik apa-apa benda di bawah perintah yang dibuat di bawah seksyen 23 atau mengambil apa-apa gambar atau membuat apa-apa salinan benda itu menurut subseksyen (5), dia hendaklah memaklumkan Peguam Negara dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Peguam Negara, dengan segera menghantar benda atau gambar atau salinan benda itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan yang berkenaan. (7) Dalam seksyen ini, “kelengkapan data” ertinya apa-apa kelengkapan yang— (a) memproses maklumat secara automatik; (b) merekodkan atau menyimpan maklumat secara automatik; (c) boleh digunakan untuk menyebabkan supaya maklumat direkodkan, disimpan atau diproses selainnya secara automatik pada kelengkapan lain, di mana-mana jua terletak; (d) boleh digunakan untuk mendapatkan kembali maklumat sama ada maklumat itu direkodkan atau disimpan dalam kelengkapan itu sendiri atau dalam kelengkapan lain, di mana-mana jua terletak; atau (e) boleh digunakan untuk menjalankan mana-mana gabungan fungsi yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (d). Kekebalan kerana mematuhi perintah pengemukaan 25.
Part document.segment-2
621 - *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
621 - *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002 — segment 2
AI-assisted research summary: This provision gives the Attorney General and other authorities powers to help with cross-border criminal cooperation, search and seizure, custody transfer, service of process, and enforcement of foreign confiscation orders. It also creates offences for escaping custody and obstructing an authorized officer, and protects people who comply in good faith with certain orders or warrants.
(1) Tiada tindakan sivil atau jenayah, selain tindakan jenayah bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 26, boleh dibawa terhadap mana-mana orang kerana— (a) mengemukakan atau memberikan akses kepada apa-apa benda jika orang itu telah mengemukakan atau memberikan akses kepada benda itu dengan suci hati kerana 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 mematuhi suatu perintah yang dibuat terhadapnya di bawah seksyen 23; atau (b) melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan jika orang itu telah melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu dengan suci hati dan sebagai akibat mematuhi perintah sedemikian. (2) Seseorang yang mematuhi perintah yang dibuat di bawah seksyen 23 tidak boleh dianggap telah melanggar apa-apa sekatan atas penzahiran maklumat atau benda itu yang dikenakan oleh undang-undang, kontrak atau kaedah kelakuan profesional. Kegagalan untuk mematuhi perintah pengemukaan 26. Mana-mana orang yang— (a) tanpa alasan yang munasabah melanggar atau tidak mematuhi perintah di bawah seksyen 23; atau (b) dengan berupa sebagai mematuhi perintah sedemikian, mengemukakan atau menyediakan kepada pegawai diberi kuasa apa-apa bahan yang diketahui oleh orang itu adalah palsu atau mengelirukan dari segi matan tanpa— (i) menunjukkan kepada pegawai diberi kuasa itu bahawa bahan itu adalah palsu atau mengelirukan dan bahagian bahan itu yang palsu atau mengelirukan; atau (ii) memberikan maklumat yang betul kepada pegawai diberi kuasa jika orang itu memiliki, atau dapat dengan semunasabahnya memperoleh, maklumat yang betul, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 39 Permintaan bagi kehadiran orang di Negara asing yang ditetapkan 27. (1) Pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing yang ditetapkan boleh meminta Peguam Negara supaya membantu membuat perkiraan bagi kehadiran di Negara asing yang ditetapkan itu seseorang yang berada di Malaysia bagi maksud memberikan keterangan atau bantuan berhubung dengan suatu perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu. (2) Peguam Negara boleh membantu membuat perkiraan bagi kedatangan seseorang itu ke Negara asing yang ditetapkan itu menurut suatu permintaan yang disebut dalam subseksyen (1) jika Peguam Negara berpuas hati bahawa— (a) permintaan itu berhubungan dengan suatu perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu yang melibatkan suatu kesalahan berat asing; (b) terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang berkenaan dapat memberikan keterangan atau bantuan yang berkaitan dengan perkara jenayah itu; (c) orang yang berkenaan telah dengan rela hati bersetuju untuk hadir sebagaimana yang diminta; dan (d) pihak berkuasa yang berkenaan telah memberikan aku janji yang memadai berkenaan dengan perkara yang disebut dalam subseksyen (3). (3) Perkara yang berhubungan dengannya aku janji hendaklah diberikan oleh pihak berkuasa yang berkenaan ialah— (a) bahawa orang itu tidak boleh— (i) ditahan, didakwa atau dihukum atas apa-apa kesalahan terhadap undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu yang dikatakan telah dilakukan, atau 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 yang telah dilakukan, sebelum orang itu berlepas dari Malaysia; (ii) dikenakan apa-apa guaman sivil berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan orang itu yang dikatakan telah berlaku, atau yang telah berlaku, sebelum orang itu berlepas dari Malaysia; atau (iii) dikehendaki memberikan keterangan atau bantuan berhubung dengan apa-apa perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu selain perkara jenayah yang dengannya permintaan itu berkaitan, melainkan jika orang itu telah meninggalkan Negara asing yang ditetapkan itu atau orang itu telah berpeluang untuk meninggalkan Negara asing yang ditetapkan itu dan telah terus berada di Negara asing yang ditetapkan itu selain bagi maksud memberikan keterangan atau bantuan berhubung dengan perkara jenayah yang berkaitan dengan permintaan itu; (b) bahawa apa-apa keterangan yang diberikan oleh orang itu dalam prosiding jenayah yang dengannya permintaan itu berkaitan, jika ada, tidak boleh diterima atau selainnya tidak akan dibenarkan digunakan dalam pendakwaan orang itu atas suatu kesalahan terhadap undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu, selain bagi kesalahan sumpah bohong atau penghinaan mahkamah berhubung dengan pemberian keterangan itu; (c) bahawa orang itu akan dikembalikan ke Malaysia mengikut perkiraan yang dipersetujui oleh Peguam Negara; dan (d) apa-apa perkara lain yang difikirkan patut oleh Peguam Negara. (4) Jika, menurut seksyen ini, pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing yang ditetapkan meminta bantuan Peguam Negara dalam membuat perkiraan bagi kehadiran mana-mana orang di Negara asing yang ditetapkan itu, orang yang dengannya permintaan itu berkaitan tidak boleh dikenakan apa-apa penalti atau Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 41 liabiliti atau selainnya termudarat di sisi undang-undang semata-mata disebabkan oleh keengganan atau kegagalan orang itu untuk bersetuju untuk hadir sebagaimana yang diminta. Permintaan bagi kehadiran banduan atau orang di bawah tahanan 28. (1) Jika sesuatu permintaan oleh pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing yang ditetapkan di bawah seksyen 27 adalah berhubungan dengan— (a) seorang banduan mengikut pengertian seksyen 2 Akta Penjara 1995 [Akta 537]; atau (b) seseorang orang yang sedang ditahan dalam suatu institusi yang ditetapkan, Peguam Negara boleh membantu membuat perkiraan bagi pemindahan orang itu ke dalam jagaan seorang pegawai Negara asing yang ditetapkan itu bagi maksud membawa orang itu dari Malaysia ke Negara asing yang ditetapkan itu dan, selepas itu, ditahan di Negara asing yang ditetapkan itu di bawah jagaan pihak berkuasa yang sah di Negara asing yang ditetapkan itu dan dibawa dari semasa ke semasa di bawah jagaan ke hadapan pihak berkuasa yang berkenaan atau mahkamah di Negara asing yang ditetapkan itu yang di hadapannya dia dikehendaki hadir sebagai saksi. (2) Sebaik sahaja kehadirannya tidak lagi dikehendaki oleh pihak berkuasa yang berkenaan atau mahkamah di Negara asing yang ditetapkan itu yang di hadapannya dia dikehendaki hadir, orang itu hendaklah dibawa dalam jagaan seorang pegawai Negara asing yang ditetapkan itu ke Malaysia dan dikembalikan ke dalam jagaan seorang pegawai Malaysia yang mempunyai kuasa yang sah untuk mengambilnya ke dalam jagaan dan dia hendaklah, selepas itu, terus menjalani pemenjaraan atau tahanan yang dijalaninya sebelum pemindahan jagaannya di bawah subseksyen (1). 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 (3) Tempoh orang itu berada di bawah jagaan asing di bawah seksyen ini hendaklah diambil kira dalam mengira tempoh pemenjaraan atau tahanan orang itu di Malaysia. (4) Tiada pemindahan di bawah subseksyen (1) boleh dilakukan melainkan jika pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu memberikan aku janji— (a) untuk menanggung dan bertanggungjawab bagi segala belanja pemindahan jagaan itu; (b) untuk menahan orang itu di bawah jagaan sah sepanjang pemindahan jagaannya; dan (c) untuk mengembalikannya ke dalam jagaan Malaysia sebaik sahaja kehadirannya di hadapan pihak berkuasa yang berkenaan atau mahkamah di Negara asing yang ditetapkan itu tidak lagi dikehendaki. Jagaan orang dalam perjalanan 29. (1) Orang yang dalam jagaan di suatu Negara asing yang ditetapkan dan yang telah bersetuju untuk memberikan keterangan atau bantuan berhubung dengan suatu perkara jenayah di suatu Negara asing yang ditetapkan yang lain boleh dibawa melalui Malaysia, dalam jagaan orang lain, ke Negara asing yang ditetapkan yang lain itu, jika Negara asing yang ditetapkan yang mula-mula disebut itu memberi notis terlebih dahulu mengenai perkara itu kepada Peguam Negara. (2) Orang yang dibawa melalui Malaysia dalam jagaan boleh, jika pesawat terbang, kenderaan air atau kereta api yang membawa orang itu mendarat atau berlabuh atau berhenti di Malaysia, ditahan dalam jagaan mana-mana pegawai diberi kuasa yang diarahkan oleh Peguam Negara secara bertulis sehingga perjalanannya diteruskan. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 43 (3) Jika— (a) seseorang yang ditahan dalam jagaan menurut suatu arahan di bawah subseksyen (2); dan (b) perjalanan orang itu, pada pendapat Peguam Negara, tidak diteruskan dalam tempoh masa yang munasabah, Peguam Negara boleh mengarahkan supaya orang itu dibawa dalam jagaan ke Negara asing yang ditetapkan yang darinya orang itu mula-mula dibawa, dan arahan sedemikian hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi pemindahan orang itu dari Malaysia dengan apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Peguam Negara. (4) Segala kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Malaysia berkenaan dengan subseksyen (2) dan (3) hendaklah dibayar balik oleh Negara asing yang ditetapkan yang darinya orang itu mula-mula dibawa. Melarikan diri daripada jagaan semasa dalam perjalanan 30. (1) Mana-mana orang yang, sebagai orang yang ditahan dalam jagaan menurut suatu arahan di bawah subseksyen 29(2), melarikan diri daripada jagaan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, tanpa waran, menangkap seseorang jika pegawai diberi kuasa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu merupakan orang yang disebut dalam subseksyen (1). (3) Orang yang telah ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah dikembalikan kepada jagaan mengikut Akta ini. 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 Permintaan bagi menguatkuasakan perintah pelucuthakan asing 31. (1) Pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing yang ditetapkan boleh meminta Peguam Negara— (a) membantu menguatkuasakan dan menunaikan suatu perintah pelucuthakan asing yang dibuat dalam mana-mana prosiding kehakiman yang dimulakan di Negara asing yang ditetapkan itu terhadap harta atau peralatan yang dipercayai dengan munasabahnya terletak di Malaysia; atau (b) jika suatu perintah pelucuthakan asing boleh dibuat dalam prosiding kehakiman yang telah atau akan dimulakan di Negara asing yang ditetapkan itu, membantu menyekat urusan mengenai apa-apa harta atau peralatan yang dipercayai dengan munasabahnya terletak di Malaysia dan yang terhadapnya perintah itu boleh dikuatkuasakan atau yang ada untuk menunaikan perintah itu. (2) Apabila suatu permintaan yang disebut dalam subseksyen (1) diterima, Peguam Negara boleh— (a) dalam hal perenggan (1)(a), bertindak atau memberi kuasa bagi tindakan diambil di bawah seksyen 32 dan peraturan-peraturan yang dibuat menurut seksyen 44; atau (b) dalam hal perenggan (1)(b), bertindak atau memberi kuasa bagi tindakan diambil di bawah peraturan-peraturan yang dibuat menurut seksyen 44, dan dalam hal itu seksyen 32 dan peraturan-peraturan yang dibuat menurut seksyen 44 hendaklah terpakai dengan sewajarnya. Pendaftaran perintah pelucuthakan asing 32. (1) Peguam Negara atau orang yang diberi kuasa olehnya boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi pendaftaran suatu perintah pelucuthakan asing. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 45 (2) Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan yang disebut dalam subseksyen (1), mendaftarkan perintah pelucuthakan asing itu jika Mahkamah Tinggi berpuas hati— (a) bahawa perintah itu sedang berkuat kuasa dan tidak tertakluk pada rayuan selanjutnya di Negara asing yang ditetapkan itu; (b) jika orang yang terjejas oleh perintah itu tidak hadir dalam prosiding di Negara asing yang ditetapkan itu, bahawa orang itu telah menerima notis tentang prosiding itu dalam masa yang mencukupi bagi membolehkan orang itu membuat pembelaan dalam prosiding itu; dan (c) bahawa penguatkuasaan perintah itu di Malaysia tidak bercanggah dengan kepentingan keadilan. (3) Bagi maksud subseksyen (2), Mahkamah Tinggi hendaklah mengambil kira perakuan yang disebut dalam seksyen 34 jika dikemukakan. (4) Mahkamah Tinggi hendaklah membatalkan pendaftaran sesuatu perintah pelucuthakan asing jika didapati oleh Mahkamah Tinggi bahawa perintah itu telah ditunaikan dengan pembayaran amaun yang kena dibayar di bawahnya atau dengan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat menjalani hukuman pemenjaraan kerana ingkar membayar atau dengan cara lain. (5) Jika suatu amaun wang, jika ada, yang kena dibayar atau yang masih belum dibayar di bawah suatu perintah pelucuthakan asing yang telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini dinyatakan dalam mata wang selain mata wang Malaysia, amaun itu hendaklah, bagi maksud apa-apa tindakan yang diambil berhubung dengan perintah itu, ditukarkan kepada mata wang Malaysia berdasarkan kadar pertukaran semasa Bank pada tarikh perintah itu didaftarkan. (6) Bagi maksud subseksyen (5), sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh Bank dan yang menyatakan kadar pertukaran semasa pada suatu tarikh tertentu hendaklah diterima dalam 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 mana-mana prosiding kehakiman sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan itu. (7) Dalam seksyen ini, “rayuan” termasuklah— (a) apa-apa prosiding sebagai melepaskan atau mengetepikan sesuatu penghakiman; dan (b) sesuatu permohonan bagi perbicaraan baru atau penggantungan pelaksanaan. Bukti perintah, dsb. Negara asing yang ditetapkan 33. (1) Bagi maksud seksyen 31 dan 32 dan peraturan-peraturan yang dibuat menurut seksyen 44— (a) apa-apa perintah yang dibuat atau penghakiman yang diberikan oleh sesuatu mahkamah Negara asing yang ditetapkan yang berupa sebagai mengandungi meterai mahkamah itu atau ditandatangani oleh mana-mana orang atas sifatnya sebagai seorang hakim, majistret atau pegawai mahkamah, hendaklah disifatkan tanpa bukti lanjut sebagai telah dimeteraikan dengan sewajarnya atau telah ditandatangani oleh orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) sesuatu dokumen, yang telah disahkan dengan sewajarnya, yang berupa sebagai salinan apa-apa perintah yang dibuat atau penghakiman yang diberikan oleh suatu mahkamah Negara asing yang ditetapkan hendaklah disifatkan tanpa bukti lanjut sebagai salinan yang benar. (2) Sesuatu dokumen adalah disahkan dengan sewajarnya bagi maksud perenggan (1)(b) jika dokumen itu berupa sebagai telah diperakui oleh mana-mana orang atas sifatnya sebagai seorang hakim, majistret atau pegawai mahkamah yang berkenaan atau oleh atau bagi pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 47 Keterangan berhubung dengan prosiding dan perintah di Negara asing yang ditetapkan 34. (1) Bagi maksud seksyen 31 dan 32 dan peraturan-peraturan yang dibuat menurut seksyen 44, sesuatu perakuan yang berupa sebagai dikeluarkan oleh atau bagi pihak pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing yang ditetapkan yang menyatakan bahawa— (a) prosiding kehakiman telah dimulakan dan belum lagi selesai, atau bahawa prosiding kehakiman akan dimulakan, di Negara asing yang ditetapkan itu; (b) suatu perintah pelucuthakan asing sedang berkuat kuasa dan tidak tertakluk pada rayuan; (c) segala atau suatu amaun tertentu jumlah wang yang kena dibayar di bawah suatu perintah pelucuthakan asing masih belum dibayar di Negara asing yang ditetapkan itu, atau bahawa harta atau peralatan lain yang boleh didapatkan di bawah suatu perintah pelucuthakan asing masih belum didapatkan di Negara asing yang ditetapkan itu; (d) seseorang telah dimaklumkan tentang apa-apa prosiding kehakiman mengikut undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu; atau (e) suatu perintah, bagaimana jua pun diperihalkan, yang dibuat oleh suatu mahkamah Negara asing yang ditetapkan itu mempunyai maksud untuk— (i) mendapatkan, melucuthakkan atau merampas— (A) bayaran atau ganjaran lain yang diterima berkaitan dengan suatu kesalahan terhadap undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu yang merupakan suatu kesalahan berat asing, atau nilai bayaran atau ganjaran itu; atau 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 (B) harta yang diperoleh atau direalisasikan, secara langsung atau tidak langsung, daripada bayaran atau ganjaran lain yang diterima berkaitan dengan suatu kesalahan sedemikian atau nilai harta sedemikian; atau (C) peralatan atau nilai peralatan itu; atau (ii) melucuthakkan atau memusnahkan, atau melucuthakkan atau melupuskan selainnya, apa-apa dadah atau barang lain yang berhubungan dengannya suatu kesalahan terhadap undang-undang dadah yang bersamaan Negara asing yang ditetapkan itu telah dilakukan, atau yang telah digunakan berkaitan dengan pelakuan suatu kesalahan sedemikian, hendaklah, dalam apa-apa prosiding di mahkamah, diterima sebagai keterangan tanpa bukti lanjut. (2) Dalam apa-apa prosiding sedemikian, sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen yang disahkan dengan sewajarnya, yang berupa sebagai telah diterima dalam keterangan atau sebagai salinan dokumen yang diterima sedemikian, atau yang menyatakan atau meringkaskan keterangan yang diberikan dalam prosiding di sesuatu mahkamah di suatu Negara asing yang ditetapkan, boleh diterima sebagai keterangan tentang apa-apa fakta yang dinyatakan dalam dokumen itu. (3) Sesuatu dokumen adalah disahkan dengan sewajarnya bagi maksud subseksyen (2) jika dokumen itu berupa sebagai telah diperakui oleh mana-mana orang atas sifatnya sebagai seorang hakim, majistret atau pegawai mahkamah di Negara asing yang ditetapkan itu, atau oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu. (4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan kebolehterimaan apa-apa keterangan, sama ada yang terkandung dalam apa-apa dokumen atau selainnya, yang boleh diterima selain oleh sebab seksyen ini. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 49 Permintaan bagi penggeledahan dan penyitaan 35. (1) Peguam Negara boleh, atas permintaan pihak berkuasa yang berkenaan suatu Negara asing yang ditetapkan, membantu dalam mendapatkan apa-apa benda dengan menggeledah atau menyita. (2) Jika, apabila suatu permintaan yang disebut dalam subseksyen (1) diterima, Peguam Negara berpuas hati bahawa— (a) permintaan itu berhubungan dengan suatu perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu berkenaan dengan suatu kesalahan berat asing; dan (b) terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa benda yang dengannya permintaan itu berkaitan adalah berhubungan dengan perkara jenayah itu dan terletak di Malaysia, Peguam Negara, atau seorang pegawai diberi kuasa yang diarahkan olehnya, boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu waran di bawah seksyen 36 berkenaan dengan premis yang ditentukan oleh Peguam Negara. (3) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan waran yang disebut dalam seksyen 36 berkenaan dengan apa-apa benda dalam milikan sesuatu institusi kewangan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi. (4) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan waran yang disebut dalam seksyen 36 hendaklah menyatakan dengan butir-butir yang mencukupi benda yang dalam milikan sesuatu institusi kewangan. Waran geledah 36. (1) Atas permohonan yang disebut dalam seksyen 35, mahkamah boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa seseorang pegawai diberi kuasa untuk memasuki dan menggeledah premis yang ditentukan oleh Peguam Negara jika mahkamah berpuas hati bahawa— 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 (a) perintah yang dibuat di bawah seksyen 23 berhubung dengan apa-apa benda di premis itu tidak dipatuhi; atau (b) syarat-syarat dalam subseksyen (2) telah dipenuhi. (2) Syarat-syarat yang disebut dalam perenggan (1)(b) ialah— (a) bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang yang dinyatakan dalam permintaan itu telah melakukan atau telah mendapat manfaat daripada suatu kesalahan berat asing; (b) bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa benda yang dengannya permohonan itu berkaitan— (i) adalah berkenaan dengan perkara jenayah yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat; dan (ii) tidak terdiri daripada atau termasuk butiran yang tertakluk pada keistimewaan undang-undang; dan (c) bahawa mahkamah berpuas hati bahawa tidaklah bertentangan dengan kepentingan awam jika waran itu dikeluarkan. (3) Waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh mahkamah dalam waran itu. Kuasa tambahan orang yang melaksanakan waran geledah, dsb. 37. (1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa telah memasuki premis dalam melaksanakan suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 36, dia boleh menyita dan menyimpan apa-apa benda yang dinyatakan dalam waran itu, selain butiran yang tertakluk pada keistimewaan undang-undang. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 51 (2) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengambil gambar atau membuat salinan apa-apa benda yang disita di bawah subseksyen (1). (3) Jika seseorang pegawai diberi kuasa menyita apa-apa benda atau mengambil gambar atau membuat salinan apa-apa benda di bawah suatu waran, dia hendaklah memaklumkan Peguam Negara dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Peguam Negara, dengan segera menghantar benda atau gambar atau salinan benda itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan yang berkenaan. (4) Mana-mana orang yang menggalang atau menghalang pegawai diberi kuasa melaksanakan waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kekebalan kerana mematuhi waran geledah 38. (1) Tiada tindakan sivil atau jenayah boleh dibawa terhadap mana-mana orang kerana— (a) mengemukakan atau memberikan akses kepada apa-apa benda jika orang itu telah mengemukakan atau memberikan akses kepada benda itu dengan suci hati kerana mematuhi suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 36; atau (b) melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan jika dia telah melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu dengan suci hati dan sebagai akibat mematuhi waran sedemikian. (2) Seseorang yang mematuhi waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 36 tidak boleh dianggap telah melanggar apa-apa sekatan atas penzahiran apa-apa maklumat atau benda itu yang dikenakan oleh undang-undang, kontrak atau kaedah kelakuan profesional. 52 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 Bantuan dalam mencari atau mengenal pasti orang 39. (1) Pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing yang ditetapkan boleh meminta Peguam Negara membantu dalam mencari, atau mengenal pasti dan mencari, seseorang yang dipercayai berada di Malaysia. (2) Apabila suatu permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) diterima, Peguam Negara boleh membenarkan secara bertulis pemberian bantuan mengikut seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa— (a) permintaan itu berhubungan dengan suatu perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu; dan (b) terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang dengannya permintaan itu berkaitan— (i) terlibat dengan atau mungkin terlibat dengan, atau dapat memberikan atau membekalkan keterangan atau bantuan yang berkaitan dengan, perkara jenayah itu; dan (ii) berada di Malaysia. (3) Jika, berhubung dengan sesuatu permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Peguam Negara membenarkan pemberian bantuan mengikut seksyen ini, Peguam Negara hendaklah mengemukakan permintaan itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan di Malaysia. (4) Pihak berkuasa yang berkenaan yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah sedaya upayanya mencari atau mengenal pasti dan mencari, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang yang dengannya permintaan itu berkaitan dan hendaklah memaklumkan Peguam Negara tentang hasil tindakan yang diambil. (5) Apabila maklumat sedemikian diterima, Peguam Negara hendaklah memberitahu pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 53 Bantuan dalam penyampaian proses 40. (1) Pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing yang ditetapkan boleh meminta Peguam Negara membantu melaksanakan penyampaian proses kepada seseorang yang berada di Malaysia. (2) Apabila suatu permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) diterima, Peguam Negara boleh membenarkan penyampaian proses itu mengikut seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa— (a) permintaan itu berhubungan dengan suatu perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu; (b) terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang kepadanya proses itu perlu disampaikan berada di Malaysia; (c) Negara asing yang ditetapkan itu telah mengemukakan maklumat yang mencukupi tentang akibat kegagalan untuk mematuhi proses sedemikian; dan (d) jika permintaan itu berkaitan dengan penyampaian suatu saman supaya hadir sebagai saksi di Negara asing yang ditetapkan itu, Negara asing yang ditetapkan itu telah memberi aku janji bahawa orang itu tidak akan dikenakan apa-apa penalti atau liabiliti atau selainnya termudarat di sisi undang-undang semata-mata disebabkan oleh keengganan atau kegagalan orang itu untuk menerima atau mematuhi saman itu, walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam saman itu. (3) Jika penyampaian dibenarkan di bawah subseksyen (2), Peguam Negara boleh, atas permintaan sesuatu Negara asing yang ditetapkan, membuat perkiraan bagi penyampaian proses yang berhubungan dengan perkara jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu di Malaysia. (4) Tanpa mengehadkan cara penyampaian proses di sesuatu Negara asing yang ditetapkan boleh dibuktikan di Malaysia, 54 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 penyampaian proses itu boleh dibuktikan melalui afidavit orang yang menyampaikan proses itu. Penalti tidak boleh dikenakan bagi kegagalan mematuhi saman 41. Orang yang sepatutnya hadir sebagai seorang saksi menurut perenggan 40(2)(d) tidak boleh dikenakan apa-apa penalti atau liabiliti atau selainnya termudarat di sisi undang-undang semata-mata disebabkan oleh keengganan atau kegagalan orang itu untuk menerima atau mematuhi saman itu, walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam saman itu. Pemakaian undang-undang bertulis lain 41A. (1) Dalam memberikan bantuan dalam perkara jenayah di bawah Bahagian ini, peruntukan undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan kuasa pegawai diberi kuasa hendaklah terpakai setakat peruntukan itu tidak bercanggah dengan Akta ini. (2) Bagi maksud subseksyen (1), perlindungan dan kekebalan yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa itu dalam melaksanakan kuasa di bawah undang-undang bertulis lain itu hendaklah terpakai bagi pegawai diberi kuasa itu. BAHAGIAN IV PELBAGAI Pengesahan dokumen 42. (1) Tertakluk pada seksyen 13, 33 dan 34 dan mana-mana undang-undang berhubung dengan kebolehterimaan keterangan, apa-apa dokumen yang diperoleh, diberikan atau dikemukakan menurut suatu permintaan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang disahkan dengan sewajarnya boleh diterima sebagai keterangan tanpa apa-apa bukti lanjut dalam apa-apa prosiding jenayah. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 55 (2) Sesuatu dokumen disahkan dengan sewajarnya bagi maksud subseksyen (1) jika— (a) dokumen itu berupa sebagai ditandatangani atau diperakui oleh seorang hakim, majistret atau pegawai dalam atau bagi Negara asing yang ditetapkan itu; dan (b) sama ada— (i) dokumen itu ditentusahkan dengan sumpah atau ikrar saksi, atau pegawai kerajaan Negara asing yang ditetapkan itu; atau (ii) dokumen itu berupa sebagai dimeterai dengan meterai rasmi atau awam Negara asing yang ditetapkan itu atau Menteri Kerajaan, atau jabatan atau pegawai kerajaan, Negara asing yang ditetapkan itu. (3) Semua mahkamah di Malaysia hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada meterai rasmi atau awam yang disebut dalam subseksyen (2). (4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini menghalang pembuktian apa-apa perkara atau kebolehterimaan sebagai keterangan apa-apa dokumen mengikut apa-apa peruntukan lain Akta ini atau mana-mana undang-undang lain Malaysia. Pewakilan 43. (1) Peguam Negara boleh mewakilkan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini kepada seseorang yang layak dan sesuai sebagaimana yang difikirkannya patut. (2) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Peguam Negara sendiri menjalankan mana-mana kuasa yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa. 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 621 Peraturan-peraturan 44. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberi kesan sepenuhnya kepada atau bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) mengadakan peruntukan bagi pemindahan dan pengembalian banduan atau orang di bawah tahanan bagi penyerahannya secara sementara ke suatu Negara asing yang ditetapkan di bawah seksyen 28; (b) menetapkan tatacara bagi menguatkuasakan perintah pelucuthakan asing; (c) menetapkan borang bagi maksud Akta ini; (d) menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini; dan (e) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya. (3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 57 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 621 AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A1709 Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara 01-09-2024 Jenayah (Pindaan) 2024 58 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 621 AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A1709 01-09-2024 3 Akta A1709 01-09-2024 7 Akta A1709 01-09-2024 13 Akta A1709 01-09-2024 19 Akta A1709 01-09-2024 20 Akta A1709 01-09-2024 23 Akta A1709 01-09-2024 31 Akta A1709 01-09-2024 34 Akta A1709 01-09-2024 36 Akta A1709 01-09-2024 38 Akta A1709 01-09-2024 41A Akta A1709 01-09-2024
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
621 - *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in