AI-assisted research summary: This Act amends the Legal Profession Act 1976 and deems certain appointed Disciplinary Board chairpersons and members to have been duly appointed.
Kanak-Kanak (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1509 AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2016 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1509 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 2 Jun 2016 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Jun 2016 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Kanak-Kanak (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1509 AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2016 Suatu Akta untuk meminda Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan untuk menyifatkan Pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik pada tarikh tertentu telah dilantik dengan sewajarnya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2016. Pindaan seksyen 103e 2. Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] dipinda dalam perenggan 103e(1)(b) dengan menggantikan perkataan “subseksyen 100(7) atau (8)” dengan perkataan “subseksyen 100(7), (8) atau (15)”. Kedudukan Pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik pada tarikh tertentu 3. (1) Walau apa pun subseksyen 21(1) Akta Profesion Undang- Undang (Pindaan) 2012 [Akta A1444], Pengerusi Lembaga Tatatertib yang dilantik dari 17 Februari 2013 hingga 16 Februari 2015 hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1509 (2) Walau apa pun subseksyen 21(1) Akta Profesion Undang- Undang (Pindaan) 2012, ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik dari 5 Julai 2013 hingga 4 Julai 2015 hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya. (3) Apa-apa perbuatan, tindakan yang diambil atau keputusan yang dibuat oleh Pengerusi atau ahli Lembaga Tatatertib semasa tempoh pelantikan mereka sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dipersoalkan atau ditidaksahkan hanya oleh sebab pelantikan atau tempoh jawatan Pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib itu.