450 - AKTA PEREMPUAN BERSUAMI 1957
This Act gives married women separate legal capacity to own property, sue and be sued, and handle certain property matters as if unmarried, subject to listed exceptions.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 450 - AKTA PEREMPUAN BERSUAMI 1957
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
450 - AKTA PEREMPUAN BERSUAMI 1957
AI-assisted research summary: This Act gives married women separate legal capacity to own property, sue and be sued, and handle certain property matters as if unmarried, subject to listed exceptions.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 450 AKTA PEREMPUAN BERSUAMI 1957 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Married Women Act 1957 [Act 450]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PEREMPUAN BERSUAMI 1957 Pertama kali diperbuat … … … … … … 1957 (Ord. No.36 tahun 1957) Disemak … … … … … … 1990 (Akta 450 m.b.p. 23 November 1990) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 450 AKTA PEREMPUAN BERSUAMI 1957 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Ta juk ringkas dan pemakaian 2. Ta fsiran 3. Pe makaian Akta bagi orang Islam hendaklah tertakluk pada undang-undang Islam 4. Ke upayaan perempuan bersuami 4A. Keupayaan suami dan isteri untuk membawa guaman terhadap satu sama lain bagi kecederaan diri 5. Ha rta perempuan bersuami 6. Pe nghapusan liabiliti suami bagi tort isteri dan kontrak sebelum perkahwinan, hutang dan obligasi 7. (D ipotong) 8. Ha diah oleh suami kepada isteri 9. Re medi perempuan bersuami bagi perlindungan dan keselamatan harta berasingan 10. Hu tang dan liabiliti isteri sebelum perkahwinan 11. Pe rsoalan antara suami dengan isteri tentang harta hendaklah diputuskan secara terus 12. Pe rempuan bersuami sebagai seorang wasi atau pemegang amanah 13. Ke cualian bagi penyelesaian sedia ada dan kuasa untuk membuat penyelesaian pada masa hadapan 14. W akil di sisi undang-undang bagi perempuan bersuami 15. Ke cualian 16. (D itinggalkan) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 450 AKTA PEREMPUAN BERSUAMI 1957 Suatu Akta yang berhubungan dengan perempuan bersuami. [15 Ogos 1957] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perempuan Bersuami 1957. (2) Akta ini hendaklah terpakai bagi Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini— “perempuan bersuami” termasuklah mana-mana perempuan yang berkahwin mengikut upacara dan istiadat yang dikehendaki oleh agama, adab atau adatnya; “kontrak” termasuklah penerimaan apa-apa amanah atau jawatan wasi atau pentadbirani; “harta” termasuklah suatu benda dalam tindakan; “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 450 (2) Peruntukan Akta ini tentang liabiliti perempuan bersuami hendaklah meliputi semua liabiliti oleh sebab apa-apa pecah amanah atau devastavit yang dilakukan oleh mana-mana perempuan bersuami yang menjadi seorang pemegang amanah atau wasi atau pentadbirani sama ada sebelum atau selepas perkahwinannya, dan suaminya tidak tertakluk pada liabiliti itu melainkan jika dia telah bertindak atau campur tangan dalam amanah atau pentadbiran itu. Pemakaian Akta bagi orang Islam hendaklah tertakluk pada undang-undang Islam 3. Akta ini hendaklah mempunyai kuat kuasa di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung dengan perempuan Islam bersuami dan harta, hak dan obligasi mereka tertakluk pada undang-undang Islam dan adat orang Melayu yang mengawal hubungan antara suami dengan isteri setakat yang undang-undang itu terpakai, dan di Negeri Melaka dan Pulau Pinang tertakluk pada undang-undang Islam bagi Negeri itu dalam segala hal yang diliputi oleh undang-undang Islam yang akhir disebut itu. Keupayaan perempuan bersuami 4. Tertakluk pada Akta ini, seorang perempuan bersuami hendaklah— (a) berupaya untuk memperoleh, memegang dan melupuskan, apa-apa harta; (b) berupaya untuk menjadikan dirinya, dan dijadikan, bertanggungan berkenaan dengan apa-apa tort, kontrak, hutang atau obligasi; (c) berupaya untuk membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya sendiri sama ada dalam tort atau dalam kontrak atau selainnya dan hendaklah berhak ke atas semua remedi dan tebus rugi bagi segala maksud; dan Perempuan Bersuami 7 (d) tertakluk pada undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan dan penguatkuasaan penghakiman dan perintah, dalam segala hal seolah-olah dia seorang feme sole. Keupayaan suami dan isteri untuk membawa guaman terhadap satu sama lain bagi kecederaan diri 4A. Seorang suami atau isteri berhak untuk membawa guaman terhadap satu sama lain dalam tort bagi ganti rugi berkenaan dengan kecederaan kepada dirinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut cara yang sama sebagaimana mana-mana dua orang individu lain yang berasingan. Harta perempuan bersuami 5. (1) Tertakluk pada Akta ini semua harta yang— (a) sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini merupakan harta (termasuk harta berasingan) seseorang perempuan bersuami atau dipegang untuk kegunaan yang berasingannya dalam ekuiti; atau (b) dipunyai pada masa perkahwinannya oleh seseorang perempuan yang berkahwin selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; atau (c) selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini diperoleh oleh atau diturunkan ke atas seorang perempuan bersuami, hendaklah dipunyai olehnya dalam segala hal seolah-olah dia seorang feme sole dan boleh dilupuskan dengan sewajarnya: 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 450 Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh— (a) ditafsirkan sebagai menjejaskan hak mana-mana perempuan bersuami ke atas apa-apa harta yang dia ada sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; atau (b) mengganggu atau menjadikan tidak berkuat kuasa apa-apa sekatan yang sah atas jangkaan atau pemberian hakmilik yang berhubung kait dengan penikmatan bagi apa-apa harta menurut kuasa mana-mana peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau dalam mana-mana surat cara yang disempurnakan sebelum tarikh itu. (2) Mana-mana surat cara yang disempurnakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, terbatal setakat yang ia berupa sebagai berhubung kait dengan penikmatan apa-apa harta oleh seorang perempuan apa-apa sekatan atas jangkaan atau pemberian hakmilik yang tidak boleh dihubung kait dengan penikmatan harta itu oleh seorang lelaki. (3) Bagi maksud seksyen ini yang berhubungan dengan sekatan atas jangkaan atau pemberian hakmilik— (a) suatu surat cara yang dikenakan suatu sekatan sedemikian seperti yang disebut terdahulu yang disempurnakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, menurut suatu obligasi yang dikenakan sebelum tarikh itu yang dikenakan dengan sekatan sedemikian hendaklah disifatkan telah disempurnakan sebelum tarikh itu; (b) suatu peruntukan yang terkandung dalam suatu surat cara yang dibuat dalam menjalankan suatu kuasa khas bagi pelantikan hendaklah disifatkan terkandung dalam surat cara itu sahaja dan tidak dalam surat cara yang dengannya kuasa itu diwujudkan; dan Perempuan Bersuami 9 (c) wasiat mana-mana pewasiat yang mati selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah (walau apa pun tarikh sebenar penyempurnaannya) disifatkan telah disempurnakan selepas tarikh itu. Penghapusan liabiliti suami bagi tort isteri dan kontrak sebelum perkahwinan, hutang dan obligasi 6. Tertakluk pada Akta ini, suami kepada seseorang perempuan bersuami tidak, semata-mata oleh sebab dia merupakan suami, bertanggungan— (a) berkenaan dengan apa-apa tort yang dilakukan olehnya sama ada sebelum atau selepas perkahwinan, atau berkenaan dengan apa-apa kontrak yang dibuat, atau hutang atau obligasi yang ditanggung, olehnya sebelum perkahwinan; atau (b) untuk dibawa guaman terhadapnya, atau dijadikan suatu pihak kepada apa-apa prosiding undang-undang yang dibawa, berkenaan dengan apa-apa tort, kontrak, hutang atau obligasi itu. 7. (Dipotong oleh Ord. 20 tahun 1959). Hadiah oleh suami kepada isteri 8. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh memberikan kesahan, berbanding dengan pemiutang suami, kepada apa-apa hadiah oleh seorang suami kepada isterinya apa-apa harta yang, selepas hadiah itu, terus kekal mengikut perintah dan pelupusan atau pemunyaan suami yang dikatakan, atau kepada apa-apa deposit atau pelaburan wang suami yang lain yang dibuat atau atas nama isterinya secara fraud terhadap pemiutangnya; tetapi apa-apa wang yang didepositkan atau dilaburkan sedemikian boleh dianggap seolah-olah wang itu kepunyaan suami itu. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 450 Remedi perempuan bersuami bagi perlindungan dan keselamatan harta berasingan 9. (1) Tiap-tiap perempuan bersuami hendaklah mempunyai atas namanya sendiri terhadap suaminya, remedi dan tebus rugi yang sama bagi perlindungan dan keselamatan hartanya seolah-olah harta itu kepunyaanya sebagai seorang feme sole. (2) Seseorang suami atau isteri berhak untuk membawa guaman terhadap satu sama lain dalam tort bagi perlindungan atau keselamatan hartanya, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Dalam mana-mana pertuduhan jenayah atau dalam mana-mana prosiding lain yang berhubungan dengan harta seorang perempuan bersuami adalah mencukupi untuk mengatakan harta itu merupakan harta perempuan bersuami itu. (4) Tiada prosiding jenayah boleh diambil terhadap seorang suami atau isteri semasa mereka tinggal bersama tentang atau berkenaan dengan apa-apa harta yang dituntut masing-masing oleh isteri atau suami mahupun semasa mereka tinggal berasingan tentang atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isteri itu semasa mereka tinggal bersama berkenaan dengan harta yang dituntut masing-masing oleh isteri atau suami itu melainkan jika harta itu telah secara salah diambil oleh suami atau isteri itu apabila meninggalkan atau meninggalkan langsung atau yang hendak meninggalkan atau meninggalkan langsung isteri atau suami itu masing-masing. (5) Dalam apa-apa tindakan atau prosiding oleh seorang perempuan bersuami atau oleh seorang sahabat wakil bagi pihaknya, Mahkamah yang di hadapannya tindakan atau prosiding itu yang belum selesai hendaklah mempunyai bidang kuasa melalui penghakiman atau perintah untuk memerintahkan pembayaran kos pihak lawan daripada harta yang tertakluk pada sekatan atas jangkaan, dan boleh menguatkuasakan pembayaran itu melalui pelantikan seorang penerima dan penjualan harta itu atau selainnya sebagaimana yang adil. Perempuan Bersuami 11 Hutang dan liabiliti isteri sebelum perkahwinan 10. (1) Seorang perempuan selepas perkahwinannya hendaklah terus bertanggungan bagi semua hutang yang dibuat dan semua kontrak yang dibuat atau perbuatan salah yang dilakukan olehnya sebelum perkahwinannya, termasuk apa-apa jumlah wang yang baginya dia bertanggungan sebagai seorang penyumbang, sama ada sebelum atau selepas dia telah diletakkan dalam senarai penyumbang di bawah dan menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat stok bersama. (2) Perempuan itu boleh dibawa guaman terhadapnya bagi apa-apa hutang itu dan bagi apa-apa liabiliti dalam ganti rugi atau selainnya di bawah apa-apa kontrak atau berkenaan dengan apa-apa kesalahan itu. Persoalan antara suami dengan isteri tentang harta hendaklah diputuskan secara terus 11. (1) Dalam apa-apa persoalan antara suami dengan isteri tentang hakmilik atau milikan harta, salah satu pihak boleh memohon melalui saman atau selainnya secara terus kepada mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi atau jika nilai harta itu termasuk dalam bidang kuasa sivil sesuatu Mahkamah Sesyen kepada Hakim Mahkamah Sesyen itu, dan Hakim atau Hakim Mahkamah Sesyen itu boleh membuat apa-apa perintah berkenaan dengan harta yang dipertikaikan itu dan tentang kos bagi dan akibat daripada permohonan itu sebagaimana yang difikirkannya patut, atau boleh mengarahkan permohonan itu ditangguh sementara, dan apa-apa siasatan yang menyentuh perkara yang dipersoalkan itu hendaklah dibuat mengikut cara sebagaimana yang difikirkannya patut. (2) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah tertakluk pada rayuan dengan cara yang sama sebagaimana suatu perintah yang dibuat oleh Hakim atau Hakim Mahkamah Sesyen yang sama mengikut mana-mana yang berkenaan dalam suatu tindakan yang belum selesai di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen masing-masingnya. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 450 (3) Hakim atau Hakim Mahkamah Sesyen itu jika salah satu pihak menghendaki sedemikian, boleh mendengar mana-mana permohonan itu dalam Kamarnya. Perempuan bersuami sebagai seorang wasi atau pemegang amanah 12. Seorang perempuan bersuami yang merupakan seorang wasi atau pentadbirani, secara bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, bagi harta pusaka mana-mana orang yang mati, atau seorang pemegang amanah secara bersendirian atau bersesama bagi harta seperti sebagaimana yang disebut terdahulu yang tertakluk pada apa-apa amanah, boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya, dan boleh memindah milik atau bersama-sama memindah hak milik apa-apa harta alih atau harta tak alih yang dipunyai oleh harta pusaka atau amanah itu tanpa suaminya seolah-olah perempuan bersuami itu seorang feme sole. Kecualian bagi penyelesaian sedia ada dan kuasa untuk membuat penyelesaian pada masa hadapan 13. (1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini selain subseksyen 5(2) boleh menganggu atau menjejaskan apa-apa penyelesaian atau persetujuan bagi suatu penyelesaian yang dibuat atau akan dibuat, sama ada sebelum atau selepas perkahwinan, berkenaan dengan harta mana-mana perempuan bersuami. (2) Tiada sekatan terhadap jangkaan yang terkandung dalam apa-apa penyelesaian atau persetujuan bagi suatu penyelesaian bagi harta kepunyaan seorang perempuan yang baginya proviso (a) kepada subseksyen 5(1) terpakai boleh, jika dibuat atau dimasuki oleh perempuan itu mempunyai apa-apa kesahan terhadap hutang yang dikontrakkan oleh perempuan itu sebelum perkahwinan, dan tiada penyelesaian atau persetujuan bagi suatu penyelesaian mempunyai kuat kuasa atau kesahan yang lebih besar terhadap pemiutang seseorang perempuan berbanding kuat kuasa atau kesahan bagi penyelesaian atau persetujuan bagi suatu Perempuan Bersuami 13 penyelesaian yang sama yang dibuat atau dimasuki oleh seseorang lelaki terhadap pemiutang lelaki itu. Wakil di sisi undang-undang bagi perempuan bersuami 14. Bagi maksud Akta ini, wakil diri di sisi undang-undang bagi mana-mana perempuan bersuami hendaklah, berkenaan dengan harta pusaka perempuan bersuami itu, mempunyai hak dan liabiliti yang sama sebagaimana yang perempuan bersuami itu sepatutnya ada, dan tertakluk pada bidang kuasa yang sama sebagaimana yang perempuan bersuami itu sepatutnya tertakluk padanya, jika perempuan bersuami itu masih hidup. Kecualian 15. (1) Dengan ini diisytiharkan bahawa hak dan obligasi seseorang perempuan bersuami di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah tidak terjejas oleh Ordinan Undang-Undang Sivil (Peluasan) 1951 [Ord. No. 49 tahun 1951], atau oleh pemansuhan perenggan 10(a) Enakmen Undang-Undang Sivil 1937, Persekutuan Tanah Melayu [P.T.M. Enakmen No. 3 tahun 1937] oleh Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67], tetapi bahawa pada setiap masa sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hak dan obligasi itu adalah berkenaan dengan semua perkara yang diperuntukkan oleh Akta ini sama seperti hak dan obligasi seorang feme sole. (2) Subseksyen (1) mempunyai kesan berhubung dengan perempuan Islam bersuami dan hak dan obligasi harta mereka tertakluk pada undang-undang Islam dan adat orang Melayu yang menentukan hubungan antara suami dengan isteri setakat yang undang-undang Islam dan adat orang Melayu itu terpakai. 16. (Ditinggalkan). 14 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 450 AKTA PEREMPUAN BERSUAMI 1957 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. 332/1958 Perintah Perlembagaan 13-11-1958 Persekutuan (Ubah Suaian Undang-Undang) (Ordinan dan Proklamasi) 1958 Ord. 20/1959 Ordinan Kebankrapan 1959 30-05-1959 Akta A565 Akta Perempuan Bersuami 13-05-1983 (Pindaan) 1983 Akta A671 Akta Mahkamah Rendah 22-05-1987 (Pindaan) 1987 Akta A893 Akta Perempuan Bersuami 08-07-1994 (Pindaan) 1994 15 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 450 AKTA PEREMPUAN BERSUAMI 1957 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 P.U. 332/1958 13-11-1958 7 Ord. 20/1959 30-05-1959 4A Akta A893 08-07-1994 9 Akta A893 08-07-1994 11 Akta A565 13-05-1983 Akta A671 22-05-1987
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
450 - AKTA PEREMPUAN BERSUAMI 1957
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in