A1410 - AKTA PENCEN PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN (PINDAAN) 2011
This Act amends pension rules for statutory and local authority employees, including retirement-age references and transitional treatment for some workers and survivor benefits.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1410 - AKTA PENCEN PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN (PINDAAN) 2011
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1410 - AKTA PENCEN PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN (PINDAAN) 2011
AI-assisted research summary: This Act amends pension rules for statutory and local authority employees, including retirement-age references and transitional treatment for some workers and survivor benefits.
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan 1 Tempatan (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1410 AktA peNceN pIhAk berkUASA berkANUN DAN teMpAtAN (pINDAAN) 2011 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1410 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Disember 2011 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 31 Disember 2011 hakcipta pencetak h percetAkAN NASIoNAL MALAYSIA berhAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik). Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan 3 Tempatan (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1410 AktA peNceN pIhAk berkUASA berkANUN DAN teMpAtAN (pINDAAN) 2011 Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980. [ ] DIperbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. pindaan seksyen 5 2. Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 5 dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pekerja yang bersara di bawah seksyen 11 hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pekerja itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya.”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1410 pindaan seksyen 6A 3. Seksyen 6a Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”; (b) dalam subseksyen (5a), dengan menggantikan perkataan “1 Julai 2008” dan “lima puluh lapan” masing-masing dengan perkataan “1 Januari 2012” dan “enam puluh”; (c) dalam subseksyen (5b)— (i) dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dan “1 Julai 2008” masing-masing dengan perkataan “enam puluh” dan “1 Januari 2012”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “lima puluh enam tahun” perkataan “atau lima puluh lapan tahun”; dan (d) dalam subseksyen (5c), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”. pindaan seksyen 10 4. Seksyen 10 Akta ibu dipinda — (a) dalam subseksyen (1) , dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”; (b) dalam subseksyen (3) dan (4), dengan menggantikan perkataan “atau lima puluh lapan” dengan perkataan “, lima puluh lapan atau enam puluh”; (c) dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dan “1 Julai 2008” masing-masing dengan perkataan “enam puluh” dan “1 Januari 2012”; (d) dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dan “1 Julai 2008”, di mana-mana jua terdapat, masing-masing dengan perkataan “enam puluh” dan “1 Januari 2012”; dan (e) dalam subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”. Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan 5 Tempatan (Pindaan) pindaan seksyen 12 5. Seksyen 12 Akta ibu dipinda — (a) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “lima puluh lima”; (b) dengan memotong subseksyen (3b); dan (c) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “, lima puluh lima tahun, lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun” dengan perkataan “atau lima puluh lima tahun”. pindaan seksyen 13 6. Seksyen 13 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (2a) dengan subseksyen yang berikut: “(2a) Jika seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.”. pindaan seksyen 16 7. Seksyen 16 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (1)(b), dengan menggantikan perkataan “dua belas tahun setengah”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “dua puluh tahun”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “22 atau”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1410 pindaan seksyen 21 8. Seksyen 21 Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (a); (b) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (b) dengan perkataan “; atau”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “ (c) menunaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengannya.”. pemotongan seksyen 22 9. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 22. pindaan seksyen 26 10. Seksyen 26 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”; (b) dengan menggantikan subseksyen (2a) dengan subseksyen yang berikut: “(2a) Jika seseorang pekerja yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik semula sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.”. Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan 7 Tempatan (Pindaan) kecualian dan peralihan 11. (1) Pindaan dalam perenggan 5(a) dan (b) Akta ini tidaklah menjejaskan pemberian pencen kepada seseorang pekerja yang sebelum 1 Januari 2012— (a) telah bersara pilihan; (b) telah melebihi umur lima puluh lima tahun; dan (c) telah mencapai umur persaraan paksanya. (2) Pemberian pencen kepada seseorang pekerja yang sebelum 1 Januari 2012— (a) telah bersara pilihan; (b) telah melebihi umur lima puluh lima tahun; tetapi (c) belum mencapai umur persaraan paksanya, hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012. (3) Pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 7 Akta ini kepada mana-mana orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan, jika tempoh dua belas tahun setengah telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut: (a) tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh persaraan pekerja; (b) orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga 31 Disember 2011; dan (c) pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1410 - AKTA PENCEN PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN (PINDAAN) 2011
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in