362 - *AKTA KAWALAN TIMAH 1954
This Act lets the mining minister make regulations controlling tin and solid tin ore, and gives the Customs Director General power to pay rewards for enforcement-related help. It also protects people acting in good faith under the Act or its regulations from lawsuits, prosecutions, or other legal proceedings.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 362 - *AKTA KAWALAN TIMAH 1954
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
362 - *AKTA KAWALAN TIMAH 1954
AI-assisted research summary: This Act lets the mining minister make regulations controlling tin and solid tin ore, and gives the Customs Director General power to pay rewards for enforcement-related help. It also protects people acting in good faith under the Act or its regulations from lawsuits, prosecutions, or other legal proceedings.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 362 AKTA KAWALAN TIMAH 1954 Sebagaimana pada 1 Mac 2013 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Tin Control Act 1954. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA KAWALAN TIMAH 1954 Pertama kali diperbuat … … … 1954 (Ordinan No. 41 tahun 1954) Disemak … … … … … 1988 (Akta 362 m.b.p 31 Disember 1988) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 362 AKTA KAWALAN TIMAH 1954 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 4. Hadiah 5. Perlindungan bagi orang yang bertindak di bawah Akta ini 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 362 AKTA KAWALAN TIMAH 1954 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengawalan dan pengawalseliaan pengeluaran, pemilikan, penjualan, pembelian, pemindahan, penghantar serahan dan pengeksportan timah dan bijih timah padat bagi maksud melaksanakan di Malaysia, Perjanjian Timah Antarabangsa 1953 dan bagi maksud yang berdampingan dengannya. [1 Julai 1956] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kawalan Timah 1954. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain– “alat pengangkutan” ertinya apa-apa perekaan yang boleh bergerak atau digerakkan atau mengangkut bahan; “barang” termasuklah binatang, burung, ikan, tumbuhan dan segala jenis harta alih; “bijih timah padat” ertinya apa-apa agregat galian yang mengandungi lebih daripada 4 peratus timah logam; “kuota” ertinya kuantiti bijih timah padat yang seseorang pengeluar dibenarkan untuk mengeluarkan dan menghantar serah atau mengeluarkan dan mengeksport mengikut perakuan pengeluaran; dan berhubungan dengan urus niaga mengikut kuota ertinya apa-apa 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 362 amaun atau amaun-amaun kuota selain pengeluaran yang dianggarkan bagi seseorang pengeluar atau pengeluar-pengeluar; “perakuan pengeluaran” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang membenarkan seseorang pengeluar mengeluarkan dan menghantar serah atau mengeluarkan dan mengeksport suatu kuantiti tertentu bijih timah padat dalam suatu tempoh tertentu; “Perjanjian” ertinya Perjanjian Timah Antarabangsa 1953 dan termasuklah mana-mana Perjanjian yang menggantikannya; “stok penimbal” ertinya stok penimbal yang ditubuhkan di bawah Bahagian VIII Perjanjian; “subpajakan perlombongan” ertinya suatu subpajakan, sama ada didaftarkan atau tidak, bagi tanah perlombongan di bawah mana- mana undang-undang bertulis, dan termasuklah suatu subsubpajakan dan subpajakan lanjutan tidak berdaftar bagi tempoh tidak melebihi satu tahun. (2) Bagi maksud Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, timah dan bijih timah hendaklah disifatkan telah dieksport pada masa timah dan bijih timah padat itu ditimbang oleh pegawai kastam yang hak bagi maksud menentukan duti kastam yang boleh dilevikan ke atasnya, dan ungkapan “eksport” hendaklah, melainkan jika konteks itu menghendaki makna yang lain, ditafsirkan dengan sewajarnya. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 3. (1) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlombongan boleh, dari semasa ke semasa, membuat peraturan- peraturan bagi maksud mengadakan peruntukan mengenai pengawalan dan pengawalseliaan pengeluaran, pemilikan, penjualan, pembelian, pemindahan, penghantar serahan dan pengeksportan timah dan bijih timah padat, dan bagi maksud melaksanakan Perjanjian, dan bagi semua perkara yang bersampingan dengannya. Kawalan Timah 7 (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen yang terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh─ (a) membuat peruntukan mengenai pelantikan pegawai- pegawai dan orang lain untuk menjalankan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini dan menetapkan kuasa dan tugas pegawai itu; (b) walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam atau di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], Akta Keterangan 1950 [Akta 56] atau mana-mana undang- undang bertulis lain, membuat peruntukan mengenai kuasa menggeledah, menyita, menangkap, menegak sekatan di tempat awam, menyiasat, dan memeriksa orang (termasuk mengambil pernyataan dan meminta maklumat daripada orang itu), dan selanjutnya membuat peruntukan mengenai jagaan, pelucuthakan atau pelepasan apa-apa jua yang disita di bawah peraturan-peraturan itu, pembuatan anggapan, kebolehterimaan fakta dan dokumen dalam prosiding mahkamah dan perkara yang berhubung dengan pemberi maklumat; (c) membuat peruntukan mengenai penubuhan apa-apa jawatankuasa yang mungkin dikehendaki bagi menjalankan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini dan menetapkan kuasa dan tugas jawatankuasa itu; (d) menetapkan kaedah mentaksirkan keupayaan keluaran lombong timah; (e) menetapkan, berhubungan dengan jumlah kuantiti timah dan bijih timah padat yang boleh dieksport dari Malaysia di bawah Perjanjian, peratusan yang boleh dikeluarkan oleh golongan pengeluar yang berlainan; (f) membuat peruntukan mengenai pengeluaran perakuan pengeluaran dan menetapkan orang dan golongan orang yang kepadanya perakuan itu boleh dikeluarkan; (g) menetapkan amaun stok bijih timah padat yang boleh dimiliki oleh pengeluar dan peniaga bijih timah padat; 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 362 (h) menetapkan syarat yang di bawahnya perakuan pengeluaran boleh dimiliki dan digunakan bersama oleh kumpulan pengeluar; (i) membuat peruntukan mengenai penubuhan tabung bersama untuk mempermudahkan urus niaga mengikut kuota dan menetapkan syarat yang di bawahnya kuota boleh dipindahkan kepada dan daripada tabung bersama itu dan cara bagaimana harga kuota itu hendak ditentukan bagi maksud pembelian dan penjualan daripada atau kepada tabung bersama itu jika penjualan dan pembelian itu dibenarkan; (j) mengawal selia urus niaga mengenai timah dan bijih timah padat; (k) mengawal selia pengeksportan timah dan bijih timah padat dan menetapkan syarat yang di bawahnya dan tempat yang darinya, timah dan bijih timah padat boleh dieksport; (l) melarang atau menyekat penggunaan apa-apa hak untuk membatalkan subpajakan perlombongan kerana perlanggaran syarat tertentu yang berbangkit secara langsung daripada mula berkuat kuasanya mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini; (m) menetapkan orang atau golongan orang yang kena mencarum kepada stok penimbal dan jenis, amaun dan kadar caruman, dan kaedah memungutnya; (n) menetapkan hal keadaan di mana pinjaman boleh diberi berkenaan dengan caruman kepada stok penimbal dan jaminan bagi dan kaedah pembayaran balik pinjaman itu; (o) menetapkan cara di mana hasil penyelesaian stok penimbal mengikut bahagian XI Perjanjian boleh dibahagikan; (p) menetapkan fi yang kena dicaj bagi apa-apa jua yang kena dilakukan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini; Kawalan Timah 9 (q) membuat peruntukan mengenai perlucuthakan timah dan bijih timah padat yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah mana-mana peraturan di bawah seksyen ini dan apa-apa alat pengangkutan dan barang yang digunakan dalam perlakuan kesalahan itu; (r) mengenakan penalti (yang mungkin sebagai tambahan kepada apa-apa perlucuthakan) kerana melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini, dengan syarat bahawa tiada penalti boleh melebihi denda lima puluh ribu ringgit atau sepuluh kali ganda nilai timah atau bijih timah padat, mengikut mana yang lebih besar dan apa-apa tempoh pemenjaraan tidak melebihi dua tahun. (3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas ia dibuat, dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan jika, pada mesyuarat berikut Dewan Rakyat, selepas apa-apa peraturan dibentangkan di hadapannya, suatu ketetapan diluluskan yang mengungkai peraturan itu atau mana-mana bahagiannya, seluruh peraturan itu hendaklah mulai dari ketika itu menjadi tidak sah tetapi tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua yang dahulunya dibuat di bawahnya. (4) Mana-mana peraturan itu, melainkan jika diungkaikan sedemikian, hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama seolah-olah ia diperbuat di bawah Akta ini. Hadiah 4. Ketua Pengarah Kastam dan Eksais boleh memerintahkan supaya dibayar apa-apa hadiah yang difikirkannya patut kepada mana-mana pegawai atau orang lain kerana khidmat yang diberikan berkaitan dengan pengesanan kes penyeludupan atau kesalahan di bawah Akta ini, atau berkaitan dengan apa-apa penyitaan yang dibuat di bawah Akta ini. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 362 Perlindungan bagi orang yang bertindak di bawah Akta ini 5. Tiada guaman, pendakwaan atau prosiding undang-undang lain boleh diambil terhadap mana-mana orang kerana apa-apa jua yang dilakukan atau dicadangkan dilakukan di bawah Akta ini atau mana- mana peraturan yang dibuat di bawahnya dengan suci hati. 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 362 AKTA KAWALAN TIMAH 1954 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. 332/1958 Perintah Perlembagaan 13-11-1958 Persekutuan (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Proklamasi) 1958 Akta A417 Akta Kawalan Timah 30-09-1977 (Pindaan) 1977 Akta A591 Akta Kawalan Timah 29-06-1984 (Pindaan) 1984 31 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 362 AKTA KAWALAN TIMAH 1954 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa Meminda Berkuat kuasa dari Tajuk Panjang Akta A591 29-06-1984 1 P.U. 332/1958 13-11-1958 2 Akta A417 30-09-1977 3 P.U. 332/1958 13-11-1958 Akta A417 30-09-1977 Akta A591 29-06-1984 4 Akta A417 30-09-1977 Akta A591 29-06-1984
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
362 - *AKTA KAWALAN TIMAH 1954
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in