787 - *AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017
This Act sets offences and penalties for unrecognised awards, foreign awards, and bribe-related conduct, and gives the Minister and the Yang di-Pertuan Agong certain powers.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 787 - *AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
787 - *AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017
AI-assisted research summary: This Act sets offences and penalties for unrecognised awards, foreign awards, and bribe-related conduct, and gives the Minister and the Yang di-Pertuan Agong certain powers.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 787 AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017 Sebagaimana pada 26 Jun 2024 Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. 2 AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 3 Februari 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 10 Februari 2017 Kali terakhir dipinda melalui P.U. (A) 169/2024 yang mula berkuat kuasa pada … … … … … 26 Jun 2024 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 787 AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 2. Tafsiran BAHAGIAN II ANUGERAH YANG DI-PERTUAN AGONG 3. Menerima dan menggunakan anugerah tidak diiktiraf 4. Menghadiri, dsb., istiadat pengurnian bagi anugerah tidak diiktiraf 5. Membuat, dsb., lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf 6. Membuat, dsb., alat untuk membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf 7. Memiliki alat atau benda bagi maksud menggunakannya untuk membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf 8. Menyatakan diri sebagai pemegang anugerah Yang di-Pertuan Agong 9. Menggunakan anugerah Yang di-Pertuan Agong yang dibatalkan atau yang ditarik balik 10. Menggunakan anugerah Yang di-Pertuan Agong bilamana tidak berhak BAHAGIAN III ANUGERAH ASING 11. Menerima anugerah asing daripada Ketua Negara 12. Menerima dan menggunakan anugerah asing tidak diiktiraf 4 Undang-Undang Malaysia Akta 787 BAHAGIAN IV SUAPAN Seksyen 13. Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi anugerah tidak diiktiraf 14. Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf 15. Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi anugerah 16. Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi anugerah asing tidak diiktiraf BAHAGIAN V PELBAGAI 17. Kesalahan di bawah undang-undang Negeri yang dilakukan di luar wilayah Negeri 18. Kuasa membuat peraturan-peraturan 19. Kuasa untuk meminda Jadual JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 787 AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan yang berhubungan dengan anugerah dan pemakaian luar wilayah Akta ini dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [25 Oktober 2017; P.U. (B) 509/2017] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (3) Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai kedua-dua di dalam dan di luar Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— 6 Undang-Undang Malaysia Akta 787 “anugerah asing” ertinya Darjah Kebesaran, Bintang Kehormatan dan Pingat yang sah yang dianugerahkan oleh Ketua Negara dalam Jadual Pertama; “anugerah asing tidak diiktiraf” ertinya suatu anugerah asing selain yang dianugerahkan oleh Ketua Negara dalam Jadual Pertama; “anugerah tidak diiktiraf” ertinya suatu anugerah yang berupa sebagai anugerah Yang di-Pertuan Agong yang dianugerahkan oleh mana-mana orang selain Yang di-Pertuan Agong; “anugerah Yang di-Pertuan Agong” ertinya Darjah Kebesaran, Bintang Kehormatan dan Pingat yang sah yang ditetapkan oleh statut Yang di-Pertuan Agong bagi maksud Persekutuan dan Wilayah-Wilayah Persekutuan; “istiadat pengurniaan” ertinya penganugerahan anugerah Yang di-Pertuan Agong ke atas orang tertentu oleh Yang di-Pertuan Agong; “lambang kebesaran” ertinya― (a) kalung, selepang, lencana darjah kebesaran, lencana kalung, bintang darjah kebesaran dan lencana leher; (b) reben, lencana dan lambang bintang kehormatan; atau (c) reben dan pingat; “Raja” dan “Yang di-Pertua Negeri” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan; “suapan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]. Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 7 BAHAGIAN II ANUGERAH YANG DI-PERTUAN AGONG Menerima dan menggunakan anugerah tidak diiktiraf 3. (1) Seseorang tidak boleh menerima suatu anugerah tidak diiktiraf daripada mana-mana orang sama ada di dalam atau di luar Malaysia. (2) Seseorang tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan suatu anugerah tidak diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan cara. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. MISALAN A menerima anugerah tidak diiktiraf pada 2010 yang membawa gelaran dan panggilan yang A telah menggunakannya sejak 2010. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, A dilarang daripada menggunakan gelaran dan panggilan itu. A menggunakan gelaran dan panggilan itu selepas Akta ini mula berkuat kuasa. A melakukan kesalahan. Menghadiri, dsb., istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf 4. (1) Seseorang tidak boleh menjalankan suatu upacara istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf. (2) Seseorang tidak boleh menghadiri, mempromosikan atau menyertai dalam suatu upacara istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda 8 Undang-Undang Malaysia Akta 787 tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Membuat, dsb., lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf 5. (1) Seseorang tidak boleh membuat, atau dengan disedarinya melaksanakan mana-mana bahagian daripada proses membuat, lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Membuat, dsb., alat untuk membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf 6. (1) Seseorang tidak boleh membuat atau membaiki, atau melaksanakan mana-mana bahagian daripada proses membuat atau membaiki, atau membeli, menjual, atau melupuskan apa-apa acuan tekan atau alat bagi maksud untuk digunakan, atau mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa acuan tekan atau alat itu dimaksudkan hendak digunakan, bagi maksud membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Memiliki alat atau benda bagi maksud menggunakannya untuk membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf 7. (1) Seseorang tidak boleh ada dalam milikannya apa-apa alat atau benda bagi maksud menggunakannya untuk membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf, atau mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa alat atau benda itu dimaksudkan hendak digunakan bagi maksud tersebut. Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 9 (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Menyatakan diri sebagai pemegang anugerah Yang di-Pertuan Agong 8. (1) Seseorang tidak boleh menyatakan dirinya sebagai pemegang mana-mana anugerah Yang di-Pertuan Agong yang sah jika dia tidak pernah dianugerahkan anugerah Yang di-Pertuan Agong tersebut. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. Menggunakan anugerah Yang di-Pertuan Agong yang dibatalkan atau yang ditarik balik 9. (1) Seseorang tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan apa-apa anugerah Yang di-Pertuan Agong yang telah dibatalkan atau ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Agong. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. Menggunakan anugerah Yang di-Pertuan Agong bilamana tidak berhak 10. (1) Seseorang tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan apa-apa anugerah Yang di-Pertuan Agong dalam apa-apa bentuk dan cara jika orang itu tidak berhak untuk menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan tersebut di bawah statut yang menetapkan anugerah itu. 10 Undang-Undang Malaysia Akta 787 (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. MISALAN (a) A, pemegang anugerah Yang di-Pertuan Agong berkahwin dengan Z. Z berhak untuk menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut semasa perkahwinannya dengan A. A dan Z sekarang telah bercerai dan Z terus menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut. Z melakukan kesalahan. (b) A, pemegang anugerah Yang di-Pertuan Agong berkahwin dengan Z. Z berhak untuk menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut semasa perkahwinannya dengan A dan selepas kematian A. Selepas A mati, Z kemudiannya berkahwin semula. Z terus menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut. Z melakukan kesalahan. BAHAGIAN III ANUGERAH ASING Menerima anugerah asing daripada Ketua Negara 11. (1) Seseorang warganegara hanya boleh menerima anugerah asing daripada Ketua Negara dalam Jadual Pertama. (2) Seseorang warganegara kecuali Raja-Raja dan Konsort mereka dan Yang di-Pertua Negeri dan Konsort mereka hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis Yang di-Pertuan Agong sebelum menerima apa-apa anugerah asing. (3) Seseorang warganegara tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah asing yang diterima dalam apa-apa bentuk dan cara di dalam Malaysia. (4) Walau apa pun subseksyen (3), seseorang warganegara yang menerima apa-apa anugerah asing— (a) bagi keberanian atau perkhidmatan substansial yang diberikan oleh warganegara itu kepada negara yang memberikan Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 11 anugerah itu boleh memakai anugerah asing yang diterima itu pada semua majlis yang patut di dalam Malaysia; atau (b) sebagai tanda kehormat hanya boleh memakai anugerah asing yang diterima pada mana-mana majlis yang diadakan di Malaysia oleh seseorang wakil yang diiktiraf bagi negara yang memberikan anugerah dan pemakaian anugerah asing itu dikehendaki bagi majlis itu. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit. Menerima dan menggunakan anugerah asing tidak diiktiraf 12. (1) Seseorang warganegara tidak boleh menerima suatu anugerah asing tidak diiktiraf daripada mana-mana orang sama ada di dalam atau di luar Malaysia. (2) Seseorang warganegara tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan suatu anugerah asing tidak diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan cara. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. MISALAN A menerima anugerah asing tidak diiktiraf pada 2010 yang membawa gelaran dan panggilan yang A telah menggunakannya sejak 2010. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, A dilarang daripada menggunakan gelaran dan panggilan itu. A menggunakan gelaran dan panggilan itu selepas Akta ini mula berkuat kuasa. A melakukan kesalahan. 12 Undang-Undang Malaysia Akta 787 BAHAGIAN IV SUAPAN Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi anugerah tidak diiktiraf 13. (1) Seseorang dengan sendiri, atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain― (a) tidak boleh meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau (b) tidak boleh memberi, berjanji atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau orang lain, apa-apa suapan sebagai balasan atau dorongan atau hadiah untuk mendapatkan atau membantu atau berusaha untuk mendapatkan pemberian suatu anugerah tidak diiktiraf kepada mana-mana orang berkaitan pemberian itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun. (3) Bagi maksud seksyen ini, “anugerah tidak diiktiraf” termasuklah suatu anugerah yang berupa sebagai Darjah Kebesaran, Bintang Kehormatan dan Pingat yang sah yang ditetapkan oleh statut Raja atau Yang di-Pertua Negeri yang dianugerahkan oleh mana-mana orang selain Raja atau Yang di-Pertua Negeri. Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf 14. (1) Seseorang dengan sendiri, atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain— (a) tidak boleh meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 13 (b) tidak boleh memberi, berjanji atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau orang lain, apa-apa suapan sebagai balasan atau dorongan atau hadiah untuk mendapatkan atau membantu atau berusaha untuk mendapatkan suatu istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf kepada mana-mana orang berkaitan pemberian itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun. (3) Bagi maksud seksyen ini, “anugerah tidak diiktiraf” termasuklah suatu anugerah yang berupa sebagai Darjah Kebesaran, Bintang Kehormatan dan Pingat yang sah yang ditetapkan oleh statut Raja atau Yang di-Pertua Negeri yang dianugerahkan oleh mana-mana orang selain Raja atau Yang di-Pertua Negeri. Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi anugerah 15. (1) Seseorang dengan sendiri, atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain― (a) tidak boleh meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau (b) tidak boleh memberi, berjanji atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau orang lain, apa-apa suapan sebagai balasan atau dorongan atau hadiah untuk mendapatkan atau membantu atau berusaha untuk mendapatkan pemberian apa-apa anugerah kepada mana-mana orang berkaitan pemberian itu. 14 Undang-Undang Malaysia Akta 787 (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun. (3) Bagi maksud seksyen ini, “anugerah” ertinya anugerah Yang di-Pertuan Agong atau Darjah Kebesaran, Bintang Kehormatan dan Pingat yang sah yang ditetapkan oleh statut Raja atau Yang di-Pertua Negeri. Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi anugerah asing tidak diiktiraf 16. (1) Seseorang warganegara dengan sendiri, atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain― (a) tidak boleh meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau (b) tidak boleh memberi, berjanji atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau orang lain, apa-apa suapan sebagai balasan atau dorongan atau hadiah untuk mendapatkan atau membantu atau berusaha untuk mendapatkan pemberian suatu anugerah asing tidak diiktiraf kepada mana-mana warganegara berkaitan pemberian itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun. Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 15 BAHAGIAN V PELBAGAI Kesalahan di bawah undang-undang Negeri yang dilakukan di luar wilayah Negeri 17. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan undang-undang Negeri yang dinyatakan dalam Jadual Kedua di luar wilayah Negeri itu melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah undang-undang Negeri itu. Kuasa membuat peraturan-peraturan 18. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kesan sepenuhnya kepada atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini. Kuasa untuk meminda Jadual 19. Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Pertama dan apabila diminta oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri meminda Jadual Kedua. 16 Undang-Undang Malaysia Akta 787 JADUAL PERTAMA [Seksyen 11] Ketua Negara Negara Ketua Negara Afghanistan President of the Islamic Republic of Afghanistan Albania President of the Republic of Albania Algeria Président de la République algérienne démocratique et populaire Andorra Co-Princes de la Principauté d’Andorre Angola President of the Republic of Angola President of the Popular Movement for the Liberation of Angola (MPLA) Antigua and Barbuda Governor-General of Antigua and Barbuda Argentina Presidente de la República Argentina Armenia President of the Republic of Armenia Australia Governor-General of the Commonwealth of Australia Austria Federal President of the Republic of Austria Azerbaijan President of the Republic of Azerbaijan Bahamas Governor-General of the Commonwealth of the Bahamas Bahrain King of the Kingdom of Bahrain Bangladesh President of the People’s Republic of Bangladesh Barbados Governor-General of Barbados Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 17 Negara Ketua Negara Belarus President of the Republic of Belarus Belgium Roi des Belges Belize Governor-General of Belize Benin Président de la République du Bénin Bhutan King of Bhutan Bolivia (Plurinational State of) Presidente Constitucional del Estado Plurinacional de Bolivia Bosnia and Herzegovina Chairman of the Presidency of Bosnia and Herzegovina Botswana President of the Republic of Botswana Brazil President of the Federative Republic of Brazil Brunei Darussalam Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam Bulgaria President of the Republic of Bulgaria Burkina Faso Président du Faso, Président du Conseil des Ministres Burundi Président de la République du Burundi Cabo Verde Président de la République de Cabo Verde Cambodia King of Cambodia Cameroon Président de la République du Cameroun Canada Governor-General and Commander-in-Chief of Canada Central African Republic Chef de l’Etat de la République centrafricaine 18 Undang-Undang Malaysia Akta 787 Negara Ketua Negara Chad Président de la République du Tchad, Chef de l’Etat, Chef du Gouvernement Chile Presidente de la República de Chile China President of the People’s Republic of China Columbia Presidente de la República de Colombia Comoros Président de l’Union des Comores Congo Président de la Republique du Congo Costa Rica Presidente de la República de Costa Rica Cote d’Ivoire Président de la République de Côte d’Ivoire Croatia President of the Republic of Croatia Cuba Presidente de los Consejos de Estado y de Ministros de la República de Cuba Cyprus President of the Republic of Cyprus Czech Republic President of the Czech Republic Democratic People’s Republic of Chairman of the Workers’ Party of Korea, Korea Chairman of the State Affairs Commission, Supreme Commander of the Armed Forces of the Democratic People’s Republic of Korea Democratic Republic of The Président de la République démocratique Congo du Congo Denmark Queen Margrethe II Djibouti Président de la République d Djibouti et Chef du Gouvernement Dominica President of the Commonwealth of Dominica Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 19 Negara Ketua Negara Dominican Republic Presidente de la República Dominicana Ecuador Presidente Constitucional de la República del Ecuador Egypt President of the Arab Republic of Egypt El Salvador Presidente de la República de El Salvador Equatorial Guinea Presidente de la República de Guinea Ecuatorial, Jefe de Estado Eritrea President of the State of Eritrea Estonia President of the Republic of Estonia Eswatini Head of State of the Kingdom of Eswatini Ethiopia President of the Federal Democratic Republic of Ethiopia Fiji President of the Republic of Fiji Finland President of the Republic of Finland France Président de la République française Gabon Président de la République gabonaise Gambia President of the Republic of The Gambia Georgia President of Georgia Germany President of the Federal Republic of Germany Ghana President of the Republic of Ghana Greece President of the Hellenic Republic Grenada Governor-General of Grenada 20 Undang-Undang Malaysia Akta 787 Negara Ketua Negara Guatemala Presidente de la República de Guatemala Guinea Président de la République de Guinée Guinea-Bissau Président de la République de Guinée- Bissau Guyana President of the Co-operative Republic of Guyana Haiti Président de la République d’Haïti Holy See Pope Francis Honduras Presidente de la República de Honduras Hungary President of Hungary Iceland President of the Republic of Iceland India President of the Republic of India Indonesia President of the Republic of Indonesia Iran (Islamic Republic of) President of the Islamic Republic of Iran Iraq President of the Republic of Iraq Ireland President of Ireland Italy President of the Republic of Italy Jamaica Governor-General of Jamaica Japan The Emperor of Japan Jordan King of the Hashemite Kingdom of Jordan Kazakhstan President of the Republic of Kazakhstan Kenya President and Commander-in-Chief of the Defence Forces of the Republic of Kenya Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 21 Negara Ketua Negara Kiribati President, Head of Government and Minister for Foreign Affairs and Immigration of the Republic of Kiribati Kuwait Amir of the State of Kuwait Kyrgyzstan President of the Kyrgyz Republic Lao People’s Democratic Republic President of the Lao People’s Democratic Republic Latvia President of the Republic of Latvia Lebanon Président de la République libanaise Lesotho King of the Kingdom of Lesotho Liberia President of the Republic of Liberia Libya President of the Presidency Council of the Government of National Accord of the State of Libya Liechtenstein Reigning Prince Lithuania President of the Republic of Lithuania Luxembourg Le Grand-Duc de Luxembourg Madagascar Président de la République de Madagascar Malawi President of the Republic of Malawi, Minister for Defense and Commander-in-Chief of the Malawi Defense Force and the Malawi Police Service Maldives President of the Republic of Maldives Mali Président de la République du Mali Malta President of the Republic of Malta 22 Undang-Undang Malaysia Akta 787 Negara Ketua Negara Marshall Islands President of the Republic of the Marshall Islands Mauritania Président de la République islamique de Mauritanie Mauritius President of the Republic of Mauritius Mexico Presidente de los Estados Unidos Mexicanos Micronesia (Federated States of) President and Head of Government of the Federated States of Micronesia Monaco Prince Souverain de Monaco Mongolia President of Mongolia Montenegro President of Montenegro Morocco Roi du Maroc Mozambique President of the Republic of Mozambique Myanmar President of the Republic of the Union of Myanmar Namibia President of the Republic of Namibia Nauru President of the Republic of Nauru Nepal President of the Federal Democratic Republic of Nepal Netherlands King Willem-Alexander of the Netherlands New Zealand Governor-General of New Zealand Nicaragua Presidente de la República de Nicaragua Niger Président de la République du Niger Nigeria President of the Federal Republic of Nigeria Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 23 Negara Ketua Negara North Macedonia President of the Republic of North Macedonia Norway King Harald V Oman Sultan of Oman Pakistan President of the Islamic Republic of Pakistan Palau President of the Republic of Palau Panama Presidente de la República de Panamá Papua New Guinea Governor-General of the Independent State of Papua New Guinea Paraguay Presidente de la República del Paraguay Peru Presidente de la República del Perú Philippines President of the Republic of the Philippines Poland President of the Republic of Poland Portugal President of the Portuguese Republic Qatar Emir of the State of Qatar Republic of Korea President of the Republic of Korea Republic of Moldova President of the Republic of Moldova Romania Président de la Roumanie Russian Federation President of the Russian Federation Rwanda President of the Republic of Rwanda Saint Kitts and Nevis Governor-General of Saint Kitts and Nevis Saint Lucia Governor-General of Saint Lucia 24 Undang-Undang Malaysia Akta 787 Negara Ketua Negara Saint Vincent and the Grenadines Governor-General of Saint Vincent and the Grenadines Samoa Head of State of the Independent State of Samoa San Marino Captains Regent of the Republic of San Marino Sao Tome and Principe Président de la République démocratique de Sao Tomé et Principe Saudi Arabia King of Saudi Arabia and President of the Council of Ministers of the Kingdom of Saudi Arabia Senegal Président de la République du Sénégal Serbia President of the Republic of Serbia Seychelles President of the Republic of Seychelles Sierra Leone President of the Republic of Sierra Leone Singapore President of the Republic of Singapore Slovakia President of the Slovak Republic Slovenia President of the Republic of Slovenia Solomon Islands Governor-General of Solomon Islands Somalia President of the Federal Republic of Somalia South Africa President of the Republic of South Africa South Sudan President of the Republic of South Sudan Spain Rey de España or Sus Majestades el Rey y la Reina de España Sri Lanka President of the Democratic Socialist Republic of Sri Lanka Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 25 Negara Ketua Negara State of Palestine President of the State of Palestine Sudan President of the Transitional Sovereign Council of the Republic of the Sudan Suriname President of the Republic of Suriname Sweden King Carl XVI Gustaf Switzerland Présidente de la Confédération Suisse Syrian Arab Republic President of the Syrian Arab Republic Tajikistan President of the Republic of Tajikistan Thailand King of Thailand Timor-Leste President of the Democratic Republic of Timor-Leste Togo Président de la République togolaise et Ministre de la Défense nationale et des anciens Combattants Tonga King of the Kingdom of Tonga Trinidad and Tobago President of the Republic of Trinidad and Tobago Tunisia Président de la République tunisienne Turkey President of the Republic of Turkey Turkmenistan President of Turkmenistan Tuvalu Governor-General of Tuvalu Uganda President of the Republic of Uganda Ukraine President of Ukraine United Arab Emirates President of the United Arab Emirates 26 Undang-Undang Malaysia Akta 787 Negara Ketua Negara United Kingdom Queen Elizabeth II United Republic of Tanzania President of the United Republic of Tanzania United States of America President of the United States of America Uruguay Presidente de la República Oriental del Uruguay Uzbekistan President of the Republic of Uzbekistan Vanuatu President of the Republic of Vanuatu Venezuela (Bolivarian Republic of) Presidente de la República Bolivariana de Venezuela Viet Nam President of the Socialist Republic of Viet Nam Yemen President of the Republic of Yemen Zambia President of the Republic of Zambia Zimbabwe President of the Republic of Zimbabwe JADUAL KEDUA [Seksyen 17] Undang-Undang Negeri Negeri Undang-Undang Negeri Peruntukan yang berhubungan dengan kesalahan Johor Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah Seksyen 3, 4, 5, 6, (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 7, 8, 9, 10, 11 dan 2017 [Enakmen 11] 12 Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 27 Negeri Undang-Undang Negeri Peruntukan yang berhubungan dengan kesalahan Kelantan Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama Sekysen 3, 4, 5A, (Mencegah daripada Salahguna), 1977 5B, 5C, 5D, 5E, 5F, [Enakmen Bil. 8 Tahun 1977] 5G, 5H, 5I, 5J dan 6 Melaka Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama Seksyen 3, 4A, 4B, (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 4C, 4D, 4E, 4F, 4G, 1981 [Enakmen No.2 tahun 1981] 4H dan 5 Pahang Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah Seksyen 3, 4, 5, 6, (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 7, 8, 9, 10, 11 dan Pahang 2017 [Enakmen 18] 12 Perak Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah Seksyen 3, 4, 5, 6, (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 7, 8, 9, 10, 11 dan 2016 [Enakmen 12] 12 Selangor Emblems, Names, Titles and Honours Seksyen 3, 4, 4A, (Prevention of Improper Use) 1962 4B, 4C, 4D, 4E, 4F, [Enactment 13] 4G, 4H dan 5 Terengganu Enakmen Lambang-Lambang, Nama-Nama, Seksyen 3, 4, 4A, Gelaran-Gelaran dan Penghormatan 4B, 4C, 4D, 4E, 4F, (Mencegah Salah Guna) 1976 [Enakmen Bil. 4G dan 4H 11 tahun 1976] 28 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 787 AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. (A) 267/2018 Perintah Kesalahan yang berhubungan 20-10-2018 dengan Anugerah (Pindaan Jadual Pertama) 2018 P.U. (A) 9/2019 Perintah Kesalahan yang berhubungan 10-01-2019 dengan Anugerah (Pindaan Jadual Kedua) 2019 P.U. (A) 215/2020 Perintah Kesalahan yang berhubungan 29-07-2020 dengan Anugerah (Pindaan Jadual Pertama) 2020 P.U. (A) 169/2024 Perintah Kesalahan yang berhubungan 26-06-2024 dengan Anugerah (Pindaan Jadual Kedua) 2024 29 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 787 AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Jadual Pertama P.U. (A) 267/2018 20-10-2018 P.U. (A) 215/2020 29-07-2020 Jadual Kedua P.U. (A) 9/2019 10-01-2019 P.U. (A) 169/2024 26-06-2024
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
787 - *AKTA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN ANUGERAH 2017
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in