A1649 - AKTA PATEN (PINDAAN) 2022
This Act amends the Patents Act 1983, including filing, publication, opposition, licensing, and patent-record procedures.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act amends the Patents Act 1983, including filing, publication, opposition, licensing, and patent-record procedures. The Registrar may issue and amend practice directions or practice notices, and people named in them must comply. The Act also gives the court cost powers, protects the Registrar and certain officers from suits in defined circumstances, and sets transitional rules for pending patent matters.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1649 - AKTA PATEN (PINDAAN) 2022
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
A1649 - AKTA PATEN (PINDAAN) 2022 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
A1649 - AKTA PATEN (PINDAAN) 2022 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act amends the Patents Act 1983, including filing, publication, opposition, licensing, and patent-record procedures.
Paten (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1649 AKTA PATEN (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 4 Mac 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 16 Mac 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Paten (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1649 AKTA PATEN (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Akta Paten 1983. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Paten (Pindaan) 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan am 2. Akta Paten 1983 [Akta 291], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “Warta” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Jurnal Rasmi” kecuali dalam seksyen 1; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (b) dengan menggantikan perkataan “masa yang ditetapkan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “tempoh yang ditetapkan”. Pindaan seksyen 3 3. Seksyen 3 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas takrif “hak” takrif yang berikut: ‘ “Jurnal Rasmi” ertinya Jurnal Rasmi Harta Intelek yang disiarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 86a;’; (b) dengan memasukkan selepas takrif “keluaran” takrif yang berikut: ‘ “keluaran farmaseutikal” ertinya— (a) apa-apa keluaran yang dipaten; atau (b) apa-apa keluaran dikilangkan melalui proses yang dipaten, bagi sektor farmaseutikal yang termasuklah bahan aktif yang perlu bagi pengilangannya dan kit diagnostik yang diperlukan bagi kegunaannya;’; (c) dengan memasukkan selepas takrif “majikan” takrif yang berikut: ‘ “Majlis TRIPS” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Perjanjian TRIPS;’; (d) dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut: ‘ “mikroorganisma” ertinya apa-apa organisma yang bersaiz mikroskopik dan bahagian organisma yang bersaiz mikroskopik, termasuk organisma, virus dan viroid yang steril;’; Paten (Pindaan) 5 (e) dengan memasukkan selepas takrif “pekerja” takrif yang berikut: ‘ “pemastautin” termasuklah— (a) seorang warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia; (b) seorang bukan warganegara Malaysia yang— (i) telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia; atau (ii) bermastautin di Malaysia menurut pas yang dikeluarkan secara sah kepadanya di bawah Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] untuk masuk dan kekal di Malaysia; (c) suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia selain suatu syarikat asing; atau (d) suatu badan yang tidak diperbadankan yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia;’; dan (f) dengan memasukkan selepas takrif “Perbadanan” takrif yang berikut: ‘ “Perjanjian TRIPS” ertinya Perjanjian Perdagangan Berkaitan Aspek Hak Harta Intelek yang dinyatakan dalam Lampiran 1C kepada Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia; “Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa” ertinya suatu institusi depositari yang telah memperoleh status pihak berkuasa depositari antarabangsa di bawah Triti Budapest;’. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 Pindaan seksyen 13 4. Perenggan 13(1)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “proses mikroorganisma” dengan perkataan “proses mikrobiologi”. Pindaan seksyen 14 5. Perenggan 14(2)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “paten yang diberi” dengan perkataan “permohonan paten yang disiarkan di bawah seksyen 33d”. Pindaan seksyen 17b 6. Seksyen 17b Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut: “(4) Sesuatu permintaan bagi penukaran di bawah seksyen ini hendaklah difailkan dengan Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan.”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut: “(4a) Tanpa menjejaskan kuasa Pendaftar untuk membenarkan penukaran, tempoh yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (4) tidak boleh dilanjutkan di bawah seksyen 82.”. Pindaan seksyen 18 7. Subseksyen 18(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 19” dengan perkataan “peruntukan Akta ini”. Pindaan seksyen 19 8. Seksyen 19 Akta ibu dipinda dalam proviso dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “enam tahun”. Paten (Pindaan) 7 Pindaan seksyen 21 9. Seksyen 21 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Dalam seksyen ini, “Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.”. Pindaan seksyen 23a 10. Seksyen 23a Akta ibu dipinda— (a) dalam teks bahasa kebangsaan— (i) dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (ii) dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “Tiada seorang pun yang bermastautin di Malaysia boleh” dengan perkataan “Tiada seorang yang merupakan pemastautin boleh”; (b) dalam teks bahasa Inggeris, dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “No person resident in Malaysia shall” dengan perkataan “No person who is a resident shall”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(2) Sesuatu permohonan bagi pemberian kebenaran bertulis oleh Pendaftar yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh pemastautin mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 Pindaan seksyen 25 11. Seksyen 25 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “mengemukakan” perkataan “kepada Pendaftar”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “borang yang ditetapkan kepada Pendaftar” dengan perkataan “bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan”. Pemotongan seksyen 26a 12. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 26a. Pindaan seksyen 26b 13. Seksyen 26b Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Pemohon boleh, dalam tempoh yang ditetapkan, membuat permintaan kepada Pendaftar bagi suatu permohonan terbahagi untuk membahagikan suatu permohonan menjadi dua atau lebih permohonan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, dengan syarat bahawa setiap permohonan terbahagi tidak menzahirkan lebih daripada apa yang dizahirkan dalam permohonan asal.”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Suatu permintaan bagi permohonan terbahagi di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibenarkan oleh Pendaftar jika sebelum tarikh permintaan itu, permohonan asal atau permohonan sebelumnya yang terdekat yang berhubungan dengan permohonan asal itu telah— (a) diberikan suatu paten; (b) ditolak; Paten (Pindaan) 9 (c) disifatkan telah ditarik balik; (d) ditarik balik; atau (e) ditinggalkan. (1b) Tanpa menjejaskan kuasa Pendaftar untuk membenarkan permohonan terbahagi, tempoh yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dilanjutkan di bawah seksyen 82.”; dan (c) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “tarikh prioriti” dengan perkataan “tarikh pemfailan dan apa-apa hak prioriti di bawah seksyen 27, jika hak prioriti itu dituntut,”. Seksyen baharu 26c 14. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 26b seksyen yang berikut: “Pendepositan mikroorganisma 26c. (1) Jika reka cipta melibatkan suatu mikroorganisma yang tidak tersedia kepada orang awam dan tidak dapat diperihalkan dalam permohonan untuk mendapatkan paten dengan cara yang membolehkan reka cipta itu dijalankan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran biasa dalam ciptaan seni itu, suatu sampel mikroorganisma itu hendaklah didepositkan oleh pemohon atau mana-mana orang lain dengan Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan atau Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa tidak lewat daripada tarikh pemfailan permohonan paten itu. (2) Pendepositan mikroorganisma dengan Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan. (3) Pendepositan mikroorganisma dengan Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut Triti Budapest. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (4) Pendepositan mikroorganisma dengan Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan atau Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diiktiraf sebagai memenuhi kehendak penzahiran dalam permohonan paten. (5) Mana-mana orang boleh membuat permintaan bagi suatu sampel mikroorganisma yang didepositkan di bawah subseksyen (1) mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. (6) Bagi maksud seksyen ini, “Triti Budapest” ertinya Triti Budapest mengenai Pengiktirafan Antarabangsa Pendepositan Mikroorganisma bagi Maksud Prosedur Paten yang dibuat di Budapest pada 28 April 1977.”. Pindaan seksyen 27 15. Seksyen 27 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “prioriti” dengan perkataan “hak prioriti”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “difailkan” perkataan “berkenaan dengan reka cipta yang sama bagi permohonan yang dibuat”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1a) subseksyen yang berikut: “(1b) Jika pemohon gagal untuk menuntut hak prioriti dalam tempoh dua belas bulan yang disebut dalam subseksyen (1), hak prioriti itu boleh dipulihkan jika— (a) suatu permintaan untuk pemulihan hak prioriti dibuat oleh pemohon kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan; dan (b) permintaan di bawah perenggan (a) memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan.”. Paten (Pindaan) 11 Pindaan seksyen 28 16. Seksyen 28 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (1)(c), dengan memasukkan selepas perkataan “suatu perihalan” perkataan “termasuk suatu senarai jujukan, jika ada”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Bagi maksud perenggan (1)(d), jika permohonan itu mengandungi lebih daripada sepuluh tuntutan, setiap tuntutan yang berikutnya hendaklah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan.”; (c) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Jika Pendaftar mendapati bahawa permohonan yang dibuat oleh pemohon tidak memenuhi kehendak di bawah perenggan (1)(a), (b), (c) atau (d), Pendaftar hendaklah meminta pemohon untuk memfailkan pembetulan yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan.”; (d) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Jika Pendaftar mendapati bahawa permohonan yang dibuat oleh pemohon tidak memenuhi kehendak di bawah subseksyen (1a), Pendaftar hendaklah meminta pemohon untuk membuat pembayaran fi yang ditetapkan bagi setiap tuntutan yang berikutnya dalam tempoh yang ditetapkan.”; (e) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Jika— (a) pemohon mematuhi permintaan Pendaftar untuk memfailkan pembetulan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), Pendaftar hendaklah merekodkan tarikh penerimaan pembetulan yang dikehendaki sebagai tarikh pemfailan; 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (b) pemohon tidak mematuhi permintaan Pendaftar untuk memfailkan pembetulan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), permohonan itu hendaklah dikira sebagai ditinggalkan; (c) pemohon mematuhi permintaan Pendaftar untuk membuat pembayaran fi yang ditetapkan bagi setiap tuntutan yang berikutnya di bawah subseksyen (2a), Pendaftar hendaklah merekodkan tarikh penerimaan permohonan di bawah subseksyen (1) sebagai tarikh pemfailan; atau (d) pemohon tidak mematuhi permintaan Pendaftar untuk membuat pembayaran fi yang ditetapkan bagi setiap tuntutan yang berikutnya di bawah subseksyen (2a), Pendaftar hendaklah merekodkan tarikh penerimaan permohonan di bawah subseksyen (1) bagi sepuluh tuntutan pertama sahaja sebagai tarikh pemfailan.”; (f) dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan “lukisan yang hilang itu” perkataan “dalam tempoh yang ditetapkan”; dan (g) dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut: “(6) Tempoh yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (2), (2a) dan (4) tidak boleh dilanjutkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 82.”. Pindaan seksyen 29a 17. Seksyen 29a Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “maka pemohon boleh meminta pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan sebagai ganti pemeriksaan substantif” dengan perkataan “pemohon boleh, sebagai ganti pemfailan suatu permintaan bagi pemeriksaan substantif, memfailkan suatu permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan dalam tempoh yang ditetapkan”; Paten (Pindaan) 13 (b) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “borang yang ditetapkan” dengan perkataan “bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar”; (c) dengan memotong subseksyen (4); (d) dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut: “(5) Jika pemohon gagal untuk— (a) memfailkan permintaan bagi pemeriksaan substantif di bawah subseksyen (1); atau (b) memfailkan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan di bawah subseksyen (2), dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan untuk mendapatkan paten itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik pada akhir tempoh itu.”; (e) dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut: “(6) Walau apa pun perenggan (5)(b), Pendaftar boleh, atas permintaan pemohon dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, membenarkan penangguhan bagi pemfailan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan yang disebut dalam subseksyen (2). (6a) Penangguhan di bawah subseksyen (6) boleh dibenarkan hanya atas alasan bahawa paten atau hak milik lain bagi perlindungan harta perindustrian belum diberikan atau tidak boleh didapati sebelum habis tempoh yang ditetapkan bagi pemfailan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan.”; dan (f) dalam subseksyen (7), dengan memotong perkataan “(1) atau”. 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 Pindaan seksyen 30 18. Seksyen 30 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Pindaan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (3) tidak boleh menzahirkan lebih daripada apa yang dizahirkan dalam pemohonan asal.”. Seksyen baharu 31a 19. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 31 seksyen yang berikut: “Salinan permohonan paten atau paten yang diperakui atau tidak diperakui 31a. Pemunya paten atau pemohon paten boleh membuat permintaan kepada Pendaftar bagi suatu salinan yang diperakui atau tidak diperakui bagi apa-apa borang atau dokumen berkenaan dengan permohonan paten atau patennya yang difailkan di Pejabat Pendaftaran Paten dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.”. Penggantian seksyen 32a 20. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 32a dengan seksyen yang berikut: “Notis amanah dalam Daftar 32a. (1) Notis mengenai mana-mana amanah tersirat atau konstruktif tidak boleh disetuju terima oleh Pendaftar atau dimasukkan ke dalam Daftar. (2) Notis mengenai suatu amanah nyata atau benefisiari suatu amanah nyata, atau kedua-duanya, boleh disetuju terima oleh Pendaftar dan dimasukkan ke dalam Daftar. Paten (Pindaan) 15 (3) Walau apa pun subseksyen (2), Pendaftar tidak boleh terjejas dengan notis amanah nyata atau benefisiari suatu amanah nyata, dan kegagalan untuk memasukkan notis itu ke dalam Daftar tidak menjejaskan apa-apa hak atau kewajipan di bawah amanah itu.”. Penggantian seksyen 33 21. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 33 dengan seksyen yang berikut: “Pemeriksaan Daftar dan salinan atau cabutan daripada Daftar 33. (1) Mana-mana orang boleh membuat permintaan kepada Pendaftar untuk memeriksa Daftar atau untuk mendapatkan salinan atau cabutan yang diperakui atau tidak diperakui daripada Daftar, dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan. (2) Dalam seksyen ini, “orang” termasuklah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.”. Pindaan seksyen 33a 22. Seksyen 33a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Tiada seorang pun dalam penggajian Perbadanan boleh dikehendaki untuk hadir ke mana-mana mahkamah bagi maksud untuk mengemukakan— (a) apa-apa dokumen yang berhubungan dengan permohonan paten atau paten yang boleh diperoleh menurut peruntukan Akta ini; atau (b) apa-apa dokumen yang tidak boleh dijadikan tersedia kepada mana-mana pihak ketiga mengikut Akta ini.”. 16 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 Pindaan seksyen 33b 23. Seksyen 33b Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “cara yang ditetapkan” perkataan “bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan”; dan (b) dalam perenggan (1)(a) dan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “pemunya paten” perkataan “atau pereka cipta”. Pindaan seksyen 33c 24. Seksyen 33c Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Bagi maksud permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah mempunyai hak untuk hadir dan didengar, dan hendaklah hadir jika diarahkan sedemikan oleh Mahkamah.”; dan (b) dengan memotong subseksyen (4). Seksyen baharu 33d 25. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 33c seksyen yang berikut: “Penyiaran permohonan 33d. (1) Tertakluk kepada seksyen 30a, Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Jurnal Rasmi maklumat yang ditetapkan yang berhubungan dengan suatu permohonan paten setakat mana maklumat itu berada dalam milikan Pendaftar— (a) selepas lapan belas bulan dari tarikh pemfailan, atau jika hak prioriti dituntut, tarikh prioriti permohonan paten itu; atau Paten (Pindaan) 17 (b) atas permintaan pemohon untuk penyiaran awal sebelum tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan. (2) Permohonan paten tidak boleh disiarkan di bawah subseksyen (1) jika— (a) permohonan paten itu ditinggalkan, ditarik balik, disifatkan telah ditarik balik atau ditolak pada atau sebelum habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a); atau (b) Pendaftar mendapati bahawa permohonan itu mengandungi apa-apa maklumat yang melanggar ketenteraman awam atau kemoralan. (3) Suatu permintaan bagi penyiaran awal di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh dibatalkan. (4) Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu permohonan antarabangsa yang dibuat di bawah Triti Kerjasama Paten.”. Pindaan seksyen 34 26. Seksyen 34 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Jika permohonan paten telah disiarkan di bawah seksyen 33d, apabila pembayaran fi yang ditetapkan diterima, Pendaftar hendaklah menjadikan tersedia bagi pemeriksaan awam mengikut cara yang ditetapkan maklumat atau dokumen yang berikut yang berhubungan dengan permohonan paten setakat mana maklumat atau dokumen itu berada dalam milikan Pendaftar— (a) nama, alamat dan perihalan pemohon, dan nama dan alamat ejennya, jika ada; (b) nombor permohonan itu; 18 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (c) tarikh pemfailan permohonan itu, dan jika hak prioriti dituntut, tarikh prioriti itu, nombor permohonan yang terdahulu, nama negara yang permohonan yang terdahulu itu telah difailkan, atau jika permohonan yang terdahulu itu ialah permohonan serantau atau antarabangsa, nama negara yang baginya dan pejabat yang permohonan itu telah difailkan; (d) butir-butir permohonan termasuk perihalan, tuntutan atau tuntutan-tuntutan, lukisan, jika ada, dan abstrak dan apa-apa pindaan kepada permohonan itu, jika ada; (e) apa-apa perubahan pemunyaan permohonan itu dan apa-apa rujukan kepada kontrak lesen yang berhubungan dengan permohonan itu; (f) laporan carian dan pemeriksaan; (g) komunikasi berkenaan dengan permohonan paten daripada pemohon kepada Pejabat Pendaftaran Paten sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan (h) petikan bahan bertulis berkaitan paten dan bukan paten yang dikemukakan oleh pemohon atau mana-mana orang lain kepada Pejabat Pendaftaran Paten.”; (b) dengan memotong subseksyen (2); (c) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Jika tiada permintaan dibuat oleh pemohon di bawah perenggan 33d(1)(b), mana-mana orang yang berhasrat untuk memeriksa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan permohonan paten yang disebut dalam subseksyen (1) sebelum habis tempoh Paten (Pindaan) 19 lapan belas bulan dari tarikh pemfailan, atau jika hak prioriti dituntut, tarikh prioriti permohonan paten itu, hendaklah membuat permintaan kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar disertakan dengan— (a) kebenaran bertulis pemohon itu; dan (b) pembayaran fi yang ditetapkan.”; dan (d) dalam subseksyen (5), perenggan (6)(b) dan subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan “dijadikan tersedia bagi pemeriksaan awam” dengan perkataan “disiarkan di bawah seksyen 33d”. Seksyen baharu 34a 27. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 34 seksyen yang berikut: “Pemerhatian pihak ketiga 34a. (1) Mana-mana orang boleh, dalam tempoh yang ditetapkan, membuat pemerhatian dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan kebolehpatenan suatu permohonan paten sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah memasukkan sebab bagi pemerhatian itu. (2) Dalam seksyen ini, “orang” termasuklah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.”. Pindaan seksyen 35 28. Subseksyen 35(2) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan “a patentee” dengan perkataan “an owner of a patent”. 20 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 Pindaan seksyen 35a 29. Subseksyen 35a(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “dua belas bulan”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “borang yang ditetapkan” dengan perkataan “bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan”. Pindaan seksyen 36 30. Seksyen 36 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (c) dengan perkataan “; dan”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(d) untuk menguruskan paten sebagai subjek kepentingan bercagar.”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut: “(5) Dalam membuktikan sebaliknya dalam mana-mana prosiding yang disebut dalam subseksyen (4), orang selain pemunya paten atau pemegang lesennya tidak boleh dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa rahsia pengilangan atau komersial jika mahkamah berpuas hati bahawa ia tidak munasabah atau tiada keperluan untuk berbuat demikian, atau memudaratkan rahsia pengilangan atau komersial orang itu.”. Paten (Pindaan) 21 Pindaan seksyen 37 31. Seksyen 37 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “dan khususnya bukan bagi tindakan yang dilakukan hanya bagi penyelidikan saintifik” dengan perkataan “dan tidak boleh meliputi tindakan yang dilakukan bagi maksud eksperimen atau penyelidikan saintifik”; (b) dalam subseksyen (1a)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “pihak berkuasa yang relevan” perkataan “sama ada dalam Malaysia atau luar Malaysia”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “dadah” dengan perkataan “keluaran farmaseutikal”; dan (c) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “yang ada di Malaysia untuk sementara sahaja” dengan perkataan “yang memasuki Malaysia secara sementara atau tidak sengaja”. Penggantian tajuk Bahagian VIII 32. Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk Bahagian VIII dengan tajuk yang berikut: “PERMOHONAN PATEN DAN PATEN SEBAGAI OBJEK HARTA”. Pindaan seksyen 39 33. Seksyen 39 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Penyerahhakan dan perpindahan permohonan paten dan paten” dengan perkataan “Penyerahhakan, perpindahan dan transaksi kepentingan bercagar”; 22 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (b) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “dipindahkan” perkataan “dalam cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih yang lain”; (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Suatu paten boleh menjadi subjek kepentingan bercagar dalam cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih yang lain.”; (d) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Mana-mana orang yang menjadi pihak dalam transaksi kepentingan bercagar berkenaan dengan suatu paten boleh memohon kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan bagi merekodkan transaksi kepentingan bercagar itu dalam Daftar. (2b) Apa-apa kepentingan bercagar berkenaan dengan suatu paten boleh dikuatkuasakan dalam cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih yang lain.”; (e) dalam subseksyen (3) dan (4), dengan menggantikan perkataan “atau perpindahan” dengan perkataan “, perpindahan atau transaksi kepentingan bercagar”; dan (f) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut: “(5) Pendaftar boleh meminda apa-apa butir yang berhubungan dengan transaksi kepentingan bercagar dalam Daftar atas permohonan mana-mana orang yang merupakan pihak dalam transaksi kepentingan bercagar itu mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan. (6) Pendaftar boleh mengeluarkan transaksi kepentingan bercagar yang direkodkan itu daripada Daftar atas permohonan mana-mana orang yang merupakan pihak dalam transaksi kepentingan bercagar itu mengikut cara yang ditetapkan.”. Paten (Pindaan) 23 Pindaan Bahagian X 34. Bahagian X Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Perbadanan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Pendaftar”. Pindaan seksyen 48 35. Seksyen 48 Akta ibu dipinda— (a) dalam takrif “benefisiari bagi lesen wajib”, dengan memotong perkataan “dan” di hujung takrif itu; (b) dalam takrif “lesen wajib”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan perkataan “; dan”; dan (c) dengan memasukkan selepas takrif “lesen wajib” takrif yang berikut: ‘ “negara pengimport yang layak” ertinya— (a) negara termundur yang merupakan anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia; dan (b) mana-mana negara lain yang merupakan anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia yang— (i) memberitahu Majlis TRIPS hasratnya untuk bertindak sebagai pengimport mengikut Perkara 31bis dan Lampiran kepada Perjanjian TRIPS; dan (ii) membuktikan bahawa ia mempunyai kapasiti pengilangan yang tidak mencukupi atau tidak mempunyai kapasiti pengilangan dalam sektor farmaseutikal mengikut Apendiks kepada Lampiran kepada Perjanjian TRIPS.’. 24 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 Pindaan seksyen 49 36. Seksyen 49 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (1)(b), dengan memotong perkataan “dijual dengan harga tinggi yang tidak berpatutan atau”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Walau apa pun subseksyen (1), pada bila-bila masa selepas pemberian paten, mana-mana orang boleh membuat permohonan kepada Pendaftar untuk mendapatkan lesen wajib— (a) jika keluaran yang dikeluarkan dalam Malaysia di bawah paten itu untuk jualan dalam pasaran domestik dijual dengan harga tinggi yang tidak munasabah tanpa apa-apa sebab yang sah; atau (b) bagi maksud pengeluaran keluaran farmaseutikal dalam Malaysia dan pengeksportan keluaran farmaseutikal itu ke negara pengimport yang layak untuk menangani masalah kesihatan awamnya.”; dan (c) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “Sesuatu lesen wajib” dengan perkataan “Kecuali bagi perenggan (1a)(b), sesuatu lesen wajib”. Pindaan seksyen 50 37. Seksyen 50 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “royalti” dengan perkataan “saraan yang memadai”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Sebagai tambahan kepada kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1), suatu permohonan untuk mendapatkan lesen wajib di bawah perenggan 49(1a)(b) hendaklah mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan.”; Paten (Pindaan) 25 (c) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Jika suatu permohonan untuk mendapatkan lesen wajib dibuat menurut seksyen 49 atau suatu permintaan untuk mendapatkan lesen wajib dibuat menurut seksyen 49a, Pendaftar hendaklah memberikan salinan permohonan atau permintaan itu kepada pemberi lesen atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi suatu peluang untuk membuat pemerhatian terhadap permohonan atau permintaan itu dalam tempoh yang ditetapkan.”; dan (d) dengan memotong subseksyen (3). Pindaan seksyen 51 38. Seksyen 51 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Pendaftar hendaklah memberitahu Majlis TRIPS apabila lesen wajib diberikan di bawah perenggan 49(1a)(b).”. Pindaan seksyen 52 39. Seksyen 52 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; (b) dalam perenggan (c)— (i) dengan menggantikan perkataan “royalti” dengan perkataan “saraan yang memadai”; dan (ii) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(d) apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.”. 26 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 Seksyen baharu 52a 40. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 52 seksyen yang berikut: “Pemberian lesen wajib tidak boleh menimbulkan kemungkiran kontrak 52a. (1) Pendaftar boleh memberikan lesen wajib kepada pemohon walaupun suatu kontrak lesen telah dibuat oleh pemberi lesen dan pemegang lesen yang memperuntukkan bahawa lesen itu adalah eksklusif menurut subseksyen 44(2). (2) Pemberian lesen wajib oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) tidak boleh menimbulkan suatu tindakan bagi kemungkiran kontrak lesen yang disebut dalam subseksyen (1) oleh pemegang lesen terhadap pemberi lesen.”. Pindaan seksyen 53 41. Seksyen 53 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Pembatasan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b) tidak terpakai bagi lesen wajib yang diberikan bagi maksud pengeluaran dan pengeksportan keluaran farmaseutikal di bawah perenggan 49(1a)(b).”. Pindaan seksyen 54 42. Subseksyen 54(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “akuan penyerahan itu” perkataan “dan akuan itu tidak boleh ditarik balik”. Pindaan tajuk Bahagian XI 43. Tajuk Bahagian XI Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “PENYERAHAN” perkataan “, BANGKANGAN”. Paten (Pindaan) 27 Pindaan seksyen 55 44. Subseksyen 55(5) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “akuan itu” perkataan “dan akuan itu tidak boleh ditarik balik”. Seksyen baharu 55a 45. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 55 seksyen yang berikut: “Bangkangan paten 55a. (1) Jika tiada prosiding di bawah mana-mana peruntukan Akta ini dimulakan di Mahkamah berhubung dengan suatu paten, mana-mana orang yang berkepentingan boleh, dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh penyiaran pemberian paten, memulakan prosiding bangkangan dengan memfailkan notis bangkangan terhadap pemunya paten berhubung dengan pemberian paten itu kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan atas mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 56(2)(a), (b) atau (c) bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan. (2) Jika orang yang berkepentingan itu bukan seorang pemastautin, jaminan kos bagi prosiding bangkangan sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar hendaklah diberikan oleh orang yang berkepentingan itu semasa pemfailan notis bangkangan di bawah subseksyen (1). (3) Selepas pemfailan notis bangkangan di bawah subseksyen (1), apa-apa permintaan atau pemfailan dokumen yang dibuat oleh orang yang berkepentingan atau pemunya paten berhubung dengan prosiding bangkangan hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan. (4) Pendaftar boleh membentuk suatu jawatankuasa bangkangan ad hoc untuk memberi cadangan kepada Pendaftar dalam membuat keputusan terhadap notis bangkangan itu. 28 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (5) Pada akhir prosiding bangkangan, Pendaftar hendaklah memutuskan sama ada untuk— (a) mengekalkan paten itu; (b) mengekalkan paten itu dengan apa-apa pindaan; atau (c) mentaksahkan paten itu. (6) Jika Pendaftar memutuskan untuk mengekalkan pemberian paten di bawah perenggan (5)(a) atau (b), tiada permohonan di bawah seksyen 56 boleh dibuat oleh orang yang berkepentingan itu berhubung dengan paten yang berkenaan kecuali dengan cara tuntutan balas bagi pembatalan di bawah subseksyen 60(3) atau rayuan kepada Mahkamah di bawah seksyen 88. (7) Jika Pendaftar memutuskan untuk mengekalkan pemberian paten dengan apa-apa pindaan di bawah perenggan (5)(b), pindaan itu hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa dari tarikh pemberian paten. (8) Apa-apa keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini atau apa-apa rayuan daripada keputusan Pendaftar itu di bawah seksyen 88 tidak menghalang mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding langgaran daripada mentaksahkan paten itu atas mana-mana alasan yang disebut dalam seksyen 56. (9) Dalam seksyen ini, “orang yang berkepentingan” termasuklah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.”. Pindaan seksyen 56 46. Subseksyen 56(2) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan “atau”; (b) dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “; atau” di hujung perenggan itu dengan noktah; dan (c) dengan memotong perenggan (e). Paten (Pindaan) 29 Seksyen baharu 56a 47. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 56 seksyen yang berikut: “Prosiding pentaksahan selepas pemfailan notis bangkangan 56a. (1) Jika notis bangkangan yang difailkan oleh orang yang berkepentingan di bawah seksyen 55a belum diputuskan oleh Pendaftar, orang yang berkepentingan itu tidak boleh memulakan apa-apa prosiding Mahkamah terhadap pemunya paten itu bagi pentaksahan paten yang berkenaan di bawah seksyen 56 melainkan jika— (a) kedua-dua pihak dalam prosiding bangkangan bersetuju bagi prosiding pentaksahan itu dimulakan di hadapan Mahkamah; atau (b) orang yang berkepentingan itu ialah defendan dalam prosiding langgaran. (2) Sebelum orang yang berkepentingan itu memulakan prosiding pentaksahan di bawah seksyen 56 menurut perenggan (1)(a) atau (b), orang yang berkepentingan itu hendaklah— (a) memberitahu Pendaftar mengenai niatnya untuk memulakan prosiding itu; dan (b) menarik balik notis bangkangan yang difailkan di bawah seksyen 55a mengikut cara yang ditetapkan.”. Pindaan seksyen 57 48. Seksyen 57 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “sebahagian daripada sesuatu tuntutan” perkataan “di bawah seksyen 55a atau 56”; dan (b) dengan memotong subseksyen (2). 30 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 Pindaan seksyen 59 49. Subseksyen 59(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “enam tahun”. Pindaan seksyen 75 50. Subseksyen 75(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Mahkamah” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “mahkamah”. Seksyen baharu 76a 51. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 76 seksyen yang berikut: “Pengkompaunan kesalahan 76a. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan— (a) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan (b) kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu. (2) Pegawai berkuasa boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pendakwaan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabahnya telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada pegawai berkuasa suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh bertanggungan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (3) Suatu tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu Paten (Pindaan) 31 tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh pegawai berkuasa, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat. (4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan pegawai berkuasa boleh melucuthakkan atau memulangkan apa-apa buku, akaun, dokumen atau artikel yang disita berkenaan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai berkuasa. (5) Semua jumlah wang yang diterima oleh pegawai berkuasa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.”. Penggantian seksyen 78f 52. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 78f dengan seksyen yang berikut: “Orang yang berkelayakan bagi permohonan antarabangsa 78f. (1) Mana-mana orang yang merupakan warganegara Malaysia yang bermastautin di luar Malaysia atau pemastautin berhak untuk memfailkan permohonan antarabangsa untuk mendapatkan paten dengan Pejabat Pendaftaran Paten. (2) Pemastautin yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada seksyen 23a.”. Pindaan seksyen 78g 53. Subseksyen 78g(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “borang yang ditetapkan” dengan perkataan “bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar”. 32 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 Pindaan seksyen 78n 54. Subseksyen 78n(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “menjadikan tersedia bagi pemeriksaan awam di bawah seksyen 34” dengan perkataan “penyiaran permohonan di bawah seksyen 33d”. Pindaan seksyen 78o 55. Seksyen 78o Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Jika pemohon menetapkan Malaysia bagi maksud mendapatkan paten di bawah Akta ini bagi permohonan antarabangsa yang melibatkan suatu mikroorganisma yang tidak tersedia kepada orang awam dan tidak dapat diperihalkan dalam permohonan untuk mendapatkan paten dengan cara yang membolehkan reka cipta itu dijalankan oleh seorang yang mempunyai kemahiran biasa dalam ciptaan seni itu, suatu sampel mikroorganisma itu hendaklah didepositkan oleh pemohon itu atau mana-mana orang lain dengan Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan atau Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa tidak lewat daripada tarikh pemfailan permohonan antarabangsa itu.”. Pindaan seksyen 79 56. Seksyen 79 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Pendaftar boleh, apabila suatu permintaan dibuat oleh seorang pemohon untuk mendapatkan paten mengikut mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, meminda permohonan paten, atau apa-apa dokumen yang dikemukakan di Pejabat Pendaftaran Paten berhubung dengan permohonan itu, bagi maksud— (a) membetulkan salah tulis atau kesalahan ketara; atau Paten (Pindaan) 33 (b) menukar nama atau alamat pemohon atau pereka cipta.”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Permintaan bagi pindaan yang disebut dalam perenggan (1)(b) tidak boleh dibenarkan jika prosiding Mahkamah berhubung dengan hak kepada permohonan paten di bawah seksyen 19 belum selesai. (1b) Pendaftar boleh, apabila suatu permintaan dibuat oleh seorang pemohon mengikut mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, meminda perihalan, tuntutan atau tuntutan-tuntutan, lukisan, atau abstrak, permohonan paten, dengan syarat bahawa pindaan itu tidak menzahirkan lebih daripada apa yang dizahirkan dalam permohonan asal sebagaimana yang difailkan.”; dan (c) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)” dengan perkataan “seksyen ini”. Pindaan seksyen 79a 57. Seksyen 79a Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Jika Pendaftar mendapati bahawa permintaan bagi pindaan paten di bawah subseksyen (1) menghendaki seorang Pemeriksa untuk memeriksa semula paten itu, pemunya paten hendaklah memfailkan suatu permintaan pemeriksaan semula dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan. (1b) Walau apa pun subseksyen (1a), pemohon boleh atas kerelaannya sendiri, membuat permintaan bagi pemeriksaan semula paten dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.”; dan 34 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (b) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Pendaftar tidak boleh membuat pindaan di bawah seksyen ini jika terdapat— (a) mana-mana prosiding yang dalamnya kesahan paten itu mungkin menjadi isu yang belum selesai di hadapan mana-mana mahkamah; atau (b) mana-mana prosiding bangkangan di bawah seksyen 55a yang belum selesai di hadapan Pendaftar.”. Pindaan seksyen 80 58. Seksyen 80 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (1)(d), dengan menggantikan perkataan “meminda kos” dengan perkataan “mengawardkan kos, termasuk penilaian kos dan cara kos itu akan dibayar”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Suatu pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan Pendaftar yang berhasrat untuk mendapatkan kos hendaklah membuat permohonan kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.”; (c) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “perenggan (1)(a), (b) dan (c)” dengan perkataan “perenggan (1)(a) dan (b)”; (d) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Jika mana-mana orang tidak mematuhi apa-apa perintah atau arahan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah perenggan (1)(c) tanpa apa-apa alasan yang sah di sisi undang-undang, permohonannya di bawah Akta ini hendaklah dikira sebagai ditinggalkan.”; dan Paten (Pindaan) 35 (e) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Tiada apa-apa pun dalam Akta ini boleh menghalang penzahiran maklumat oleh Pendaftar kepada Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan atau Pihak Berkuasa Kompeten berkaitan yang ditubuhkan di bawah Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 [Akta 795] bagi maksud Pejabat Pendaftaran Paten bertindak sebagai tempat pemeriksaan di bawah Akta itu berkenaan dengan suatu permohonan untuk mendapatkan paten sebelum penyiaran permohonan paten yang disebut dalam seksyen 33d.”. Pindaan seksyen 81 59. Seksyen 81 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Suatu peluang untuk didengar yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan apabila fi yang ditetapkan dibayar.”. Pindaan seksyen 82 60. Seksyen 82 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subseksyen (1); (b) dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “Tertakluk kepada” perkataan “subseksyen 17b(4a), subseksyen 26b(1b),”; 36 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen 27(1a),” perkataan “subseksyen 28(6),”; dan (iii) dengan menggantikan perkataan “Mahkamah” dengan perkataan “mana-mana mahkamah”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Permintaan bagi pelanjutan masa selepas habis tempoh bagi tempoh yang ditetapkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.”. Pindaan seksyen 83 61. Subseksyen 83(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Mahkamah” dengan perkataan “mana-mana mahkamah”. Pindaan seksyen 84 62. Seksyen 84 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut: “(5a) Jika pengeksploitasian suatu reka cipta yang dipaten melibatkan pengimportan keluaran farmaseutikal ke dalam Malaysia bagi maksud perenggan (1)(a)— (a) Majlis TRIPS hendaklah diberitahu; dan (b) tiada saraan kena dibayar kepada pemunya paten di Malaysia di bawah subseksyen (3) jika saraan yang memadai telah dibayar kepada pemunya paten di negara pengeksport.”; dan Paten (Pindaan) 37 (b) dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan “Pengeksploitasian reka cipta itu” dengan perkataan “Pengeksploitasian reka cipta yang dipaten itu”. Pindaan seksyen 86 63. Seksyen 86 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran seorang ejen paten atas alasan sebagaimana yang ditetapkan.”; (b) dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut: “(4) Pelantikan atau pertukaran seorang ejen paten— (a) hendaklah dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan; dan (b) tidak boleh berkuat kuasa terhadap mana-mana orang ketiga melainkan jika pelantikan atau pertukaran itu didaftarkan dalam Daftar Ejen Paten.”; dan (c) dalam subseksyen (5)— (i) dengan menggantikan perkataan “yang tidak mempunyai domisil atau tempat kediamannya di Malaysia” dengan perkataan “yang bukan pemastautin”; dan (ii) dengan memotong perkataan “berkenaan dengan patennya”. 38 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 Seksyen baharu 86a 64. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 86 seksyen yang berikut: “Jurnal Rasmi Harta Intelek 86a. (1) Pendaftar hendaklah menyiarkan Jurnal Rasmi Harta Intelek yang hendaklah mengandungi— (a) semua perkara yang berhubungan dengan permohonan paten dan paten yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan (b) apa-apa maklumat atau perkara lain yang berhubungan dengan permohonan paten dan paten sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar. (2) Pendaftar hendaklah menjadikan tersedia Jurnal Rasmi itu kepada mana-mana orang apabila pembayaran fi yang ditetapkan diterima. (3) Penyiaran dalam Jurnal Rasmi hendaklah menjadi notis yang mencukupi mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (4) Suatu salinan Jurnal Rasmi hendaklah apabila dikemukakan dalam apa-apa prosiding undang-undang diterima sebagai keterangan tanpa diberikan bukti selanjutnya bahawa salinan itu telah disiarkan sedemikian. (5) Suatu salinan Jurnal Rasmi hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi fakta yang dinyatakan dalamnya.
Part document.segment-2
A1649 - AKTA PATEN (PINDAAN) 2022 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
A1649 - AKTA PATEN (PINDAAN) 2022 — segment 2
AI-assisted research summary: The Registrar may issue and amend practice directions or practice notices, and people named in them must comply. The Act also gives the court cost powers, protects the Registrar and certain officers from suits in defined circumstances, and sets transitional rules for pending patent matters.
(6) Jika Jurnal Rasmi itu disiarkan dalam lebih daripada satu bentuk, tarikh penyiaran Jurnal Rasmi itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh Jurnal Rasmi itu disiarkan pada kali pertama dalam apa-apa bentuk.”. Paten (Pindaan) 39 Pindaan seksyen 87 65. Subseksyen 87(2) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan “borang,”; dan (b) dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut: “(fa) bagi menetapkan Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan dan mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan; (fb) bagi mengawal selia pemfailan atau pengeluaran dokumen melalui cara elektronik; (fc) bagi mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan ejen paten;”. Seksyen baharu 87a 66. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 87 seksyen yang berikut: “Arahan atau notis amalan oleh Pendaftar 87a. (1) Pendaftar boleh mengeluarkan arahan atau notis amalan kepada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar. (2) Arahan atau notis amalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Jurnal Rasmi dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam arahan atau notis amalan itu. (3) Mana-mana orang yang dinyatakan dalam arahan atau notis amalan hendaklah mematuhi arahan atau notis amalan itu. 40 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (4) Pendaftar boleh meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian arahan atau notis amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini. (5) Subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa pindaan pada arahan atau notis amalan yang dibuat di bawah subseksyen (4). (6) Apa-apa permohonan atau paten di bawah Akta ini hendaklah dikira sebagai ditinggalkan, ditarik balik, disifatkan telah ditarik balik, ditaksahkan atau luput, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika mana-mana arahan atau notis amalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar tidak dipatuhi oleh orang yang dinyatakan dalam arahan atau notis amalan itu.”. Pindaan seksyen 88 67. Seksyen 88 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “atau Perbadanan”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Prosedur rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut kaedah-kaedah mahkamah dalam perkara sivil.”. Seksyen baharu 88a, 88b, 88c, 88d dan 88e 68. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 88 seksyen yang berikut: “Kos prosiding di hadapan mahkamah 88a. Dalam semua prosiding di hadapan mahkamah, mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, mengaward mana-mana pihak termasuk Pendaftar apa-apa kos sebagaimana yang difikirkannya munasabah tetapi Pendaftar tidak boleh diperintahkan untuk membayar kos mana-mana pihak. Paten (Pindaan) 41 Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 88b. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap— (a) Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau Pemeriksa berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan (b) mana-mana pegawai lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pendaftar, jika perbuatan itu telah diperintahkan atau dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya. Penyampaian permohonan, perintah atau penghakiman kepada Pendaftar 88c. (1) Suatu salinan tiap-tiap permohonan kepada Mahkamah yang berhubungan dengan permohonan paten atau paten dalam prosiding termasuk rayuan terhadap permohonan itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar oleh pihak dalam permohonan itu mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan. (2) Apabila salinan permohonan termasuk rayuan di bawah subseksyen (1) diterima, Pendaftar boleh mengubah status permohonan paten atau paten itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar, tertakluk kepada syarat, arahan, perintah atau penghakiman mahkamah selanjutnya. (3) Apa-apa perintah atau penghakiman yang dibuat oleh mahkamah apabila selesai permohonan termasuk rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan oleh pihak yang perintah atau penghakiman itu dibuat atau diberikan memihak kepadanya. 42 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (4) Apabila perintah atau penghakiman di bawah subseksyen (3) diterima, Pendaftar hendaklah— (a) merekodkan perintah atau penghakiman mahkamah itu dalam Daftar; dan (b) menyebabkan perintah atau penghakiman itu disiarkan dalam Jurnal Rasmi jika difikirkan perlu oleh Pendaftar. Pendaftar tidak boleh dijadikan pihak dalam prosiding tertentu 88d. Dengan tiadanya kausa tindakan terhadap Pendaftar, Pendaftar tidak boleh dijadikan pihak dalam prosiding yang berikut: (a) prosiding penyerahhakan kehakiman di bawah seksyen 19; (b) rayuan terhadap keputusan Pendaftar dalam memberikan lesen wajib di bawah seksyen 51; (c) rayuan terhadap keputusan Pendaftar dalam prosiding bangkangan di bawah seksyen 55a; (d) prosiding pentaksahan di bawah seksyen 56; (e) prosiding langgaran di bawah seksyen 59; atau (f) rayuan terhadap keputusan Menteri di bawah seksyen 84. Kuasa untuk meminda Jadual 88e. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.”. Paten (Pindaan) 43 Peruntukan kecualian dan peralihan 69. (1) Apa-apa permohonan atau permintaan yang dibuat di bawah Akta ibu yang berhubungan dengan permohonan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (2) Apa-apa permohonan atau permintaan yang dibuat di bawah Akta ibu yang berhubungan dengan paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (3) Apa-apa tindakan yang berhubungan dengan permohonan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (4) Apa-apa tindakan yang berhubungan dengan paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (5) Apa-apa kelulusan, keputusan, arahan, notis atau laporan yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (6) Apa-apa penyiasatan, perbicaraan atau prosiding yang dimulakan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. 44 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (7) Walau apa pun subseksyen (1), (2), (3), (4), (5) dan (6)— (a) perenggan 14(2)(b) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 5 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan paten yang disiarkan di bawah seksyen baharu 33d sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25 Akta ini; (b) subseksyen 17b(4) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dan subseksyen baharu 17b(4a) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 6 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika laporan yang dibuat oleh Pemeriksa mengikut subseksyen 30(1) atau (2) Akta ibu dikeluarkan pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini; (c) seksyen 19 Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 8 Akta ini dan subseksyen 59(3) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 49 Akta ini hendaklah terpakai bagi permohonan paten atau paten, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika tempoh lima tahun yang dinyatakan dalam kedua-dua seksyen 19 dan subseksyen 59(3) Akta ibu berhubung dengan permohonan paten atau paten itu belum habis tempoh pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini; (d) subseksyen baharu 26b(1b) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 13 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika, pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini— (i) bantahan dibangkitkan dalam laporan Pemeriksa yang dibuat di bawah subseksyen 30(1) atau (2) Akta ibu bagi ketidakpatuhan seksyen 26 Akta ibu; atau Paten (Pindaan) 45 (ii) laporan pertama Pemeriksa yang dibuat di bawah subseksyen 30(1) atau (2) Akta ibu dikeluarkan oleh Pendaftar; (e) subseksyen 29a(6) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 17 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika, apa-apa permintaan bagi penangguhan dibuat pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini bagi pemfailan permintaan bagi pemeriksaan substantif atau pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan; (f) perenggan baharu 33d(1)(a) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika, pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tempoh lapan belas bulan dari tarikh pemfailan atau tarikh prioriti, jika hak prioriti dituntut bagi permohonan itu, habis; (g) perenggan baharu 33d(1)(b) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tempoh lapan belas bulan dari tarikh pemfailan atau tarikh prioriti, jika hak prioriti dituntut bagi permohonan itu, belum habis; (h) subseksyen 34(3) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 26 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika permintaan bagi pemeriksaan di bawah subseksyen 34(3) dibuat pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini; 46 Undang-Undang Malaysia AktA A1649 (i) seksyen baharu 34a sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 27 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini dan disiarkan di bawah seksyen baharu 33d sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25 Akta ini; (j) subseksyen 35a(1) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 29 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diberikan sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika notis tentang luputnya paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti itu disiarkan dalam Jurnal Rasmi pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini; (k) perenggan baharu 36(1)(d) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 30 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi mana-mana paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang masih berkuat kuasa; (l) seksyen baharu 55a dan 56a sebagaimana yang dimasukkan masing-masing melalui seksyen 45 dan 47 Akta ini hendaklah terpakai bagi paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diberikan pada tarikh mula berkuat kuasanya seksyen 45 dan 47 Akta ini; (m) subseksyen baharu 79a(1a) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 57 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi apa-apa permintaan untuk meminda paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini yang belum selesai di hadapan Pendaftar pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini; (n) subseksyen baharu 82(2) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 60 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi apa-apa perbuatan atau perkara yang perlu dilakukan di bawah Akta ibu dan tempoh yang ditetapkan bagi tindakan atau perkara itu dilakukan telah habis sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini; Paten (Pindaan) 47 (o) seksyen baharu 88a sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 68 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi semua prosiding di hadapan mahkamah yang belum selesai pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini; dan (p) apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan dalam Warta di bawah peruntukan Akta ibu dan masih belum disiarkan sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, disiarkan dalam Jurnal Rasmi dan perkara itu hendaklah disifatkan telah disiarkan dalam Warta di bawah Akta ibu. (8) Subseksyen 37(1) dan (3) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam perenggan 31(a) dan (c) Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi apa-apa paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang masih berkuat kuasa pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini. (9) Subseksyen 37(1a) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam perenggan 31(b) Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya perenggan 31(b) Akta ini, terpakai bagi apa-apa paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang masih berkuat kuasa pada tarikh mula berkuat kuasanya perenggan 31(b) Akta ini. (10) Pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, subseksyen 39(4) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 33 Akta ini tidak menjejaskan apa-apa transaksi kepentingan bercagar yang telah dibuat sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini. (11) Apa-apa perkara yang disiarkan dalam Warta mengikut peruntukan Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya perenggan 2(a) Akta ini— (a) hendaklah disifatkan telah disiarkan dalam Jurnal Rasmi dan seksyen baharu 86a sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 64 Akta ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis lain; dan (b) hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga disiarkan selainnya dalam Jurnal Rasmi.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1649 - AKTA PATEN (PINDAAN) 2022
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in