289 - *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953
This Act prohibits open gaming houses, public gambling, public lotteries, and dealing in gambling machines, and gives police and magistrates enforcement powers.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act prohibits open gaming houses, public gambling, public lotteries, and dealing in gambling machines, and gives police and magistrates enforcement powers. The Minister of Finance may license, renew, revoke, and amend certain gambling licences. A person who breaches a licence term or condition commits an offence and may be fined up to RM50,000, imprisoned up to 7 years, or both. Magistrates may also order security in repeat cases and may direct some fines to an informer.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 289 - *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
289 - *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
289 - *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act prohibits open gaming houses, public gambling, public lotteries, and dealing in gambling machines, and gives police and magistrates enforcement powers.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 289 AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 Sebagaimana pada 1 April 2014 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Common Gaming Houses Act 1953. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 Pertama kali diperbuat … … … 1953 (P.T.M Ord. No. 26 tahun 1953) Disemak … … … … … 1983 (Akta 289 m.b.p. 18 Ogos 1983) Kali terakhir dipinda melalui Akta A1096 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 1 Disember 2001 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 289 AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Kacau ganggu 3A. Permainan tertentu tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan 4. Kesalahan yang berhubungan dengan rumah perjudian terbuka 4A. Membantu dalam menjalankan loteri awam, dsb. 4B. Kesalahan yang berhubungan dengan urusan mesin judi 5. Mendahulukan atau memberikan wang bagi menubuhkan atau menjalankan urusan 6. Berjudi dalam rumah perjudian terbuka 7. Berjudi di tempat awam 8. Menghasut, menganjurkan atau memudahkan perjudian di tempat awam 9. Membeli tiket loteri 10. Wang yang dibayar boleh didapatkan kembali 11. Anggapan terhadap orang yang menjual tiket loteri, dsb. 12. Jualan tiket loteri tidak sah 13. Tanggungjawab majikan dan mandur 14. Penangkapan oleh majikan 15. Kuasa untuk memasuki premis 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 Seksyen 15A. Penutupan premis 16. Waran geledah terhadap premis 16A. Pelucuthakan mesin judi yang disita 17. Waran periksa terhadap orang 18. Kemasukan dan pemeriksaan oleh Majistret atau pegawai kanan polis 19. Anggapan terhadap rumah dan penghuni 20. Anggapan terhadap rumah, penghuni dan pemunya 20A. Liabiliti pemegang jawatan, dsb. 21. Perintah bagi merobohkan perekaan struktur yang memudahkan perjudian 21A. Pemotongan bekalan tenaga 22. Perlindungan pemberi maklumat 22A. Perlindungan pegawai, dsb. 23. Pesalah sebagai saksi bagi pihak pendakwa 23A. Ejen untuk mendapatkan keterangan 24. Perbicaraan 25. Mengikat jamin atas sabitan kedua 26. Hadiah kepada pemberi maklumat 27. Kecualian 27A. Kuasa untuk melesenkan penganjuran dan pengelolaan perjudian oleh sesuatu syarikat 28. Pemansuhan JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA JADUAL KETIGA 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 289 AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 Suatu Akta yang berhubungan dengan penghapusan rumah perjudian terbuka, judi awam dan loteri awam. [Semenanjung Malaysia—25 Jun 1953; Sabah dan Sarawak—15 April 1992, P.U. (B) 164/1992; Wilayah Persekutuan Labuan—15 April 1992; P.U. (B) 165/1992] Tajuk ringkas 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. (2) Akta ini *terpakai bagi **Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain– “judi” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasalnya ertinya bermain apa-apa permainan nasib atau permainan campur nasib dan kemahiran untuk wang atau nilaian wang dan termasuk bermain apa-apa permainan yang dinyatakan dalam Ruang 1 Jadual Pertama dan Kedua dan permainan atau pengendalian apa-apa mesin judi; *CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak—lihat P. U. (A) 377/1991 m.b.p 15 April 1992 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan—lihat P.U. (A) 376/1991 m.b.p 15 April 1992. ** CATATAN —Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Semenanjung Malaysia”– lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2). 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 “Ketua Polis Daerah” ertinya mana-mana pegawai polis yang dilantik oleh Ketua Polis Negara di bawah perenggan 6(b) Akta Polis 1967 [Akta 344]; “loteri” termasuklah apa-apa permainan, kaedah atau peranti yang dengannya wang atau nilaian wang dibahagikan atau diuntukkan mengikut apa-apa cara yang bergantung kepada atau hendak ditentukan oleh nasib atau dengan cara lot, sama ada loteri itu diadakan, dicabut, dijalankan atau diuruskan di dalam atau di luar Persekutuan; “loteri awam” ertinya loteri yang orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses, dan tiap-tiap loteri hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai loteri awam; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengawalseliaan loteri; “mesin judi” ertinya apa-apa mesin atau peranti mekanikal, elektrik atau elektronik (termasuk apa-apa program komputer yang digunakan dalam mesin dan peranti itu), sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya dikendalikan secara mekanikal, elektrik atau elektronik, yang direka sedemikian atau yang telah disesuaikan sedemikian bahawa— (a) ia boleh digunakan bagi maksud bermain permainan nasib atau permainan campuran nasib dan kemahiran; dan (b) akibat daripada permainan atau pengendalian mesin atau peranti, kemenangan dalam bentuk wang atau nilai wang yang boleh menjadi kena dibayar; “Pegawai Kanan Polis” ertinya mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor; “pemegang lesen”, berhubung dengan pembekalan tenaga, ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 9 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] atau pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah Rumah Perjudian Terbuka 7 seksyen 4 Ordinan Elektrik Sarawak [Sarawak Bab 137], mengikut kehendak keadaan; “pengendali mesin judi” ertinya mana-mana orang yang— (a) memiliki, menguruskan atau menyenggarakan mesin judi; (b) mempunyai dalam jagaannya atau di bawah kawalannya suatu mesin judi; atau (c) dalam apa-apa cara membantu dalam pengurusan atau penyenggaraan mesin judi; “permainan banker” ertinya apa-apa permainan yang dinyatakan dalam Ruang 1 Jadual Pertama; “pihak berkuasa bekalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990; “rumah perjudian terbuka” termasuklah— (a) mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan untuk perjudian yang orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses; (b) mana-mana tempat yang diselenggarakan untuk perjudian secara lazimnya, sama ada atau tidak orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses kepadanya; (c) mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan bagi maksud loteri awam; (d) mana-mana tempat (termasuk tempat yang dipunyai, diduduki, dimiliki, diselenggarakan, digunakan atau disenggarakan oleh mana-mana pertubuhan atau mana-mana organisasi lain, badan atau kumpulan orang sama ada atau tidak pertubuhan, organisasi, badan atau kumpulan itu ditubuhkan melalui atau di bawah mana- mana undang-undang)— 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 (i) di mana lapan orang atau lebih sedang berjudi; (ii) di mana apa-apa permainan banker sedang dimainkan; atau (iii) di mana perjudian sedang dimainkan dan baginya bayaran dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana pertubuhan, organisasi, badan atau kumpulan orang atau mana-mana orang lain sebagai balasan bagi membenarkan perjudian di tempat itu; “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan; “tempat’ ertinya mana-mana rumah, pejabat, bilik atau bangunan dan mana-mana tempat atau kawasan, sama ada terbuka atau tertutup, dan termasuklah sesuatu kapal, perahu atau vesel lain, sama ada terapung atau tidak, dan mana-mana kenderaan; sesuatu tempat di mana tiket loteri ditawarkan untuk jualan, dijual atau dibahagikan hendaklah disifatkan sebagai “digunakan bagi maksud loteri awam”; sesuatu tempat hendaklah disifatkan sebagai “digunakan” bagi sesuatu maksud jika ia digunakan bagi maksud itu walaupun hanya sekali sahaja; tiap-tiap orang yang mendemis atau menyewakan sesuatu tempat untuk sewaan hendaklah disifatkan “pemunya” tempat itu; ungkapan “alatan atau perkakas bagi perjudian” termasuklah semua barang atau bahagiannya yang dinyatakan dalam Ruang 2 Jadual Pertama dan Kedua dan semua barang yang digunakan dalam atau bagi maksud perjudian atau loteri dan semua mesin judi; “tenaga” mempunyai erti yang diberikan kepada “elektrik” dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990 atau istilah itu dalam seksyen 2 Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut kehendak keadaan; Rumah Perjudian Terbuka 9 “tiket loteri” termasuklah apa-apa kertas atau angka atau tulisan atau simbol atau barang lain apa jua pun yang sama ada dengan nyata atau secara termaklum memberikan hak atau berupa memberikan hak kepada pemegang atau mana-mana orang lain untuk menerima apa-apa wang atau nilaian wang apabila berlakunya apa-apa kejadian atau kontingensi yang berkaitan dengan mana-mana loteri awam. (2) Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta— (a) menetapkan apa-apa permainan, kaedah, peranti, skim atau pertandingan yang dinyatakan atau diperihalkan dalam pemberitahuan itu sebagai loteri bagi maksud Akta ini dan sesudah itu adalah menjadi suatu anggapan yang tidak boleh sangkal di sisi undang-undang bahawa permainan, kaedah, peranti, skim atau pertandingan itu adalah suatu loteri bagi maksud Akta ini; (b) (Dipotong oleh Akta A577). (3) Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memotong daripada, menambah kepada, atau selainnya meminda, Jadual Pertama atau Kedua. Kacau ganggu 3. Tiap-tiap rumah perjudian terbuka dengan ini diisytiharkan sebagai suatu kacau ganggu awam dan terbuka yang bertentangan dengan undang-undang. Permainan tertentu tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan 3A. (1) Jika seseorang dipertuduh bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 6 atau seksyen 7 Akta ini, maka adalah mencukupi bagi pihak pendakwa untuk hanya menyatakan bahawa orang yang dipertuduh itu telah didapati berjudi, tanpa menyatakan permainan tertentu yang dimainkan. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 (2) Jika seseorang sedang dibicarakan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 6 atau 7 Akta ini, maka adalah mencukupi bagi pihak pendakwa untuk hanya membuktikan bahawa permainan yang dimainkan itu adalah suatu permainan banker atau salah satu daripada permainan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, tanpa membuktikan permainan tertentu yang dimainkan. Kesalahan yang berhubungan dengan rumah perjudian terbuka 4. (1) Mana-mana orang yang— (a) merupakan pemunya atau penghuni atau yang berhak menggunakan buat sementara waktu atau selainnya sesuatu tempat yang menyelenggarakan atau menggunakan tempat itu sebagai rumah perjudian terbuka; atau (b) membenarkan sesuatu tempat yang tempat itu yang dia ialah pemunya atau penghuni atau yang menggunakan sesuatu tempat sebagai rumah perjudian terbuka secara sementara atau selainnya itu diselenggarakan atau digunakan oleh orang lain sebagai suatu rumah perjudian terbuka; atau (c) mempunyai jagaan atau pengurusan atau dengan apa-apa cara membantu dalam pengurusan sesuatu tempat yang diselenggarakan atau digunakan sebagai suatu rumah perjudian terbuka; atau (d) – (f) (dipotong oleh Akta A755); (g) mengumumkan atau menyiarkan atau menyebabkan diumumkan atau disiarkan sama ada secara lisan atau melalui apa-apa cetakan, tulisan, rupa bentuk, tanda atau selainnya bahawa mana-mana tempat dibuka, diselenggarakan, atau digunakan sebagai suatu rumah perjudian terbuka atau dengan apa-apa cara lain mempelawa atau mengajak mana-mana orang untuk melanggar seksyen 6 atau seksyen 9; atau Rumah Perjudian Terbuka 11 (h) menjalankan dalam atau melalui apa-apa akhbar atau apa-apa penerbitan berkala yang lain, atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan atau jualan apa-apa barang kepada orang awam— (i) apa-apa pertandingan yang menawarkan hadiah bagi ramalan tentang keputusan sama ada sesuatu kejadian yang bakal berlaku atau kejadian yang sudah berlaku yang keputusannya masih belum ditentukan atau belum lagi diketahui secara amnya; atau (ii) apa-apa pertandingan lain yang kejayaannya tidak banyak bergantung pada penggunaan kemahiran, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan sebagai tambahan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap mesin judi yang disita. (2) Mana-mana orang yang menghuni atau berhak menggunakan buat sementara waktu sesuatu tempat yang diselenggarakan atau digunakan oleh orang lain sebagai suatu rumah perjudian terbuka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membenarkan tempat itu diselenggarakan atau digunakan sedemikian. Membantu dalam menjalankan loteri awam, dsb. 4A. Mana-mana orang yang— (a) membantu dalam menjalankan sesuatu loteri awam; *CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755]. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 (b) menerima, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa wang atau nilaian wang bagi atau berkenaan dengan apa-apa nasib dalam apa-apa kejadian atau kontingensi berkaitan dengan sesuatu loteri awam atau menjual atau menawarkan untuk jualan atau memberi atau menyerahkan atau memungut apa-apa tiket loteri; (c) mencabut, membuang, mengisytiharkan atau mempamerkan, secara nyata atau selainnya, pemenang atau nombor yang menang, tiket, lot, angka, rupa bentuk, simbol atau keputusan lain apa-apa loteri awam; atau (d) menulis, mencetak atau menyiarkan atau menyebabkan ditulis, dicetak atau disiarkan apa-apa tiket loteri atau senarai hadiah atau apa-apa pengumuman tentang keputusan sesuatu loteri awam atau apa-apa pengumuman atau teka-teki yang berhubungan dengan sesuatu loteri awam, melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun. Kesalahan yang berhubungan dengan urusan mesin judi 4B. Mana-mana orang yang— (a) berurusan dengan atau dalam apa-apa cara jua membuat transaksi dalam, apa-apa mesin judi atau apa-apa bahagian apa-apa mesin judi atau apa-apa kepentingan daripada apa-apa jenis dalam mana-mana mesin judi atau apa-apa bahagian gantian bagi mana-mana mesin judi; atau (b) mengimport, mengilang, memasang, membekalkan, menjual, menyerah hak, menggadai, memajak, mengupah, memberikan perkhidmatan, membaiki, menyesuai atau mengubah suai, atau menjalankan apa-apa gabungan Rumah Perjudian Terbuka 13 aktiviti itu yang berhubung dengan, mesin judi atau apa-apa bahagian mana-mana mesin judi atau mana-mana bahagian gantian bagi mana-mana mesin judi, melakuk an suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap mesin judi yang disita dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun. Mendahulukan atau memberikan wang bagi menubuhkan atau menjalankan urusan 5. Mana-mana orang yang mendahulukan atau memberikan wang bagi maksud menubuhkan atau menjalankan urusan sesuatu rumah perjudian terbuka atau bagi maksud sesuatu loteri awam atau yang mendapat keuntungan daripada penubuhan atau penjalanan urusan sedemikian melakukan sesuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun. Berjudi dalam rumah perjudian terbuka 6. (1) Mana-mana orang yang berjudi dalam suatu rumah perjudian terbuka melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, **didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (2) Seseorang yang didapati dalam suatu rumah perjudian terbuka atau didapati melarikan diri dari suatu rumah perjudian terbuka apabila rumah itu dimasuki di bawah Akta ini hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai sedang atau telah berjudi di dalamnya. *CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755]. **CATATAN—Sebelum ini “dua ribu ringgit”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755]. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 Berjudi di tempat awam 7. (1) Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang didapati berjudi di mana-mana tempat awam dan boleh menyita semua alatan atau perkakas bagi perjudian yang didapati di tempat awam itu atau pada diri orang yang ditangkap di bawah seksyen ini. (2) Mana-mana orang yang berjudi di mana-mana tempat awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan semua alatan atau perkakas bagi perjudian yang disita di bawah seksyen ini boleh diisytiharkan oleh mahkamah yang di hadapannya sabitan itu didapatkan sebagai dilucuthakkan kepada Kerajaan dan hendaklah diperlakukan sewajarnya. (3) Jika apa-apa wang atau benda bernilai yang lain digunakan dalam memainkan apa-apa permainan nasib atau permainan campur nasib dan kemahiran atau dalam permainan atau pengendalian apa-apa mesin judi di mana-mana tempat awam, pemain itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai sedang atau telah berjudi. Tafsiran (4) Dalam seksyen ini, ungkapan “tempat awam” termasuklah jalan awam, jalan raya, lorong, dan kawasan lapang, dan mana- mana tempat yang orang ramai ada atau boleh mendapat akses kepadanya. *CATATAN— Sebelum ini “dua ribu ringgit”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755]. Rumah Perjudian Terbuka 15 Menghasut, menganjurkan atau memudahkan perjudian di tempat awam 8. (1) Mana-mana orang yang menghasut, menganjurkan atau dengan sengaja memudahkan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 7 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun. (2) Mana-mana orang yang— (a) mendirikan, menyenggarakan, atau mengawal, atau membantu mendirikan, menyenggarakan, atau mengawal, mana-mana pondok, bangsal, khemah, atau bangunan atau lindungan lain apa jua pun yang di dalamnya suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7 dilakukan; (b) membawa kepada, atau ada dalam milikannya pada atau dekat, suatu tempat di mana suatu kesalahan sedemikian seperti yang disebut terdahulu dilakukan, apa-apa alatan atau perkakas bagi perjudian; atau (c) berjaga-jaga untuk memberi amaran atau memberi amaran kepada orang yang melakukan suatu kesalahan sedemikian seperti yang disebut terdahulu tentang risiko pengesanan, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai menganjurkan perlakuan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7. *CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755]. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 (3) Seseorang tidaklah, semata-mata oleh sebab bahawa dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7, boleh disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini. Membeli tiket loteri 9. (1) Mana-mana orang yang sama ada dengan sendirinya atau melalui seseorang ejen membayar atau mendepositkan apa-apa wang atau nilaian wang kepada atau dengan mana-mana orang yang terlibat dalam urusan suatu rumah perjudian terbuka sebagai suatu tagan atau bagi atau berkenaan dengan apa-apa kejadian atau kontingensi berkaitan dengan loteri awam atau membeli tiket loteri melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (2) Seseorang yang dalam milikannya sesuatu tiket loteri didapati hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai telah membeli tiket loteri itu. (3) Tiap-tiap tiket loteri yang dibawa atau diperkenalkan ke dalam atau berada di dalam Persekutuan hendaklah dilucuthakkan kepada Kerajaan dan ia adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai polis atau pekhidmat awam yang lain untuk menyita tiap-tiap tiket sedemikian di mana jua didapati. Wang yang dibayar boleh didapatkan kembali 10. Apa-apa wang atau nilaian wang yang dibayar atau didepositkan bagi atau berkenaan dengan apa-apa kejadian atau kontingensi sedemikian seperti yang disebut terdahulu atau bagi atau berkenaan dengan pembelian tiket loteri hendaklah boleh didapatkan kembali sebagai wang yang diambil dan diterima untuk atau bagi kegunaan orang yang daripadanya wang atau nilaian wang itu telah diterima. *CATATAN—Sebelum ini “dua ribu ringgit”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755]. Rumah Perjudian Terbuka 17 Anggapan terhadap orang yang menjual tiket loteri, dsb. 11. (1) Seseorang yang— (a) menjual, menawarkan untuk jualan, memberikan, menyerahkan atau memungut tiket loteri; atau (b) didapati memiliki sepuluh atau lebih— (i) tiket loteri; atau (ii) kaunterfoil atau pendua tiket loteri; (c) didapati memiliki apa-apa akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan sesuatu loteri; atau (d) didapati memiliki suatu “papan tikam”, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membantu dalam loteri awam yang sedang dijalankan ketika itu. (2) Seseorang yang didapati di dalam atau melarikan diri dari suatu rumah perjudian terbuka yang diselenggarakan atau digunakan bagi maksud loteri awam hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membantu dalam loteri awam yang sedang dijalankan ketika itu. (3) Jika keterangan atau suatu perakuan diberikan oleh seorang pakar perjudian bahawa apa-apa dokumen yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ialah tiket loteri bagi mana-mana loteri awam atau ialah akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan mana-mana loteri awam, Mahkamah hendaklah menganggap bahawa dokumen sedemikian ialah tiket loteri bagi loteri awam itu atau akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan loteri awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 (4) Jika keterangan atau suatu perakuan diberikan oleh seorang pakar perjudian bahawa apa-apa barang ialah alatan atau perkakas bagi perjudian, Mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang itu ialah alatan atau perkakas bagi perjudian. (5) Sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen (3) atau (4) hendaklah, jika pihak pendakwa bercadang hendak memberikannya sebagai keterangan, disampaikan kepada tertuduh itu tidak kurang dari empat belas hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu dan perakuan itu hendaklah boleh diterima tanpa kehadiran pembuat perakuan itu sebagai saksi melainkan jika dikehendaki pembuat perakuan itu sebagai saksi melainkan jika dikehendaki sedemikian— (a) oleh Mahkamah; atau (b) oleh tertuduh, yang dalam hal itu tertuduh hendaklah memberikan Pendakwa Raya suatu notis secara bertulis tidak kurang dari tujuh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu. (6) Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta melantik mana-mana orang sama ada seorang pegawai awam ataupun tidak untuk menjadi seorang pakar perjudian berkenaan dengan mana-mana atau kesemua permainan. Jualan tiket loteri tidak sah 12. Tiap-tiap jualan atau kontrak bagi jualan tiket loteri dengan ini diisytiharkan sebagai tidak sah dan tiada tindakan boleh disenggarakan oleh mana-mana orang berkenaan dengan mana-mana jualan atau kontrak sedemikian kecuali oleh pembeli bagi pemulangan wang atau balasan lain (jika ada) yang dibayar mengenainya. Rumah Perjudian Terbuka 19 Tanggungjawab majikan dan mandur 13. (1) Bilamana dibuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa mana-mana orang yang diambil kerja untuk perburuhan di perlombongan atau pertanian atau di mana-mana perburuhan lain yang boleh dari semasa ke semasa diisytiharkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai tertakluk kepada seksyen ini telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini di mana-mana tempat yang dipunyai atau diduduki oleh majikannya, majikan orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang perlakuan kesalahan itu: Dengan syarat bahawa apabila seorang berkontrak dengan seorang yang lain untuk menjalankan apa-apa kerja, buruh yang ditugaskan dalam pelaksanaan sebenar kerja itu hendaklah bagi maksud seksyen ini disifatkan sebagai diambil kerja olah kedua-dua orang itu. (2) Bilamana dibuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa mana-mana orang yang diambil kerja seperti yang disebut terdahulu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dalam kehadiran mana-mana mandur, kepala atau orang lain yang mempunyai kuasa ke atasnya bagi maksud pekerjaan itu, maka mandur, kepala atau orang lain itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang perlakuan kesalahan itu dan untuk memastikan penghapusannya yang berkesan. (3) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengecualikan mana-mana orang daripada liabiliti kepada apa-apa penalti yang diperuntukkan oleh Akta ini 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 bagi apa-apa kesalahan di bawahnya yang dibuktikan telah dilakukan olehnya. (4) Tiada pendakwaan mana-mana majikan, mandur, kepala, atau orang lain di bawah seksyen ini boleh dimulakan kecuali dengan kuasa Pendakwa Raya. Penangkapan oleh majikan 14. (1) Apabila mana-mana orang yang diambil kerja untuk perburuhan di perlombongan atau pertanian atau di mana-mana perburuhan lain yang diisytiharkan di bawah seksyen 13 sebagai tertakluk kepada peruntukan seksyen itu didapati melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini di mana-mana tempat yang dipunyai atau diduduki oleh majikannya, dia dan semua orang lain yang didapati menyubahati kesalahan itu, boleh ditangkap tanpa waran oleh majikannya atau dalam masa ketiadaan majikan itu oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh majikan itu untuk menguruskan tempat itu. (2) Tiap-tiap orang yang ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu diserahkan kepada seorang pegawai polis atau dibawa ke balai polis yang terdekat untuk penahanan sehingga dia boleh dibawa ke hadapan seorang Majistret. Kuasa untuk memasuki premis 15. Mana-mana pegawai polis yang secara amnya atau khasnya diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pegawai Polis bolehlah pada waktu malam atau siang memasuki mana-mana tempat di mana orang yang diambil kerja untuk perburuhan di perlombongan atau pertanian atau di mana-mana perburuhan lain yang diisytiharkan di bawah seksyen 13 sebagai tertakluk kepada seksyen itu tinggal atau bekerja. Rumah Perjudian Terbuka 21 Penutupan premis 15A. Jika Ketua Polis Daerah mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa mana-mana premis atau mana-mana bahagian apa-apa premis telah digunakan bagi maksud perjudian, dia boleh dengan serta-merta mengambil langkah yang difikirkan perlu untuk menutup premis atau mana-mana bahagian premis itu. Waran geledah terhadap premis 16. (1) Seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis apabila berpuas hati atas maklumat bertulis dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang baik untuk mempercayai bahawa mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan sebagai rumah perjudian terbuka boleh melalui waran memberi kuasa mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya atau mana-mana pegawai polis dengan apa- apa bantuan dan dengan sedemikian kekerasan sebagaimana yang perlu pada waktu malam atau siang untuk memasuki atau pergi ke tempat sedemikian dan menggeledahnya dan semua orang yang didapati di dalamnya dan untuk menyita semua alatan atau perkakas bagi perjudian dan semua wang, jaminan untuk wang dan barang lain yang semunasabahnya disangka sebagai digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi apa-apa permainan atau loteri yang mungkin didapati di tempat itu atau pada mana-mana orang itu dan juga untuk menahan semua orang itu sehingga mereka dan tempat itu telah digeledah. Jika mana-mana benda atau hal keadaan yang dijadikan oleh Akta ini sebagai keterangan anggapan kebersalahan didapati dalam mana-mana tempat itu atau pada mana-mana orang yang di dalamnya, tiap-tiap orang yang didapati di dalamnya hendaklah dibawa ke hadapan Majistret untuk diperlakukan mengikut undang-undang. (2) Semua alatan atau perkakas bagi perjudian, wang, jaminan untuk wang dan barang lain yang didapati dalam sesuatu rumah perjudian terbuka atau pada mana-mana orang yang didapati di dalamnya atau yang melarikan diri darinya dan yang Majistret berpendapat telah digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 apa-apa permainan atau loteri hendaklah diisytiharkan olehnya sebagai dilucuthakkan kepada Kerajaan dan hendaklah diperlakukan sewajarnya. Pelucuthakan mesin judi yang disita 16A. (1) Tanpa menjejaskan subseksyen 16(2), mana-mana mesin judi yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan. (2) Suatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana mesin judi yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan mesin judi hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa mesin judi itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun boleh disabitkan dengan kesalahan itu. (3) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa mesin judi yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, mesin judi itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila tamat tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya mesin judi itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan mesin judi itu, melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan pada mesin judi dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6). (4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya mesin judi yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa ia tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada Ketua Polis Daerah bahawa dia menuntut mesin judi itu. Rumah Perjudian Terbuka 23 (5) Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, Ketua Polis Daerah hendaklah merujukkan perkara itu kepada Majistret untuk diputuskan. (6) Majistret yang kepadanya perkara itu dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya mesin judi itu dan orang yang daripadanya ia disita, untuk hadir di hadapan Majistret dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, Majistret hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa mesin judi itu merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya mesin judi itu dilucuthakkan dan hendaklah jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan supaya mesin judi itu dilepaskan. (7) Mana-mana mesin judi yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada Ketua Polis Daerah dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret. (8) Ketua Polis Daerah tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kerosakan, walau apa pun sebabnya, kepada mesin judi yang disita di bawah Akta ini. Waran periksa terhadap orang 17. Seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis apabila berpuas hati atas maklumat bertulis dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang baik untuk mempercayai bahawa apa-apa alatan atau perkakas bagi perjudian berkemungkinan didapati pada mana-mana orang boleh melalui waran yang ditandatanganinya memerintahkan mana-mana pegawai polis untuk menangkap dan memeriksa orang itu, atau boleh melalui waran yang ditandatanganinya memerintahkan mana-mana orang yang dinamakan itu dalamnya untuk menangkap orang itu dan membawanya dengan segera ke hadapan mana-mana Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis yang hendaklah dengan itu 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 menyebabkan orang itu diperiksa di hadapannya dan jika apa-apa alatan atau perkakas sedemikian didapati pada orang itu dia hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret untuk diperlakukan mengikut undang-undang. Kemasukan dan pemeriksaan oleh Majistret atau pegawai kanan polis 18. (1) Seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis boleh sendirinya melakukan apa yang dia boleh di bawah seksyen 16 dan 17 memberi kuasa seseorang pegawai polis untuk melakukan apabila Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis itu kompeten untuk mengeluarkan waran di bawah seksyen itu masing-masingnya dan juga dalam mana-mana hal yang berikut, iaitu– (a) jika mana-mana orang telah dalam masa enam bulan yang terdahulu disabitkan kerana menyelenggarakan atau menggunakan tempat yang dicadangkan untuk dimasuki itu sebagai rumah perjudian terbuka; atau (b) jika tempat yang dicadangkan untuk dimasuki itu diduduki oleh sesuatu kelab atau pertubuhan dan dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa perjudian lazimnya dijalankan di situ; atau (c) jika dia mempunyai pengetahuan sendiri akan fakta dan hal keadaan yang memuaskan hatinya bahawa terdapat alasan yang mencukupi bagi penggeledahan atau pemeriksaan di bawah seksyen itu masing-masingnya; atau (d) jika dia menerima maklumat yang dikehendaki itu secara lisan dan sama ada atas sumpah ataupun tidak atas sumpah dalam hal keadaan yang, pada pendapatnya, tujuan penggeledahan atau pemeriksaan itu akan gagal melalui kelengahan yang perlu bagi menurunkan maklumat itu secara bertulis: Rumah Perjudian Terbuka 25 Dengan syarat bahawa dalam hal yang terakhir ini nama dan alamat orang yang memberi maklumat itu diketahui atau ditentukan oleh Majistret atau Jaksa Pendamai atau Pegawai Kanan Polis itu sebelum dia bertindak atas maklumat itu. Maklumat palsu (2) Sesiapa jua yang dalam memberi maklumat lisan itu membuat sesuatu pernyataan yang dia mengetahui atau mempercayai adalah palsu atau tidak mempercayai adalah benar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua belas bulan. Anggapan terhadap rumah dan penghuni 19. Jika apa-apa alatan atau perkakas bagi perjudian didapati di mana-mana tempat yang dimasuki di bawah Akta ini atau pada mana-mana orang yang didapati di dalamnya atau jika orang dilihat atau didengar melarikan diri daripadanya apabila tempat itu didekati atau dimasuki oleh seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis atau jika seseorang pegawai polis atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa di bawah Akta ini untuk memasuki atau pergi ke tempat itu dengan menyalahi undang-undang dihalang daripada atau digalang atau dilengahkan untuk memasuki atau mendekati tempat itu atau mana-mana bahagiannya, ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa tempat itu ialah suatu rumah perjudian terbuka dan bahawa ia diselenggarakan atau digunakan sedemikian oleh penghuninya. Anggapan terhadap rumah, penghuni dan pemunya 20. (1) Jika dalam hal sesuatu tempat yang dimasuki di bawah Akta ini mana-mana lorong atau tangga atau cara akses ke mana-mana bahagiannya adalah luar biasa sempit atau curam atau selainnya sukar untuk dilalui atau mana-mana bahagian premis itu mempunyai cara luar biasa atau dengan luar biasanya mempunyai banyak cara untuk 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 menghalang atau menggalang daripada dimasuki atau mempunyai perekaan luar biasa untuk membolehkan orang di dalamnya untuk melihat atau memastikan ketibaan atau kemasukan orang atau untuk memberikan amaran atau untuk memudahkan orang melarikan diri dari premis itu, ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa tempat itu ialah suatu rumah perjudian terbuka dan bahawa ia diselenggarakan atau digunakan sedemikian oleh penghuninya; dan jika notis sebagaimana yang diperuntukkan berikutnya kemudian daripada ini telah disampaikan kepada pemunya premis itu ia hendaklah selanjutnya dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa tempat itu diselenggarakan sedemikian dengan kebenaran pemunyanya. (2) Bilamana ia sampai kepada pengetahuan Ketua Pegawai Polis bahawa mana-mana tempat dilengkapkan atau disediakan dengan mana-mana daripada cara atau perekaan yang disebut dalam seksyen ini dengan sedemikian cara yang membawa kepada anggapan bahawa tempat itu digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud rumah perjudian terbuka, menjadi kewajipan Ketua Pegawai Polis untuk menyebabkan notis mengenainya disampaikan kepada pemunya tempat itu dan juga kepada penghuninya; dan jika mana- mana notis sedemikian tidak boleh disampaikan ke diri ia bolehlah disampaikan dengan ditampalkan pada pintu luar utama atau mana- mana pintu luar atau tingkap atau mana-mana bahagian yang mudah dilihat di tempat itu. (3) Tiap-tiap penyewa yang menerima notis di bawah seksyen ini hendaklah dengan segera memberitahu pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu tentang penerimaan notis itu, dan orang itu hendaklah mengikut cara yang serupa memberitahu pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu, dan begitulah seterusnya sehingga notis itu dibawa kepada pengetahuan pemunya, tiap-tiap penyewa bertanggungjawab untuk membawa notis itu kepada pengetahuan pemberi sewanya yang terdekat; dan mana- mana penyewa yang enggan atau tidak menyebabkan diketahui oleh pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu fakta bahawa notis sedemikian telah diterima melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit. Rumah Perjudian Terbuka 27 Liabiliti pemegang jawatan, dsb. 20A. (1) Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan lain dalam mana-mana undang-undang bertulis, jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, sama ada atau tidak mana-mana orang telah disabitkan berkenaan dengannya, dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupa telah dilakukan oleh mana-mana pertubuhan, syarikat atau firma, tiap-tiap pemegang jawatan dalam pertubuhan itu dan tiap-tiap pengarah syarikat itu dan tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, syarikat atau firma itu pada masa perlakuan kesalahan itu, melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan baginya, melainkan jika dia menunjukkan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang perlakuan kesalahan itu. (2) Mana-mana pemegang jawatan, pengarah, pekongsi dan mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, syarikat atau firma itu boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupun dia mungkin tidak mengambil bahagian dalam perlakuan kesalahan itu. Perintah bagi merobohkan perekaan struktur yang memudahkan perjudian 21. Bilamana adalah ternyata kepada Majistret atas perbicaraan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini bahawa tempat yang di dalamnya atau yang berkenaan dengannya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan ialah suatu rumah perjudian terbuka dan bahawa ia dilengkapkan dengan atau mempunyai mana-mana daripada cara atau perekaan yang disebut dalam seksyen yang akhir terdahulu itu, dia hendaklah memerintahkan perobohan dan pemusnahan mana-mana antaranya yang terdiri daripada tangga, pintu, dinding sekat, tangga panjat, papan, pelantar, tiang, pagar tonggok, bar, bolt dan benda lain yang ternyata kepadanya telah didirikan atau dibina khas bagi maksud memudahkan penjalanan perjudian di premis itu. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 Pemotongan bekalan tenaga 21A. (1) Jika pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa berpuas hati berdasarkan maklumat bertulis dan setelah apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang baik untuk mempercayai bahawa mana-mana premis atau mana-mana bahagian mana-mana premis digunakan bagi maksud perjudian, dia boleh memohon kepada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen bagi pemotongan bekalan tenaga kepada premis itu bagi tempoh tidak melebihi satu bulan kalendar. (2) Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat di bawah dan mengikut peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 atau Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut kehendak keadaan. (3) Apabila bekalan tenaga ke mana-mana premis telah dipotong di bawah subseksyen (1), bekalan tenaga tidak akan disambung semula ke premis itu oleh pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen tanpa kebenaran bertulis daripada pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa. (4) Suatu penyambungan semula bekalan tenaga kepada mana-mana premis di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan di bawah dan mengikut peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 atau Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut kehendak keadaan. Perlindungan pemberi maklumat 22. (1) Kecuali sebagaimana yang disebut kemudian daripada ini tiada maklumat yang dibentangkan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah apa jua pun dan tiada seorang pun saksi boleh diwajibkan atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat di bawah Akta ini atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada penzahirannya. (2) Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang ada sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil Rumah Perjudian Terbuka 29 atau jenayah apa jua pun mengandungi apa-apa catatan yang di dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada penzahirannya, mahkamah atau Majistret hendaklah menyebabkan semua petikan sedemikian disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada dizahirkan tetapi tidak lebih daripada itu. (3) Jika atas perbicaraan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini Majistret setelah membuat siasatan penuh ke atas kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat suatu pernyataan material dalam maklumatnya yang dia ketahui atau percayai adalah palsu atau yang dia tidak percayai adalah benar atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah atau Majistret berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan sepenuhnya antara pihak-pihak di dalamnya tanpa menzahirkan pemberi maklumat, ia adalah sah bagi mahkamah atau Majistret untuk menghendaki pengemukaan maklumat asal itu dan untuk membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan penuh berkenaan dengan pemberi maklumat itu. Perlindungan pegawai, dsb. 22A. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap— (a) mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan mana-mana perbuatan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan (b) mana-mana pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen atau mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan mana-mana perbuatan yang dilakukan atau yang berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan mana-mana pegawai yang diberikan kuasa sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 dengan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang dikehendakinya. Pesalah sebagai saksi bagi pihak pendakwa 23. (1) Bilamana dua orang atau lebih dipertuduh dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, Majistret boleh menghendaki seorang atau lebih daripada mereka untuk memberi keterangan sebagai saksi atau saksi-saksi bagi pihak pendakwa. (2) Mana-mana orang sedemikian yang enggan mengangkat sumpah atau menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diperlakukan mengikut cara yang sama seperti saksi-saksi yang enggan sedemikian boleh menurut undang-undang diperlakukan oleh Majistret. (3) Tiap-tiap orang yang dikehendaki sedemikian supaya memberi keterangan yang hendaklah, pada pendapat Majistret, membuat penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang tentangnya dia diperiksa dengan sah adalah berhak menerima suatu perakuan yang ditandatangani oleh Majistret yang menyatakan bahawa dia telah, pada pendapat Majistret, membuat penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang tentangnya dia telah diperiksa, dan perakuan sedemikian menjadi suatu halangan ke atas semua prosiding undang-undang terhadapnya berkenaan dengan semua perkara sedemikian seperti yang disebut terdahulu. Ejen untuk mendapatkan keterangan 23A. Walau apa pun apa-apa kaedah undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, mana-mana orang atau ejen yang didapati berjudi bersama dengan orang yang dipertuduh bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini tidaklah boleh dianggap sebagai tidak layak dipercayai semata-mata oleh sebab dia mengaku menyubahati perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini jika persubahatannya atau percubaannya untuk bersubahat atau penyertaannya dalam Rumah Perjudian Terbuka 31 perjudian itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang yang dipertuduh bagi kesalahan itu. Perbicaraan 24. (1) Segala kesalahan terhadap Akta ini hendaklah dibicarakan secara terus oleh seorang Majistret. (2) Dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini, mahkamah boleh merujuk, bagi maksud keterangan kepada buku “Gambling Games in Malaya” oleh C.T. Dobree, dan kepada mana-mana buku atau rencana lain yang diterbitkan mengenai perkara perjudian menyalahi undang- undang yang mahkamah berpendapat ialah autoriti mengenai perkara yang dimaksudkan olehnya itu. (3) Apa-apa hukuman yang diberi kuasa oleh Akta ini boleh dikenakan oleh Mahkamah Majistret, walaupun ia melebihi hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah itu secara lazimnya. Mengikat jamin atas sabitan kedua 25.
Part document.segment-2
289 - *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
289 - *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 — segment 2
AI-assisted research summary: The Minister of Finance may license, renew, revoke, and amend certain gambling licences. A person who breaches a licence term or condition commits an offence and may be fined up to RM50,000, imprisoned up to 7 years, or both. Magistrates may also order security in repeat cases and may direct some fines to an informer.
Jika seseorang yang telah disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 4 atau 4B disabitkan lagi dengan kesalahan yang sama atau mana-mana kesalahan lain di bawah seksyen itu, Majistret boleh, sebagai tambahan kepada hukuman yang diperuntukkan oleh seksyen itu, membuat suatu perintah menghendakinya supaya memberi jaminan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun oleh seorang penjamin atau lebih bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan terhadap Akta ini dan tiap-tiap perintah sedemikian hendaklah dibuat dengan seberapa hampir yang boleh mengikut cara yang sama dan hendaklah mempunyai kesan dan akibat yang sama seolah-olah ia ialah suatu perintah untuk memberi jaminan bagi berkelakuan baik di bawah seksyen 74 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 Hadiah kepada pemberi maklumat 26. Majistret boleh mengarahkan apa-apa denda atau mana-mana bahagian apa-apa denda yang dikenakan di bawah Akta ini supaya dibayar kepada pemberi maklumat. Kecualian 27. Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa loteri yang dibenarkan atau dilesenkan di bawah peruntukan *Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962 [Akta 252] atau Akta Loteri 1952 [Akta 288] atau apa-apa ambil tagan yang dianjurkan oleh sesuatu kelab lumba kuda yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia atas keputusan sesuatu perlumbaan kuda dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai perjudian atau loteri hendaklah disifatkan tidak termasuk sebutan mengenai apa-apa bentuk perjudian atau mengenai apa-apa loteri yang dibenarkan atau dilesenkan sedemikian. Kuasa untuk melesenkan penganjuran dan pengelolaan perjudian oleh sesuatu syarikat 27A. Walau apa pun Akta ini atau Akta Pertaruhan 1953 [Akta 495] atau mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perjudian, pertaruhan atau loteri, Menteri Kewangan boleh, menurut budi bicaranya, melalui lesen membenarkan sesuatu syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], selain syarikat asing sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 4(1) Akta itu, untuk menganjurkan dan mengelolakan perjudian— (a) berkenaan dengan apa-apa permainan atau permainan- permainan; (b) di mana-mana premis; *CATATAN—Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962 [Akta 252] telah dimansuhkan oleh Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan (Pembubaran) 1991 [Akta 470] —lihat seksyen 3 Akta 470. Rumah Perjudian Terbuka 33 (c) tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi dan duti; dan (d) tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat lain, sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu, bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan; dan mana-mana lesen yang dikeluarkan sedemikian boleh, menurut budi bicaranya, diperbaharui oleh Menteri Kewangan, dari semasa ke semasa, bagi tempoh yang setiap satunya tidak melebihi tiga bulan, dan pada membuat mana-mana pembaharuan sedemikian Menteri Kewangan boleh meminda, menambah kepada atau memotong daripada mana-mana peruntukan dalam, atau mana-mana fi dan duti yang kena dibayar berkenaan dengan, atau mana-mana terma dan syarat dalam, lesen yang terdahulu itu. (2) Menteri Kewangan boleh, menurut budi bicaranya, pada bila-bila masa, membatalkan mana-mana lesen yang dikeluarkan atau diperbaharui di bawah subseksyen (1), atau meminda, menambah kepada atau memotong daripada mana-mana peruntukan dalam, atau mana-mana fi dan duti yang kena dibayar berkenaan dengan, atau mana-mana terma dan syarat dalam, mana-mana lesen sedemikian. (3) Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan atau terma dan syarat sesuatu lesen yang dikeluarkan atau diperbaharui di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. (4) Peruntukan Akta Duti Pertaruhan dan Ambiltagan 1948 [Akta 201] tidaklah terpakai bagi fi dan duti yang kena dibayar berkenaan dengan sesuatu lesen yang dikeluarkan atau diperbaharui di bawah subseksyen (1), kecuali bahawa seksyen 5 Akta itu hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi fi dan duti sedemikian. 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 Pemansuhan 28. Ordinan dan Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dengan ini dimansuhkan. Rumah Perjudian Terbuka 35 JADUAL PERTAMA [Seksyen 2] PERMAINAN BANKER (1) (2) Permainan Perkakas 1. PAI KOW (a) Suatu set 32 domino (b) Suatu meja pai kow (c) Dais (d) Penanda banker (e) Suatu cawan dan piring atau bekas yang serupa 2. BELANGKAS (a) Suatu gasing bersegi empat, yang muka seginya masing-masing mengandungi ukiran─ (i) seekor ketam besar (ii) sekuntum bunga atau bintang (iii) seekor ikan (iv) seekor udang (b) Suatu papan pertaganan yang ditandakan dengan empat segi empat bujur untuk bersamaan dengan empat muka segi gasing itu (c) Suatu piring atau pinggan kecil yang di dalamnya gasing itu dipusing (d) Suatu mangkuk kecil atau barang yang serupa untuk menutup gasing itu semasa berpusing 3. CHAP JEE KEE (a) Dua belas kepingan Chap Jee Kee (6 bertanda dengan merah 6 dengan hitam) atau set dua belas kad “Soo Sik”, setiap kad bersamaan dengan satu kepingan 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 (1) (2) Permainan Perkakas (b) Suatu papan pertaganan yang bertanda dengan dua belas huruf Chap Jee Kee (c) Suatu kotak kecil dengan tudung buka-tutup 4. FAN TAN (a) Suatu kuantiti butang, manik, biji atau benda yang serupa (b) Suatu papan pertaganan daripada kertas, logam atau kayu yang bertanda dengan angka 1, 2, 3 dan 4 (c) Suatu penutup kecil (d) Suatu batang kayu buluh atau peranti yang serupa bagi mengira butang, manik, biji atau benda yang serupanya itu 5. ROULETTE (a) Roda Roulette (b) Bola Roulette (c) Papan pertaganan Roulette 6. PEK BIN (a) Suatu gasing kecil bersegi lapan dengan 8 huruf yang berlainan diukir pada muka segi gasing itu (b) Suatu papan pertaganan yang bertanda mengikut lukisan rajah pada gasing bersegi lapan itu (c) Suatu piring atau pinggan kecil yang di dalamnya gasing itu dipusing (d) Suatu mangkuk kecil atau barang yang serupa untuk menutup gasing itu semasa berpusing 7. HOO HEY HOW (a) 3 dais bersegi enam, setiap satunya dengan muka segi yang masing- Rumah Perjudian Terbuka 37 (1) (2) Permainan Perkakas masing mengandungi ukiran─ (i) seekor ikan (ii) seekor udang (iii) seekor ketam besar (iv) sekuntum bunga (v) seekor rama-rama (vi) seorang perempuan cantik (b) Suatu papan pertaganan yang bertanda dengan enam segi empat sama yang bersamaan dengan dais (c) Suatu cawan dan piring atau bekas yang serupa 8. DADU BELANGKAS MATA (a) Suatu gasing bersegi enam, yang muka seginya berwarna hitam dan merah berselang-seli dan mengandungi ukiran─ (i) s atu mata dadu-hitam (ii) s eekor ikan-merah (iii) d ua mata dadu-hitam (iv) s eekor ketam besar-merah (v) t iga mata dadu-hitam (vi) s eekor udang-merah (a) Suatu piring atau pinggan yang di dalamnya gasing itu dipusing (b) Suatu mangkuk kecil atau barang yang serupa untuk menutup gasing itu semasa berpusing 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 (1) (2) Permainan Perkakas (c) Suatu papan pertaganan yang bertanda dengan keenam-enam simbol gasing itu 9. DADU KATAK ULAR atau DADU (b) Suatu gasing bersegi lapan, yang KODOK ULO muka seginya berwarna dengan merah dan hitam dan mengandungi ukiran─ (i) s eekor ayam jantan-merah (ii) e mpat mata dadu-merah (iii) s eekor katak-hitam (iv) t iga mata dadu-hitam (v) s eekor lipan-merah (vi) l ima mata dadu-merah (vii) s eekor ular-hitam (viii) e nam mata dadu-hitam (c) Suatu piring dan suatu cawan atau bekas yang serupa (d) Suatu papan pertaganan yang bertanda dengan kelapan-lapan simbol gasing itu 10. DADU MUKA ENAM (a) Suatu gasing bersegi enam dengan muka seginya diukir atau ditanda dengan mata dadu satu hingga enam dalam bilangannya (b) Suatu piring dan suatu cawan atau bekas yang serupa (c) Suatu papan pertaganan yang ditandakan supaya bersamaan dengan keenam-enam muka segi gasing itu 11. SEE KEE YAH atau DAUN (a) Empat kepingan gading atau tulang EMPAT yang diukir dengan angka 1, 2, 3 dan 4 masing-masing Rumah Perjudian Terbuka 39 (1) (2) Permainan Perkakas (b) Suatu kotak kecil dengan tudung buka tutup yang cuma cukup besar untuk menempatkan satu kepingan (c) Set empat kad yang ditandakan supaya bersamaan dengan keempat- empat kepingan yang digunakan 12. TAI SAI (a) Papan pertaganan Tai Sai (b) Tiga dais (c) Suatu cawan dan piring atau bekas yang serupa 13. YEW YEE SAM (a) Tiga dais (b) Suatu cawan dan piring atau bekas yang serupa 14. TA KAI (a) Enam dais (b) Suatu mangkuk 15. SEK POH (a) Tiga dais (b) Suatu papan pertaganan Sek Poh (c) Suatu cawan dan piring atau bekas yang serupa 16. SEK CHAI TAN atau KOK KOK (a) Tiga dais (b) Suatu papan pertaganan (c) Suatu piring dan suatu cawan atau bekas yang serupa 17. LUK KOW (a) Tiga dais (b) Suatu mangkuk (c) Suatu penutup 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 (1) (2) Permainan Perkakas 18. SEPAT (a) Empat dais (b) Suatu mangkuk (c) Suatu penutup 19. PAKAU atau KAD 3 atau SAM Kad permainan CHEONG atau DAUN TIGA 20. BLACK JACK atau DUA PULUH Kad permainan SATU 21. POH atau LIEN POH atau (a) Suatu meja EWOK atau POK (b) Suatu papan pertaganan (c) “Poh Kam” (Tudung Poh Kam) yang merupakan suatu kotak tegak dengan tudung buka – tutup dalam dua keping yang dibuat daripada tembaga kuning jati (d) “Poh”, yang merupakan suatu kiub yang dibuat daripada tulang atau kayu yang mengandungi dua huruf Cina dalam merah dan hitam pada setiap satu muka segi enamnya 22. BACARAT (a) Kad permainan (b) Suatu papan pertaganan 23. TING TONG Dua duit syiling yang serupa 24. FRENCH BULL atau BOLEK (a) Suatu papan pertaganan GOLEK (b) Suatu bola getah kecil atau benda yang serupa (c) Suatu dulang bernombor yang mempunyai nombor 0 hingga 9 25. TAU NGAU Kad permainan Rumah Perjudian Terbuka 41 JADUAL KEDUA [Seksyen 2] PERMAINAN LAIN (1) (2) Permainan Perkakas 1. POKER atau PHEY atau PAIR Kad permainan 2. JIN RUMMY Kad permainan 3. RUSSIAN POKER atau SAP SUM Kad permainan CHEONG atau KAD TIGA BELAS 4. TAN Kad permainan 5. TIEW YEE atau PANCING IKAN Kad permainan atau MERAH HITAM 6. MAIN TEROPE Kad permainan 7. RACE Kad permainan 8. TAU NGAU Kad permainan 9. MINTA DAUN Kad permainan 10. MAIN CABUT atau MAIN Kad permainan COLEK atau ANGKAT TURUN 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 JADUAL KETIGA [Seksyen 28] No. Tajuk N.S. Bab 30 .. .. .. Ordinan Rumah Perjudian Terbuka N.M.B. Bab 47 .. .. Enakmen Rumah Perjudian Terbuka Enakmen Johor No. 37 .. Enakmen Rumah Perjudian Terbuka Enakmen Kedah No. 2 tahun Enakmen No. 21 (Rumah Perjudian 1337 .. .. .. .. .. Terbuka) Enakmen Terengganu No. 2 tahun Enakmen Rumah Perjudian Terbuka 1348 .. .. .. .. .. 1348 Enakmen Perlis No. 11 tahun Enakmen Rumah Perjudian Terbuka 1337 .. .. .. .. .. 1337 Enakmen Kelantan No. 14 tahun Enakmen Perjudian dan Hiburan 1930 .. .. .. .. .. Yang Dilarang 1930 40 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 289 AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.T.M. Ord 60/ Ordinan Majlis Lantikan Negeri-Negeri 01-09-1956 1956 Selat (Pertukaran Nama) 1956 L.N. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958 (Ubah Suaian Undang-Undang) (Ordinan dan Proklamasi) 1958 Akta 9/1959 Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 31-12-1959 1959 Akta 44/1965 Akta Kelab Lumba Kuda (Ambil Tagan 01-08-1965 Awam) 1965 Akta 29/1966 Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 14-04-1966 1966 Akta 17/1967 Akta Kelab Lumba Kuda (Ambil Tagan 06-04-1967 Awam) (Pindaan) 1967 Akta A56 Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 30-04-1971 1971 P.U. (A) Perintah Wilayah Persekutuan (Ubah 01-02-1974 113/1977 Suaian Ordinan Rumah Perjudian 1953) 1977 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975 29-08-1975 Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) Akta A577 1984 20-01-1984 Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) Akta A755 1990 23-02-1990 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) Akta A1096 2001 01-12-2001 41 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 289 AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A577 20-01-1984 Akta A1096 01-12-2001 3A Akta A577 20-01-1984 4 Akta A577 20-01-1984 Akta A755 23-02-1990 Akta 1096 01-12-2001 4A Akta A755 23-02-1990 4B Akta A1096 01-12-2001 5 Akta A577 20-01-1984 Akta A755 23-02-1990 6 Akta A577 20-01-1984 Akta A755 23-02-1990 7 Akta A577 20-01-1984 Akta A755 23-02-1990 Akta A1096 01-12-2001 8 Akta A577 20-01-1984 Akta A755 23-02-1990 9 Akta A577 20-01-1984 Akta A755 23-02-1990 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 289 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 11 Akta A577 20-01-1984 Akta A1096 01-12-2001 15A Akta A1096 01-12-2001 16 Akta A577 20-01-1984 16A Akta A1096 01-12-2001 17 Akta A577 23-02-1990 20A Akta A577 20-01-1984 21A Akta A1096 01-12-2001 22A Akta A1096 01-12-2001 23A Akta A577 20-01-1984 24 Akta 9/1959 31-12-1959 25 Akta A1096 01-12-2001 27 Akta A56 30-04-1971 28 Akta A577 20-01-1984 Jadual Pertama Akta A577 20-01-1984 Jadual Kedua Akta A577 20-01-1984
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
289 - *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in