A1465 - AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PINDAAN) 2014
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends the Private Higher Educational Institutions Act 1996 by deleting section 22 and changing the wording of section 23.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1465 AktA INStItUSI peNDIDIkAN tINGGI SwAStA (pINDAAN) 2014 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1465 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 18 Julai 2014 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 24 Julai 2014 Hakcipta pencetak H percetAkAN NASIoNAL MALAYSIA berHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik). Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1465 AktA INStItUSI peNDIDIkAN tINGGI SwAStA (pINDAAN) 2014 Suatu Akta untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. [ ] DIperbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014. pindaan bahagian IV 2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam Bahagian IV dengan memotong seksyen 22. pindaan seksyen 23 3. Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata di bawah seksyen 21 dan 22” dengan perkataan “Bagi mengelakkan keraguan,”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1465 kecualian dan peralihan 4. Semua pelawaan yang telah dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 22 Akta ibu dan permohonan yang dibuat menurut pelawaan itu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah seksyen 22 Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.