A1617 - AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020
This Act amends the Franchising Act 1998 and adds or changes franchise registration, renewal, display, fee, enforcement, and offence rules.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1617 - AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1617 - AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020
AI-assisted research summary: This Act amends the Franchising Act 1998 and adds or changes franchise registration, renewal, display, fee, enforcement, and offence rules.
Francais (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1617 AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1617 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 20 Februari 2020 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 6 Mac 2020 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Francais (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1617 AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020 Suatu Akta untuk meminda Akta Francais 1998. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Francais (Pindaan) 2020. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan am 2. Akta Francais 1998 [Akta 590], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam teks bahasa kebangsaan— (a) dengan menggantikan perkataan “pemberi francais” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu dengan perkataan “francaisor”; (b) dengan menggantikan perkataan “pemegang francais” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu dengan perkataan “francaisi”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1617 (c) dengan menggantikan perkataan “pemegang subfrancais” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “subfrancaisi”; dan (d) dengan menggantikan perkataan “perunding francais” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “konsultan francais”. Pindaan seksyen 4 3. Seksyen 4 Akta ibu dipinda— (a) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas takrif “francais” takrif yang berikut: ‘ “francaisi” ertinya seseorang yang kepadanya francais diberikan dan termasuk, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini— (a) francaisi induk berkenaan dengan hubungannya dengan francaisor; dan (b) subfrancaisi berkenaan dengan hubungannya dengan francaisi induk; “francaisi induk” ertinya seseorang yang diberi hak oleh francaisor untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan francaisor itu; “francaisor” ertinya seseorang yang memberikan francais kepada francaisi dan termasuk francaisi induk berkenaan dengan hubungannya dengan subfrancaisi, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini;’; (b) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas takrif “iklan” takrif yang berikut: ‘ “konsultan francais” ertinya seseorang yang memberikan nasihat dan perkhidmatan konsultasi kepada orang lain mengenai pendaftaran perniagaan francais dan pematuhan kepada undang-undang yang berhubungan dengannya;’; Francais (Pindaan) 5 (c) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif “pemberi francais”, “pemegang francais”, “pemegang francais induk” dan “perunding francais”; dan (d) dengan memasukkan selepas takrif “perjanjian francais” takrif yang berikut: ‘ “subfrancais” ertinya suatu francais yang diberikan oleh francaisi induk kepada subfrancaisi bagi tujuan perniagaan di bawah Akta ini; “subfrancaisi” ertinya pemegang subfrancais;’. Pindaan seksyen 6 4. Seksyen 6 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “pemberi francais” perkataan “atau orang asing yang telah memperoleh kelulusan untuk menjual francais di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia di bawah seksyen 54”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “pemberi francais” perkataan “atau orang asing”. Pindaan seksyen 6a 5. Seksyen 6a Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “dengan menggunakan borang permohonan yang ditetapkan” dengan perkataan “dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.”; dan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1617 (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Mana-mana francaisi yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”. Pindaan seksyen 6b 6. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6b dengan seksyen yang berikut: “Pendaftaran francaisi 6b. (1) Seseorang francaisi yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang francaisor tempatan atau francaisi induk tempatan hendaklah mendaftarkan francais itu kepada Pendaftar dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh perjanjian antara francaisor dengan francaisi ditandatangani. (2) Mana-mana francaisi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.”. Pindaan seksyen 7 7. Subseksyen 7(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “borang yang ditetapkan berserta dengan” dengan perkataan “apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan dan”. Penggantian seksyen 10 8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 10 dengan seksyen yang berikut: “Tempoh berkuat kuasa 10. (1) Pendaftaran sesuatu francais hendaklah terus berkuat kuasa bagi suatu tempoh yang ditetapkan. Francais (Pindaan) 7 (2) Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh pada bila-bila masa mengeluarkan suatu perintah bertulis kepada francaisor untuk menggantung, menamatkan atau membatalkan pendaftaran francais itu di bawah Akta ini.”. Seksyen baharu 10a dan 10b 9. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10 seksyen yang berikut: “Pembaharuan pendaftaran francais 10a. (1) Seseorang francaisor boleh memohon kepada Pendaftar bagi pembaharuan pendaftaran francais dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh habis tempoh pendaftaran itu. (2) Suatu kelulusan bagi permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pendaftar. (3) Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan. (4) Seksyen 10 hendaklah terpakai bagi tempoh berkuat kuasa pendaftaran francais yang dibaharui di bawah seksyen ini. Mempamerkan pendaftaran francais 10b. (1) Francaisor atau francaisi hendaklah pada setiap masa mempamerkan pendaftaran francais di suatu kedudukan yang mudah dilihat di tempat francaisor atau francaisi itu menjalankan perniagaannya. (2) Mana-mana francaisor atau francaisi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1617 Pindaan seksyen 11 10. Seksyen 11 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “dokumen penzahiran” dengan perkataan “dokumen sokongan bagi pendaftaran francais”; (b) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memotong perkataan “penzahiran”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “(a)” perkataan “, (b), (c), (d)”; dan (c) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “Pendaftar” perkataan “berserta dengan fi yang ditetapkan”. Pindaan seksyen 14 11. Seksyen 14 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “broker francais” perkataan “atau konsultan francais”; (b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “(a) dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan; dan”; (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.”; (d) dengan memotong subseksyen (5a) dan (5b); dan Francais (Pindaan) 9 (e) dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut: “(7) Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.”. Seksyen baharu 14a dan 14b 12. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14 seksyen yang berikut: “Pembaharuan pendaftaran broker francais atau konsultan francais 14a. (1) Seseorang broker francais yang masih menjalankan perniagaannya sebagai broker francais atau seseorang konsultan francais yang masih memberikan perkhidmatannya sebagai konsultan francais hendaklah memohon kepada Pendaftar bagi pembaharuan pendaftarannya sebagai broker francais atau konsultan francais, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh habis tempoh pendaftaran itu. (2) Suatu kelulusan bagi permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pendaftar. (3) Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan. (4) Subseksyen 14(5) hendaklah terpakai bagi tempoh berkuat kuasa pendaftaran broker francais atau konsultan francais yang dibaharui di bawah seksyen ini. (5) Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1617 Mempamerkan pendaftaran broker francais atau konsultan francais 14b. (1) Broker francais atau konsultan francais hendaklah pada setiap masa mempamerkan pendaftaran broker francais atau konsultan francais, mengikut mana-mana yang berkenaan, di suatu kedudukan yang mudah dilihat di tempat broker francais itu menjalankan perniagaannya atau konsultan francais itu memberikan perkhidmatannya. (2) Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”. Pindaan seksyen 15 13. Seksyen 15 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “penzahiran” di mana-mana jua terdapat; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “seksyen 7” dengan perkataan “seksyen 7 dan 11”. Pindaan seksyen 18 14. Seksyen 18 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perenggan (l) dengan perenggan yang berikut: “(l) tempoh francais, dan terma pembaharuan dan pelanjutan perjanjian francais; dan”; (b) dengan memotong subseksyen (3); dan (c) dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan “subseksyen (5)” dengan perkataan “seksyen ini”. Francais (Pindaan) 11 Pindaan seksyen 22 15. Subseksyen 22(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “akaun yang berasingan” dengan perkataan “akaun bank yang berasingan”. Pindaan seksyen 24 16. Seksyen 24 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “atau cap perkhidmatan” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu. Pindaan seksyen 32 17. Perenggan 32(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “secara matannya perniagaan yang sama” dengan perkataan “perniagaan yang serupa”. Pindaan seksyen 37 18. Subseksyen 37(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “yang,” perkataan “berhubung dengan tawaran untuk menjual sesuatu francais atau semasa penjualan sesuatu francais,”; dan (b) dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “berhubungan dengan tawaran untuk menjual atau penjualan francais,”. Pindaan seksyen 42 19. Subseksyen 42(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Menteri” dengan perkataan “Pendaftar”. 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1617 Pindaan seksyen 43 20. Seksyen 43 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.”; (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “pemberi francais, broker francais atau pemegang francais” dengan perkataan “mana-mana orang”; dan (c) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “[Akta 594]” dengan perkataan “[Akta 593]”. Pindaan seksyen 44 21. Subseksyen 44(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “cap,” perkataan “papan tanda,”. Seksyen baharu 44a 22. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 44 seksyen yang berikut: “Waran geledah sah walaupun cacat 44a. Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran geledah itu dan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah waran geledah itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.”. Francais (Pindaan) 13 Seksyen baharu 48a, 48b, 48c dan 48d 23. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 48 seksyen yang berikut: “Pelucuthakan buku yang disita, dsb. 48a. (1) Apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan. (2) Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu. (3) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah Akta ini, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu hendaklah dikira dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu disita melainkan jika suatu tuntutan ke atasnya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6). (4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1617 risalah, peranti atau benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa mengenai tuntutannya. (5) Apabila diterima notis itu di bawah subseksyen (4), pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pendaftar yang boleh mengarahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dilepaskan atau dilucuthakkan, atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa supaya merujukkan perkara itu kepada suatu mahkamah untuk keputusan. (6) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dan orang yang daripadanya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu telah disita supaya hadir di hadapan mahkamah dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dilucuthakkan atau boleh, jika tidak dibuktikan sedemikian, memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dilepaskan kepada orang yang berhak kepadanya. (7) Apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa yang akan melupuskannya mengikut arahan Pendaftar. Francais (Pindaan) 15 (8) Jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah Akta ini merupakan barangan yang mudah musnah sifatnya atau jika penjagaan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah dan kesulitan, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu boleh dijual oleh pegawai diberi kuasa pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang oleh pegawai diberi kuasa untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini, atau untuk dilupuskan mengikut peruntukan seksyen ini. Pelepasan buku yang disita, dsb. 48b. (1) Jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu boleh melepaskan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu kepada orang yang dia tentukan sebagai berhak secara sah kepadanya, jika dia berpuas hati bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam keadaan sedemikian pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu, Kerajaan, Pendaftar atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Pendaftar tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu telah dibuat dengan suci hati. (2) Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan itu bagi apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu. 16 Undang-Undang Malaysia AktA A1617 Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik 48c. Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Ganjaran bagi maklumat 48d. Dalam hal sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, mengarahkan pembayaran mana-mana bahagian denda itu mengikut perkadaran yang difikirkan patut oleh mahkamah tetapi dalam apa-apa hal tidak melebihi setengah daripada denda itu kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu.”. Pindaan seksyen 54 24. Seksyen 54 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “mengemukakan permohonan kepada Pendaftar” dengan perkataan “memohon kepada Pendaftar dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.”. Francais (Pindaan) 17 Pindaan seksyen 60 25. Subsekyen 60(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut: “(c) menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini, dan cara memungut dan membayar fi itu;”. Pengesahan dan tanggung rugi 26. (1) Walau apa pun tiada apa-apa peruntukan tentang kehendak untuk membayar fi kepada Pendaftar kecuali di bawah subseksyen 8(3) Akta ibu, fi yang berikut yang telah dikenakan dan dipungut sepanjang tempoh dari 8 Oktober 1999 hingga hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah: (a) fi pemfailan bagi pindaan dokumen di bawah seksyen 11 Akta ibu; (b) fi pemprosesan bagi pendaftaran broker francais atau konsultan francais di bawah seksyen 14 Akta ibu; dan (c) fi pemprosesan bagi suatu permohonan oleh orang asing untuk penjualan francais di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia di bawah seksyen 54 Akta ibu. (2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut seperti yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat. 18 Undang-Undang Malaysia AktA A1617 Kecualian dan peralihan 27. (1) Apa-apa permohonan oleh seseorang francaisor untuk mendaftarkan francaisnya, atau apa-apa permohonan oleh orang asing untuk menjual francais di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia yang belum selesai sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah diuruskan mengikut Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini. (2) Apa-apa pendaftaran francais yang diluluskan di bawah Akta ibu sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh berkuat kuasa yang ditetapkan di bawah seksyen 10 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini. (3) Mana-mana orang asing yang telah mendapat kelulusan untuk menjual francais di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia di bawah seksyen 54 Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah membuat pendaftaran francaisnya di bawah seksyen 6 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1617 - AKTA FRANCAIS (PINDAAN) 2020
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in