A1474 - AKTA PENJARA (PINDAAN) 2015
This Act amends the Prisons Act 1995, updates prison officer titles, and adds rules for transferred prisoners, including remission, parole conditions, and related exemptions.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1474 - AKTA PENJARA (PINDAAN) 2015
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1474 - AKTA PENJARA (PINDAAN) 2015
AI-assisted research summary: This Act amends the Prisons Act 1995, updates prison officer titles, and adds rules for transferred prisoners, including remission, parole conditions, and related exemptions.
Penjara (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1474 AKTA peNjArA (pINDAAN) 2015 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1474 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Disember 2014 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 5 Januari 2015 Hakcipta pencetak H perceTAKAN NASIoNAL MALAYSIA berHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Penjara (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1474 AKTA peNjArA (pINDAAN) 2015 Suatu Akta untuk meminda Akta Penjara 1995. [ ] DIperbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penjara (Pindaan) 2015. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. pindaan seksyen 2 2. Akta Penjara 1995 [Akta 537], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)— (a) dengan memasukkan selepas takrif “pengamal perubatan berdaftar” takrif yang berikut: ‘ “Pengarah Penjara Negeri” ertinya seseorang pegawai penjara di Negeri yang berkenaan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Komisioner Penjara;’; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1474 (b) dengan menggantikan noktah di hujung takrif “tempat kerja” dengan koma bernoktah; dan (c) dengan memasukkan selepas takrif “tempat kerja” takrif yang berikut: ‘ “Timbalan Komisioner Jeneral Penjara” ertinya Timbalan Komisioner Jeneral Penjara yang dilantik di bawah subseksyen 10(2).’. pindaan seksyen 10 3. Seksyen 10 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Hendaklah dilantik apa-apa bilangan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara, Komisioner Penjara, Timbalan Komisioner Penjara, Penolong Kanan Komisioner Penjara dan Penolong Komisioner Penjara, daripada kalangan pegawai penjara, dan apa-apa bilangan pegawai penjara yang perlu bagi menjalankan peruntukan Akta ini.”. pindaan seksyen 11 4. Seksyen 11 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Komisioner Penjara” dengan perkataan “Timbalan Komisioner Jeneral Penjara”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “Komisioner Penjara” dengan perkataan “Timbalan Komisioner Jeneral Penjara”. pindaan seksyen 13 5. Seksyen 13 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut: “ Tugas Komisioner jeneral, pengarah penjara Negeri dan pegawai yang Menjaga”; Penjara (Pindaan) 5 (b) dalam perenggan (1)(c)— (i) dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (i); (ii) dengan menggantikan noktah di hujung subperenggan (ii) dengan perkataan “; dan”; dan (iii) dengan memasukkan selepas subperenggan (ii) subperenggan yang berikut: “(iii) banduan yang dipindahkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVb.”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Tertakluk kepada perintah Komisioner Jeneral, Pengarah Penjara Negeri hendaklah bagi Negeri yang di bawah jagaannya— (a) menyelia dan mengawal Pegawai yang Menjaga, pusat latihan pegawai penjara, parol dan perkhidmatan komuniti; dan (b) bertanggungjawab kepada Komisioner Jeneral bagi— (i) pematuhan sewajarnya oleh pegawai penjara dan banduan akan Akta ini dan semua undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan penjara, pusat latihan pegawai penjara, parol dan perkhidmatan komuniti; (ii) pengawalseliaan apa-apa urusan yang berhubungan dengan Lembaga Hakim Pelawat; (iii) pengurusan perkara yang berhubungan dengan pengampunan banduan; dan (iv) pemindahan banduan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IVb.”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1474 bahagian baru IVb 6. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 46o Bahagian yang berikut: ‘bahagian IVb PEMINDAHAN ANTARABANGSA BANDUAN pemakaian bahagian ini 46p. Bahagian ini hendaklah terpakai hanya bagi banduan yang dipindahkan di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [Akta 754]. Tafsiran 46q. Bagi maksud Bahagian ini— “banduan yang dipindahkan” ertinya banduan yang dipindahkan di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012; dan “Negara asing yang ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012. perintah Tetap Komisioner jeneral yang berhubungan dengan banduan yang dipindahkan 46r. Komisioner Jeneral boleh membuat dan mengeluarkan perintah yang dipanggil Perintah Tetap Komisioner Jeneral di bawah seksyen 12 berkenaan dengan banduan yang dipindahkan yang hendaklah selaras dengan Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta itu. Penjara (Pindaan) 7 peremitan hukuman bagi banduan yang dipindahkan 46s. (1) Berhubung dengan banduan yang dipindahkan ke Malaysia dari suatu Negara asing yang ditetapkan— (a) jika banduan itu tidak mendapat apa-apa peremitan hukuman di Negara asing yang ditetapkan itu, banduan yang dipindahkan itu hendaklah berhak diberikan peremitan yang dikira daripada baki hukumannya yang akan dijalani di Malaysia; atau (b) jika banduan itu telah mendapat peremitan hukuman di Negara asing yang ditetapkan itu, banduan yang dipindahkan itu tidak berhak untuk mendapat apa-apa peremitan daripada baki hukumannya yang akan dijalani di Malaysia. (2) Tertakluk kepada subseksyen (1), seksyen 44 Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan peremitan hendaklah terpakai bagi banduan yang dipindahkan ke Malaysia dari suatu Negara asing yang ditetapkan. Kuasa Lembaga parol yang berhubungan dengan banduan yang dipindahkan 46t. (1) Lembaga Parol boleh— (a) mengubah atau meminda syarat sedia ada Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan; atau (b) mengenakan syarat lanjut ke atas Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan. (2) Perintah Parol yang diubah atau dipinda atau apa-apa syarat lanjut yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai Perintah Parol yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Parol. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1474 (3) Jika banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan gagal mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan dalam Perintah Parol yang dikeluarkan oleh Negara asing yang ditetapkan atau apa-apa syarat yang telah diubah atau dipinda atau apa-apa syarat yang dikenakan oleh Lembaga Parol, Lembaga Parol boleh menggantung atau membatalkan Perintah Parol tersebut. pengecualian syarat layak parol bagi banduan yang dipindahkan 46u. (1) Komisioner Jeneral hendaklah mengecualikan banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan dan telah dilepaskan secara parol daripada syarat yang dinyatakan dalam perenggan 46e(3)(c). (2) Komisioner Jeneral boleh mengecualikan banduan yang dipindahkan dari Negara asing yang ditetapkan dan belum dilepaskan secara parol daripada syarat yang dinyatakan dalam perenggan 46e(3)(c).’. pindaan jadual pertama 7. Jadual Pertama Akta ibu dipinda dengan memasukkan di bawah perkataan “Komisioner Jeneral Penjara” perkataan “Timbalan Komisioner Jeneral Penjara”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1474 - AKTA PENJARA (PINDAAN) 2015
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in