287 - AKTA KOPERASI 1948
This Act sets rules for forming, registering, managing, and regulating cooperatives, including member voting, filing duties, by-law compliance, and limits on certain subsidiary and branch activities.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act sets rules for forming, registering, managing, and regulating cooperatives, including member voting, filing duties, by-law compliance, and limits on certain subsidiary and branch activities. Cooperatives covered by these sections must adopt bylaws on representation, hold general meetings on time, maintain a board and audit committee, keep accounts, and follow Commission oversight rules. The Commission can take control of a cooperative, appoint people to run or advise it, and order suspension, removal, freezing of accounts, or dissolution in the stated cases. This part repeals certain earlier cooperative laws, keeps some existing bodies and records in effect for transition, and requires older cooperatives to update their by-laws within two years.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 287 - AKTA KOPERASI 1948
Showing 4 of 4
Part document.segment-1
287 - AKTA KOPERASI 1948 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
287 - AKTA KOPERASI 1948 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act sets rules for forming, registering, managing, and regulating cooperatives, including member voting, filing duties, by-law compliance, and limits on certain subsidiary and branch activities.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA _____________ VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA DIKEMAS KINI _____________ Akta 502 AKTA KOPERASI 1993 Sebagaimana pada 1 April 2015 2 AKTA KOPERASI 1993 Tarikh Perkenan Diraja … … … 22 Januari 1993 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 4 Februari 1993 Pindaan terkini yang dibuat oleh Akta A1297 yang berkuat kuasa pada … … … … 1 Januari 2008 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … 2006 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 502 AKTA KOPERASI 1993 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. (Dipotong) BAHAGIAN II PENDAFTARAN 4. Koperasi yang boleh didaftarkan 5. Syarat-syarat bagi pendaftaran 6. Permohonan pendaftaran 7. Pendaftaran 8. Peruntukan khas bagi koperasi tertentu 9. Koperasi hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 10. Keterangan pendaftaran 10A. Pengemukaan diri sebagai koperasi 10B. Larangan penggunaan perkataan “koperasi”, dsb. 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 BAHAGIAN III KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN KOPERASI Seksyen 11. Alamat koperasi 12. Nama berdaftar hendaklah dipamerkan 13. Dokumen terbuka untuk diperiksa 14. Dokumen yang hendaklah diserah simpan kepada Suruhanjaya 15. Daftar anggota 16. Bukti catatan dalam buku koperasi 17. Undang-undang kecil hendaklah mengikat anggota 17A. Pemakaian undang-undang kecil 18. Pindaan undang-undang kecil koperasi 18A. Kuasa Suruhanjaya mengarahkan mesyuarat agung dipanggil untuk pindaan undang- undang kecil 19. Pembentukan subsidiari 19A. Cawangan koperasi atau subsidiari 20. (Dipotong) 21. Pewujudan gadaian bagi faedah koperasi 22. Lien dan tolakan berkenaan dengan syer, pulangan atau kepentingan anggota 23. Syer, yuran, pulangan atau kepentingan tidak boleh dikenakan penahanan atau penjualan 24. Kuasa untuk menguruskan harta dan, pulangan atau kepentingan anggota yang mati 25. Deposit oleh atau bagi pihak kanak-kanak BAHAGIAN IV HAK DAN LIABILITI ANGGOTA 26. Kelayakan untuk menjadi anggota 27. Hilang kelayakan untuk menjadi anggota 28. Anggota tidak boleh menggunakan hak sehingga bayaran dibuat 29. (Dipotong) 30. Undi anggota 31. Pengundian melalui proksi Koperasi 5 Seksyen 32. Kontrak anggota kanak-kanak dengan koperasi 33. Sekatan terhadap pemegangan saham 34. Sekatan terhadap pemindahan atau gadaian syer atau yuran atau kepentingan 34A. Liabiliti anggota terhad oleh yuran atau syer 35. Liabiliti bekas anggota dan harta pusaka terhadap hutang koperasi BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI 36. Mesyuarat agung 37. Mesyuarat agung perwakilan 38. Mesyuarat agung permulaan 39. Mesyuarat agung tahunan 40. Mesyuarat agung khas 41. Notis mesyuarat untuk Suruhanjaya 42. Lembaga koperasi 42A. Jawatankuasa Audit Dalaman 43. Kelayakan bagi dilantik menjadi anggota Lembaga 44. Tugas dan kuasa Lembaga 44A. Pendedahan kepentingan dalam pembiayaan Islam atau kemudahan kredit oleh anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif 44B. Pendedahan percanggahan kepentingan oleh anggota Lembaga dan ketua pegawai eksekutif 45. Liabiliti anggota Lembaga 46. Saraan untuk anggota Lembaga 47. Penggantungan pegawai koperasi 48. Akibat sabitan 49. (Dipotong) 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 BAHAGIAN VI HARTA DAN WANG KOPERASI Seksyen 50. Wang koperasi 51. Pembiayaan Islam atau kemudahan kredit oleh koperasi 52. Sekatan atas pinjaman 52A. Larangan mengenai deposit daripada bukan anggota 53. Sekatan terhadap transaksi lain dengan yang bukan anggota 54. Pelaburan wang 54A. Pelaburan dalam harta tak alih 55. Keuntungan modal 56. Untung bersih 57. Pengagihan untung bersih teraudit BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT 58. Penyenggaraan akaun 59. Penyata kewangan dan laporan Lembaga 60. Pengauditan 61. Kelulusan bagi juruaudit koperasi 62. Hal keadaan yang menjadikan seseorang hilang kelayakan untuk diluluskan atau bertindak sebagai juruaudit suatu koperasi 63. Kewajipan juruaudit BAHAGIAN VIII PEMERIKSAAN, SIASATAN, PEMBUBARAN DAN PERTIKAIAN 64. Kuasa Suruhanjaya untuk memeriksa buku, dsb., koperasi 65. Kuasa untuk menyita dan menahan buku dan dokumen 66. Siasatan 67. Suruhanjaya boleh memberitahu koperasi keputusan pemeriksaan atau siasatan 68. Pemeriksaan atas permohonan pemiutang 69. Tindakan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan koperasi dalam hal keadaan tertentu . Koperasi 7 Seksyen 69A. Peruntukan berhubung dengan pelantikan di bawah seksyen 69 69B. Peruntukan berhubung dengan pemecatab jawatan di bawah subperenggan 69(1)(iii) atau subsubperenggan 69(1)(iv)(A) 69C. Peruntukan berhubung dengan pengambilalihan kawalan di bawah perenggan 69(2)(a) 69D. Penyelesaian penjalanan kuasa di bawah subseksyen 69(1) dan (2) oleh Suruhanjaya 70. Pegawai yang dipecat atas perintah Suruhanjaya tidak boleh dilantik semula 71. Pembubaran 71A. (Dipotong) 71B. (Dipotong) 71C. (Dipotong) 72. Pembatalan pendaftaran sesuatu koperasi kerana kurang keanggotaan 73. Akibat pembatalan pendaftaran 74. Pembubaran selepas pembatalan pendaftaran koperasi 75. Kuasa pelikuidasi 76. Kuasa Suruhanjaya untuk mengawal pelikuidasian 77. Penguatkuasaan perintah 78. Had bagi bidang kuasa mahkamah sivil 79. Keutamaan pembayaran oleh likuidasi 80. Kuasa Suruhanjaya untuk surcaj pegawai, dsb., koperasi 81. Rayuan terhadap perintah Suruhanjaya 82. Penyelesaian pertikaian 83. Tribunal 84. Pengemukaan kes tentang persoalan undang-undang 84A. Perniagaan koperasi berasaskan Syariah BAHAGIAN IX PELBAGAI 85. Pergabungan, pemindahan dan pembahagian sukarela 85A. Mengemukakan maklumat dan statistik 86. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 86A. Kuasa untuk membuat perintah 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 Seksyen 86B. Kuasa untuk mengeluarkan arahan, garis panduan, dsb. 87. Pengecualian 88. Mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar kepada Kerajaan 89. (Dipotong) 90. Ketidakpakaian undang-undang tertentu 91. Kesalahan am 92. Bagaimana dan bila prosiding diambil 93. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan 93A. Mahkamah boleh memerintahkan pematuhan BAHAGIAN X PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN 94. Takrif 95. Pemansuhan dan kecualian 96. Kedudukan pendaftaran dan undang-undang kecil koperasi yang berdaftar di bawah undang-undang termansuh JADUAL . 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 502 AKTA KOPERASI 1993 Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengawalan dan pengawalseliaan koperasi; untuk menggalakkan perkembangan koperasi mengikut nilai-nilai kejujuran, kebolehpercayaan dan ketelusan koperasi bagi menyumbang ke arah mencapai objektif sosioekonomi negara dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [22 Januari 1994, P.U. (B) 37/1994] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Koperasi 1993. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia atau bagi mula berkuat kuasanya peruntukanperuntukan yang berlainan dalam Akta ini. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “anggota” termasuklah seseorang atau sesuatu koperasi yang turut sama dalam permohonan pendaftaran sesuatu koperasi dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan koperasi itu dan seseorang atau sesuatu koperasi yang diterima menjadi anggota koperasi mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang kecilnya selepas pendaftaran; “cawangan” termasuklah pejabat berdaftar koperasi, suatu pejabat, suatu agensi, suatu pangkalan elektronik dan termasuklah suatu tempat yang diadakan dan disenggarakan bagi apa-apa tempoh masa untuk menjalankan urusan koperasi; “deposit” ertinya suatu jumlah wang yang— (a) diterima atau dibayar atas terma yang kena dibayar balik, dengan atau tanpa pulangan atau faedah atau dengan suatu premium atau diskaun; atau (b) diterima atau dibayar atas terma yang kena dibayar balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang, dan pembayaran balik itu adalah sama ada atas permintaan atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat pembayaran itu dan orang yang menerimanya, tidak kira sama ada transaksi itu diperihalkan sebagai suatu pinjaman, pendahuluan, pelaburan, simpanan, jualan atau jualan dan belian semula, tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide— (i) dengan cara suatu pendahuluan atau suatu pembayaran sebahagian di bawah suatu kontrak bagi jualan, sewaan atau peruntukan lain harta atau perkhidmatan, dan kena dibayar balik hanya dalam keadaan bahawa harta atau perkhidmatan itu tidak sebenarnya dijual, disewa atau selainnya diperuntukkan; (ii) dengan cara jaminan bagi pelaksanaan suatu kontrak atau dengan cara jaminan berkenaan dengan apa-apa kerugian yang . Koperasi 11 mungkin berbangkit daripada ketidaklaksanaan sesuatu kontrak; dan (iii) tanpa menjejaskan subperenggan (ii), dengan cara jaminan bagi penyerahan atau pemulangan apa-apa harta, sama ada dalam suatu keadaan baik yang tertentu atau selainnya, dan hendaklah termasuk wang yang didepositkan oleh mana-mana orang dengan sesuatu koperasi dalam suatu akaun deposit tetap atau akaun simpanan atau akaun deposit lain tetapi tidak termasuk suatu syer, yuran atau simpanan khusus; “ditentukan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditentukan dari semasa ke semasa secara bertulis, dan suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang, kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan; “ditetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang, kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan; “dividen” ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut kadar modal syer atau modal yuran yang dipegang oleh mereka; “dokumen” mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah— (a) apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa ini atau hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan apa- apa harta, atau selainnya yang mempunyai nilai; (b) apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menetapkan, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta yang orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau memiliki atau yang dia berhak kepada suatu hak yang 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 kontingen, sama ada bagi semua kepentingan atau bagi apa-apa kepentingan yang kurang; (c) apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur dan kumpulan wang; (d) apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa wang kertas bank, nota pembawa, bil perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan sijil deposit boleh niaga; (e) apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada menurut undang- undang atau saksama, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain yang menjamin pembayaran atau pelepasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada pada masa ini atau hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen; dan (f) apa-apa harta ketara atau tidak ketara lain; “honorarium” ertinya suatu bahagian keuntungan bersih teraudit koperasi yang diagihkan antara beberapa atau semua anggota Lembaga sebagai balasan bagi perkhidmatan mereka yang lazimnya tidak diberi saraan; “kanak-kanak” mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]; “kemudahan kredit” mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665]; “kesalahan boleh daftar” ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7] sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu; “ketua pegawai eksekutif”, berhubung dengan suatu koperasi, ertinya seseorang dengan apa jua nama dipanggil yang, sama ada secara individu atau bersesama dengan seorang lain atau lebih bertanggungjawab, tertakluk kepada kuasa Lembaga, bagi perjalanan urusan dan aktiviti koperasi; “koperasi” ertinya suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya . Koperasi 13 mereka yang sama melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang berdaftar di bawah Akta ini; “koperasi asas” ertinya koperasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1); “koperasi atasan” ertinya koperasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(3); “koperasi ditetapkan” ertinya suatu koperasi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya melalui perintah secara bertulis mengikut kelas, kategori, jenis, aktiviti dan perihalan koperasi itu; “koperasi menengah” ertinya koperasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(2); “Kumpulan Wang Rizab Statutori” ertinya suatu kumpulan wang yang disenggara oleh tiap-tiap koperasi menurut subseksyen 57(1) daripada keuntungan bersih teraudit setiap tahun; “Lembaga” ertinya badan pengelola sesuatu koperasi yang kepadanya pengurusan hal ehwal koperasi itu diamanahkan; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi; “mesyuarat agung permulaan” ertinya mesyuarat agung yang padanya orang yang berhasrat hendak menubuhkan suatu koperasi membuat ketetapan untuk menubuhkan koperasi itu, untuk menerima pakai undang-undang kecil yang dicadangkan bagi koperasi itu dan untuk memohon supaya koperasi itu didaftarkan; “pegawai” berhubung dengan suatu koperasi, ertinya seorang pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga dan termasuklah— (a) ketua pegawai eksekutif; (b) mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, peraturan- peraturan atau perintah atau undang-undang kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan koperasi itu; atau 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (c) mana-mana pekerja; “pembiayaan Islam” mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007; “Pengerusi Eksekutif” ertinya Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya; “peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “perbadanan” mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; “perbadanan berkaitan” ertinya suatu subsidiari atau perbadanan bersekutu sesuatu koperasi atau sesuatu perbadanan bersekutu suatu subsidiari sesuatu koperasi; “perbadanan bersekutu” ertinya suatu perbadanan yang tidak kurang daripada dua puluh peratus dan tidak lebih daripada lima puluh peratus daripada syer perbadanan itu dipegang oleh suatu perbadanan lain, dengan perbadanan yang mula-mula disebut menjadi suatu perbadanan sekutu bagi perbadanan yang lain itu; “pelantikan” termasuklah apa-apa pelantikan atau pelantikan semula; “perwakilan” ertinya— (a) wakil anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat wilayah anggota sesuatu koperasi asas yang mesyuarat agung anggotanya digantikan dengan mesyuarat agung perwakilan; atau (b) wakil sesuatu koperasi yang juga ialah anggota suatu koperasi yang lain, yang dalam mesyuarat wakil itu telah dipilih atau dilantik untuk menghadirinya; “prinsip koperasi” termasuklah— (a) keanggotaan sukarela dan terbuka; (b) kawalan demokratik oleh anggota; (c) penglibatan ekonomi oleh anggota; . Koperasi 15 (d) autonomi dan kebebasan; (e) pendidikan, latihan dan maklumat; (f) kerjasama antara koperasi; dan (g) mengambil berat terhadap masyarakat; “pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, pulangan, dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau akan diberikan berhubung dengan apa-apa urus niaga, transaksi atau surat cara; “rebat langganan” ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan koperasi itu dan yang daripadanya keuntungan koperasi itu diperoleh; “sabitan” termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan; “sekuriti” mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498]; “simpanan khas” ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan suatu koperasi dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan; “subsidiari” suatu koperasi ertinya suatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh koperasi itu, atau yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh koperasi itu, dan termasuklah suatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu; “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007; “syer” ertinya bahagian dalam modal syer sesuatu koperasi yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam koperasi itu; 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 “tahun kewangan” ertinya tempoh kewangan perniagaan bagi setiap koperasi sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecilnya; “undang-undang kecil” ertinya undang-undang kecil berdaftar yang dibuat oleh sesuatu koperasi pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini, dan termasuklah suatu pindaan berdaftar undang-undang kecil itu; “wang lebihan” ertinya , tertakluk kepada peraturan-peraturan, wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh suatu koperasi bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi itu tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu; “yuran” ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam suatu koperasi dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang ditetapkan dalam undang-undang kecil atau apabila tamat keanggotaannya. 3. (Dipotong oleh Akta A1297). BAHAGIAN II PENDAFTARAN Koperasi yang boleh didaftarkan 4. (1) Suatu pertubuhan yang terdiri daripada orang individu sahaja dan yang matlamatnya adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi asas. (2) Suatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi asas sahaja dan yang matlamatnya adalah untuk memudahkan penjalanan koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi menengah. (3) Suatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi menengah sahaja atau koperasi menengah dan asas dan yang matlamatnya adalah untuk memudahkan penjalanan koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi atasan. Syarat-syarat bagi pendaftaran . Koperasi 17 5. (1) Tertakluk kepada seksyen 8, tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi asas melainkan jika— (a) ia terdiri daripada sekurang-kurangnya lima puluh orang individu; dan (b) setiap orang individu sedemikian layak di bawah seksyen 26 untuk menjadi anggota dan tidak hilang kelayakan di bawah seksyen 27 untuk menjadi anggota. (2) Tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi menengah melainkan jika ia terdiri daripada sekurang-kurangnya dua koperasi asas. (3) Tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi atasan melainkan jika ia terdiri daripada sekurang-kurangnya dua koperasi menengah. Permohonan pendaftaran 6. (1) Tiap-tiap permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam borang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan dan hendaklah ditandatangani— (a) dalam suatu hal koperasi asas, oleh sekurang-kurangnya sepuluh orang yang semuanya layak menjadi anggota; (b) dalam suatu hal koperasi menengah atau koperasi atasan, oleh seorang yang diberi kuasa sewajarnya bagi pihak setiap koperasi asas atau koperasi menengah mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Permohonan pendaftaran hendaklah disertakan dengan— (a) salinan undang-undang kecil yang dicadangkan, yang ditandatangani oleh pemohon; (b) dalam hal suatu koperasi asas, tertakluk kepada subseksyen 8(2), minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua puluh lima orang yang hadir; dan 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (c) dalam hal suatu koperasi menengah atau koperasi atasan, minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh semua orang yang diberi kuasa sewajarnya yang hadir. Pendaftaran 7. (1) Suruhanjaya boleh, tertakluk kepada peraturan-peraturan dan apabila diterima fi yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, mendaftarkan sesuatu koperasi dan undang-undang kecilnya. (2) Tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan liabiliti terhad. (3) Jika Suruhanjaya enggan mendaftarkan sesuatu koperasi, rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap keengganan itu dalam masa dua bulan dari tarikh keengganan itu. (4) Perkataan “Koperasi” hendaklah menjadi sebahagian daripada nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini. (5) Perkataan “Berhad” hendaklah menjadi perkataan terakhir dalam nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini. Peruntukan khas bagi koperasi tertentu 8. (1) Walau apa pun subseksyen 5(1), jika suatu koperasi tidak dapat memenuhi syarat yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(a) tetapi berhak selainnya untuk didaftarkan di bawah seksyen 7, Suruhanjaya boleh, selepas mengambil kira bilangan orang dalam kawasan operasi yang dicadangkan bagi koperasi itu yang layak menjadi anggota dan jenis aktiviti yang dicadangkan bagi koperasi itu, dan jika koperasi itu terdiri daripada sekurang-kurangnya dua puluh orang, mendaftarkan koperasi itu sebagai koperasi asas di bawah Akta ini. (2) Walau apa pun perenggan 6(2)(b), permohonan bagi pendaftaran sesuatu koperasi yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh semua orang yang hadir. . Koperasi 19 Koperasi hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 9. Pendaftaran sesuatu koperasi hendaklah menjadikannya suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang di bawahnya ia didaftarkan, yang kekal turun- temurun dan mempunyai meterai perbadanan, dan dengan kuasa untuk memegang segala jenis harta alih dan harta tak alih, membuat kontrak, memulakan dan membela guaman dan prosiding undang-undang yang lain dan membuat segala benda yang perlu bagi maksud yang baginya ia ditubuhkan. Keterangan pendaftaran 10. Perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa koperasi yang tersebut di dalamnya telah didaftarkan dengan sewajarnya, melainkan jika dibuktikan bahawa pendaftaran koperasi itu telah dibatalkan. Pengemukaan diri sebagai koperasi 10A. (1) Tiada seorang pun boleh mengemukakan dirinya sebagai suatu koperasi, atau menyatakan bahawa dia atau mana-mana orang lain menjalankan urusan suatu koperasi mengikut apa-apa bentuk atau cara melainkan jika dia atau orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berdaftar di bawah Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Larangan penggunaan perkataan “koperasi”, dsb. 10B. (1) Tiada seorang pun selain suatu koperasi boleh berdagang atau menjalankan apa-apa urusan atau urus niaga di bawah apa-apa nama atau gelaran yang perkataan “koperasi”, “koperatif”, “ko-operatif”, atau “ko-op”, atau apa-apa terbitan daripada perkataan ini dalam apa-apa bahasa, atau apa- apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 menunjukkan penjalanan urusan atau urus niaga sedemikian, berhubung dengan urusan atau urus niaga atau apa-apa bahagian urusan atau urus niaga yang dijalankan oleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa kepala bil, kertas surat, notis, iklan atau mengikut apa-apa cara lain jua pun. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan boleh sebagai tambahan, didenda harian lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. BAHAGIAN III KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN KOPERASI Alamat koperasi 11. Tiap-tiap koperasi hendaklah mempunyai alamat, yang didaftarkan mengikut Akta ini, yang ke situ segala notis dan perhubungan hendaklah dihantar, dan hendaklah memaklumkan Suruhanjaya tentang tiap-tiap pertukaran alamat itu. Nama berdaftar hendaklah dipamerkan 12. Tiap-tiap koperasi hendaklah mempamerkan dengan ketara pada setiap cawangannya— (a) nama berdaftar koperasi itu; atau (b) dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu Suruhanjaya, apa-apa nama atau logo lain sebagaimana yang boleh melambangkan koperasi itu. Dokumen terbuka untuk diperiksa 13. (1) Tiap-tiap koperasi hendaklah menyediakan— (a) suatu salinan Akta ini dan peraturan-peraturan atau perintah, arahan atau garis panduan; . Koperasi 21 (b) suatu salinan undang-undang kecilnya dan akaun terauditnya yang terakhir; (c) suatu senarai anggotanya; (d) suatu senarai anggota Lembaga; (e) nama ketua pegawai eksekutifnya, jika ada; dan (f) suatu senarai pegawai koperasi yang berkenaan dengan pengurusan koperasi itu, jika ada, yang terbuka untuk diperiksa, tanpa apa-apa bayaran, pada segala masa yang munasabah di alamat berdaftar koperasi itu oleh anggotanya sahaja. (2) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau (b) dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Dokumen yang hendaklah diserah simpan kepada Suruhanjaya 14. (1) Tiap-tiap koperasi hendaklah menyerah simpan kepada Suruhanjaya— (a) suatu senarai anggota Lembaga tidak lewat daripada lima belas hari selepas mesyuarat agung tahunannya; (b) minit semua mesyuarat agung tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat itu; (c) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya berkenaan dengan penubuhan, keanggotaan, 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 pengendalian dan keadaan kewangan koperasi itu, termasuk minit mesyuarat Lembaga. (2) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau (b) dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Daftar anggota 15. Apa-apa daftar atau senarai anggota yang disimpan oleh mana-mana koperasi hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor keanggotaan dan pekerjaan seseorang anggota dan tarikh dia menjadi anggota dan terhenti menjadi anggota. Bukti catatan dalam buku koperasi 16. (1) Salinan apa-apa catatan dalam suatu buku suatu koperasi yang lazim disimpan dalam perjalanan urusannya hendaklah, jika diperakui mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, diterima dalam apa-apa prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, dan hendaklah diterima sebagai keterangan bagi perkara, transaksi dan akaun yang direkodkan di dalamnya dalam tiap-tiap kes jika, dan sehingga takat yang sama sebagaimana, catatan yang asal itu sendiri boleh diterima. (2) Tiada pegawai mana-mana koperasi boleh, dalam apa-apa prosiding undang-undang yang koperasi itu tidak menjadi satu pihak kepadanya, dipaksa supaya mengemukakan mana-mana buku koperasi itu, yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen (1), atau supaya hadir sebagai saksi untuk membuktikan apa-apa perkara, transaksi atau akaun yang direkodkan di . Koperasi 23 dalamnya, melainkan jika diarahkan sedemikian oleh mahkamah atas sebab khas. Undang-undang kecil hendaklah mengikat anggota 17. (1) Undang-undang kecil suatu koperasi hendaklah, apabila didaftarkan, mengikat koperasi itu dan anggotanya sehingga takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil itu telah ditandatangani oleh setiap anggota dan mengandungi waad pada pihak setiap anggota bagi dirinya sendiri dan bagi penggantinya untuk mematuhi segala peruntukan undang-undang kecil itu. (2) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, menghendaki undang-undang kecil suatu koperasi untuk mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan kerahsiaan atau pendedahan yang dibenarkan dan undang-undang kecil itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (1), mengikat koperasi itu dan anggotanya. Pemakaian undang-undang kecil 17A. (1) Mana-mana undang-undang kecil sesuatu koperasi yang tidak selaras dengan peruntukan Akta ini hendaklah terbatal setakat ketidakselarasan itu. (2) Tertakluk kepada mana-mana peraturan atau perintah atau arahan atau garis panduan, tiap-tiap koperasi hendaklah mengkaji semula undang-undang kecilnya dan membuat pindaan yang perlu dalam masa dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya, untuk memastikan undang-undang kecilnya selaras dengan Akta ini. (3) Jika koperasi itu, selepas kajian semula atau pindaan yang dibuat di bawah subseksyen (2), berpendapat bahawa undang-undang kecilnya adalah selaras atau sebaliknya, Lembaga koperasi hendaklah memberitahu hakikat itu kepada Suruhanjaya. (4) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau (b) dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Pindaan undang-undang kecil koperasi 18. (1) Mana-mana koperasi boleh, tertakluk kepada Akta ini dan peraturan- peraturan, meminda undang-undang kecilnya, termasuklah undang-undang kecil yang mengisytiharkan nama koperasi itu. (2) Tiada pindaan undang-undang kecil suatu koperasi boleh menjadi sah sehingga pindaan itu didaftarkan di bawah Akta ini, dan bagi maksud itu salinan pindaan itu hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya. (3) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa apa-apa pindaan undang- undang kecil itu tidaklah bertentangan dengan Akta ini atau peraturan- peraturan, Suruhanjaya boleh mendaftarkan pindaan itu. (4) Sesuatu rayuan terhadap keengganan Suruhanjaya untuk mendaftarkan apa-apa pindaan mana-mana undang-undang kecil boleh dibuat kepada Menteri dan rayuan itu hendaklah dibuat dalam masa tiga bulan dari tarikh keengganan itu. (5) Sesuatu pindaan yang mengubah nama sesuatu koperasi tidaklah menyentuh apa-apa hak atau obligasi koperasi itu atau mana-mana anggotanya atau bekas anggotanya, dan apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai boleh diteruskan oleh atau terhadap koperasi itu di bawah nama barunya. (6) Apabila Suruhanjaya mendaftarkan pindaan undang-undang kecil sesuatu koperasi, Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan, kepada koperasi itu, satu salinan pindaan itu yang diperakui oleh Suruhanjaya, yang hendaklah menjadi keterangan konklusif tentang hakikat bahawa pindaan itu telah didaftarkan sewajarnya. . Koperasi 25 (7) Dalam seksyen ini, “pindaan” termasuklah pembuatan suatu undang- undang kecil baru dan pengubahan atau pembatalan sesuatu undang-undang kecil. Kuasa Suruhanjaya mengarahkan mesyuarat agung dipanggil untuk pindaan undang-undang kecil 18A. (1) Suruhanjaya boleh mengarahkan mana-mana koperasi memanggil suatu mesyuarat agung, dalam tempoh yang akan dinyatakan oleh Suruhanjaya yang tidak kurang daripada tiga bulan dari tarikh pemberitahuan yang diberikan oleh Suruhanjaya, bagi maksud meminda undang-undang kecilnya jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa— (a) mana-mana undang-undang kecil sesuatu koperasi mempunyai tafsiran yang kabur atau yang meragukan dan berkemungkinan boleh mengelirukan atau ia bertentangan dengan atau tidak selaras dengan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; (b) sesuatu pindaan perlu atau dikehendaki demi kepentingan koperasi itu; atau (c) apabila pemberitahuan dibuat oleh Lembaga sesuatu koperasi di bawah subseksyen 17A(3), bahawa undang-undang kecil sesuatu koperasi adalah tidak selaras dengan Akta ini. (2) Jika tiada mesyuarat agung dipanggil dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Suruhanjaya boleh meminda undang-undang kecil koperasi itu atas usulnya sendiri dan apa-apa pindaan yang dibuat hendaklah disifatkan sebagai pindaan berdaftar di bawah seksyen 18. Pembentukan subsidiari 19. (1) Tiada koperasi boleh membentuk, mempunyai, memperoleh atau menubuhkan sesuatu subsidiari kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu Suruhanjaya. (2) Tiada koperasi boleh memberikan apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit atau memberi apa-apa jaminan atau aku janji bagi pembiayaan atau kemudahan itu atau memindahkan apa-apa wang atau aset 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 dalam apa-apa bentuk kepada subsidiarinya kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu Suruhanjaya. (3) Suruhanjaya boleh, melalui suatu notis secara bertulis, menghendaki mana-mana subsidiari sesuatu koperasi untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan oleh Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah atau arahan atau garis panduan. (4) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau (b) dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Cawangan koperasi atau subsidiari 19A. (1) Tiada koperasi atau subsidiari sesuatu koperasi boleh membuka apa- apa cawangan di dalam atau di luar Malaysia tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu Suruhanjaya. (2) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit. 20. (Dipotong oleh Akta A1297). Pewujudan gadaian bagi faedah koperasi 21. (1) Tertakluk kepada apa-apa tuntutan terdahulu Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri ke atas harta penghutang dan kepada lien atau tuntutan seseorang tuan tanah berkenaan dengan sewa atau apa-apa wang . Koperasi 27 yang boleh didapatkan sebagai sewa dan, dalam hal harta tak alih, kepada apa- apa gadaian berdaftar terdahulu atasnya— (a) apa-apa hutang atau apa-apa tuntutan belum jelas yang kena dibayar kepada suatu koperasi oleh mana-mana anggota atau bekas anggota hendaklah menjadi gadaian pertama atas segala tanaman atau hasil pertanian yang lain, ikan (air tawar dan air masin), kayu yang ditebang atau hasil hutan yang lain, hasil laut, ternakan, makanan ternakan, pertanian, alat perindustrian dan perikanan, loji, jentera, bot, takal dan jaring, bahan mentah, stok barang dan pada umumnya segala hasil buruh dan benda yang digunakan berkaitan dengan pengeluaran yang diperdapatkan, dibeli atau dihasilkan kesemuanya atau sebahagiannya daripada apa-apa pinjaman, sama ada dalam bentuk wang atau barang, yang diberikan kepadanya oleh koperasi itu; (b) apa-apa tuntutan atau bareh yang belum terjelas yang kena dibayar kepada suatu koperasi perumahan berdaftar oleh mana-mana anggota atau bekas anggota berkenaan dengan sewa, syer, pinjaman atau wang pembelian atau apa-apa hak atau amaun lain yang kena dibayar kepada koperasi itu hendaklah menjadi gadaian pertama atas kepentingannya mengenai harta tak alih koperasi itu. (2) Tiada apa-apa jua dalam perenggan (1)(a) boleh menyentuh tuntutan mana-mana pembeli bona fide atau penerima pindahan bona fide tanpa notis. Lien dan tolakan berkenaan dengan syer, pulangan atau kepentingan anggota 22. Suatu koperasi hendaklah mempunyai lien atas syer, yuran, pulangan atau kepentingan dalam modal dan deposit seseorang anggota atau bekas anggota atau anggota yang mati dan atas apa-apa dividen, potongan langganan, atau keuntungan yang kena dibayar kepada seseorang anggota atau bekas anggota atau kepada harta pusaka seseorang anggota yang mati berkenaan dengan apa- apa hutang yang kena dibayar kepada koperasi itu oleh anggota atau bekas anggota itu atau daripada harta pusaka itu, dan boleh menolak apa-apa jumlah wang yang dikreditkan atau kena dibayar kepada seseorang anggota atau bekas anggota atau harta pusaka seseorang anggota yang mati untuk atau sebagai pembayaran apa-apa hutang sedemikian. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 Syer, yuran, pulangan atau kepentingan tidak boleh dikenakan penahanan atau penjualan 23. Tertakluk kepada seksyen 22, syer, yuran, pulangan atau kepentingan seseorang anggota dalam modal suatu koperasi tidak boleh dikenakan penahanan atau penjualan di bawah apa-apa dekri atau perintah mahkamah berkenaan dengan apa-apa hutang atau liabiliti yang ditanggung oleh anggota itu, dan baik pemegang hartanya dalam ketidaksolvenan mahupun penerima yang dilantik sewajarnya tidaklah berhak terhadap, atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas, syer atau yuran atau kepentingan itu. Kuasa untuk menguruskan harta dan, pulangan atau kepentingan anggota yang mati 24. (1) Apabila berlaku kematian seseorang anggotanya, suatu koperasi boleh memindahkan syer, pulangan atau kepentingan anggota yang mati itu— (a) dalam hal anggota yang mati beragama Islam, kepada wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang mati itu atau kepada orang yang didapati oleh Lembaga merupakan orang yang berhak kepada syer, pulangan atau kepentingan itu menurut apa-apa pembahagian yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka; atau (b) dalam hal anggota yang mati bukan beragama Islam, kepada orang yang dinamakan mengikut peraturan-peraturan bagi pihak anggota yang mati atau, jika tiada orang yang dinamakan sedemikian, kepada mana-mana orang yang didapati oleh Lembaga merupakan waris atau wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang mati itu, dan boleh membayar kepada wakil di sisi undang-undang, penama, waris atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu jumlah wang yang merupakan nilai syer, pulangan atau kepentingan anggota yang mati itu, mengikut mana-mana yang berkenaan sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang kecilnya. (2) Jika anggota yang mati itu bukan beragama Islam, dan penama, waris atau wakil di sisi undang-undang itu tidak layak untuk menjadi anggota mengikut Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil, maka koperasi itu boleh, atas permohonan penama, waris atau wakil di sisi undang- undang itu mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa enam bulan . Koperasi 29 daripada kematian anggota itu, memindahkan syer, pulangan atau kepentingan anggota itu kepada mana-mana orang yang dinyatakan dalam permohonan itu yang layak menjadi anggota. (3) Walau apa pun subseksyen (1), jika enam bulan sudah berlalu sejak kematian anggota yang beragama Islam dan koperasi yang berkenaan tidak dapat menentukan siapakah wakil di sisi undang-undang bagi anggota itu atau tiada wakil di sisi undang-undang telah dilantik atau harta pusaka anggota itu belum dibahagikan atau harta pusaka anggota itu telah dibahagikan tetapi koperasi itu tidak dapat menentukan siapakah orang yang berhak mendapat syer atau kepentingan itu menurut pembahagian itu, maka koperasi itu boleh membayar kepada *Pegawai Pentadbir Pusaka sejumlah wang yang merupakan nilai syer atau kepentingan anggota itu sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang kecilnya. (4) Suatu koperasi boleh membayar segala wang lain yang kena dibayar kepada seseorang anggota yang mati oleh koperasi itu kepada wakil di sisi undang-undang, *Pegawai Pentadbir Pusaka, penama, waris atau orang, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (3). Deposit oleh atau bagi pihak kanak-kanak 25. (1) Suatu koperasi boleh menerima deposit daripada atau bagi faedah kanak-kanak dan koperasi itu boleh membayar bonus daripada keuntungan bersihnya atas deposit sedemikian. (2) Apa-apa deposit yang dibuat oleh atau bagi faedah kanak-kanak itu boleh, berserta dengan bonus, dibayar kepada kanak-kanak itu atau kepada penjaga kanak-kanak itu bagi kegunaan kanak-kanak itu. * CATATAN—Semua sebutan mengenai “Pegawai Pentadbir Pusaka” hendaklah ditafsirkan sebagai “Perbadanan” lihat seksyen 2 dan subseksyen 43(3) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532]. 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (3) Penerimaan mana-mana kanak-kanak atau penjaga akan wang yang dibayar kepadanya oleh sesuatu koperasi di bawah seksyen ini hendaklah menjadi pelepasan yang mencukupi bagi liabiliti koperasi itu berkenaan dengan wang itu. BAHAGIAN IV HAK DAN LIABILITI ANGGOTA Kelayakan untuk menjadi anggota 26. Untuk layak menjadi anggota dalam suatu koperasi asas, seseorang mestilah— (a) seorang warganegara Malaysia; (b) telah mencapai umur lapan belas tahun atau, dalam hal suatu koperasi sekolah, telah mencapai umur dua belas tahun; dan (c) bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi asas itu, atau, dalam hal koperasi sekolah, menjadi penuntut berdaftar sekolah itu. Hilang kelayakan untuk menjadi anggota 27. Tiada seorang pun layak diterima masuk menjadi anggota suatu koperasi jika— (a) dia tidak upaya dari segi mental; (b) dia ialah seorang bankrap belum dilepas; (c) dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar; (d) dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu. Anggota tidak boleh menggunakan hak sehingga bayaran dibuat . Koperasi 31 28. Tiada anggota suatu koperasi boleh menggunakan hak sebagai anggota melainkan jika dan sehingga dia telah membuat apa-apa bayaran kepada koperasi itu berkenaan dengan keanggotaannya atau telah memperoleh apa- apa kepentingan dalam koperasi itu sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan atau melalui undang-undang kecil koperasi itu. 29. (Dipotong oleh Akta A1297). Undi anggota 30. (1) Tiada anggota atau perwakilan anggota mana-mana koperasi boleh mempunyai lebih daripada satu undi dalam penjalanan hal ehwal koperasi itu, dan dalam hal kesamarataan undi pengerusi tidak boleh mempunyai undi pemutus. (2) Walau apa pun subseksyen (1), anggota suatu koperasi menengah atau atasan boleh mempunyai kuasa mengundi yang diperuntukkan oleh undang- undang kecil koperasi menengah atau atasan itu. (3) Tertakluk kepada seksyen 31 dan 36, tiada anggota boleh mengundi melalui seorang anggota lain dan tiada perwakilan boleh mengundi melalui perwakilan lain. Pengundian melalui proksi 31. Anggota suatu koperasi menengah atau atasan boleh melantik mana-mana perwakilannya, yang mestilah anggota Lembaganya, sebagai proksinya bagi maksud mengundi dalam penjalanan hal ehwal koperasi menengah atau atasan itu. Kontrak anggota kanak-kanak dengan koperasi 32. Walau apa pun perenggan 26(b), seorang kanak-kanak yang diterima sewajarnya sebagai anggota mana-mana koperasi boleh menyempurnakan apa-apa surat cara atau memberi apa-apa penjelasan yang perlu disempurnakan atau diberikan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan, dan statusnya sebagai seorang kanak-kanak tidaklah menjadi suatu alasan bagi menidaksahkan atau mengelakkan apa-apa kontrak yang dibuat olehnya dengan koperasi itu, sama ada sebagai prinsipal atau sebagai penjamin, dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 Sekatan terhadap pemegangan saham 33. Tiada anggota, selain suatu koperasi, boleh memegang lebih daripada satu perlima modal syer mana-mana koperasi. Sekatan terhadap pemindahan atau gadaian syer atau yuran atau kepentingan 34. Pemindahan atau gadaian syer atau yuran atau kepentingan seseorang anggota atau bekas anggota atau anggota yang mati dalam modal sesuatu koperasi hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat tentang pemegangan maksimum sebagaimana yang ditetapkan melalui atau di bawah Akta ini. Liabiliti anggota terhad oleh yuran atau syer 34A. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), liabiliti seseorang anggota, anggota sekarang atau bekas anggota, sesuatu koperasi hendaklah setakat nilai nominal apa-apa syer yang dipegang, atau dilanggani, olehnya. (2) Jika dalam undang-undang kecil sesuatu koperasi amaun liabiliti seseorang anggota dinyatakan lebih besar daripada nilai nominal apa-apa syer yang dipegang atau dilanggani olehnya, maka liabiliti anggota itu hendaklah setakat amaun yang lebih besar itu. Liabiliti bekas anggota dan harta pusaka terhadap hutang koperasi 35. (1) Liabiliti seseorang bekas anggota suatu koperasi terhadap hutang koperasi itu, dalam pengehadan yang diperuntukkan dalam seksyen 34A, sebagaimana yang ada pada tarikh dia terhenti menjadi anggota tidak berterusan melebihi tempoh dua tahun dikira dari tarikh itu. (2) Harta pusaka seseorang anggota suatu koperasi yang mati tidaklah bertanggungan bagi hutang koperasi itu, sebagaimana yang ada pada tarikh dia mati, melebihi tempoh dua tahun dikira dari tarikh dia mati. . Koperasi 33 BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI Mesyuarat agung 36. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan atau arahan atau garis panduan dan undang-undang kecil, kuasa tertinggi bagi suatu koperasi hendaklah terletak hak pada mesyuarat agung anggotanya, yang padanya tiap-tiap anggota melalui diri sendiri atau perwakilan, atau, dalam hal koperasi menengah atau koperasi atasan, melalui proksi, mempunyai hak untuk hadir dan mengundi. Mesyuarat agung perwakilan 37.
Part document.segment-2
287 - AKTA KOPERASI 1948 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
287 - AKTA KOPERASI 1948 — segment 2
AI-assisted research summary: Cooperatives covered by these sections must adopt bylaws on representation, hold general meetings on time, maintain a board and audit committee, keep accounts, and follow Commission oversight rules.
Melainkan jika Suruhanjaya menentukan selainnya, tiap-tiap koperasi yang kawasan operasinya meliputi satu Negeri, meliputi dua Negeri atau lebih atau meliputi seluruh Malaysia hendaklah membuat undang-undang kecil yang memperuntukkan bahawa perwakilan di mesyuarat agungnya hendaklah— (a) melalui perwakilan yang dipilih oleh anggota individu pada mesyuarat agung wilayah atau kawasan mereka; atau (b) melalui perwakilan koperasi anggota. mengikut mana-mana yang berkenaan. Mesyuarat agung permulaan 38. (1) Mesyuarat agung permulaan sesuatu koperasi yang dicadangkan hendaklah diadakan oleh anggota yang dicadangkannya untuk— (a) bersetuju tentang pengemukaan permohonan koperasi untuk didaftarkan; (b) menerima pakai undang-undang kecil yang dicadangkan; 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (c) memilih anggota Lembaga; dan (d) menjalankan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang kecilnya atau Suruhanjaya. (2) Mesyuarat agung permulaan yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) hendaklah mempunyai semua kuasa yang seumpama sebagaimana dalam mesyuarat agung tahunan di bawah seksyen 39 dan anggota itu hendaklah mempunyai hak yang sama pada mesyuarat agung permulaan itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan dan undang-undang kecil. Mesyuarat agung tahunan 39. (1) Tiap-tiap koperasi hendaklah mengadakan mesyuarat agung tahunan anggota atau perwakilannya tidak lewat dari enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya. (2) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit. Mesyuarat agung khas 40. (1) Lembaga suatu koperasi boleh, dan hendaklah apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus orang anggota atau perwakilan koperasi itu, mengikut mana-mana yang kurang, memanggil mesyuarat agung khas. (2) Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya boleh memanggil, pada bila-bila masa, suatu mesyuarat agung khas sesuatu koperasi mengikut cara dan pada masa dan di tempat yang diarahkan oleh Suruhanjaya, dan boleh menentukan perkara yang hendak dibincangkan oleh mesyuarat itu; dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada kaedah-kaedah yang sama seperti mesyuarat agung yang dipanggil mengikut Akta ini atau undang-undang kecil koperasi itu. Notis mesyuarat untuk Suruhanjaya . Koperasi 35 41. Tiap-tiap koperasi hendaklah memberi Suruhanjaya notis bertulis yang munasabah tentang segala mesyuarat agung yang dikehendaki diadakan oleh koperasi itu dan hendaklah memberikan Suruhanjaya maklumat yang berhubungan dengan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat itu; dan Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa melalui perintah am atau khas secara bertulis oleh Suruhanjaya hendaklah mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sedemikian dan memberikan nasihat tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu. Lembaga koperasi 42. Tertakluk kepada peraturan-peraturan atau perintah atau arahan atau garis panduan, tiap-tiap koperasi hendaklah mempunyai suatu Lembaga, yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada enam orang dan tidak lebih daripada lima belas orang anggota yang dilantik dengan sewajarnya pada mesyuarat agung tahunan. Jawatankuasa Audit Dalaman 42A. (1) Lembaga hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Audit Dalaman yang terdiri daripada tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada lima orang anggota yang dilantik dengan sewajarnya oleh Lembaga. (2) Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa itu hendaklah diperuntukkan dalam undang-undang kecil. (3) Bagi maksud seksyen ini, perkataan “pegawai” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 tidaklah termasuk anggota Jawatankuasa Audit Dalaman. Kelayakan bagi dilantik menjadi anggota Lembaga 43. (1) Tiada seorang pun layak dilantik menjadi anggota Lembaga atau kekal sebagai seorang anggota Lembaga sesuatu koperasi jika dia telah— (a) disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau (b) dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu koperasi. 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (2) Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada apa-apa arahan atau garis panduan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, sesuatu koperasi hendaklah, sebelum pelantikan atau pelantikan semula mana-mana orang sebagai anggota Lembaga, meminta penentusahan daripada Suruhanjaya sama ada orang itu memenuhi kriteria layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (3) Setelah penentusahan bahawa orang itu telah memenuhi kriteria layak dan sesuai di bawah subseksyen (2), koperasi boleh melantik atau melantik semula orang itu sebagai anggota Lembaganya. (4) Dari tahun ketiga pendaftaran sesuatu koperasi, tiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota Lembaga koperasi itu melainkan jika dia telah menjadi anggota koperasi itu bagi tempoh minimum dua tahun. (5) Subseksyen (4) tidak terpakai bagi sesuatu koperasi yang anggotanya berjumlah lima puluh orang atau kurang dan bagi sesuatu koperasi sekolah. Tugas dan kuasa Lembaga 44. (1) Lembaga sesuatu koperasi hendaklah mewakili koperasi itu di hadapan semua pihak berkuasa awam yang berwibawa dan dalam semua urus niaga dan transaksi dengan orang ketiga, hendaklah mempunyai kuasa untuk memulakan atau membela guaman yang dibawa atas nama koperasi itu dan, pada umumnya, hendaklah mengarahkan, menguruskan dan mengawasi urusan atau aktiviti, kumpulan wang dan harta koperasi itu, dan hendaklah menjalankan segala kuasa yang perlu untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan yang sepenuhnya dan sepatutnya akan hal ehwal, urusan atau aktiviti koperasi itu termasuk, dan walau apa pun keluasan makna di atas, urusan atau aktiviti koperasi itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan-peraturan, kecuali kuasa yang dikhaskan untuk mesyuarat agung anggota atau perwakilan. (2) Mana-mana anggota Lembaga Koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit. Pendedahan kepentingan dalam pembiayaan Islam atau kemudahan kredit oleh anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif . Koperasi 37 44 . (1) Tiap-tiap anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif, jika ada, A sesuatu koperasi yang mempunyai, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa kepentingan dalam sesuatu pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang dicadangkan untuk diberikan kepada mana- mana orang oleh koperasi itu hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan mengisytiharkan secara bertulis jenis kepentingannya, pada suatu mesyuarat anggota Lembaga yang dibentuk dengan sewajarnya, dan setiausaha koperasi itu, jika ada, atau pegawai lain yang dilantik oleh koperasi bagi maksud itu, hendaklah menyebabkan suatu salinan perisytiharan itu untuk diedarkan dengan serta-merta kepada tiap-tiap anggota Lembaga tidak kira sama ada dia hadir atau tidak pada mesyuarat itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), suatu notis am secara bertulis yang disampaikan pada setiap anggota Lembaga sesuatu koperasi yang disebut dalam subseksyen itu oleh seorang anggota Lembaga koperasi itu, yang menjelaskan bahawa dia mempunyai kepentingan dalam sesuatu pembiayaan Islam atau kemudahan kredit itu, yang selepas tarikh notis itu boleh diberikan kepada orang itu hendaklah disifatkan sebagai perisytiharan kepentingan yang memadai berhubung dengan sesuatu pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang diberikan itu jika— (a) ia menyatakan jenis dan takat kepentingan orang itu; atau (b) pada masa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit itu diberikan, kepentingannya tidak berbeza pada jenisnya atau lebih besar daripada yang dinyatakan dalam notis itu. (3) Mana-mana anggota lembaga atau ketua pegawai eksekutif sesuatu koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Pendedahan percanggahan kepentingan oleh anggota Lembaga dan ketua pegawai eksekutif 44B. (1) Seseorang anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif, jika ada, sesuatu koperasi yang memegang suatu jawatan atau memiliki sesuatu harta yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, suatu kewajipan atau suatu kepentingan mungkin wujud yang bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang anggota Lembaga atau ketua pegawai 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 eksekutif, hendaklah mengisytiharkan hakikat, jenis dan takat percanggahan yang mungkin berbangkit pada mesyuarat pertama Lembaga yang diadakan— (a) selepas dia menjadi seorang anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif, sesuatu koperasi; atau (b) jika dia telah pun menjadi seorang anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif sesuatu koperasi, selepas dia mula memegang jawatan atau memiliki harta yang melaluinya percanggahan itu mungkin berbangkit. (2) Mana-mana anggota Lembaga atau ketua pegawai eksekutif sesuatu koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Liabiliti anggota Lembaga 45. (1) Dalam perjalanan hal ehwal suatu koperasi, anggota Lembaga koperasi itu hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan, perintah atau undang- undang kecil koperasi itu atau arahan mesyuarat agungnya. (2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diri mana-mana anggota Lembaga atau pegawai suatu koperasi berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat bona fide menurut atau semasa melaksanakan atau dengan tujuan untuk melaksanakan Akta ini, peraturan-peraturan, perintah atau undang-undang kecil koperasi itu. (3) Jika Lembaga suatu koperasi telah melantik seseorang sebagai ketua pegawai eksekutif untuk mentadbirkan dan menguruskan hal ehwal koperasi itu, pelantikan itu tidaklah mengecualikan anggota Lembaga daripada liabiliti dan tanggungjawab bagi arahan dan penjalanan yang sepatutnya akan hal ehwal koperasi itu. . Koperasi 39 (4) Mana-mana anggota Lembaga sesuatu koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit. Saraan untuk anggota Lembaga 46. (1) Seseorang anggota Lembaga suatu koperasi boleh menerima elaun daripada koperasi itu, tetapi amaun elaun itu tidak boleh melebihi jumlah wang yang ditetapkan oleh mesyuarat agung koperasi itu sebelum atau pada masa tempoh jawatannya bermula. (2) Tiada anggota Lembaga suatu koperasi yang dilantik untuk mewakili koperasi itu dalam lembaga pengarah mana-mana subsidiarinya boleh menerima atau mengambil apaapa saraan daripada subsidiari itu tanpa kelulusan terdahulu mesyuarat agung koperasi itu. (3) Dalam seksyen ini, “elaun” ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga suatu koperasi sebagai balasan kerana khidmatnya yang diberikan kepada koperasi itu secara tetap. Penggantungan pegawai koperasi 47. (1) Jika mana-mana prosiding dimulakan terhadap seseorang pegawai koperasi berkenaan dengan suatu kesalahan boleh daftar atau sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, maka— (a) Lembaga koperasi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi itu; dan (b) jika pegawai itu ialah juga pegawai Lembaga mana-mana koperasi yang lain, Lembaga koperasi yang satu lagi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi yang satu lagi itu, dari masa dia mula-mula dipertuduh di mahkamah hingga selesai dengan muktamadnya prosiding terhadapnya, termasuk apa-apa prosiding selanjutnya 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 dalam bentuk rayuan, dan dia hendaklah dengan itu berhenti menggunakan apa-apa hak atau melaksanakan apa-apa fungsi atau tugas berkenaan dengan jawatan itu dan dia tidak boleh menerima apa-apa saraan berkenaan dengan jawatan itu sepanjang tempoh penggantungan itu. (2) Jika seseorang pegawai yang telah digantung di bawah subseksyen (1) dibebaskan, selepas prosiding terhadapnya diputuskan dengan muktamad, dia hendaklah dibayar apa-apa saraan yang sepatutnya kena dibayar kepadanya dalam tempoh penggantungan itu jika tidak kerana peruntukan subseksyen (1). Akibat sabitan 48. Jika pegawai suatu koperasi disabitkan terhadap suatu kesalahan boleh daftar atau suatu kesalahan di bawah Akta ini dan sabitan itu tidak diketepikan apabila selesai segala prosiding, termasuk apa-apa rayuan, pegawai itu hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya dari tarikh dia mula- mula dipertuduh atas kesalahan itu dan dia hendaklah terhalang daripada dilantik semula sebagai pegawai mana-mana koperasi. 49. (Dipotong oleh Akta A1297). BAHAGIAN VI HARTA DAN KUMPULAN WANG KOPERASI Kumpulan wang koperasi 50. Kumpulan wang suatu koperasi boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut: (a) fi masuk, yang tidak boleh dikembalikan kecuali dalam hal apabila sesuatu permohonan untuk menjadi anggota telah ditolak; (b) syer yang dilanggan dan dibayar oleh anggota, yang daripadanya suatu bilangan minimum yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi itu tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan tamat, tetapi syer yang dilanggan melebihi sumbangan minimum ini boleh dikeluarkan atau dipindahkan atau . Koperasi 41 kedua-duanya, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan dan kepada apa-apa had yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi itu; (c) dalam hal koperasi yang matlamatnya adalah untuk menggalakkan jimat cermat di kalangan anggotanya dan untuk mewujudkan suatu sumber kredit bagi anggotanya, yuran; (d) simpanan khas daripada anggota, yang boleh dikeluarkan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam undang-undang kecil; (e) tertakluk kepada subseksyen 52(1) atau peraturan-peraturan, deposit atau pinjaman daripada anggota dan dengan kelulusan daripada Suruhanjaya, daripada orang yang bukan anggota koperasi itu; (f) lebihan yang dibawa ke Akaun Rizab; (g) derma dan pemberian yang diberikan oleh orang ketiga, kecuali derma daripada sumber asing, sama ada yang ditawarkan secara langsung atau selainnya, tidak boleh diterima oleh suatu koperasi tanpa mendapat kelulusan bertulis Suruhanjaya terlebih dahulu. Pembiayaan Islam atau kemudahan kredit oleh koperasi 51. (1) Tiada koperasi boleh memberikan apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit kecuali kepada anggotanya, pekerjanya termasuk ketua pegawai eksekutif sebagaimana yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan mereka, subsidiarinya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 19(2), atau koperasi yang lain sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya, dan pembiayaan Islam atau kemudahan kredit itu hendaklah tertakluk kepada arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dan undang-undang kecil koperasi itu. (2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi sesuatu koperasi yang dibenarkan untuk memberikan apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang diberikan— (a) dalam perjalanan urusannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang menentukan operasinya; atau 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (b) mengikut undang-undang kecilnya. (3) Suruhanjaya boleh, melalui perintah, melarang atau menyekat pinjaman wang pada suatu gadaian atau gadai janji harta tak alih oleh mana-mana koperasi atau kelas, kategori atau perihalan sesuatu koperasi. Sekatan atas pinjaman 52. (1) Sesuatu koperasi boleh menerima deposit dan meminjam wang daripada anggotanya. (2) Tertakluk kepada seksyen 52A dan peraturan-peraturan, sesuatu koperasi boleh meminjam wang daripada orang yang bukan anggota koperasi itu. (3) Sesuatu koperasi hendaklah memberitahu anggotanya mengenai pinjamannya di bawah subseksyen (1) pada mesyuarat agung tahunannya. (4) Mana-mana koperasi yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit. Larangan mengenai deposit daripada bukan anggota 52 . (1) Sesuatu koperasi tidak boleh menerima deposit daripada orang yang A bukan anggota koperasi itu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan. (2) Mana-mana koperasi yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit. Sekatan terhadap transaksi lain dengan yang bukan anggota 53. (1) Tertakluk kepada seksyen 51 dan 52, transaksi suatu koperasi dengan orang selain anggotanya hendaklah tertakluk kepada larangan dan sekatan yang dinyatakan melalui undang-undang kecilnya. (2) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— . Koperasi 43 (a) dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit; atau (b) dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Pelaburan Kumpulan wang 54. (1) Tertakluk kepada undang-undang kecilnya, sesuatu koperasi boleh melaburkan kumpulan wang lebihannya dalam— (a) mana-mana sekuriti yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, Bank Negara Malaysia atau mana-mana sekuriti lain yang diluluskan oleh Suruhanjaya; atau (b) syer mana-mana koperasi lain. (2) Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam peraturan-peraturan, tiada koperasi boleh melabur kumpulan wang lebihannya dalam— (a) bon atau debentur mana-mana koperasi lain; (b) sekuriti mana-mana syarikat atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di Malaysia, selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1); (c) subsidiarinya; atau (d) apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (3) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau (b) dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 Pelaburan dalam harta tak alih 54A. (1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam peraturan-peraturan dan subseksyen (2), tiada koperasi boleh memperoleh, memegang atau melabur dalam apa-apa harta tak alih. (2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi sesuatu koperasi jika— (a) pemegangan suatu harta tak alih itu adalah bagi pelunasan suatu hutang seseorang anggota koperasi; (b) perniagaannya melibatkan pemerolehan, pelaburan dalam atau penjualan harta tak alih; (c) pemerolehan, pemegangan atau pelaburan suatu harta tak alih itu adalah perlu bagi maksud perjalanan perniagaannya; atau (d) koperasi itu memberi kemudahan perumahan atau kemudahan lain untuk pekerjanya yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan mereka. (3) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau (b) dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Keuntungan modal 55. (1) Suatu koperasi hendaklah mengkreditkan ke dalam Akaun Rizab Modalnya segala keuntungan modal yang diperoleh daripada— (a) penjualan tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap; dan . Koperasi 45 (b) penilaian semula tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap, dengan kelulusan Suruhanjaya. (2) Keuntungan modal yang disebutkan dalam perenggan (1)(a) boleh digunakan oleh koperasi itu bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) penerbitan syer bonus; (b) penghapusan kira kerugian terkumpul; (c) penghapusan kira kerugian modal; dan (d) pewujudan suatu Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus. (3) Tiada koperasi boleh menggunakan keuntungan modal yang disebut dalam subseksyen (1) bagi maksud menerbitkan syer bonus melainkan jika dan sehingga semua kerugian terkumpul dan semasanya, jika ada, telah dihapus kira sepenuhnya. (4) Keuntungan modal yang disebut dalam perenggan (1)(b) boleh digunakan oleh koperasi itu untuk menerbitkan syer bonus kepada anggotanya, dan syer bonus itu tidak boleh dikeluarkan kecuali, dengan kelulusan Lembaga, dipindahkan kepada anggota lain koperasi itu atau, dalam hal anggota yang mati selepas syer bonus itu dikeluarkan, dibayar daripada Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus koperasi itu. (5) Syer bonus yang ditebus oleh suatu koperasi boleh diterbitkan semula sebagai syer bonus kepada anggotanya mengikut peruntukan undang-undang kecilnya. (6) Suatu daftar syer bonus hendaklah disenggara oleh koperasi itu. (7) Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu koperasi yang dikehendaki oleh peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang menguasai operasinya supaya menguruskan keuntungan modalnya mengikut cara yang diperuntukkan dalam undang-undang itu. Untung bersih 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 56. Untung bersih teraudit suatu koperasi bagi setiap tahun kewangan hendaklah ditentukan selepas ditolak belanja pengendalian, peruntukan bagi hutang lapuk dan hutang ragu, susut nilai aset dan penghausan nilai pelaburan. Pengagihan untung bersih teraudit 57. (1) Tiap-tiap koperasi hendaklah— (a) menyenggara suatu Kumpulan Wang Rizab Statutori; dan (b) sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen daripada untung bersih terauditnya bagi setiap tahun, selepas peruntukan yang wajar telah dibuat bagi pencukaian, memindahkan kepada Kumpulan Wang Rizab Statutorinya daripada untung bersih teraudit bagi setiap tahun— (i) suatu jumlah yang sama banyak dengan tidak kurang daripada dua puluh lima peratus daripada untung bersih teraudit bagi tahun itu, selagi amaun Kumpulan Wang Rizab Statutori itu kurang daripada lima puluh peratus daripada syer dan yurannya; atau (ii) suatu jumlah yang sama banyak dengan tidak kurang daripada lima belas peratus daripada untung bersih teraudit bagi tahun itu, selagi amaun Kumpulan Wang Rizab Statutori itu adalah lima puluh peratus tetapi kurang daripada seratus peratus daripada syer dan yurannya. (1 ) Walau apa pun subseksyen (1), Suruhanjaya boleh dari semasa ke A semasa menentukan suatu bahagian berlainan daripada untung bersih teraudit bagi setiap tahun, iaitu sama ada kurang atau lebih daripada bahagian yang ditentukan dalam subseksyen (1), untuk dipindahkan kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori sesuatu koperasi bagi maksud memastikan bahawa amaun Kumpulan Wang Rizab Statutori bagi koperasi itu adalah mencukupi bagi maksud perniagaannya dan memadai berhubung dengan liabiliti-liabilitinya. (1 ) Walau apa pun subseksyen (1), Kumpulan Wang Rizab Statutori boleh B digunakan— . Koperasi 47 (a) tertakluk kepada peraturan-peraturan atau undang-undang kecil, bagi membayar syer atau yuran yang dikeluarkan oleh anggota koperasi; atau (b) dengan kelulusan Suruhanjaya dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya, bagi menerbitkan syer bonus kepada anggota koperasi itu. (1 ) Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh memberi sesuatu koperasi kuasa C untuk membayar dividen daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori. (1 ) Kumpulan Wang Rizab Statutori tidak boleh dibahagi dan tiada seorang D pun anggota berhak untuk menuntut suatu bahagian tertentu daripadanya. (1 ) Kumpulan Wang Rizab Statutori hendaklah disenggara dalam suatu E akaun yang berasingan dan hendaklah dilaburkan dalam Akaun Deposit Koperasi sebagaimana yang disebut dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007. (2) Tertakluk kepada subseksyen (7), tiap-tiap koperasi hendaklah, daripada untung bersih terauditnya bagi setiap tahun kewangan, sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen membayar sekian jumlah wang yang ditentukan oleh Suruhanjaya kepada— (a) Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi; dan (b) Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi bagi mana- mana koperasi menengah atau atasan yang telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, yang ditubuhkan di bawah peraturan-peraturan bagi memajukan prinsip koperasi. (3) Tiada koperasi menengah atau atasan boleh diisytiharkan di bawah perenggan (2)(b) sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melainkan jika— (a) matlamat koperasi itu termasuklah menggalakkan prinsip koperasi dan memudahkan operasi koperasi; dan (b) undang-undang kecil koperasi itu membuat peruntukan bagi— 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (i) pergabungan semua koperas itanpa apa-apa sekatan atau pembayaran apa-apa fi kecuali fi masuk; dan (ii) pelantikan kepada Lembaganya, oleh Menteri, sekurang- kurangnya seorang wakil daripada kementerian Menteri itu, dan seorang wakil daripada Kementerian Kewangan. (4) Bolehlah ditolak daripada jumlah yang disebut dalam subseksyen (1) apa-apa jumlah wang yang dibayar menurut subseksyen (2). (5) Tertakluk kepada subseksyen (7), suatu koperasi boleh, selepas bayaran yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan (2), menggunakan untung bersih terauditnya bagi setiap tahun kewangan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) pembayaran rebat kerana langganan; (b) pembayaran dividen, atas syer dan yuran anggota koperasi sebagaimana yang ditentukan oleh arahan atau garis panduan: Dengan syarat bahawa, pembayaran dividen daripada mana-mana sumber selain untung bersih teraudit bagi tahun kewangan itu tidak boleh dibuat kecuali dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Suruhanjaya yang tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi apa-apa kadar maksimum sebagaimana yang ditentukan dalam arahan atau garis panduan itu; (c) pembayaran honorarium kepada anggota Lembaga koperasi itu, yang tidak boleh, dalam apa-apa hal, melebihi jumlah wang yang disyorkan oleh mesyuarat agung tahunan dan diluluskan oleh Suruhanjaya; atau (d) pembayaran untuk kebajikan anggotanya dan masyarakat. (6) Tiada rebat kerana langganan, dividen atas syer dan yuran boleh dibayar kepada anggota suatu koperasi dan tiada honorarium boleh dibayar kepada anggota Lembaga suatu koperasi kecuali daripada untung bersih teraudit koperasi itu. (7) Tiada koperasi boleh menggunakan untung bersihnya bagi apa-apa maksud di bawah subseksyen (2) atau (5) melainkan jika dan sehingga semua kerugian terkumpulnya, jika ada, telah dihapus kira sepenuhnya. . Koperasi 49 (8) Walau apa pun subseksyen (7), suatu koperasi yang kerugian terkumpulnya telah tidak dihapus kira sepenuhnya boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, menggunakan untung bersih terauditnya untuk pembayaran dividen yang dalam mana-mana hal tidak boleh melebihi lima peratus jumlah syer atau yuran anggota, atau kedua-duanya. BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT Penyenggaraan akaun 58. (1) Tiap-tiap koperasi hendaklah menyebabkan disenggara apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain yang akan dengan secukupnya menerangkan transaksi dan kedudukan kewangan koperasi itu dan subsidiari atau subsidiari- subsidiarinya, jika ada, dan yang membolehkan disediakan, dari semasa ke semasa, akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira yang benar dan saksama serta apa-apa dokumen yang dikehendaki dikepilkan padanya dan hendaklah menyebabkan rekod itu disenggara mengikut cara yang akan membolehkannya diaudit dengan mudah dan sepatutnya. (2) Tiap-tiap koperasi hendaklah menyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari daripada selesainya transaksi yang berhubungan dengan catatan itu. (3) Tiap-tiap koperasi hendaklah menyebabkan disediakan, dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas tamatnya setiap tahun kewangan, akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira- kira berserta dengan apa-apa dokumen lain yang dikehendaki bagi maksud pengauditan. (4) Rekod yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar koperasi itu atau di mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga dan hendaklah terbuka pada setiap masa untuk diperiksa oleh Suruhanjaya dan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis. (5) Suruhanjaya boleh, dalam mana-mana kes tertentu, memerintahkan supaya rekod perakaunan dan rekod lain suatu koperasi, termasuklah rekod perakaunan dan rekod lain subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 dibuka untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang diluluskan yang bertindak bagi pihak mana-mana anggota atau pegawai koperasi itu, tetapi hanya apabila diberikan suatu aku janji secara bertulis kepada Suruhanjaya bahawa apa-apa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit itu semasa pemeriksaannya tidak boleh didedahkan olehnya kecuali kepada anggota atau pegawai itu. (6) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Penyata kewangan dan laporan Lembaga 59. (1) Tiap-tiap koperasi hendaklah, pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada lapan belas bulan selepas pendaftarannya dan selepas itu sekurang- kurangnya sekali dalam tiap-tiap tahun kalendar, membentangkan, di mesyuarat agung tahunannya— (a) akaun perdagangan dan untung rugi, dan apa-apa penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, bagi tempoh semenjak akaun yang sebelumnya, atau, dalam hal akaun yang pertama, semenjak pendaftaran koperasi itu atau subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, yang disediakan setakat tarikh yang tidak lebih daripada dua belas bulan sebelum tarikh mesyuarat agung itu; (b) kunci kira-kira setakat tarikh akaun itu disediakan; (c) laporan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Lembaga berkenaan dengan kedudukan hal ehwal koperasi itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada; dan (d) laporan juruaudit yang disebut dalam seksyen 63. (2) Akaun dan kunci kira-kira suatu koperasi dan subsidiarinya, jika ada, yang teraudit dengan sewajarnya hendaklah dikemukakan kepada anggotanya tidak kurang daripada lima belas hari dan kepada Suruhanjaya tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum mesyuarat agung tahunan, dan Suruhanjaya . Koperasi 51 boleh memberikan apa-apa pandangan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai akaun dan kunci kira-kira itu. (2 ) Semua pandangan Suruhanjaya yang mempunyai kesan kewangan A terhadap akaun teraudit dan kunci kira-kira koperasi hendaklah diselaraskan dengan sewajarnya oleh koperasi dan ditunjukkan dengan jelas dalam akaun teraudit koperasi dalam tahun kewangan yang berikutnya. (3) Setiap laporan berhubung dengan perenggan (1)(c) hendaklah menyatakan, dengan butiran yang sesuai— (a) sama ada atau tidak keputusan penjalanan koperasi itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dalam tempoh yang diliputi oleh akaun untung rugi itu telah, pada pendapat Lembaga, terjejas secara material oleh perkara yang abnormal sifatnya; (b) kadar dan amaun, jika ada, yang telah dibayar, diisytiharkan atau disyorkan supaya dibayar sebagai dividen; (ba) penerbitan syer bonus, jika ada, dan kriterianya; (c) sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan telah berbangkit yang menjadikan pematuhan kaedah yang sedia ada bagi pentaksiran aset atau liabiliti koperasiitu mengelirukan atau tidak sesuai; (d) sama ada apa-apa liabiliti bersyarat yang belum ditunaikan telah diakui janji oleh koperasi itu atau oleh mana-mana subsidiarinya dalam tempoh yang diliputi oleh akaun untung rugi itu dan, jika demikian, amaunnya dan sama ada atau tidak apa-apa liabiliti bersyarat sedemikian telah menjadi boleh dikuatkuasakan atau mungkin akan menjadi boleh dikuatkuasakan dalam tempoh dua belas bulan yang berikutnya yang akan menjejaskan secara material keupayaan koperasi itu untuk memenuhi obligasinya jika dan apabila obligasi itu kena dipenuhi; (e) selain Akaun Rizab yang dikehendaki di bawah Akta ini, amaun, jika ada, yang dicadangkan dibawa kepada mana-mana kumpulan wang lain atau akaun rizab lain yang ditunjukkan secara nyata pada kunci kira-kira atau kepada mana-mana kumpulan wang lain atau akaun rizab lain yang akan ditunjukkan dengan nyata pada kunci kira-kira yang kemudiannya; 52 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (f) jika Lembaga berpendapat bahawa jumlah aset semasa tidak akan sekurang-kurangnya menghasilkan nilai yang ditunjukkan baginya dalam akaun koperasi itu, pendapatnya tentang amaun yang mungkin semunasabahnya diharapkan akan dihasilkan oleh aset semasa itu dalam perjalanan biasa perniagaan koperasi itu; dan (g) sama ada semua pelarasan menurut subseksyen 59(2A) telah dijalankan dengan sewajarnya. (4) Dalam subseksyen (3), ungkapan “perkara yang abnormal sifatnya” termasuklah— (a) apa-apa perubahan dalam polisi perakaunan yang diterima pakai sejak laporan yang sebelumnya; (b) apa-apa pemindahan kepada atau daripada rizab atau peruntukan; (c) apa-apa penghapusan kira hutang lapuk yang besar amaunnya; (d) apa-apa perubahan dalam asas pentaksiran bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian stok perniagaan atau keseluruhan atau mana- mana bahagian kerja yang sedang berjalan; (e) apa-apa butiran yang luar biasa jenisnya atau nilainya yang terdapat dalam akaun itu; dan (f) ketiadaan apa-apa butiran material yang biasanya dimasukkan ke dalam akaun itu. (5) Tiap-tiap akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira yang dibentangkan di hadapan sesuatu koperasi dalam mesyuarat agung tahunan, termasuk akaun untung rugi yang disatukan dan kunci kira-kira yang disatukan, hendaklah memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan hal ehwal koperasi itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada. (6) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh, sebagai tambahan, . Koperasi 53 didenda harian lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Pengauditan 60. (1) Tiap-tiap koperasi hendaklah menyebabkan akaunnya diaudit sekurang-kurangnya sekali pada tiap-tiap tahun kewangan oleh— (a) seorang juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya; atau (b) seorang pegawai Suruhanjaya. (2) Walau apa pun subseksyen (1), Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan suatu koperasi, mengaudit atau menyebabkan diaudit akaun mana-mana koperasi. Kelulusan bagi juruaudit koperasi 61. (1) Bagi maksud subseksyen 60(1), Suruhanjaya boleh, melalui perintah am atau khas secara bertulis, dan setelah dibayar apa-apa fi sebagaimana ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya patut, meluluskan mana-mana orang yang berwibawa untuk mengaudit akaun suatu koperasi atau koperasi-koperasi di bawah Akta ini jika— (a) orang itu memohon secara bertulis kepada Suruhanjaya supaya diluluskan sedemikian; dan (b) Suruhanjaya berpuas hati bahwa orang itu layak dan berwibawa untuk diluluskan sedemikian. (2) Tiada seorang pun boleh diluluskan untuk mengaudit dan tiada seorang pun boleh mengaudit akaun koperasi yang sama bagi apa-apa tempoh berterusan yang melebihi enam tahun, tetapi orang sedemikian boleh diluluskan untuk mengaudit dan boleh meneruskan pengauditan akaun sesuatu koperasi dua tahun selepas dia berhenti mengaudit akaun koperasi itu. (3) Kelulusan bagi pelantikan juruaudit di bawah subseksyen (1) boleh dibatalkan jika Suruhanjaya berpendapat bahawa audit yang dijalankan oleh juruaudit itu tidak memuaskan. 54 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 Hal keadaan yang menjadikan seseorang hilang kelayakan untuk diluluskan atau bertindak sebagai juruaudit suatu koperasi 62. Tiada seorang pun boleh diluluskan untuk mengaudit akaun suatu koperasi atau, jika dia telah diluluskan sebagai juruaudit, boleh mengaudit akaun suatu koperasi atau membuat apa-apa jua yang dikehendaki supaya dibuat oleh seseorang juruaudit di bawah Akta ini jika— (a) dia dengan apa-apa cara berhutang dengan koperasi itu atau dengan mana-mana subsidiarinya; (aa) dia ialah seorang anggota koperasi atau seorang suami atau isteri kepada pegawai koperasi itu; (b) dia ialah pegawai koperasi itu atau pekongsi pegawai itu dalam apa-apa perusahaan; (c) dia ialah pekerja koperasi itu atau pekongsi pekerja itu dalam apa- apa perusahaan; (d) dia ialah pekerja seseorang pegawai koperasi itu atau pekerja seseorang pekerja sedemikian; atau (e) dia telah dikompaunkan atau disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau Akta Syarikat 1965 atau atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain. Kewajipan juruaudit 63. (1) Juruaudit suatu koperasi hendaklah memeriksa dan mengaudit akaun dan rekod berkaitan yang lain koperasi itu dan hendaklah dengan serta-merta menarik perhatian Suruhanjaya dan koperasi itu tentang apa-apa luar aturan yang didedahkan oleh pemeriksaan dan pengauditan itu yang, pada pendapat juruaudit itu, secukupnya penting untuk menjustifikasikannya berbuat demikian. (2) Juruaudit suatu koperasi hendaklah mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh koperasi itu selepas tutupnya tahun kewangan itu. . Koperasi 55 (3) Juruaudit suatu koperasi hendaklah, berkenaan dengan akaun, rekod dan penyata yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2), memberikan laporan— (a) sama ada penyata kewangan sedemikian memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi itu; dan (b) apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan, dan hendaklah menyatakan dalam laporannya sama ada— (aa) rekod perakaunan dan rekod lain yang sepatutnya telah disimpan; dan (bb) penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi itu dalam tahun itu mengikut Akta ini, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi itu. (4) Juruaudit suatu koperasi boleh pada bila-bila masa lain melaporkan kepada Suruhanjaya dan koperasi itu tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada perlakuan pengauditan itu. (5) Pengauditan akaun suatu koperasi hendaklah termasuk suatu penelitian akan dan laporan mengenai hutang belum jelas, jika ada, dan penelitian akan dan laporan mengenai nilaian aset dan liabiliti koperasi itu. (6) Mana-mana juruaudit yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. BAHAGIAN VIII PEMERIKSAAN, SIASATAN, PEMBUBARAN DAN PERTIKAIAN Kuasa Suruhanjaya untuk memeriksa buku, dsb., koperasi 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 64. Suruhanjaya, atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis boleh memeriksa, dengan atau tanpa notis, mana-mana koperasi dan bagi maksud pemeriksaan itu, hendaklah mempunyai akses kepada segala buku, akaun, dokumen dan sekuriti sesuatu koperasi dan subsidiari atau perbadanan berkaitan, jika ada, dan hendaklah berhak memeriksa wang tunai dalam tangan; dan tiap-tiap pegawai (termasuk mana- mana bekas pegawai) koperasi itu dan subsidiari atau perbadanan berkaitan, jika ada, hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengemukakan apaapa buku, akaun, dokumen dan sekuriti berkenaan dengan transaksi dan perjalanan koperasi itu dan subsidiari atau perbadanan berkaitan, jika ada, sebagaimana yang dikehendaki oleh orang yang membuat pemeriksaan itu: Dengan syarat bahawa, setakat yang selaras dengan perjalanan pemeriksaan itu, apa-apa buku, akaun, dokumen, sekuriti dan wang tunai itu tidak dikehendaki untuk dikemukakan pada bila-bila masa atau di mana-mana tempat yang boleh mengganggu perjalanan yang sepatutnya urusan harian biasa koperasi itu atau perbadanan berkaitannya. Kuasa untuk menyita dan menahan buku dan dokumen 65. (1) Jika, dalam perjalanan, atau berikutan dengan suatu pemeriksaan di bawah seksyen 64, ternyata bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah telah dilakukan, Suruhanjaya atau pegawai yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya secara bertulis untuk membuat pemeriksaan itu boleh memasuki mana-mana premis yang dipunyai oleh atau dihuni oleh koperasi itu atau mana-mana tempat lain yang dipercayai boleh membantu pemeriksaan atau penyiasatan dan boleh menyita dan menahan apa- apa buku, akaun, dokumen sekuriti dan wang tunai koperasi itu yang boleh memberikan keterangan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, peraturan- peraturan atau perintah, jika pada pendapat Suruhanjaya atau pegawainya yang diberi kuasa itu— (a) pemeriksaan buku, akaun, dokumen, sekuriti dan wang tunai itu, penyalinannya atau pembuatan cabutan daripadanya, tidak dapat dengan semunasabahnya diusahakan tanpa menyita atau merampasnya; (b) buku, akaun, dokumen, sekuriti dan wang tunai itu boleh diganggu atau dimusnahkan melainkan jika ia disita atau dirampas; atau . Koperasi 57 (c) buku, akaun, dokumen, sekuriti dan wang tunai itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang boleh dimulakan di bawah atau berkaitan dengan Akta ini, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 atau mana-mana undang- undang bertulis lain. (2) Tiada koperasi atau pegawai koperasi boleh— (a) gagal untuk— (i) membenarkan akses kepada; (ii) memberi milikan; atau (iii) mengemukakan, buku, akaun, dokumen, sekuriti atau wang tunainya; atau (b) gagal untuk memberi maklumat atau kemudahan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini. (3) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau (b) dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Siasatan 66. (1) Suruhanjaya boleh, sama ada atau tidak, berikutan dengan suatu pemeriksaan di bawah seksyen 64 atau audit di bawah seksyen 60, mengadakan suatu siasatan atau mengarahkan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya melalui perintah secara bertulis bagi pihaknya untuk 58 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 mengadakan suatu siasatan tentang penubuhan, perjalanan dan kedudukan kewangan koperasi itu dan perbadanan berkaitannya, jika ada. (2) Bagi maksud suatu siasatan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) boleh memanggil mana-mana orang, yang Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa ada sebab untuk percaya, mempunyai pengetahuan tentang mana-mana hal ehwal koperasi itu dan boleh memeriksa orang itu dengan sumpah dan boleh menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan atau menyerahkan apa-apa buku, akaun dan dokumen dalam jagaannya yang dipunyai oleh koperasi itu dan perbadanan berkaitannya, jika ada, jika Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa buku, akaun dan dokumen itu boleh memberikan keterangan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah. (3) Tiap-tiap orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah, setelah tamatnya siasatan di bawah subseksyen (1), melaporkan dapatannya kepada Suruhanjaya. Suruhanjaya boleh memberitahu koperasi keputusan pemeriksaan atau siasatan 67. Jika sesuatu pemeriksaan dijalankan di bawah seksyen 64 atau suatu siasatan diadakan di bawah seksyen 66, Suruhanjaya boleh memberitahu keputusan pemeriksaan atau siasatan itu kepada koperasi itu dan boleh, melalui perintah secara bertulis, mengarahkan mana-mana pegawai koperasi itu mengambil apa-apa tindakan yang ditentukan dalam perintah itu untuk membetulkan, dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu, kecacatan, jika ada, yang didedahkan hasil pemeriksaan atau siasatan itu. Pemeriksaan atas permohonan pemiutang 68. (1) Suruhanjaya boleh, atas permohonan seseorang pemiutang suatu koperasi, memeriksa atau mengarahkan mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa olehnya melalui perintah secara bertulis bagi maksud ini memeriksa buku, akaun, wang tunai atau harta lain kepunyaan koperasi itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dan Suruhanjaya atau pegawai awam itu hendaklah mempunyai segala kuasa di bawah seksyen 64. . Koperasi 59 (2) Tiada pemeriksaan boleh dibuat atau diarahkan di bawah subseksyen (1) atas permohonan seseorang pemiutang suatu koperasi melainkan jika pemiutang itu— (a) memuaskan hati Suruhanjaya bahawa hutang itu ialah suatu jumlah wang yang telah genap masa pada masa itu dan dia telah menuntut pembayarannya tetapi telah tidak menerima pembayaran itu dalam masa yang munasabah; dan (b) mendepositkan dengan Suruhanjaya apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Suruhanjaya sebagai cagaran bagi kos pemeriksaan itu. (3) Suruhanjaya hendaklah memberitahu keputusan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) kepada pemiutang dan koperasi itu. Tindakan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan koperasi dalam hal keadaan tertentu 69. (1) Suruhanjaya selepas menjalankan kuasanya di bawah seksyen 64 atau 66, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa sesuatu koperasi itu— (a) menjalankan perniagaannya mengikut suatu cara yang memudaratkan kepentingan koperasi, anggotanya, pendepositnya, sektor koperasi atau orang awam secara amnya; (b) adalah tidak solven, atau telah menjadi atau berkemungkinan akan menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana- mana obligasinya, atau hampir hendak menggantung pembayaran kepada mana-mana pemiutang; atau (c) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, atau mana-mana syarat pendaftarannya di bawah seksyen 7 atau mana-mana undang- undang bertulis, tidak kira bahawa tiada dakwaan jenayah berkenaan dengannya, 60 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 Suruhanjaya boleh, melalui perintah secara bertulis, menjalankan mana-mana satu atau lebih kuasa yang berikut, sebagaimana yang Suruhanjaya sifatkan perlu: (i) menghendaki koperasi itu supaya mengambil apa-apa langkah, atau apa-apa tindakan, atau melakukan atau menahan daripada melakukan apa-apa perbuatan atau perkara, berhubung dengan koperasi itu, atau urusannya atau aktivitinya, atau pegawai-pegawainya; (ii) melarang sesuatu koperasi daripada melanjutkan apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan menjadikan larangan itu tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya, dan melalui perintah lanjutan yang seumpamanya dibuat, melanjutkan tempoh yang disebut terdahulu; (iii) memecat mana-mana pegawai koperasi itu jika ia adalah demi kepentingan koperasi bagi Suruhanjaya untuk berbuat demikian, tetapi tiada seorang pun boleh dipecat tanpa diberi suatu peluang untuk didengar, dan apa-apa kekosongan yang wujud akibat pemecatan itu hendaklah diisi mengikut cara yang diperuntukkan dalam undang- undang kecil koperasi itu;
Part document.segment-3
287 - AKTA KOPERASI 1948 — segment 3
- document.segment-3 Verify source ↗
287 - AKTA KOPERASI 1948 — segment 3
AI-assisted research summary: The Commission can take control of a cooperative, appoint people to run or advise it, and order suspension, removal, freezing of accounts, or dissolution in the stated cases.
(iv) walau apa pun seksyen 42— (A) menggantung atau memecat daripada jawatan mana- mana anggota Lembaga koperasi; atau (B) melantik mana-mana orang atau orang sebagai anggota Lembaga koperasi itu, dan memperuntukkan supaya orang itu dibayar oleh koperasi itu apa-apa saraan; atau (C) membubarkan Lembaga koperasi itu; (v) melantik seseorang untuk menasihati koperasi berhubung dengan perjalanan urusan atau aktivitinya yang sepatutnya, dan mengadakan peruntukan dalam perintah itu supaya . Koperasi 61 orang yang dilantik itu dibayar oleh koperasi itu apa-apa saraan; atau (vi) membekukan akaun koperasi yang dipegang dalam koperasi lain atau bank bagi mengelakkan kerugian atau penyalahgunaan dana koperasi itu (2) Jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a), (b) atau (c) wujud berkenaan dengan sesuatu koperasi, Suruhanjaya boleh, sama ada atau tidak ia telah menjalankan mana-mana kuasanya di bawah subperenggan (1)(i), (ii), (iii), (iv), (v) atau (vi) melalui perintah yang disiarkan dalam Warta— (a) bagi Suruhanjaya atau mana-mana orang yang dilantik oleh Suruhanjaya untuk mengambil alih kawalan— (i) semua harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal koperasi itu, dan menjalankan kesemua urusan, aktiviti dan hal ehwalnya; atau (ii) mana-mana bahagian daripada harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal koperasi itu, dan menjalankan apa-apa bahagian daripada urusan, aktiviti dan hal ehwalnya; dan (b) bagi kos dan perbelanjaan Suruhanjaya, atau saran orang yang dilantik di bawah subseksyen (1), kena dibayar daripada dana dan harta koperasi sebagai suatu caj pertama; atau (c) untuk memerintahkan pembubaran koperasi itu. (3) Suatu perintah Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh, dari semasa ke semasa, diubah suai, dipinda, diubah atau diganti sama ada secara prospektif, atau jika ia praktikal atau tidak adil untuk berbuat demikian, secara ke belakang, melalui suatu perintah selanjutnya di bawah subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah Suruhanjaya yang dibuat di bawah subperenggan (1)(i), (ii), (iii), (iv), (v) atau (vi) boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari pembuatan perintah itu, merayu kepada Menteri, yang hendaklah mengesahkan atau mengetepikan perintah itu dan keputusan Menteri itu hendaklah muktamad dan konklusif. (5) Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subperenggan (1)(i) atau (ii) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (6) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 69C “orang yang dilantik” ertinya orang yang dilantik oleh Suruhanjaya, untuk bertindak bagi pihaknya, untuk mengambil alih kawalan di bawah perenggan (2)(a). Peruntukan berhubung dengan pelantikan di bawah seksyen 69 69A. (1) Seseorang yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah subsubperenggan 69(1)(iv)(B) atau perenggan 69(2)(a) hendaklah menguruskan hal ehwal koperasi itu sehingga Lembaga baru dipilih di bawah undang-undang kecil koperasi itu atau, jika perintah yang dibuat di bawah subseksyen 69(1) diketepikan oleh Menteri di bawah subseksyen 69(4). (2) Seseorang yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah subsubperenggan 69(1)(iv)(B), subperenggan 69(1)(v) atau perenggan 69(2)(a) hendaklah dilantik bagi suatu tempoh tidak melebihi dua tahun, tetapi boleh dilantik semula bagi tiga tempoh lanjutan berturut-turut yang tidak melebihi satu tahun setiapnya, dan hendaklah, selama tempoh pelantikan atau pelantikan semula itu, memegang pelantikan atau pelantikan semulanya mengikut budi bicara Suruhanjaya. (3) Terma dan syarat sesuatu pelantikan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah mengikat koperasi berkenaan. (4) Pelantikan seseorang anggota Lembaga koperasi di bawah subsubperenggan 69(1)(iv)(B) tidak menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang kecil yang membolehkan koperasi itu mempunyai anggota tambahan Lembaga jika bilangan maksimum anggota Lembaga yang dibenarkan di bawah seksyen 42 belum lagi mencapai atau melebihi pelantikan itu. (5) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) tidak bertanggungan kepada koperasi atau menanggung apa-apa obligasi kepada mana-mana anggota atau kepada mana-mana orang bagi apa-apa tindakan yang dilakukan olehnya dengan suci hati, semata-mata oleh sebab dia memegang jawatan itu. Peruntukan berhubung dengan pemecatan jawatan di bawah subperenggan 69(1)(c)(iii) atau subsubperenggan 69(1)(c)(iv)(A) . Koperasi 63 69B. (1) Mana-mana orang yang dipecat daripada jawatan di bawah subperenggan 69(1)(c)(iii) atau subsubperenggan 69(1)(c)(iv)(A) hendaklah terhenti memegang jawatan yang dia dipecat mulai tarikh yang ditetapkan dalam perintah itu, dan tidak boleh selepas itu memegang apa-apa jawatan lain dalam koperasi itu atau, mengikut apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kena mengena dengan, atau mengambil bahagian, atau terlibat dalam, apa-apa urusan, aktiviti atau hal ehwal berhubung dengan koperasi itu. (2) Mana-mana pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Peruntukan berhubung dengan pengambilalihan kawalan di bawah perenggan 69(2)(a) 69C. (1) Jika kawalan sesuatu koperasi telah diambil alih menurut suatu perintah di bawah perenggan 69(2)(a), koperasi itu dan pegawainya hendaklah menyerahkan harta, urusan, aktiviti dan hal ehwalnya kepada kawalan itu, dan hendaklah memperuntukkan kepada Suruhanjaya dan, jika kawalan itu diambil alih oleh orang yang dilantik di bawah perenggan 69(2)(a), kepada orang yang dilantik itu, segala kemudahan sebagaimana yang dikehendaki untuk menjalankan urusan, aktiviti dan hal ehwal koperasi itu. (2) Sepanjang tempoh kawalan sesuatu koperasi menurut suatu perintah di bawah perenggan 69(2)(a), hendaklah terletak hak pada Suruhanjaya, atau pada orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, semua kuasa koperasi itu, anggotanya dan anggota Lembaganya, di bawah undangundang kecil koperasi itu, atau yang boleh dijalankan oleh koperasi itu atau anggotanya atau anggota Lembaganya di bawah mana-mana undang- undang bertulis, tidak kira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas, atau mengikut apa-apa cara lain, dan apa-apa kesulitan yang timbul berhubung dengannya boleh diselesaikan oleh Menteri melalui arahan secara bertulis. (3) Selama tempoh berkuat kuasanya suatu perintah di bawah perenggan 69(2)(a), tiada anggota Lembaga koperasi yang dimaksudkan oleh perintah itu boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terlibat dalam apa-apa urusan, aktiviti dan hal ehwal berhubung dengan koperasi itu, melainkan jika 64 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 dikehendaki atau dibenarkan oleh Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu dan tiada saraan daripada apa jua jenis boleh terakru atau kena dibayar kepada mana-mana anggota Lembaga koperasi itu, melainkan jika ia diluluskan secara bertulis oleh Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu berhubung dengan apa- apa urusan, aktiviti dan hal ehwal yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu. (4) Suatu perintah di bawah perenggan 69(2)(a) tidak mempunyai kesan sebagai memberi kepada, atau meletakhakkan pada, Suruhanjaya atau orang yang dilantik itu, apa-apa hakmilik kepada, atau apa-apa kepentingan benefisial dalam, apa-apa harta koperasi yang dikaitkan dengan perintah itu. (5) Mana-mana pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Penyelesaian penjalanan kuasa di bawah subseksyen 69(1) dan (2) oleh Suruhanjaya 69 . (1) Suruhanjaya hendaklah menyelesaikan apa-apa penjalanan kuasa di D bawah subseksyen 69(1) atau (2) dalam tempoh yang tidak melebihi dua tahun melainkan jika tempoh itu dilanjutkan oleh Menteri. (2) Menteri boleh melanjutkan tempoh di bawah subseksyen (1) bagi tiga tempoh lanjutan berturut-turut yang tidak melebihi satu tahun setiapnya. (3) Setelah tamat apa-apa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2), dan jika pada pendapat Suruhanjaya, Suruhanjaya belum lagi selesai menjalankan kuasanya di bawah subseksyen 69(1) atau (2), Suruhanjaya boleh membubarkan koperasi itu. (4) Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa apa-apa penjalanan kuasa yang disebut dalam subseksyen 69(1) atau (2) telah diselesaikan, Suruhanjaya hendaklah menyerahkan apa-apa harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal koperasi kepada Lembaga yang baru dilantik dan menyebabkan suatu notis mengenai hal itu yang menyatakan tarikh penjalanan kuasa itu telah diselesaikan untuk disiarkan dalam Warta. . Koperasi 65 Pegawai yang dipecat atas perintah Suruhanjaya tidak boleh dilantik semula 70. Jika seseorang pegawai suatu koperasi telah dipecat atas suatu perintah Suruhanjaya di bawah subperenggan 69(1)(c)(iii) atau subsubperenggan 69(1)(c)(iv)(A), pegawai itu hendaklah selepas itu menjadi tidak layak untuk dilantik sebagai anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa koperasi itu atau diambil kerja semula oleh koperasi itu atau mana-mana koperasi lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tempoh lima tahun dari tarikh pemecatan sedemikian. Pembubaran 71. (1) Suruhanjaya boleh, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa sesuatu koperasi itu patut dibubarkan, membubarkan koperasi itu dengan membuat suatu perintah pembatalan pendaftaran koperasi itu— (a) apabila Suruhanjaya menjalankan kuasanya di bawah subseksyen 69D(3); (b) apabila menerima suatu permohonan yang dibuat oleh tiga per empat daripada anggota sesuatu koperasi itu; atau (c) selepas suatu pemeriksaan telah dibuat di bawah seksyen 64 atau 68 atau selepas suatu siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 66. (2) Mana-mana anggota suatu koperasi boleh, dalam tempoh dua bulan dari tarikh sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), merayu kepada Menteri terhadap perintah itu. (3) Jika tiada rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) dalam tempoh dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila tempoh itu tamat. (4) Jika suatu rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap perintah di bawah subseksyen (1) dalam masa dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah 66 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika dan sehingga ia disahkan oleh Menteri. (5) Jika Suruhanjaya membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) bagi pembatalan pendaftaran suatu koperasi, Suruhanjaya boleh membuat apa- apa perintah lanjut yang difikirkannya patut bagi jagaan buku dan dokumen dan bagi perlindungan atau pelupusan harta koperasi itu sehingga perintah yang membatalkan pendaftaran koperasi itu berkuat kuasa di bawah subseksyen (3) atau, jika rayuan dikemukakan di bawah subseksyen (4), sehingga perintah itu disahkan atau selainnya. (6) Tiada koperasi boleh dibubarkan kecuali dengan perintah Suruhanjaya. 71A. (Dipotong oleh Akta A1297). 71B. (Dipotong oleh Akta A1297). 71C. (Dipotong oleh Akta A1297). Pembatalan pendaftaran sesuatu koperasi kerana kurang keanggotaan 72. (1) Suruhanjaya boleh, dengan perintah secara bertulis, membatalkan pendaftaran mana-mana koperasi, selain suatu koperasi yang antara anggotanya ialah satu atau lebih koperasi, jika pada bila-bila masa dibuktikan sehingga Suruhanjaya berpuas hati bahawa bilangan anggota koperasi yang mula-mula disebut itu telah berkurangan sehingga menjadi kurang daripada lima belas orang. (2) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh perintah itu. Akibat pembatalan pendaftaran 73. Jika pendaftaran suatu koperasi dibatalkan oleh suatu perintah di bawah seksyen 71 atau 72, koperasi itu hendaklah terhenti wujud sebagai pertubuhan perbadanan dari tarikh perintah itu mula berkuat kuasa. Pembubaran selepas pembatalan pendaftaran koperasi . Koperasi 67 74. Jika pendaftaran sesuatu koperasi dibatalkan di bawah seksyen 71 atau 72, Suruhanjaya boleh melantik seorang yang berwibawa termasuklah seorang pegawai Suruhanjaya untuk menjadi pelikuidasi koperasi itu. Kuasa pelikuidasi 75. (1) Seseorang pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 hendaklah, tertakluk kepada bimbingan dan kawalan Suruhanjaya dan kepada apa-apa had yang dikenakan oleh Suruhanjaya melalui perintah di bawah seksyen 76, mempunyai kuasa untuk— (a) menentukan, dari semasa ke semasa, sumbangan yang hendaklah dibuat oleh anggota dan bekas anggota, atau oleh harta pusaka anggota yang mati, koperasi itu kepada asetnya; (b) menetapkan, melalui notis, suatu hari yang sebelumnya pemiutang, yang tuntutan mereka belum lagi direkodkan dalam buku koperasi itu, hendaklah menyatakan tuntutan mereka bagi diambil kira supaya mereka tidak tersingkir daripada apa-apa pembahagian yang dibuat sebelum mereka membuktikan tuntutan itu; (c) memutuskan apa-apa persoalan tentang susunan keutamaan yang berbangkit antara pihak menuntut dan menyediakan suatu skim bagi pembayaran apa yang sepatutnya diterima oleh mereka; (d) memulakan dan membela guaman dan prosiding undangundang lain oleh dan bagi pihak suatu koperasi atas namanya atau jawatannya dan hadir sendiri di mahkamah sebagai litigan bagi pihak koperasi itu; (e) memberi mana-mana orang kuasa untuk membuat pemungutan dan memberikan resit sah bagi pihaknya; (f) memutuskan siapakah yang akan menanggung dan pada kadar apakah akan ditanggungnya kos pelikuidasian; (g) memberikan apa-apa arahan berkenaan dengan pemungutan dan pembahagian aset koperasi itu dan pelupusan buku dan dokumen koperasi itu sebagaimana yang perlu semasa menggulung koperasi itu; 68 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (h) berkompromi tentang apa-apa tuntutan oleh atau terhadap koperasi itu dengan syarat sanksi Suruhanjaya telah diperoleh terlebih dahulu; (i) memanggil apa-apa mesyuarat agung anggota atau perwakilan sebagaimana yang perlu bagi perjalanan sepatutnya pelikuidasian itu; (j) mengambil milik buku, dokumen dan aset koperasi itu; (k) menjual, memindah hak, memindah, menyerah hak, menukar, menyerah balik dan memulangkan, memajak, menggadai janji, menggadai, mendapatkan balik, menyerah hak semula atau selainnya mengurus, kesemua atau mana-mana bahagian harta koperasi itu, dan mengurus hasilnya mengikut apa-apa cara untuk faedah, atau bagi kepentingan, koperasi itu atau anggota, pendeposit, pemiutang atau pelanggan, atau orang yang mempunyai apa-apa urusan atau transaksi yang sah dengan koperasi itu; (l) membuat apa-apa perkiraan, perjanjian, atau skim, dengan mana- mana orang yang kesemua atau mana-mana bahagian harta koperasi itu dijual, dipindah hak, dipindah, diserah hak, ditukar, diserah balik dan dipulangkan, dipajak, digadai janji, digadai, diserah hak semula, atau selainnya dilupus, kepada mana-mana orang sebagai balasan untuk orang tersebut bersetuju untuk menjelaskan kesemua, atau suatu bahagian yang dinyatakan, liabiliti koperasi itu termasuk liabiliti deposit koperasi itu; (m) membuat apa-apa perkiraan, perjanjian, komposisi, kompromi, atau skim, dengan mana-mana pendeposit, pemiutang, pelanggan, atau orang yang mempunyai apa-apa urusan atau transaksi yang sah dengan koperasi itu yang apa-apa hak mana-mana orang tersebut, atau apa-apa liabiliti koperasi itu kepada mana-mana orang tersebut, dijadikan tertakluk kepada perkiraan, perjanjian, komposisi, kompromi atau skim yang dibuat oleh pelikuidasi itu; (n) mengambil kerja mana-mana orang sebagai pekerja koperasi itu, atau menamatkan pekerjaan mana-mana pekerja koperasi itu, mengikut terma kontrak perkhidmatan atau mengambil apa-apa tindakan termasuk tindakan tatatertib dan hukuman, sebagaimana . Koperasi 69 yang didapatinya perlu, sesuai atau suai manfaat berkenaan dengan pengambilan kerja atau penamatan kerja itu; (o) menjalankan perniagaan koperasi itu setakat yang perlu bagi menggulungnya dengan lebih bermanfaat; dan (p) mengaturkan pembahagian aset koperasi itu mengikut cara yang memudahkan apabila suatu skim pembahagian telah diluluskan oleh Suruhanjaya. (2) Walau apa pun perenggan (1)(o), pelikuidasi suatu koperasi ditetapkan tidak berhak memberikan apa-apa pinjaman. (3) Seseorang pelikuidasi boleh merujukkan apa-apa pertikaian kepada Suruhanjaya, dan berhubung dengan pertikaian sedemikian seksyen 82 hendaklah terpakai seolah-olah pertikaian itu ialah suatu pertikaian yang menyentuh perniagaan suatu koperasi. (4) Seseorang pelikuidasi hendaklah mendepositkan wang dan aset lain suatu koperasi yang dibubarkan yang dipungut olehnya atau yang masuk ke dalam miliknya sebagai pelikuidasi, mengikut cara dan di tempat yang ditentukan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa. (5) Seseorang pelikuidasi hendaklah, tiap-tiap tiga bulan atau pada lat tempoh yang kurang daripada itu sebagaimana yang diperintahkan oleh Suruhanjaya, mengemukakan kepada Suruhanjaya, suatu laporan yang menyatakan kemajuan yang dicapai dalam menggulung hal ehwal koperasi itu, dan hendaklah, apabila selesai prosiding pelikuidasian itu, mengemukakan suatu laporan muktamad dan menyerahkan kepada Suruhanjaya segala buku, daftar dan akaun kepunyaan koperasi itu dan segala buku dan akaun yang disimpan olehnya yang berhubungan dengan prosiding itu. (6) Mana-mana pelikuidasi yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah, setakat yang kuasa itu perlu bagi melaksanakan maksud seksyen ini, mempunyai kuasa untuk memanggil dan memaksa kehadiran pihak dan saksi dan untuk memaksa pengemukaan dokumen dengan cara yang sama dan (setakat yang boleh) mengikut cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam hal Mahkamah Sesyen. (7) Jika Suruhanjaya telah, menurut subseksyen (4), menentukan bahawa wang suatu koperasi yang dibubarkan hendaklah diremitkan kepadanya, wang itu hendaklah dipegang olehnya dalam suatu Akaun Amanah yang hendaklah 70 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 dikenali sebagai Akaun Pelikuidasian Koperasi sementara menanti pembahagiannya kepada benefisiari mengikut suatu skim yang memerlukan kelulusannya. (8) Wang yang dipegang dalam Akaun Pelikuidasian Koperasi boleh didepositkan atau dilaburkan mengikut peraturan-peraturan, dan pendapatan bersih daripada deposit atau pelaburan itu hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Pusat Koperasi yang hendaklah dipegang dan ditadbirkan oleh Suruhanjaya mengikut peraturan-peraturan. Kuasa Suruhanjaya untuk mengawal pelikuidasian 76. Suruhanjaya boleh, berkenaan dengan koperasi yang disebut dalam seksyen 74— (a) membatalkan atau mengubah apa-apa perintah yang dibuat oleh seseorang pelikuidasi dan membuat apa-apa jua perintah baru yang diperlukan; (b) memecat seseorang pelikuidasi daripada jawatan; (c) meminta segala buku, dokumen dan aset koperasi itu; (d) dengan perintah secara bertulis mengehadkan kuasa seseorang pelikuidasi di bawah seksyen 75; (e) menghendaki supaya akaun diberikan kepadanya oleh pelikuidasi; (f) mendapatkan pengauditan akaun pelikuidasi dan memberikan kuasa pembahagian aset koperasi itu; dan (g) membuat perintah bagi saraan pelikuidasi itu, dan saran itu hendaklah dimasukkan ke dalam kos pelikuidasian dan hendaklah kena dibayar daripada aset dengan diberikan keutamaan daripada segala tuntutan lain. Penguatkuasaan perintah 77. Sesuatu perintah yang dibuat oleh pelikuidasi atau oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 75 atau 76 hendaklah dikuatkuasakan oleh mana-mana mahkamah. . Koperasi 71 Had bagi bidang kuasa mahkamah sivil 78. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam seksyen 77, tiada mahkamah sivil boleh mempunyai apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pembubaran suatu koperasi di bawah Akta ini, dan tiada rayuan boleh dibuat kepada mana-mana mahkamah sivil terhadap apa-apa perintah pelikuidasi. Keutamaan pembayaran oleh pelikuidasi 79. (1) Dalam pelikuidasian suatu koperasi yang pendaftarannya telah dibatalkan, wang koperasi itu, termasuk wang dalam Akaun Rizab, hendaklah digunakan pertamanya untuk kos pelikuidasian, kemudian untuk menunaikan liabiliti koperasi itu, kemudian untuk membayar syer atau yuran dan kemudian, jika undang-undang kecil koperasi itu membenarkannya, untuk membayar dividen pada kadar yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan bagi apa-apa tempoh yang baginya tiada dividen dibayar. (2) Keutamaan pembayaran hutang tidak bercagar suatu koperasi dalam pelikuidasian sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah bertaraf menurut susunan berikut: (a) pertamanya, kos pelikuidasian, termasuk saraan pelikuidasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 76(g); (b) keduanya, segala amaun yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia bagi pinjaman atau pendahuluan tidak bercagar dan segala amaun yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja; (c) ketiganya, segala liabiliti deposit koperasi itu; (d) keempatnya, segala upah atau gaji (sama ada atau tidak diperoleh sepenuhnya atau sebahagiannya melalui komisyen) termasuk apa- apa amaun yang kena dibayar sebagai elaun atau pembayaran ganti di bawah apa-apa kontrak pekerjaan atau award atau perjanjian yang menentukan syarat-syarat kerja mana-mana pekerja koperasi itu, tetapi tidak termasuk apa-apa faedah penamatan atau persaraan yang kena dibayar atas pemberhentian pekerjaan atas apa-apa sebab; 72 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (e) kelimanya, segala amaun yang kena dibayar berkenaan dengan pampasan pekerja di bawah mana-mana undangundang bertulis yang berhubungan dengan pampasan pekerja berhubung dengan kecederaan fizikal kepada seseorang pekerja yang diambil kerja oleh koperasi itu; (f) keenamnya, segala wang yang kena dibayar kepada mana-mana orang, sama ada berkenaan dengan saraan atau pampasan, berhubung dengan kematian mana-mana pekerja koperasi itu; (g) ketujuhnya, segala bayaran yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa awam di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai cukai atau selainnya; (h) kelapannya, segala hutang lain koperasi itu yang kena dibayar kepada mana-mana pemiutang tidak bercagar. (3) Jika pelikuidasian sesuatu koperasi telah selesai dan mana-mana orang tidak menuntut atau menerima apa yang sepatutnya diterimanya di bawah skim pembahagian, notis tentang selesainya pelikuidasian itu hendaklah disiarkan dalam Warta, dan segala tuntutan terhadap wang koperasi yang dilikuidasikan itu hendaklah terhalang apabila luput tempoh dua tahun dari tarikh penyiaran notis itu dalam Warta. (4) Apa-apa baki wang yang tinggal selepas tamat tempoh dua tahun yang disebutkan dalam subseksyen (3) hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Pusat Koperasi. Kuasa Suruhanjaya untuk surcaj pegawai, dsb.,koperasi 80. (1) Jika, semasa pembubaran sesuatu koperasi atau berikutan dengan suatu audit di bawah seksyen 60 atau suatu pemeriksaan di bawah seksyen 64 atau 68 atau suatu siasatan di bawah seksyen 66 atau suatu penyiasatan di bawah Bahagian VI Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, ternyata bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam pengelolaan atau pengurusan koperasi itu atau mana-mana pegawai koperasi terdahulu atau sekarang, ejen, atau anggota koperasi itu telah menyalahgunakan atau menyimpan atau menjadi bertanggungan pada atau bertanggungjawab bagi apa-apa wang atau harta koperasi itu atau telah melakukan misfeasans atau pecah amanah berhubung dengan koperasi itu, Suruhanjaya boleh, atas . Koperasi 73 usulnya sendiri atau atas permohonan pelikuidasi atau penyumbang, memeriksa kelakuan orang itu dan membuat suatu perintah yang menghendakinya membayar atau memulangkan wang atau harta atau mana- mana bahagiannya dengan pulangan atau bunga pada kadar yang difikirkan adil oleh Suruhanjaya atau menyumbangkan sejumlah wang itu kepada asset koperasi itu sebagai pampasan berkenaan dengan penyalahgunaan, penyimpanan, ketidakjujuran atau pecah amanah itu sebagaimana yang difikirkan adil oleh Suruhanjaya. (2) Walau apa pun undang-undang bertulis lain, sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama sebagaimana sesuatu penghakiman Mahkamah itu. (3) Seksyen ini hendaklah terpakai walaupun perbuatan yang disebutkan dalam subseksyen (1) itu ialah perbuatan yang baginya pesalah itu mungkin bertanggungjawab secara jenayah. Rayuan terhadap perintah Suruhanjaya 81. Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa perintah Suruhanjaya yang dibuat di bawah seksyen 80 boleh merayu kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh perintah itu dan keputusan Menteri hendaklah muktamad dan konklusif. Penyelesaian pertikaian 82. (1) Jika pertikaian yang menyentuh penubuhan, undang-undang kecil, pemilihan pegawai, perjalanan mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan suatu koperasi berbangkit— (a) di kalangan anggota, bekas anggota dan orang yang menuntut melalui anggota, bekas anggota dan anggota yang mati; (b) antara seseorang anggota, bekas anggota, atau orang yang menuntut melalui seseorang anggota, bekas anggota atau anggota yang mati dengan koperasi itu, Lembaganya, atau mana-mana pegawai koperasi itu; 74 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (c) antara koperasi itu atau Lembaganya dengan mana-mana pegawai koperasi itu; atau (d) antara koperasi itu dengan mana-mana koperasi lain, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Suruhanjaya bagi keputusannya. (2) Suatu tuntutan oleh sesuatu koperasi bagi apa-apa hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepada koperasi itu oleh seseorang anggota, bekas anggota atau penama, waris atau wakil di sisi undang-undang seseorang anggota yang mati, hendaklah disifatkan suatu pertikaian yang menyentuh perniagaan koperasi itu mengikut pengertian subseksyen (1). (3) Suruhanjaya boleh, apabila diterimanya rujukan di bawah subseksyen (1)— (a) memutuskan sendiri pertikaian itu; (b) merujukkannya kepada seseorang penimbang tara atau penimbang penimbang tara bagi diselesaikan; (ba) merujuk pertikaian itu kepada tribunal yang ditubuhkan di bawah seksyen 83; atau (c) menghendaki pihak yang berkaitan merujukkan pertikaian itu kepada mahkamah. (4) Mana-mana pihak yang terkilan dengan award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara boleh merayu terhadap award itu kepada Suruhanjaya dalam masa dua bulan dari tarikh award itu dan mengikut cara yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan. (5) Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah sivil. (6) Award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara di bawah subseksyen (3), jika tiada rayuan dikemukakan kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (4) atau jika rayuan itu ditarik balik atau tidak diteruskan, adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah sivil. (7) Keputusan Suruhanjaya atau award penimbang tara atau penimbang- penimbang tara yang, menurut kuasa subseksyen (5) dan (6), adalah muktamad hendaklah dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sesyen yang . Koperasi 75 mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama seolah-olah keputusan atau award itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen itu. (8) Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah tentang apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepadanya di bawah perenggan (3)(c) boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut peruntukan kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai baginya. Tribunal 83. (1) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, menubuhkan suatu tribunal untuk melaksanakan fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (2). (2) Suatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh mendengar dan menentukan apa-apa pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan (2) yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen ini. (3) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan, yang selaras dengan peruntukan Akta ini, sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud membolehkan tribunal menjalankan fungsinya, dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pegawai dan prosiding tribunal itu. (4) Setelah suatu tribunal ditubuhkan di bawah subseksyen (1), segala pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan (2)— (a) yang berbangkit selepas penubuhan itu; atau (b) yang, sebelum penubuhan itu, telah dirujukkan kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen 82(1) tetapi yang berkenaan dengannya— (i) tiada langkah telah diambil atau tiada prosiding telah dimulakan oleh Suruhanjaya bagi penyelesaiannya di bawah perenggan 82(3)(a); atau (ii) tiada keputusan telah dibuat oleh Suruhanjaya untuk merujukkan pertikaian itu kepada seseorang penimbang tara atau penimbang-penimbang tara bagi penyelesaian di bawah perenggan 82(3)(b) atau untuk menghendaki pihak yang 76 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 berkaitan merujukkan pertikaian itu kepada mahkamah di bawah perenggan 82(3)(c), boleh dirujuk kepada tribunal itu oleh Suruhanjaya. (5) Suatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh— (a) mengambil dan menerima segala keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana tribunal memikirkan perlu untuk mengambil atau memeriksa; (b) menghendaki keterangan mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (dan boleh bagi maksud itu mengendalikan apa-apa sumpah atau ikrar) atau melalui akuan berkanun; (c) memanggil mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tribunal untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang dalam miliknya dan memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya; (d) mendengar dan menentukan pertikaian yang dirujukkan kepadanya walaupun tanpa kehadiran mana-mana pihak kepada pertikaian itu yang kepadanya telah diserahkan suatu saman atau notis untuk hadir; (e) walau apa pun undang-undang bertulis yang berhubungan dengan keterangan, menerima apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah; dan (f) menjalankan prosiding atau sebahagian daripadanya secara tertutup. (6) Award sesuatu tribunal hendaklah mengikat pihak-pihak. (6 ) Jika suatu award telah dibuat oleh suatu tribunal, Setiausaha tribunal A itu hendaklah atas permohonan pihak yang hendak menguatkuasakan award itu menghantar, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh permohonan itu satu salinan yang diperakui award itu kepada Pendaftar Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa di tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu . Koperasi 77 atau di tempat award itu dibuat dan Pendaftar itu hendaklah menyebabkan award itu direkodkan dan award itu hendaklah selepas itu bagi segala maksud boleh dikuatkuasakan sebagai penghakiman Mahkamah Sesyen itu, mengikut apa-apa kaedah mahkamah yang terpakai atau, sekiranya tiada kaedah sedemikian, mengikut apaapa cara sebagaimana yang disifatkan adil atau suai manfaat oleh Mahkamah Sesyen itu. (6 ) Walau apa pun tempoh yang dinyatakan dalam subperenggan (1)(a) B Aturan 31 kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980]* , tempoh yang dinyatakan dalam subperenggan itu hendaklah, berhubung dengan award yang dibuat sebelum subseksyen (6A) mula berkuat kuasa, disifatkan bermula dari tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen itu. (6 ) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang- C undang yang berlawanan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan apa-apa award yang dibuat oleh tribunal. (7) Mana-mana pihak yang terkilan dengan award tribunal boleh merayu terhadap award itu kepada Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan kaedah- kaedah mahkamah yang terpakai baginya. (8) Walaupun suatu tribunal telah ditubuhkan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya yang di hadapannya terdapat pertikaian yang belum diselesaikan di bawah perenggan 82(3)(a) atau mana-mana penimbang tara atau penimbang-penimbang tara yang kepadanya suatu pertikaian telah dirujukkan di bawah perenggan 82(3)(b) hendaklah terus menguruskan pertikaian itu di bawah perenggan tersebut, dan subseksyen 82(4), (6) dan (7) hendaklah terus terpakai bagi keputusan Suruhanjaya atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (9) Subseksyen 82(3), (4), (5), (6), (7) dan (8) tidak terpakai bagi apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepada tribunal di bawah seksyen ini. (10) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai keputusan Suruhanjaya atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara hendaklah, berkenaan dengan pertikaian yang diputuskan oleh tribunal di bawah seksyen ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai award tribunal itu. Pengemukaan kes tentang persoalan undang-undang 78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 84. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 82, Suruhanjaya, pada bila-bila masa dalam membuat keputusan di bawah Akta ini, atau Menteri pada bila-bila masa apabila suatu rayuan dikemukakan kepadanya terhadap apa-apa keputusan Suruhanjaya di bawah Akta ini, boleh merujukkan apa-apa persoalan undang-undang yang berbangkit daripada keputusan sedemikian bagi mendapatkan pendapat Mahkamah Tinggi. (2) Mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi, sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Hakim Negara, boleh menimbangkan dan memutuskan apa-apa persoalan undang-undang yang dirujukkan kepada Mahkamah Tinggi itu di bawah subseksyen (1), dan pendapat yang diberikan tentang persoalan itu adalah muktamad dan konklusif. Perniagaan koperasi berasaskan Syariah 84 . (1) Mana-mana koperasi yang menjalankan perniagaan atau aktiviti yang A berasaskan Syariah boleh, dari semasa ke semasa, mendapatkan nasihat daripada Majlis Penasihat Syariah mengenai operasi perniagaannya atau aktivitinya bagi memastikan bahawa ia mengikut Syariah. (2) Mana-mana koperasi yang menjalankan perniagaan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Suruhanjaya, selepas berunding dengan Majlis Penasihat Syariah. (3) Bagi maksud seksyen ini, “Majlis Penasihat Syariah” ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 16B(1) Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]. BAHAGIAN IX PELBAGAI Pergabungan, pemindahan dan pembahagian sukarela 85. Suatu koperasi boleh— (a) bergabung dengan suatu koperasi yang lain atau koperasi yang lain untuk membentuk satu koperasi tunggal; . Koperasi 79 (b) memindahkan aset dan liabilitinya kepada suatu koperasi yang lain; atau (c) membahagikan dirinya menjadi dua koperasi atau lebih, mengikut peraturan-peraturan. Mengemukakan maklumat dan statistik 85A. (1) Sesuatu koperasi, seseorang pegawai koperasi, seseorang anggota koperasi atau mana-mana orang yang dikehendaki oleh Suruhanjaya hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa penyata, statistik, dokumen atau maklumat dalam apa-apa masa dan mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang boleh dikehendaki oleh Suruhanjaya melalui notis secara bertulis. (2) Suruhanjaya boleh menghendaki dokumen atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) untuk disahkan dengan sewajarnya oleh juruaudit. (3) Mana-mana penyata, statistik, dokumen atau maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah benar, tepat dan lengkap. (4) Jika maklumat yang diperoleh oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) berhubung dengan akaun atau hal ehwal anggota koperasi, maklumat itu hendaklah dianggap sebagai rahsia antara Suruhanjaya dengan anggota koperasi itu. (5) Sesuatu koperasi hendaklah menzahirkan maklumat kepada mana- mana biro kredit sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (6) Bagi maksud subseksyen (5), apa-apa maklumat yang diterima daripada sesuatu koperasi oleh biro kredit hendaklah dianggap rahsia antara koperasi dengan biro kredit itu. (7) Mana-mana koperasi, pegawai koperasi, anggota koperasi atau mana- mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3), (4), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. 80 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 86. (1) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan di bawah seksyen ini sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan atau memberikan kuat kuasa kepada prinsip dan peruntukan Akta ini. (2) Khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh— (a) menetapkan borang yang hendaklah digunakan dan syarat yang hendaklah dipatuhi dalam memohon pendaftaran sesuatu koperasi dan tatacara dalam hal permohonan itu; (b) menetapkan perkara yang berkenaan dengannya sesuatu koperasi hendaklah atau boleh membuat undang-undang kecil dan bagi tatacara yang hendaklah diikuti dalam membuat, meminda dan membatalkan undang-undang kecilnya termasuk undang-undang kecil yang tidak selaras dengan peruntukan Akta ini dan syarat- syarat yang hendaklah dipenuhi sebelum pembuatan, pindaan atau pembatalan itu; (c) menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pemilihan, pelantikan, tempoh jawatan dan kehilangan kelayakan anggota Lembaga sesuatu koperasi dan juruauditnya; (d) menetapkan cara bagaimana sesuatu perniagaan, aktiviti atau hal ehwal tertentu boleh dijalankan oleh sesuatu koperasi; (e) menetapkan maksud yang baginya simpanan khas sesuatu koperasi boleh digunakan; (f) menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan penggabungan dan pembahagian mana-mana koperasi dan pemindahan aset dan liabiliti koperasi itu, termasuk— (i) peletakhakan aset dan liabiliti— (A) koperasi yang bergabung dalam koperasi gabungan itu; (B) sesuatu koperasi dalam koperasi baru yang diwujudkan menurut sesuatu pembahagian; atau . Koperasi 81 (C) sesuatu koperasi dalam suatu koperasi lain menurut sesuatu pemindahan; dan (ii) pendaftaran koperasi gabungan, koperasi baru dan pembatalan pendaftaran, dalam hal suatu penggabungan, koperasi yang bergabung, dalam hal suatu pembahagian, koperasi yang sedia ada, dan dalam hal suatu pemindahan, koperasi yang membuat pemindahan; (g) menetapkan maksud yang baginya dana di dalam Akaun Rizab, selain yang berbangkit daripada keuntungan modal, boleh digunakan; (h) menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Pusat Koperasi dan Akaun Pelikuidasian Koperasi hendaklah dipegang, ditadbir dan digunakan; (i) tertakluk kepada peruntukan nyata Akta ini, menentukan dalam hal yang bagaimana sesuatu rayuan boleh dibuat terhadap perintah Suruhanjaya dan menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mengemukakan dan menyelesaikan rayuan itu; (j) menetapkan cara melantik seseorang penimbang tara dan tatacara yang hendaklah diikuti dalam prosiding di hadapan Suruhanjaya atau penimbang tara itu; (k) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 dan hal yang mengenainya rayuan boleh dibuat terhadap perintah pelikuidasi itu; (l) menetapkan borang yang hendaklah digunakan, fi yang hendaklah dibayar, tatacara yang hendaklah dipatuhi dan semua perkara lain yang berkaitan dengan atau bersampingan dengan pengemukaan, pendengaran dan penyelesaian rayuan di bawah Akta ini atau peraturanperaturan; (m) mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan; (n) menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi, Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi dan 82 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 apa-apa kumpulan wang lain hendaklah dipegang, ditadbirkan dan digunakan; (o) mengadakan peruntukan bagi pelaburan wang sesuatu koperasi dalam bon atau debentur mana-mana koperasi, sekuriti mana-mana syarikat atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di Malaysia atau dalam subsidiarinya; (p) mengadakan peruntukan bagi pelaburan oleh sesuatu koperasi dalam harta tak alih; (q) mengadakan peruntukan bagi penerimaan deposit oleh sesuatu koperasi daripada orang yang bukan anggota koperasi itu; (r) menetapkan tatacara berkenaan dengan pembayaran bagi syer atau yuran yang dikeluarkan oleh anggota daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori; (s) mengadakan peruntukan bagi penubuhan subsidiari koperasi dan semua perkara yang berhubungan dengannya; (t) menetapkan tatacara bagi pengeluaran syer, pulangan atau faedah anggota yang meninggal dunia oleh wakil yang sah, penama, waris atau mana-mana orang, mengikut mana-mana yang berkenaan; (u) menetapkan kontrak yang dibuat antara koperasi dengan anggota yang merupakan seorang kanak-kanak; (v) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu; (w) menetapkan perkara yang berhubungan dengan mesyuarat agung permulaan dan mesyuarat agung tahunan; (x) menetapkan tatacara berkenaan dengan pengeluaran dan pemindahan syer, pulangan atau kepentingan seseorang anggota apabila keanggotaan ditamatkan; dan (y) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang disifatkan oleh Suruhanjaya suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini. (3) Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (1) dan (2), Suruhanjaya boleh, dengan persetujuan Menteri dan Menteri Kewangan, membuat apa-apa . Koperasi 83 peraturan sebagaimana yang perlu bagi maksud mengawal atau mengawal selia perniagaan, aktiviti atau hal ehwal, dan untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan yang lebih baik, koperasi yang menjalankan perniagaan pengambilan deposit atau perniagaan insurans. (4) Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan kesemua, atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan koperasi dan peruntukan yang berlainan boleh dibuat bagi koperasi, kelas, kategori atau perihalan koperasi yang berlainan. (5) Mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta. Kuasa untuk membuat perintah 86 . Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa perintah A di bawah seksyen ini sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan atau memberikan kuat kuasa kepada prinsip dan peruntukan Akta ini. Kuasa untuk mengeluarkan arahan, garis panduan, dsb. 86 . (1) Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan, garis panduan, surat B pekeliling atau notis berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini termasuk perkara yang dinyatakan dalam Jadual yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kuat kuasa sepenuhnya kepada atau untuk menjalankan mana- mana peruntukan Akta ini. (2) Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah kepada, menggantikan, atau selainnya meminda Jadual di bawah subseksyen (1) dan apabila penyiaran perintah itu, Jadual, sebagaimana yang diubah, dipotong, ditambah kepada, digantikan atau selainnya dipinda, hendaklah berkuat kuasa penuh dan hendaklah disifatkan sebagai suatu bahagian integral Akta ini sebagaimana dari tarikh penyiaran itu, atau dari apa- apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. (3) Mana-mana arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh berhubung dengan kesemua, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan koperasi, dan peruntukan yang berlainan 84 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 boleh dibuat untuk koperasi, kelas, kategori atau perihalan koperasi yang berlainan. Pengecualian 87. (1) Menteri boleh, apabila berpuas hati bahawa adalah wajar untuk berbuat demikian demi kepentingan perkembangan koperasi pada amnya atau sesuatu koperasi tertentu atau sesuatu kelas, kategori atau perihalan koperasi tertentu, melalui perintah am atau khas, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya, mengecualikan mana-mana koperasi atau kelas, kategori atau perihalan koperasi, daripada mana-mana peruntukan Akta ini, atau mengarahkan bahawa peruntukan itu hendaklah terpakai bagi mana-mana koperasi atau kelas, kategori atau perihalan koperasi, berkuat kuasa dari apa- apa tarikh atau dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. (2) Apa-apa pengecualian yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta. Mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar kepada Kerajaan 88. (1) Segala jumlah wang yang kena dibayar oleh suatu koperasi atau seseorang pegawai atau anggota atau bekas anggota suatu koperasi, yang demikian kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri boleh didapatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan itu. (2) Jumlah wang yang kena dibayar oleh suatu koperasi kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri dan boleh didapatkan di bawah subseksyen (1) boleh didapatkan— (a) pertamanya, daripada harta koperasi itu; (b) keduanya, dalam hal koperasi yang liabiliti anggota adalah terhad, daripada anggota tertakluk kepada had liabiliti mereka; dan (c) ketiganya, dalam hal koperasi lain, daripada anggotanya. 89. (Dipotong oleh Akta A1297). . Koperasi 85 Ketidakpakaian undang-undang tertentu 90. Peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan kesatuan sekerja, persatuan, pertubuhan dan syarikat tidak terpakai bagi koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini. Kesalahan am 91. (1) Menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika— (a) sesuatu koperasi, seseorang pegawai koperasi atau seseorang anggota koperasi melakukan apa-apa perbuatan yang menghendaki keizinan atau kelulusan Suruhanjaya atau mesyuarat agung tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan atau kelulusan itu; (b) sesuatu koperasi, seseorang pegawai koperasi atau seseorang anggota koperasi yang abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau perkara yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini, peraturan-peraturan atau perintah, untuk dibuat; dan (c) sesuatu koperasi atau mana-mana orang yang melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa perbuatan atau perkara yang dilarang oleh, atau tidak mematuhi kehendak Akta ini, peraturan- peraturan atau perintah. (2) Mana-mana koperasi, pegawai koperasi anggota koperasi, atau mana- mana orang, yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda satu ratus ribu ringgit dan boleh sebagai tambahan, didenda harian satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Bagaimana dan bila prosiding diambil 92. Suruhanjaya atau pegawainya yang diberi kuasa olehnya boleh, dengan keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya, dalam mana-mana 86 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 mahkamah, mendakwa mana-mana kes berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan 93. (1) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana- mana peraturan atau perintah yang dibuat di bawah Akta ini, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Suruhanjaya dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu apa-apa jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu. (2) Apa-apa wang yang dibayar kepada Suruhanjaya menurut peruntukan subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada kumpulan wang operasi Suruhanjaya.
Part document.segment-4
287 - AKTA KOPERASI 1948 — segment 4
- document.segment-4 Verify source ↗
287 - AKTA KOPERASI 1948 — segment 4
AI-assisted research summary: This part repeals certain earlier cooperative laws, keeps some existing bodies and records in effect for transition, and requires older cooperatives to update their by-laws within two years.
(3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang boleh diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat. (4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat. Mahkamah boleh memerintahkan pematuhan 93 . Jika sesuatu koperasi atau mana-mana orang telah disabitkan atas suatu A kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa- apa denda atau tempoh pemenjaraan yang boleh dikenakan, memerintahkan koperasi atau orang itu untuk membetulkan pelanggaran Akta ini yang berkenaan dengannya koperasi atau orang itu telah disabitkan. . Koperasi 87 BAHAGIAN X PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN Takrif 94. Dalam Bahagian ini, “undang-undang termansuh” ertinya undang-undang yang dimansuhkan di bawah seksyen 95. Pemansuhan dan kecualian 95. (1) Akta dan Ordinan yang berikut dimansuhkan: (a) Akta Koperasi 1948 [Akta 287]; (b) Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) [Sabah Ord. No. 3 tahun 1958]; dan (c) Ordinan Koperasi (Sarawak) [Sarawak Cap. 66]. (2) Pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah seksyen 3A Akta Koperasi 1948 dengan nama “Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia” hendaklah terus wujud sebagai pertubuhan perbadanan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah seksyen 3*. (3) Tertakluk kepada subseksyen (4), mana-mana daftar yang disimpan atau disenggarakan atau mana-mana kumpulan wang yang dipegang dan ditadbirkan menurut undang-undang termansuh hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada daftar atau kumpulan wang yang bersamaan di bawah Akta ini. (4) Walau apa pun subseksyen (3)— * CATATAN− Seksyen 3 telah dipotong oleh Akta A1297. 88 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 (a) Kumpulan Wang Audit dan Penyeliaan yang ditubuhkan di bawah Kaedah-Kaedah Koperasi Sabah dan Kaedah- Kaedah Koperasi Sarawak hendaklah terus dipegang dan ditadbirkan oleh Pendaftar yang bertanggungjawab bagi koperasi di Negeri Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah digunakan bagi maksud yang diperuntukkan di bawah Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) [Sabah P.W.S. 3 tahun 1958] atau Ordinan Koperasi (Sarawak) [Sarawak P.W.S. 1 tahun 1949] yang termansuh,mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali bahawa tiada sumbangan baru kepada Kumpulan Wang itu boleh dilevi; dan (b) wang yang didepositkan dengan sesuatu bank atau koperasi boleh Pendaftar di bawah peruntukan subseksyen 46(3) Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) atau Ordinan Koperasi (Sarawak) yang termansuh, mengikut mana-mana berkenaan, hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, dipindahkan kepada Akaun Pelikuidasian Koperasi yang dipegang oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 75(7). (5) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana Kumpulan Wang yang tersebut dalam perenggan (4)(a) boleh dipegang dan ditadbirkan dan, apabila Kumpulan Wang itu menjadi berkurangan, bagi pembubarannya dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. Kedudukan pendaftaran dan undang-undang kecil koperasi yang berdaftar di bawah undang-undang termansuh 96. (1) Suatu koperasi yang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, berdaftar atau disifatkan berdaftar di bawah peruntukan undang-undang termansuh hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ini. (2) Tertakluk kepada subseksyen (3), koperasi yang didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang termansuh hendaklah, tidak lewat daripada dua tahun selepas Akta ini mula berkuat kuasa, meminda undang-undang kecilnya untuk menjadikannya selaras dengan peruntukan Akta ini. (3) Subseksyen (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana undangundang kecil yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang termansuh yang di . Koperasi 89 bawahnya orang individu serta juga koperasi, atau yang di bawahnya koperasi yang berdaftar yang berlainan jenis, boleh menjadi anggota koperasi itu atau yang memperuntukkan bahawa koperasi itu ialah koperasi dengan liabiliti tidak terhad, jika undang-undang kecil itu selaras dengan peruntukan undang- undang termansuh yang di bawahnya undang-undang kecil itu dibuat. ___________________________________ JADUAL [Seksyen 86B] SENARAI PERKARA YANG BOLEH DIKELUARKAN SECARA ARAHAN, GARIS PANDUAN, SURAT PEKELILING ATAU NOTIS 1. Pengenaan kewajipan, liabiliti, tanggungjawab, sekatan, batasan, larangan atau sanksi, atau pemberian hak, keistimewaan, faedah atau tanggung rugi kepada pegawai, wakil, anggota koperasi atau juruaudit. 2. Tadbir urus koperasi. 3. Maksud yang baginya dana dalam Akaun Rizab, selain yang berbangkit daripada keuntungan modal, boleh digunakan. 4. Kadar maksimum pembayaran dividen ke atas syer atau yuran, honorarium atau pulangan atas deposit. 5. Peruntukan bagi pemeriksaan dokumen dan daftar di pejabat Suruhanjaya serta fi yang kena dibayar baginya dan bagi pengeluaran salinan dokumen atau daftar itu. 6. Penyenggaraan dana mewakili syer yang dilanggan dan dibayar oleh anggota, yuran modalnya dan dana-dana lain yang berkaitan dengan anggotanya. 7. Bentuk dan kandungan penyata kewangan, standard perakaunan dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh koperasi dalam menyedia dan membentangkan penyata kewangan. 8. Penyenggaraan aset cair oleh koperasi. 9. Pembiayaan Islam atau kemudahan kredit oleh koperasi. 10. Penerimaan deposit atau pinjaman wang daripada anggota oleh koperasi. ___________________________________ 90 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 502 AKTA KOPERASI 1993 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari Akta A928 Akta Koperasi (Pindaan) 10-11-1995 1995 Akta A963 Akta Koperasi (Pindaan) 13-09-1996 1996 Akta A1128 Akta Koperasi (Pindaan) 28-09-2001 2001 Akta A1297 Akta Koperasi (Pindaan) 01-01-2008 2008 _____________ 91 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 502 AKTA KOPERASI 1993 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa yang meminda Berkuat kuasa dari Tajuk Panjang Akta A1297 01-01-2008 Keseluruhan Akta Akta A1297 01-01-2008 2 Akta A1297 01-01-2008 3 Akta A928 10-11-1995 Akta A963 13-09-1996 Akta A1297 01-01-2008 5 Akta A1297 01-01-2008 6 Akta A1297 01-01-2008 10 Akta A1297 01-01-2008 10A Akta A1297 01-01-2008 10B Akta A1297 01-01-2008 12 Akta A1297 01-01-2008 13 Akta A1297 01-01-2008 14 Akta A1297 01-01-2008 17 Akta A1297 01-01-2008 17A Akta A1297 01-01-2008 18 Akta A1297 01-01-2008 18A Akta A928 10-11-1995 Akta 1297 01-01-2008 92 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 Seksyen Kuasa yang meminda Berkuat kuasa dari 19 Akta 1297 01-01-2008 19A Akta A1297 01-01-2008 20 Akta A1297 01-01-2008 22 Akta A1297 01-01-2008 23 Akta A1297 01-01-2008 24 Akta A1297 01-01-2008 25 Akta A1297 01-01-2008 29 Akta A1297 01-01-2008 31 Akta A1297 01-01-2008 32 Akta A1297 01-01-2008 34A Akta A1297 01-01-2008 35 Akta A1297 01-01-2008 36 Akta A1297 01-01-2008 37 Akta A1297 01-01-2008 38 Akta A1297 01-01-2008 39 Akta A1297 01-01-2008 40 Akta A1297 01-01-2008 42 Akta A1297 01-01-2008 42A Akta A1297 01-01-2008 43 Akta A1297 01-01-2008 44 Akta A1297 01-01-2008 44A Akta A1297 01-01-2008 44B Akta A1297 01-01-2008 45 Akta A1297 01-01-2008 . Koperasi 93 Seksyen Kuasa yang meminda Berkuat kuasa dari 46 Akta A1297 01-01-2008 49 Akta A1297 01-01-2008 50 Akta A1297 01-01-2008 51 Akta A1297 01-01-2008 52 Akta A1297 01-01-2008 52A Akta A1297 01-01-2008 53 Akta A1297 01-01-2008 54 Akta A963 13-09-1996 Akta A1297 01-01-2008 54A Akta A1297 01-01-2008 55 Akta A1297 01-01-2008 57 Akta A963 13-09-1996 Akta A1297 01-01-2008 58 Akta A1297 01-01-2008 59 Akta A928 10-11-1995 Akta A1297 01-01-2008 60 Akta A1297 01-01-2008 61 Akta A1297 01-01-2008 62 Akta A1297 01-01-2008 63 Akta A1297 01-01-2008 64 Akta A1297 01-01-2008 65 Akta A1297 01-01-2008 66 Akta A1297 01-01-2008 69 Akta A1297 01-01-2008 69A Akta A1297 01-01-2008 94 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 Seksyen Kuasa yang meminda Berkuat kuasa dari 69B Akta 1297 01-01-2008 69C Akta A1297 01-01-2008 69D Akta A1297 01-01-2008 70 Akta A1297 01-01-2008 71 Akta A1297 01-01-2008 71A-71C Akta A928 10-11-1995 Akta A1297 01-01-2008 72 Akta A1297 01-01-2008 73 Akta A928 10-11-1995 Akta A1297 01-01-2008 74 Akta A928 10-11-1995 Akta A1297 01-01-2008 75 Akta A1297 01-01-2008 77 Akta A1297 01-01-2008 79 Akta A1297 01-01-2008 80 Akta A1297 01-01-2008 81 Akta A928 10-11-1995 82 Akta A1297 01-01-2008 83 Akta A1128 28-09-2001 Akta 1297 01-01-2008 84A Akta A1297 01-01-2008 85A Akta A1297 01-01-2008 86 Akta A928 10-11-1995 Akta A963 13-09-1996 Akta A1297 01-01-2008 86A Akta A1297 01-01-2008 . Koperasi 95 Seksyen Kuasa yang meminda Berkuat kuasa dari 86B Akta A1297 01-01-2008 87 Akta A1297 01-01-2008 89 Akta A1297 01-01-2008 91 Act A928 10-11-1995 Act 1297 01-01-2008 92 01-01-2008 Act 1297 93 Akta A1297 01-01-2008 Akta A1297 93A 01-01-2008 Jadual Akta A1297 01-01-2008 _____________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
287 - AKTA KOPERASI 1948
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in