259 - *AKTA IKLAN LUCAH 1953
The Act bans public display or distribution of obscene or indecent pictures or written material, and restricts advertisements and recommendations for treating venereal disease; police may arrest offenders without a warrant.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 259 - *AKTA IKLAN LUCAH 1953
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
259 - *AKTA IKLAN LUCAH 1953
AI-assisted research summary: The Act bans public display or distribution of obscene or indecent pictures or written material, and restricts advertisements and recommendations for treating venereal disease; police may arrest offenders without a warrant.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 259 AKTA IKLAN LUCAH 1953 Sebagaimana pada 1 September 2012 2 AKTA IKLAN LUCAH 1953 Pertama kali diperbuat … … … … … … 1953 (Ordinan No.16 tahun 1953) Disemak … … … … … … … … … … 1981 (Akta 259 m.b.p. 24 Disember 1981) Kali terakhir dipinda melalui Akta 160 yang mula Berkuat kuasa pada … … … … … …28 Ogos 1975 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 259 AKTA IKLAN LUCAH 1953 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Gambar atau bahan bercetak atau bertulis yang lucah atau cabul 4. Orang yang mengirim kepada orang lain supaya dilakukan perbuatan yang boleh dihukum di bawah seksyen 3 5. Iklan mengenai sifilis, dsb., diisytiharkan lucah 6. Sekatan ke atas iklan 7. Penalti 8. Penangkapan apabila melihat kesalahan 9. Pemansuhan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 259 AKTA IKLAN LUCAH 1953 Suatu Akta bagi menghapuskan iklan lucah dan iklan yang berhubungan dengan rawatan penyakit venereus. [30 April 1953] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Iklan Lucah 1953. (2) Akta ini terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. Dalam Akta ini “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] dan meliputi Wilayah Persekutuan. Gambar atau bahan bercetak atau bertulis yang lucah atau cabul 3. Sesiapa juga yang melekatkan atau menulis pada mana-mana rumah, bangunan, dinding, pendinding, pintu pagar, pagar, tiang, tonggak, papan, pokok atau apa jua benda lain, yang menyebabkannya boleh dilihat oleh mana-mana orang yang berada atau melalui mana-mana tempat awam, atau jalan awam atau lorong kaki, dan sesiapa yang melekatkan atau menulis pada mana-mana tandas awam, atau menyerah atau cuba untuk menyerah atau mempamerkan kepada mana-mana penduduk atau mana-mana orang yang berada atau melalui mana-mana tempat awam atau jalan awam, atau lorong kaki, atau mempamerkan bagi penglihatan awam pada tingkap mana-mana rumah atau kedai, sesuatu gambar atau sesuatu 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 259 bahan bercetak atau bertulis yang lucah atau cabul, apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan dan denda tidak melebihi lima puluh ringgit. Orang yang mengirim kepada orang lain supaya dilakukan perbuatan yang boleh dihukum di bawah seksyen 3 4. Sesiapa jua yang memberi atau menghantar kepada mana-mana orang lain apa-apa gambar sedemikian, atau bahan bercetak atau bertulis yang disebut dalam seksyen 3 dengan niat supaya gambar atau bahan itu atau mana-mana satu daripadanya dilekatkan, ditulis, dihantar atau dipamerkan sebagaimana yang tersebut di dalamnya, apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan denda tidak melebihi satu ratus ringgit. Iklan mengenai sifilis, dsb., diisytiharkan lucah 5. Sesuatu iklan berhubungan dengan penyakit venereus, lemah saraf atau aduan atau kelemahan lain yang timbul daripada atau berhubungan dengan persetubuhan, dan sesuatu iklan yang menyatakan sesuatu sediaan bersifat afrodisiak, adalah disifatkan bahan bercetak atau bertulis yang dari jenis lucah dalam erti yang diberikan di bawah seksyen 3, sekiranya iklan tersebut disiarkan kepada orang awam dengan apa-apa cara atau dilekatkan atau ditulis pada mana-mana rumah, bangunan, dinding, pendinding, pintu pagar, pagar, tiang, tonggak, papan, pokok atau apa jua benda lain, yang menyebabkannya boleh dilihat oleh mana-mana orang yang berada atau melalui mana-mana tempat awam atau jalan awam atau lorong kaki, atau dilekatkan atau ditulis pada mana-mana tandas awam atau diserah atau cuba untuk diserah kepada seseorang yang berada atau melalui di sepanjang mana-mana tempat awam, jalan awam atau lorong kaki: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi sesuatu iklan berhubungan dengan penyakit venereus yang diterbitkan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri atau oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau awam. Iklan Lucah 7 Sekatan ke atas iklan 6. (1) Seseorang tidak boleh melalui apa-apa iklan atau apa-apa notis atau pengumuman awam merawat atau menawar untuk merawat seseorang bagi penyakit venereus, atau menetapkan atau menawar untuk menetapkan apa-apa remedi baginya, atau menawar untuk memberi atau memberi nasihat berkaitan dengan rawatan terhadapnya. (2) Seseorang tidak boleh mengemukakan atau mengesyorkan kepada orang awam melalui apa-apa notis atau iklan, atau melalui apa-apa kertas atau surat sebaran bertulis atau bercetak, atau melalui apa-apa label atau perkataan bertulis atau bercetak, dilekatkan kepada atau dihantar bersama apa-apa bungkusan, kotak, botol kecil atau sesuatu bekas yang mengandunginya, apa-apa pil, kapsul, serbuk, tablet hisap, tinktur, ubat minum, kordial, electuary, plaster, unguent, salves, ointmen, titis, losen , minyak, spirit, herba dan air berubat, apa jua sediaan kimia dan officinal yang digunakan atau dipakai di luar atau di dalam sebagai ubat atau bahan ubat bagi mencegah, menyembuh atau melegakan penyakit venereus: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi sesuatu iklan, pemberitahuan, pengumuman, sokongan atau pengemukaan yang dibuat atau diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri atau oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan atau awam atau terhadap sesuatu terbitan yang dikirim hanya kepada pengamal perubatan berdaftar atau ahli farmasi berdaftar atau peniaga borong bagi maksud perniagaan mereka. (3) Dalam seksyen ini dan dalam seksyen 5 “penyakit venereus” ertinya sifilis, gonorea, soft chancre atau bubo (lymphogranuloma inguinale). Penalti 7. Jika seseorang bertindak berlanggaran dengan seksyen 6, apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun dan denda tidak melebihi lima ratus ringgit. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 259 Penangkapan apabila melihat kesalahan 8. Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran seseorang yang didapatinya melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini. Pemansuhan 9. Ordinan Iklan Lucah 1941 [S.S.Ord 43 of 1941] bagi Negeri- Negeri Selat adalah dengan ini dimansuhkan. 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 259 AKTA IKLAN LUCAH 1953 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda Dari L.N. 332/58 Perintah Perlembagaan 13-11-1958 Persekutuan (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Perisytiharan) 1958 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 259 AKTA IKLAN LUCAH 1953 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 Akta 160 29-08-1975 4 Akta 160 29-08-1975 7 Akta 160 29-08-1975
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
259 - *AKTA IKLAN LUCAH 1953
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in