A1523 - AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017
The Act starts on a date set by the Yang di-Pertuan Agong by Gazette notice, and it adds cross-territory enforcement rules plus amendments on how certain Syarie prosecution and enforcement powers must be exercised.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1523 - AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1523 - AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017
AI-assisted research summary: The Act starts on a date set by the Yang di-Pertuan Agong by Gazette notice, and it adds cross-territory enforcement rules plus amendments on how certain Syarie prosecution and enforcement powers must be exercised.
Pentadbiran Undang-Undang Islam 1 (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1523 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1523 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 9 Januari 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 16 Januari 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Pentadbiran Undang-Undang Islam 3 (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1523 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017 Suatu Akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2017. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta. Seksyen baharu 57a 2. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 57 seksyen yang berikut: “Tindakan bersaling 57a. (1) Jika Mahkamah Syariah di dalam mana-mana Negeri di Malaysia mengeluarkan waran atau saman, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1523 undang-undang Negeri itu untuk dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada mana-mana orang yang berada atau dipercayai berada di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, mana-mana Hakim Syarie boleh mengendors waran atau saman itu dengan menandatanganinya dan waran atau saman itu boleh dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu seolah-olah waran atau saman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan mengikut peruntukan Akta ini. (2) Jika Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan mengeluarkan waran yang memberikan kuasa untuk menangkap mana-mana orang atau saman yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di suatu Mahkamah Syariah, dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia dan waran atau saman itu dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu mengikut mana-mana undang-undang Negeri itu, waran atau saman itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sewajarnya seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan. (3) Jika Mahkamah Syariah di dalam mana-mana Negeri di Malaysia membuat suatu perintah atau penghakiman di bawah mana-mana undang-undang Negeri itu terhadap seseorang dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, Hakim Syarie, jika dia berpuas hati bahawa perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sewajarnya oleh suatu Mahkamah Syariah yang berwibawa di dalam mana-mana Negeri di Malaysia, boleh mengendors perintah atau penghakiman itu dan perintah atau penghakiman itu bolehlah dilaksanakan atau disampaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan mengikut peruntukan Akta ini. (4) Jika Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan membuat suatu perintah atau penghakiman terhadap mana-mana orang atau suatu perintah yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di suatu Mahkamah Syariah dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia dan perintah atau penghakiman itu dilaksanakan Pentadbiran Undang-Undang Islam 5 (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) terhadap atau disampaikan kepada orang itu mengikut mana-mana undang-undang Negeri itu, perintah atau penghakiman itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sewajarnya seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.”. Pindaan Bahagian V 3. Bahagian V Akta ibu dipinda dalam tajuk dengan memasukkan selepas perkataan “PENDAKWAAN” perkataan “, PENGUATKUASAAN”. Pindaan seksyen 58 4. Seksyen 58 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “sendiri” dengan perkataan “kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie menurut subseksyen (3) hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut: “(5) Pegawai Penguat Kuasa Agama hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama sendiri.”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1523 Kecualian dan peralihan 5. (1) Apa-apa waran atau saman yang dikeluarkan, dan perintah atau penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Syariah di dalam mana-mana Negeri di Malaysia di bawah mana-mana undang- undang Negeri itu yang menunggu untuk dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada mana-mana orang yang berada atau dipercayai berada di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini. (2) Apa-apa waran yang memberikan kuasa untuk menangkap mana-mana orang atau saman yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di suatu Mahkamah Syariah di dalam Wilayah- Wilayah Persekutuan yang dikeluarkan oleh suatu Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang menunggu untuk dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini. (3) Apa-apa perintah atau penghakiman yang dibuat oleh suatu Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang menunggu untuk dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada mana-mana orang yang berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia mengikut mana-mana undang-undang Negeri itu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini. (4) Apa-apa notis atau permohonan yang diberikan atau dibuat oleh Pendakwa Syarie menurut kuasa di bawah subseksyen 58(3) Akta ibu berhubung dengan prosiding di hadapan Mahkamah Rayuan Syariah yang sedia ada atau belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1523 - AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2017
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in