A1510 - AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (PINDAAN) 2016
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985.
Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah 1 Pencegahan Khas) (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1510 AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (PINDAAN) 2016 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1510 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 2 Jun 2016 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 14 Julai 2016 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah 3 Pencegahan Khas) (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1510 AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (PINDAAN) 2016 Suatu Akta untuk meminda Akta Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan Khas) 1985. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 2016. Pindaan seksyen 1 2. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 1 dengan memotong subseksyen (3), (4) dan (5). Pindaan seksyen 4 3. Subseksyen 4(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “di bawah Akta ini boleh” perkataan “mengarahkan mana-mana anggota polis berpangkat tidak rendah daripada Sarjan”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1510 Pindaan seksyen 5 4. Seksyen 5 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Pendakwa Raya boleh hadir semasa suatu siasatan di bawah perenggan (3)(c). (3b) Menteri boleh menetapkan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana orang atau saksi yang dipanggil atau dikehendaki hadir di bawah subseksyen (3).”. Seksyen baharu 5a 5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5 seksyen yang berikut: “Kesalahan kerana tidak hadir untuk memberikan keterangan, dsb. 5a. Bagi maksud subseksyen 5(3), mana-mana orang atau saksi yang dipanggil atau dikehendaki untuk hadir yang tanpa alasan yang munasabah gagal untuk hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu atau yang, setelah hadir, enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang ditujukan secara sah kepadanya, atau enggan untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda yang ada dalam kuasanya untuk dikemukakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua- duanya.”. Pindaan seksyen 6 6. Seksyen 6 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut: “(ha) bahawa dia hendaklah menggunakan hanya peralatan dan kemudahan komunikasi yang diisytiharkan kepada dan diluluskan oleh Ketua Pegawai Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan bagi kawasan yang dia dikehendaki tinggal sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu; Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah 5 Pencegahan Khas) (Pindaan) (hb) bahawa melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perintah sekatan itu, dia tidak boleh mengakses internet; (hc) bahawa hendaklah dipasang kepadanya suatu peranti pengawasan elektronik;”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Orang sekatan hendaklah dihantarkan oleh polis, dan hendaklah berada dalam jagaan polis sehingga, ke tempat yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu.”. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 hendaklah terus berkuat kuasa 7. (1) Pindaan kepada seksyen 1 Akta ibu dalam seksyen 2 Akta ini tidak menyentuh kuat kuasa resolusi yang diluluskan di bawah subseksyen 1(4) Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini yang masih belum habis tempoh pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. (2) Walau apa pun tempoh kuat kuasa yang dinyatakan dalam resolusi yang disebut dalam subseksyen (1), apabila habis tempoh resolusi tersebut, Akta ibu hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya sebagaimana yang dipinda dalam Akta ini.