AI-assisted research summary: This Act amends the Arbitration Act 2005 and lets the Minister set its commencement date by Gazette notice.
Timbang Tara (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1563 AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2018 2 Undang-Undang Malaysia Tarikh Perkenan Diraja ... ... 29 Disember 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 10 Januari 2018 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Timbang Tara (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1563 AKTA TIMBANG TARA (PINDAAN) 2018 Suatu Akta untuk meminda Akta Timbang Tara 2005. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbang Tara (Pindaan) 2018. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan am 2. Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan perkataan “Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia)”. 4 Undang-Undang Malaysia Perubahan nama 3. (1) Semua sebutan mengenai Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam apa-apa surat cara, surat ikatan, hakmilik, dokumen, bon, perjanjian atau perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia). (2) Semua perbuatan di bawah Akta ibu, dan kelulusan, arahan, notis, garis panduan, pekeliling, nota panduan, nota amalan, perintah, keputusan, pemberitahuan dan pengecualian, dan tindakan eksekutif lain tidak kira bagaimana jua disebut, yang telah dilakukan, diberikan atau dibuat oleh Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, sehingga dipinda, digantikan, ditamatkan atau dibatalkan.