AI-assisted research summary: This Act amends the Malaysian Fisheries Development Board Act 1971 and lets the Minister set its commencement date by Gazette notice.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1416 AktA LeMbAGA keMAjUAN IkAN MALAYSIA (pINDAAN) 2012 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1416 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Januari 2012 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Februari 2012 Hakcipta pencetak H percetAkAN NASIoNAL MALAYSIA berHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik). Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1416 AktA LeMbAGA keMAjUAN IkAN MALAYSIA (pINDAAN) 2012 Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971. [ ] DIperbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2012. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. pindaan seksyen 4 2. Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 [Akta 49], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 4 dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Walau apa pun perenggan (2)(a), lesen bagi pengimport dan pengeksport ikan hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan dan mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1416 Seksyen baru 11A 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11 seksyen yang berikut: “penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin 11A. (1) Walau apa pun seksyen 11, penguatkuasaan berhubung dengan ikan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin hendaklah dijalankan oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 mengikut kuasa di bawah Akta itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), “pintu masuk”, “stesen kuarantin” dan “premis kuarantin” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.”. kecualian 4. Apa-apa perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi dan pengeluaran lesen untuk pengimport atau pengeksport yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah diteruskan seolah- olah Akta ini tidak diperbuat.