AI-assisted research summary: This Act amends the Penal Code, changes section 305 and section 306, and deletes section 309. It also states that the Act starts on a date set by the Minister in the Gazette.
Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1691 AKTA KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2023 Undang-Undang Malaysia AktA A1691 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 5 Ogos 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 11 Ogos 2023 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1691 AKTA KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2023 Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2023. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Penggantian seksyen 305 2. Kanun Keseksaan [Akta 574], yang disebut “Kanun” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan seksyen 305 dengan seksyen yang berikut: “Abetment of suicide or attempted suicide of child or person who lacks mental capacity 305. (1) Whoever abets the commission of a suicide or an attempted suicide, and knows or ought reasonably to have Undang-Undang Malaysia AktA A1691 known that the person who committed the suicide or the attempted suicide is a child or a person who lacks mental capacity, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to fine. (2) For the purposes of this section, “person who lacks mental capacity” means a person who lacks capacity to understand the consequences of committing or attempting to commit suicide, as the case may be, by reasons of unsoundness of mind, mental disorder, intoxication, or under the influence of any drug or other substance.”. Penggantian seksyen 306 3. Kanun dipinda dengan menggantikan seksyen 306 dengan seksyen yang berikut: “Abetment of suicide or attempted suicide 306. Whoever abets the commission of a suicide or an attempted suicide by any person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years, and shall also be liable to fine.”. Pemotongan seksyen 309 4. Kanun dipinda dengan memotong seksyen 309.