830 - *AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020
This Act creates a COVID-19 fund, raises the combined borrowing/receiving limit to 65% of Malaysia’s GDP for a limited period, and gives the Minister powers over how the fund is used.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 830 - *AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
830 - *AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020
AI-assisted research summary: This Act creates a COVID-19 fund, raises the combined borrowing/receiving limit to 65% of Malaysia’s GDP for a limited period, and gives the Minister powers over how the fund is used.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 830 AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020 Sebagaimana pada 1 Disember 2021 2 AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 22 Oktober 2020 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 26 Oktober 2020 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1635 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 18 November 2021 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 830 AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Kenaikan had amaun wang yang diperdapat dan wang yang diterima 4. Penubuhan Kumpulan Wang COVID-19 5. Penggunaan Kumpulan Wang COVID-19 6. Wang yang dibayar, digunakan dan diuntukkan mulai 27 Februari 2020 hingga tarikh penyiaran Akta disifatkan sah 7. Penyata tahunan Kumpulan Wang COVID-19 8. Urusan Kumpulan Wang COVID-19 apabila habis tempoh Akta JADUAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 830 AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah sementara yang berhubungan dengan pembiayaan kerajaan untuk mengurangkan kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) dengan menaikkan had amaun bagi jumlah amaun wang yang boleh diperdapat di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637] dan jumlah amaun wang yang boleh diterima di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], untuk menubuhkan suatu Kumpulan Wang COVID-19, untuk membenarkan wang yang diperdapat di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan wang yang diterima di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dibayar ke dalam Kumpulan Wang COVID-19, untuk membenarkan wang dalam Kumpulan Wang COVID-19 digunakan dan diuntukkan bagi maksud program di bawah pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan ekonomi, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan. [27 Februari 2020 kecuali seksyen 3; 26 Oktober 2020 bagi subseksyen 3(1)] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: CATATAN—lihat subseksyen 1(2) CATATAN—lihat subseksyen 3(2) 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 830 Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020. (2) Kecuali bagi seksyen 3, Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 27 Februari 2020 dan hendaklah terus berkuat kuasa hingga 31 Disember 2022. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan. Kenaikan had amaun wang yang diperdapat dan wang yang diterima 3. (1) Had amaun bagi jumlah amaun wang yang boleh diperdapat di bawah subseksyen 3(1) Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan jumlah amaun wang yang boleh diterima di bawah subseksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 yang ditetapkan dalam Perintah Pinjaman (Tempatan) (Had Statutori Pinjaman) dan Pendanaan Kerajaan (Had Statutori Wang yang Diterima) 2009 [P.U. (A) 241/2009] pada kadar lima puluh lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia, dinaikkan sehingga enam puluh lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia, apabila dikira bersama. (2) Subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh mulai tarikh Akta ini disiarkan dalam Warta hingga 31 Disember 2022 dan semasa tempoh itu Perintah Pinjaman (Tempatan) (Had Statutori Pinjaman) dan Pendanaan Kerajaan (Had Statutori Wang yang Diterima) 2009 digantung. (3) Bagi maksud seksyen ini, “Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia” ertinya Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia yang terkini yang disahkan oleh Menteri. Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 7 Penubuhan Kumpulan Wang COVID-19 4. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang COVID-19 ditubuhkan dan hendaklah dinyatakan dan dimasukkan ke dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]. (2) Walau apa pun subseksyen 5(1) Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan seksyen 4 Akta Pendanaan Kerajaan 1983, mana-mana wang yang diperdapat di bawah subseksyen 3(1) Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan mana-mana wang yang diterima di bawah subseksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 boleh dibayar ke dalam Kumpulan Wang COVID-19 bagi maksud penggunaannya di bawah seksyen 5. Penggunaan Kumpulan Wang COVID-19 5. (1) Wang dalam Kumpulan Wang COVID-19 hendaklah digunakan dan diuntukkan bagi maksud program di bawah pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan ekonomi yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual mengikut amaun yang dinyatakan dalam ruang (2). (2) Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, jika difikirkan patut olehnya (a) mengehadkan atau menggantung amaun untuk digunakan dan diuntukkan bagi maksud apa-apa program; atau (b) mengarahkan mana-mana jumlah yang diuntukkan bagi suatu program supaya diuntukkan bagi menampung apa-apa program lain yang jumlah yang diuntukkan baginya mungkin tidak mencukupi suatu amaun tambahan daripada apa-apa lebihan daripada program yang mula-mula disebut. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 830 (3) Menteri hendaklah memastikan bahawa penggunaan dan penguntukan wang dalam Kumpulan Wang COVID-19 digunakan hanya bagi program yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual, dengan mengambil kira apa-apa yang dibuat di bawah subseksyen (2), dan tidak melebihi jumlah amaun yang diperuntukkan bagi program-program itu. Wang yang dibayar, digunakan dan diuntukkan mulai 27 Februari 2020 hingga tarikh penyiaran Akta disifatkan sah 6. Apa-apa wang yang diperdapat di bawah subseksyen 3(1) Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan wang yang diterima di bawah subseksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 yang dibayar ke dalam, digunakan dan diuntukkan bagi maksud, Kumpulan Wang COVID-19, bagi tempoh mulai 27 Februari 2020 hingga tarikh Akta ini disiarkan dalam Warta, hendaklah disifatkan telah dibayar, digunakan dan diuntukkan dengan sah sedemikian. Penyata tahunan Kumpulan Wang COVID-19 7. Menteri hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyediakan berkenaan dengan tahun kewangan itu suatu penyata terimaan dan perbelanjaan wang yang diakaunkan dalam Kumpulan Wang COVID-19 sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 16(1)(c) Akta Tatacara Kewangan 1957. Urusan Kumpulan Wang COVID-19 apabila habis tempoh Akta 8. (1) Apabila habis tempoh Akta ini, jika terdapat apa-apa wang yang kena dibayar daripada Kumpulan Wang COVID-19, wang itu hendaklah dibayar dalam tempoh enam bulan dari tarikh habis tempoh Akta ini. (2) Jika terdapat apa-apa baki wang dalam Kumpulan Wang COVID-19 selepas semua bayaran dibuat di bawah subseksyen (1), Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 9 walau apa pun subseksyen 10(3) Akta Tatacara Kewangan 1957, baki wang itu hendaklah dibayar oleh Menteri ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957. (3) Selepas baki wang dalam Kumpulan Wang COVID-19 dibayar menurut subseksyen (2), Kumpulan Wang COVID-19 itu hendaklah disifatkan terbubar dan Dewan Rakyat boleh, melalui suatu ketetapan, memotong Kumpulan Wang COVID-19 daripada Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957. JADUAL [Subseksyen 5(1)] PROGRAM DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI DAN PELAN PEMULIHAN EKONOMI (1) (2) Program Amaun (RM) 1. Program subsidi upah, insentif pengekalan 31,000,000,000 pekerjaan dan pengambilan pekerja, dan bantuan latihan 2. Bantuan Prihatin Nasional 41,000,000,000 3. Projek berskala kecil 6,000,000,000 4. Program kemahiran dan peningkatan kemahiran 2,000,000,000 5. Pembiayaan PKS PENJANA 2,000,000,000 6. Geran PRIHATIN PKS 6,000,000,000 7. Pinjaman mikro kredit 2,000,000,000 8. Peruntukan bagi perbelanjaan berkaitan 9,000,000,000 COVID-19 9. Dana jaminan makanan 1,000,000,000 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 830 (1) (2) Program Amaun (RM) 10. Elaun khas COVID-19 bagi petugas barisan 600,000,000 hadapan 11. Dana PENJANA Nasional 600,000,000 12. ePENJANA 520,000,000 13. Diskaun bil elektrik 500,000,000 14. Tambahan RM100 bagi Bantuan Sara Hidup 300,000,000 (BSH) 15. Bantuan khas untuk pelajar institusi pendidikan 300,000,000 tinggi 16. Pembiayaan Mudah Bumiputera 200,000,000 17. Subsidi pengangkutan awam MY30 200,000,000 18. Bantuan khas untuk pemandu teksi, pemandu 160,000,000 bas sekolah, pemandu bas pelancong, pemandu pelancong, pengayuh beca dan pemandu e-hailing 19. Sokongan bantuan sosial untuk golongan mudah 6,010,000,000 terjejas 20. Geran automasi pintar 100,000,000 21. Pinjaman mudah di bawah MyCreative Venture 100,000,000 22. Perlindungan sosial dan latihan bagi pekerja 75,000,000 ekonomi gig 23. Kempen e-Dagang bagi PKS dan perusahaan 70,000,000 mikro 24. “Shop Malaysia Online” bagi perbelanjaan 70,000,000 dalam talian 25. Sokongan penjagaan kesihatan PEKA B40 50,000,000 Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 11 (1) (2) Program Amaun (RM) 26. Geran bagi pusat jagaan kanak-kanak dan tadika 50,000,000 27. Dana kandungan digital 35,000,000 28. Bantuan untuk pertubuhan bukan kerajaan 25,000,000 29. Pendigitalan penyampaian perkhidmatan 20,000,000 kerajaan 30. Dana pemasaran dan promosi pendigitalan di 10,000,000 bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) 31. Pusat Sehenti PKS MyAssist 5,000,000 JUMLAH 110,000,000,000 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 830 AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A1627 Akta Langkah-Langkah Sementara 01-01-2021 Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2020 Akta A1635 Akta Langkah-Langkah Sementara 18-11-2021 Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021 13 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 830 AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 Akta A1635 18-11-2021 Jadual Akta A1627 01-01-2021 Akta A1635 18-11-2021
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
830 - *AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) 2020
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in